Salam semua.
Bertemu kita lagi di alam maya. Ok kita sambung kisah percutian HK ini. Tak sabar rasanya nak habiskan pasal journal ini. Ada lagi satu entry nak habiskan. Ohhh semoga aku diberi kekuatan untuk update secepat yang mungkin.
Hari ke-4 di bumi HK.
Awal pagi lagi seperti biasa routine kami bertiga para isteri ialah menyediakan menu untuk para suami makan sampai kenyang. Kalau tak...nanti asik bising lapar ajer hahahaha. Betul tak Burn? Pagi tu kami masak nasi goreng dan telur dadar untuk bekalan lunch kami nanti. Manakala untuk breakfast pula kami masak spaghetti bolognese. Tu dia...sampai 2 bungkus spaghetti kami masak. Menimbun banyak giler hehehe. Tengoklah gambar2 tu macam nak meniaga pulak kan.
spaghetti air tangan madam Leez
ni pulak ialah nasi goreng perisa pelbagai hehehe. Kami masak guna paste nasi goreng dan dalam tu kami campurkan dengan ikan sardin. Sebenarnya sajer nak habiskan stok makanan. Malas nak bawa balik KL semula...buat berat beg ajer.
sementara menunggu yang lain turun di bawah...kami berdua posing terlebih dahulu. Lebih kurang jam 8 lebih jugak kami gerak pagi tu. Sepatutnya gerak awal lagi sebab nak jalan jauh pagi ni. Kemanakah kami????
tadaaaaa.... kami dah sampai di HK-Macau Ferry Terminal. Sebenarnya pagi ni kami nak gerak ke negara Macau. Alang2 dah sampai HK...rugi rasanya tak jejak negera ini. Cukuplah pergi day trip ajer. Selalunya org HK memang akan ke Macau pada hujung minggu untuk main casino. So masa kami pergi memang hujung minggu hari Sabtu....orang memanglah ramai giler.
Direction to Macau Ferry Terminal
By MTR : MTR Jordan - MTR Admiralty - MTR Sheung Wan and exit D
Sebaik kami sampai di sini....so impressed dengan terminal ini sebab nampak modern dan tak perlu berjalan jauh. Station Sheung Wan ini terletak di dalam bangunan terminal ferry ini. Then naik ke tingkat 3 kalau tak silap untuk departure.
Ingat tak kami dah beli ticket ferry di DingDing Travel tempohari? Ticket tu berharga HK$300 untuk pergi dan balik. Kami naik Cotai Water Jet ferry. Tapi bezanya kalau naik ferry ini akan turun di Taipa Ferry Terminal dan bukannya di Macau Ferry Terminal. Beza tau!!! Ferry ini akan bergerak setiap setengah jam. Sebelum tu, kita kena check-in terlebih dahulu ticket tadi di kaunter Cotai Water Jet untuk dapatkan boarding pass. Oh yea...kalau anda semua bawa baby atau anak kecil....tetap dikenakan bayaran untuk setiap kanak-kanak....ikut harga kanak-kanak. Serupa macam kita naik flite.
Contohnya kalau nak naik ferry jam 9.00 pagi, make sure sampai ke ferry tu jam 8.00 pagi. Sebaik sampai :
1. Check in di kaunter Cotai Water Jet untuk dapatkan boarding pass. Kalau ramai, kena beratur panjang
2. Then, pergi Departure Gate. At least setengah jam sebelum masa berlepas
3. Kaunter Cop Passport
4. Scan luggage
5. Kaunter untuk seat number. Ada diberi sticker seat number. So make sure anda duduk mengikut nombor yang diberi.
Ferry ini mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Macau. Sempatlah jugak kami laki bini lelapkan mata sekejap. Sesekali kami terganggu dengan gelombang laut yang agak deras. Nasib baik tak mabuk.
ini ialah ticket ferry yang kami beli di DingDing Travel
then dengan ticket tu kami check-in di kaunter ini. Tak payah isi nama...cuma register ada 7 passengers akan naik ferry tu.
inilah dia boarding pass kami dapat setelah check-in tadi.
disebabkan kami ada masa sejam lagi sebelum berlepas...kami melepak di Starbucks ini.
