Ads

Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

October 14, 2014

Honeymoon @ Port Dickson & Penang

Salam semua.
Maaflah yea....tak habis-habis dengan tajuk honeymoon. Yelah...sementara masih berdua ni kita kena spent time sekerap yang ada dengan pasangan kita. Nak jugak privacy berdua-duaan di tempat orang. Kami memang plan setiap bulan mesti bermalam di mana-mana hotel at least for one nite. Masa ni lah kami nak melakukan mcm2 aktiviti bersama seperti swimming, makan, berjalan-jalan dan shopping. 

Sempena majlis perkahwinan kami yang lepas, aku dapat hadiah perkahwinan dari seorang teman rapat masa belajar di UiTM dulu...lepas dah kerja pun masih rapat lagi. Dia bagi kami hadiah perkahwinan bermalam di Hotel Mayangsari Port Dickson. Terima kasih banyak2 kepada Rohaida dan suami di atas hadiah yang istimewa ini. Kami memang pergi pada hari weekday untuk mengelakkan orang ramai yg bersesak di PD. Best sangat sebab mandi pool takda orang hehehe......hanya kami berdua. Masa ni kami pergi sebelum bulan puasa.


ada 2 bilik dalam hotel ni.....

 bilik kami mengadap laut......nyenyak tidur dengan deruan ombak di pantai

 aktiviti wajib setiap kali stay di hotel. 

hotel ini banyak rangkaian hotel di luar negara.

 lepas bermandi-mandi kami berjalan di tepi pantai PD disaksikan lautan luas terbentang

 lepak jap tepi pantai sampai mengira pesawat di atas ....hehehe seronok jugak kira pesawat di awanan biru.


Lepas raya pulak kami plan nak makan angin di Penang. Kami nak merasa jalan-jalan cari makan yang sedap2 di sini. First time pergi Penang berdua. Sebelum tu singgah jap di Ipoh beraya di rumah mak sedara dan pak sedara. Then kami terus shoot ke Penang. Sampai sana dah petang. Terus kami cari hotel nak check-in dulu. Masa ni masih kenyang lagi...baiklah kami gi hotel dulu.

Kami memang sengaja cari hotel yang ada swimming pool...maklumlah berenang ialah aktiviti wajib laki bini ni. Sambil2 tu boleh membakar kalori. Kami stay di Hotel Georgetown City yang dulunya dipanggil Hotel Berjaya Penang. Rate satu malam termasuk breakfast ialah RM284.00. Cukuplah stay satu malam ajer.


 welcome to Penang

 view cantik...dapat tengok Gurney Drive dan laut.

 memang puashati sebab dapat katil king.

 petang tu kami keluar untuk mencari pasembor. Disebabkan kami memang nak ke Batu Feringgi.....so apa kata kita makan di Gurney Drive ajer. Total harga pasembor ini ialah RM22. Kami juga order laksa penang dan cendol.

 lepas kenyang...jom kita meronda di Hard Rock Cafe Penang pulak di Batu Feringgi. En suami nak beli tshirt di sini. Aku dah ada 2 tshirt....cukuplah. Ikut plan nak makan malam di sini...tapi dah kenyang mkn pasembor.

 seronoknya orang tu dah dapat tshirt Penang....siap tunjuk tangan mcm tu lagi.....Lepas tu plan kami nak jalan2 di Batu Feringgi. Tapi dah janji dengan seorang teman nak jumpa di Restoran Kapitan Gurney Drive pukul 10....so kita kena gerak dulu

 First time makan roti nan di cawangan Gurney Drive. Aku order nan dan tanduri tapi sedihnya ayam tanduri dah habis. So tukar makan dengan ayam beriani pulak. Oklah sedap jugak. Kenyang sangat kami malam tu. Jumpa Buzu dan Dzul di sini sambil berborak2.....


 esok pagi selepas breakfast aktiviti wajib kami ialah swimming. Pun takda orang di sini...kami berdua sahaja. Ohhh indahnya dan seronoknya.

 pool di sini terletak di tingkat atas......