ini ialah Departure Gate yang aku nyatakan tu. At least setengah jam sebelum berlepas kena masuk dah.
ok dah nampak ferry. Kalau pergi hujung minggu agak ramai orang yea...sebab tu kami dapat ferry jam 11.30 pagi. Dah lewat sangat sebenarnya ni.
tempat duduk dalam ferry ini agak selesa. Kalau bawa kids akan disediakan tempat duduk juga.
selepas sejam perjalanan...kami dah sampai bumi Macau. Berderet-deret turun dari ferry menuju ke bangunan sebelah.
agak berbeza dengan terminal di Macau ini dgn di HK...yang di Macau ini nampak buruk sedikit.
for your info...Taipa Terminal Ferry ini terletak bersebelahan dengan Macau International Airport. Boleh nampak banyak flite di lapangan sebelah ini.
Sebaik keluar dari bangunan ini...terus menuju ke hadapan ini untuk menunggu shuttle bas Venetian yang akan bawa kami ke bangunan Venetian iaitu tempat casino terbesar di Macau. Kat sini ada pelbagai jenis shuttle bas disediakan. Pilih mengikut destinasi yang anda nak pergi. Disebabkan kami nak pergi Venetian....so kami pilih bas mereka. Tidak dikenakan sebarang bayaran. Masa kami keluar ni kami di approach oleh seseorang yang offer kami menjadi tourist guide sepanjang kami berada di Macau ini. She looks like Philipino. Tapi kami kata kat dia...yang kami nak jalan sendiri ajer.
ini rupa shuttle bas Venetian. Dah sampai di bangunan mewah Venetian.
memang kagumlah tengok interior design bangunan Venetian ini. Penuh mewah dengan warna keemasan serta lukisan yang menarik ini. Masa ni orang punyalah ramai...semuanya muka2 nak main casino hahaha.
corak lukisan di permukaan syiling bangunan ini.
Sebaik kami masuk dalam bangunan ini dan terpegun dengan senibina serta lukisan di dalam ini tetiba jadi lost seketika sebab tak tahu nak hala ke mana. Memang banyak signboard dalam ni tapi tak tahu nama tempat yang akan kami hala. Actually kami nak menuju ke tempat gondola tu tapi tak tahu apa nama tempat tu. So, anda semua kena rajin bertanya kalau tidak tahu jalan. Bangunan dalam ni memang besar giler dan banyak signboard.
Untuk pergi ke tempat gondola itu, kami kena melalui tempat casino terlebih dahulu....besar giler. Tapi kanak-kanak tidak dibenarkan melalui jalan ini. So, kami terpisah seketika apabila CB & CQ serta baby Musa kena naik lift arah lain untuk naik ke atas. Manakala kami yang lain ikut escalator yang terletak di kawasan casino ini.
no camera please!!! Kat dalam tu tak boleh guna camera. Kami berhenti seketika tengok orang berjudi. Ramai betul makcik2 tua yang giler judi. Muka masing2 mengerot tengah berpikir....pastu bila menang terus tersengih...siap tepuk tangan lagi tu. Sambil tu aku pun tengok muka En Bos....dia pun buat muka mengerot....amboi sakan berpikir. Macamlah dia plak tengah main masa tu....hahaha. Sebenarnya bukan sakan berpikir tapi mengerot sebab tak paham camana dorang berjudi tu hahaha. Tak payah amik tahulah sebab dah tentu benda tu haram di sisi agama.
gambar di ini dan di atas hasil tangkapan secara sulit oleh En Bos...hamboi sempat lagi tu!!!
ok dah jumpa tempat ni. Sukanya ahkak ni. Muka tersenyum tapi kaki menahan sakit yg amat. Banyak sgt berjalan tempat ni kaki aku dah melecet.
tak ubah mcm Genting Highland
ni dia bentuk gondola tu mcm kat Venice, Italy. Tapi kami tak naik pun. Mahal deh.
air nya bersih lah....
tadikan kami terpisah. Nasib baik dalam ni ada wifi, so sempat msg kat CQ untuk berjumpa di food court. Masing2 dah kelaparan masa ni.
menikmati nasi goreng utk hidangan lunch kami. Terliur tengok org meja sebelah makan sedap...nak buat camno food di sini tidak halal.