 lepas check out....kami nak makan nasi kandar. Plan nak makan kat Kg Melayu tapi dah tutup pulak pada waktu tu. So tukar plan makan di Line Clear ajer. En suami kata dia tak pernah rasa di sini....jom kita tengok apa yg kami makan.

 tu dia....nasi kandar kami berdua. Kenyang yang amat kami masa ni. Plan asal nak gi tempat lain pulak sebelum meninggal kan Penang tapi disebabkan kami kekenyangan....kami terus balik. Husband masa ni dah ngantuk yang amat.....jomlah kita balik. Sampai KL pun kami masih kenyang...ishhhhh berhantu betul penangan nasi kandar ni. Lepas makan jadi lemah semacam....hehehe.

Alhamdulillah percutian yang singkat tapi tetap menggembirakan kami berdua. Sebulan sekali honeymoon mcm ni pun best....makin kita rapat dan mengenali pasangan masing2. Syukur pada Allah.

p/s - tak sabar nak honeymoon lagi next month.


October 10, 2014

Honeymoon Again @ Genting Highland & Birthday @ Hard Rock Cafe KL


Salam semua.
Lepas honeymoon di London hari tu kami dah tak pergi makan angin ke oversea lagi. Kami hanya honeymoon di dalam negara ajer. Kebetulan pulak bulan 4 tu juga ialah besday encik suami. So, jom kita celebrate kat tempat sejuk. Yang paling dekat dengan KL ialah Genting Highland. Kami pergi ke sana pada hari bekerja....harga bilik lebih murah dan tidak sesak dengan manusia. En suami pulak memang bekerja shift bukan ikut waktu pejabat...makanya si isteri kena berkorban ambil cuti hari bekerja. Kami stay di First World Hotel....oklah takat stay one nite ajer.


baru habis main snow...nampak tak atas bumbung tu ada cebisan snow. Giler punya sejuk dalam tu -5C. 

takda ramai manusia...tempat ini kami yang punya..huhuhu

besday boy berubah bentuk....sudah gomok dan sihat. Tengoklah sapa yang jaga....

dalam bilik kami di First World Hotel. Satu malam kami dapat RM85 sahaja....booking melalui webiste Resort World. 

Esoknya kami check-out dah terus balik ke KL. Sajer nak buat surprise kat husband nak celebrate di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Aku memang suka makan di sini...sebabnya foodnya yang sangat marvelous. Pilihlah wahai suami nak makan apa sajer...isteri belanja kali ni. First time aku celebrate besday dia as wife and husband. So...kenalah special sikit kan.

Masa kami sampai di sini jam 2.30 petang. Memang tak ramai ...hanya beberapa orang sahaja. Sukanya aku....layanan first class pulak tu dari pihak HRC KL...thank you very much. Jom tengok apa yg kami order.


we rock uolss!!!!

husband order steak fajitas

aku order grilled chicken yang sangat sedap.....makan sampai pengsan

 ada surprise cake untuk birthday boy....happy birthday my cintahati.

Ok itu ajer untuk entry kali ni. Next entry aku citer pasal honeymoon kami di tempat lain pulak...juga di dalam negara. Kali ni hotel kami adalah hadiah perkahwinan dari seorang teman baik dn suaminya. Tunggu next entry kay.

p/s - bermula cabaran di tempat baru....doakan aku


October 1, 2014

Kenduri Menyambut Menantu @ Besut, Terengganu



Salam semua.
Terkezut tak tengok tajuk di atas. Walaupun gambar2 ni dah basi pun...tapi aku tetap nak masukkan jugak. Gigih aku habiskan pic honeymoon kami di UK. Habis dah entry tu. Sekarang ni baru aku ada masa nak share pics kami masa kenduri menyambut menantu di kampung husband di Besut. Dah kawin 7 bulan....tak habis-habis nak letak pic kawin dia. Tak kisah lah....yang penting gambar2 ni aku tak pernah share di dalam blog ni pun huhuhu.