yang halal hanya kedai ini - India Spice Express
singgah sebentar di kedai souvenirs untuk membeli souvenirs Macau.
okay kami nak keluar dari bangunan ni dan nak pergi bangunan sebelah ada HRC Macau. So, cari pintu yang tulis ini kalau nak ke bangunan sebelah.
sebaik keluar akan nampak bangunan ini nun di sana. So, kena lintas jalan terlebih dahulu untuk ke sana. Jalan kaki ajer mudah.
masa kami lalu laluan ini...singgah sebentar untuk bergambar.
akhirnya kami sampai di bumi Macau...walaupun cuma sehari.
nampak tak bangunan Venetian di belakang aku tu. Selepas aku melintas jalan untuk menuju bangunan di mana terletaknya HRC Macau.
masuk terowong City od Dreams ini. Alamak mata terpejam pulak.
pergi ke tingkat 2 untuk HRC Cafe....manakala untuk HRC Hotel pula di ground floor. Giler mewah bangunan ni...cantik dalamnya.
kami kumpul point lagi. Okay dah beli baju tshirt seorang satu.
us @ HRC Macau
Okay dah penat dan kaki bertambah sakit uolss. So, kami bergerak semula ke bangunan Venetian untuk mencari jalan keluar. Kalau tadi kita datang ikut pintu depan yang mewah itu tapi masa nak balik ikut jalan lain...bukan pintu tadi. Punyalah kami ni tak tahu....tersalah tunggu di pintu masuk tadi. Sakan beratur dengan pelancong lain....rupanya dorang semua nak naik bas menuju ke airport hahahaha. Malu tau!!!!!. Aku lupa dah apa nama pintu nak keluar tu. Kalau sesat jangan malu bertanya pada security guard yang ramai kat sana.
ini kawasan di masa kami beratur untuk naik bas menuju ke ferry terminal masa kami sampai tadi. Bila dah sampai kat kawasan ini cuba cari signboard Taipa Ferry dan tunggu di situ.
Oh yea...lupa nak bgtau. Ikut itinerary sepatutnya kami akan singgah di Senado Square untuk jalan-jalan sambil membeli souvenirs dan singgah pula di Ruin of St Pauls. Tapi disebabkan kesuntukan masa dan banyak masa terbuang akibat sesat dalam bangunan Venetian ini maka kami batalkan perancangan untuk singgah di tempat tersebut. Terasa agak kecewa dan sedih juga. Sebab itulah kami beli souvenirs awal2 di dalam bangunan ni...sebab kami dah rasa mesti tak sempat nak ke Senado Square. Makanya...lebih kurang pukul 4.00 petang kami gerak dari situ. Pukul 5.00 petang barulah kami dapat naik ferry ke HK semula.
Sampai di HK jam 6.00 petang. Sebenarnya kami ada plan nak pergi satu tempat ni. Tempat wajib shopping jika anda ke HK. Rugi kalau anda tidak singgah di sini sebab harganya murah dan berbaloi shopping. Tempatnya ialah Citygate Outlets.
Direction to Citygate Outlets
By MTR : MTR Sheung Wan - MTR Central - MTR Hong Kong - MTR Tung Chung and exit C
Lebih kurang jam 7,15 malam barulah kami sampai di sini. Fuhhh...sempat ke nak shopping dgn masa yang sangat suntuk ini. Dalam kepala ni mcm2 benda aku nak beli. Entah sempat ke tak ni. Jom tengok apa yg kami berdua beli.
sampai di sini kami 3 couples berpecah dan janji semula di tempat yang sama jam 10 malam.
antara outlet yang terdapat di sini.
tetiba aku ternampak outlet yang itu....wahhh wajib masuk ni sebab ada discount gittiew. Tengok ajer kay...hehehe
untuk design yang agak baru diletakkan di bahagian depan....oklah harga boleh tahan tapi tak plan nak membeli.
tetiba aku ternampak di bahagian belakang ada bahagian utk stok clearance. Wahhh...ini mcm kena beli jer. Tak banyak design yg tinggal....ini ajer. So aku belek satu persatu dengan En Bos. Suami aku ni suka tengok bini dia bergaya....tapi dgn syarat dia kena approvekan dulu sama ada sesuai utk aku ke tidak. Dia umpama aku punya pengkritik tetap hahahaha.