Kenduri menyambut menantu ni diadakan sebulan selepas kenduri di KL iaitu seminggu selepas kami balik dari UK. Memang kelam kabut giler kami dibuatnya. Balik KL sibuk pulak persiapan kenduri di sana. Masa tu lah sibuk nak arrange masa amik baju di tailor dan butik. Dan masa tu jugak kami sibuk pergi ke Jalan Tar nak cari bunga telur untuk bawa ke sana. Adik-beradik aku pulak sibuk juga nak booking flight ticket dan cari hotel. Husband aku balik awal 3 hari...sebab banyak benda dia nak uruskan di kampung. Aku plak ikut my brother and mum naik satu kereta. Balik KL semua naik flight. Maka tinggallah aku di kampung suami untuk 3 hari lagi. Satu pengalaman pertama yang berharga sebagai menantu. Aku memang anak jati KL dan tidak pernah ada kampung halaman kecuali bandar KL ajer. So, aku memang nak sangat merasai pulang ke kampung macam orang lain. Alhamdulillah termakbul juga doa aku. 


Kami berkumpul di homestay.....adik2 aku dan anak2 mereka dah siap masuk dalam kereta....so takda dalam gambar ni. Terima kasih kepada kawan2 opis yang sudi hadir jauh dari KL...Kak Rose and family dan juga Ustaz Azrin and friend. Blogger Azim juga hadir....dari Kemaman ke Besut dia datang....tqvm.

pengantin bersiap untuk bergerak ke rumah pengantin lelaki. Tolong maafkan make-up yg tak berapa aku berkenan tu.... :p 

makan beradap kami satu family. Alhamdulillah dapat merasa masakan Terengganu yang umpph. Gulai daging tu memang sedap sangat.

terima kasih banyak2 keluarga mertua di atas layanan yang sangat baik.

petang tu kami bergerak ke Pantai Bukit Keluang untuk outdoor photoshoot. Nanti aku free aku share lagi di sini kay.Gambar2 semua dalam CD. Yang ni semua gambar2 di hp. 


Ni plak on the way balik. Kami singgang di Pantai Marang untuk menikmati ikan celup tepung. Sedapnya......berduaan dengan suami sambil disaksikan oleh lautan biru yang terbentang luas.

tadaaaaaa.....kami tidak terus balik KL...sebaliknya kami stay di Holiday Villa Cherating pulak..huhuhu. Honeymoon kedua kami. Sampai sana dah malam. Esoknya lepas subuh kami laki bini gi breakfast...lepas tu terus berendam dalam kolam. Masa ni hari bekerja. Takda orang langsung. Hanya kami berdua ajer dalam kolam tu. Tak percaya ke????

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


Tu dia perenang professional sedang rancak berenang tanpa gangguan sesiapa pun......


haiyoooooohhh......dengan penuh perasaan gitiewwww

si suami pun sama gak. Tetap taknak kalah dengan isterinya. So in love this moment. Takda sapa kacau kami dan takda sapa hiraukan kami.



Esoknya kami balik KL....tapi tak terus balik tuuuu. Kami singgah Kuantan pulak. Husband nak mengimbau kembali kenangan masa belajar di UIA Kuantan. So kami masuk kampus UIA dan berhenti seketika di fakulti tempat dia belajar dulu. Di atas ni pulak gambar masjid yang menjadi kenangan setiap kami solat Jumaat. 

Menjelang maghrib jugak kami sampai KL. Alhamdulillah semuanya selamat. 
Eh....lupa pulak. Ada yang bertanyakan pada aku camana aku mengenali husband aku ni. Senyap2 terus kahwin hehehe. Oklah aku kongsikan serba ringkas di sini camana aku kenal si dia ahaksss.