Agak2nya aku beli ke tidak beg itiewww???
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
tadaaaaaa.....beli akhirnya. Dengan harga yg aku rasa murah daripada beli di online. Aku ni suka belek harga di online so...aku boleh tau harga ni murah atau lebih mahal.
hati girang dapat handbag baru huhuhuhu.
destinasi kami seterusnya ialah di SASA untuk beli perfume.
kat sini ajer kami laki bini dah spent masa setengah jam sebab membelek perfume yg best. Harganya tentulah sangat murah berbanding di KL. Kami seorang satu beli 3 botol. Tapi agak kecewa juga sebab banyak perfume yg aku suka dah habis uhukkk.
cuba tengok orang ni...sajer nak laga2 punggong dgn aku sebab duk sakan berebut mencari perfume. Akhirnya dia duduk atas lantai...hahahaha
lepas beli perfume kami nak jalan2 tempat lain...tapi kecewa dan sedihnya sebab banyak kedai dah tutup...padahal baru jer jam 9.00 malam...uwakkkkkkkkkk. Kami ternampak butik Quicksilver masih belum tutup...sajer nak tengok baju sejuk dalam ni. Tapi aku tertarik dengan satu kasut ini. Last stok katanya....lepas discount harganya RM60 sahaja. Memang aku suka giler. Boleh guna untuk next trip akhir tahun ni...opppsss.
Akhirnya jam 10 malam kami bergerak keluar balik ke apartment. Kami turun di MTR Austin...sib baik dekat ajer dengan apartment kami...lega. Kaki aku masa ni dah sakit sangat...mcm nak hancur kaki....sebab banyak sangat berjalan.
Balik apartment kami memasak pulak. Kami makan nasi makan dgn lauk pauk segera yang dibawa. Semua makanan kami nak habiskan malam ni. Esok kami prepare utk breakfast ajer. Lunch kami plan makan di luar.
Next entry pula....hari terakhir kami di bumi HK. Tetiba kami terjumpa beberapa orang aktor dan aktress HK yang popular. Giler tak menjerit kami. Nak tahu kisahnya...tunggu next entry.
p/s - seronok masak utk dia setiap pagi...sedap dia kata.
13 comments:
wah sakan shooping leez...hehehe
seronoknya tengokkkk
paling seronok tengok coach tuuu. yang beg pink hujung tu agak2 berapa harganya leez? hehehe :)
amboi...cantik boots tu...saya terigin gak pakai boots..tapi saya pendek..nanti boots tu smpai ke paha..hahahha
Saya pun minat dengan perfume tapi tidak tau pula perfume di HK murah pula dari KL. Bah, lain kali pergi HK lagi, tau lah saya nak beli apa xP
DJ,
saya mmg gitu...jarang shopping ket mesi sbb mahal. Rugi rasanya klu x shopping kat sana kalau harganya murah
Hani,
tulah...saya tak plan nak beli.
Akhirnya terjebak jugak.
Tak tanya plak harga beg pink tu...
zila,
alahai saya pun pendek gak. Tapi belasah ajer sebb nak bergaya punya pasal. Kat mesia tak mungkinlah nak pakai boot kan hahaha
Diana,
mmg murah sangat.
Saya terbaca kat blog org lain bgtau perfume sana murah...tu yg borong hehe
Assalam kak leez,
sana perfume murah yer??
ori kan tu??
he3
Assalam kak leez,
eh3 lupo pulop nak puji
bangunan judi tu santek laaa interior di kan3
Ary,
yea...perfume sana sgt murah....berbaloi2.
bangunan kat macau mmg cantik2...mlm happening byk lampu3...maklumlah tempat judi.
seronoknye jumpe blog ni cz seronok tengok mpunya blog dah travel ke banyak Negara :)
Thanks sebab share post yang penuh dengan maklumat ni. Kalau ada rasa nak pergi ke HK dan Macau ni semula, feel free untuk hubungi kami melalui link ni -> http://www.pakej-percutian.com.my/negara/pakej-percutian-ke-macau/
Post a Comment