Ceritanya bermula begini.
Untuk pengetahuan.... suami aku ni juga adalah seorang traveller macam aku. Cumanya taklah seotai aku ni...kalau boleh satu dunia nak jejak hehehe. Dia ni traveller manja2 gitiew tapi seorang kaki jalan yang tegar. Ianya bermula begini. Dia and teman-teman sekerja plan nak berjalan ke Medan. Jadi sebelum hari bertolak tu tugasan dia ialah untuk mencari info berkenaan dengan Medan. Tetiba ada seorang rakan dia rekemen kan untuk merujuk pada blog Azimashaary sebagi panduan. Jadinya blog Azim menjadi rujukan mereka sepanjang berada di Medan. Sebaik kembali dari Medan.....husband aku memulakan langkah pertama hehehe.  Korang mesti ingat....bahawa aku pun pernah ke Medan dan aku pergi berempat bersama teman2...termasuk Azim. Jadinya.....dalam blog Azim ini juga terdapat muka aku dan muka kawan2 yang lain.

Tanpa diduga husband aku ni  mula tertarik dengan salah satu bunga di dalam blog Azim tu. Bunga tu katanya....tersenyum indah menghiasi setiap entry tentang Medan itu. Agak2nya siapakah gerangan si bunga itu. Adakah dia sudah berpunya? Firasat hatinya berkata....mesti belum berpunya sebabnya nampak mereka ramai2 dalam tu seperti teman biasa sahaja...tiada yg istimewa di antara mereka. Itulah agaknya. Maka husband aku pun mulalah menjelajah ke entry destinasi lain yang ditulis oleh blogger Azim ini. Eh.....tetap ada gambar si bunga ni dalam entry2 yang lain tu. Siapakah dia agaknya? Kaki jalan juga dia ni yea. Dalam hati suamiku berkata.."Ok...aku kena cari jugak siapa bunga ini sampai dapat....aku nak tahu banyak benda pasal bunga ni" .....cewahhhh!!! Belek punya belek blog Azim.........dia telah terjumpa blog si bunga itu. Ya Allah dia ni rupanya ada blog...pulak tu giler berjalan. Husband aku rasa impressed dengan kegigihan bunga ini travel ke negara orang pada usia yang masih muda.Muda ke? Hehehehe.....

Niat di hatinya berkata...camanya nak cari bunga ni yea??
Dalam blog dia ni takda email pun...apatahlagi hp number. Why not cuba cari kat FB. Wahhhh....ada nama dia dalam FB. Mula2 dia tanya pasal Medan.....tapi still tak berjawab. Seminggu lepas tu barulah bunga tu reply the message. Fuhhhhh......susah juga nak reply message bunga ni. Husband masa tu macam dah give up sebab message tanpa balasan setelah seminggu. Hinggalah pada tarikh 1 Februari 2013 bunga tu membalas message husband aku ni. Dia balas pasal Medan...ok fine. Nak tanya lebih2 takut plak kan. Then husband memberanikan diri contact melalui BBM Blackberry pulak. Rupanya si bunga ni tak sedar bahawa ada "ter"save pin number blackberry dalam FB. Apalagi...inilah peluang nak memulakan perbualan...kata hati  husband ku. Blind date kami yang pertama ialah di Mines Shopping Centre.....menjadi saksi dan kenangan yang paling abadi.

Dari kawan biasa....hinggalah husband aku mula tertarik dengan peribadi dan personaliti bunga ini. Pada awal bulan 6, keluarga husband datang merisik. Tiga bulan selepas itu iaitu musim raya kami telah ditunang pada tarikh 31 Ogos 2013. Selang 6 bulan selepas tu barulah kami bernikah. Enam bulan membuat persiapan kahwin memang sangat mencabar minda. Segala benda nak fikir. Alhamdulillah husband dan family aku sendiri sama2 membantu. 

Ok...itulah cerita camana kami bertemu. Hingga ke hari ini dia seorang yang selalu support aku berkenaan blog. Dia akan ingatkan aku...dah update blog ke belum hari ni. Dia adalah peminat setia blog aku. Hinggalah ada ketika dia akan tersenyum lebar bila melihat gambar sendiri dalam blog aku ataupun dia akan tergelak terbahak2 membaca apa yang aku tulis. Sajer jer aku nak sakat suami ku tu. Hehehe.

p/s - Hari Raya Haji ni kami beraya di Besut.....