Ads

Showing posts with label Indonesia - Bali. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Bali. Show all posts

December 31, 2014

Day 4 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Kuta Beach & Back to KL

Salam semua.
Sambung lagi kita di hari terakhir percutian kami di Bali. Flight kami balik KL jam 7.30 malam. So, kami ada masa lagi untuk jalan-jalan di sekitar Kuta. Niat di hati nak pergi ke pantai belah Tanjung Benua sana tapi risau pulak kalau traffic jem masa nak balik tu. Tak pasal-pasal kena tinggal flight nanti. Untuk kali ni memang takda satu pun aktiviti di pantai. Bukan tak nak pergi tapi memang takda masa. InsyaAllah kalau ada rezeki kami ke Bali lagi nanti nak try stay hotel tepi pantai dan nak habiskan masa dengan aktiviti air seperti white water rafting dan macam2 lagi.

Ok sambung lagi.
Pagi tu kami keluar bilik lambat skit. Pukul 10 pagi baru nak breakfast huhuhu. Lepas breakfast niat di hati nak jalan-jalan naik motor ronda Kuta sebab kami nak cari tempat massage. Entah camana owner motor tempat kami sewa motor tu kata kat kedai dia pun boleh buat massage. Ooooo kat belah belakang tak nampak pulak. Kami sempat massage kaki ajer. Nak massage badan takut tak sempat plak sebab jam 12 tengahari kami dah nak check-out. Setengah jam jugak kami massage kaki. 

Then balik hotel mengemas apa yg patut. Masa ni Pak Yadi dah menunggu kami di lobi. Next kami nak melepak di pantai Kuta pulak. Dah nak balik baru ada kesempatan ke sini.


kami massage kaki di sini

check out time......jom posing dulu sebelum balik.

lobi hotel 

bye Hotel Ozz......


Destinasi seterusnya ialah ke Pantai Kuta. Pak Yadi turunkan kami di tepi pantai dan kami jalan-jalan sendiri di sini. Aduhhh...cuacanya panas giler. Tak boleh tahan dengan cuaca macam ni. Panas pantai ni berbeza dengan panas lembap. Posing kejap di tepi pantai......kami cari tempat teduh untuk membasahkan tekak pulak. Baru aku perasan banyak jugak gerai makanan muslim di tepi pantai ni berbanding dulu. Kalau dulu...jangan haraplah. 

En Bos belikan air kelapa muda. Sambil minum kami memerhatikan telatah pelancong di sini. Ada yg sedang makan....ada yg sedang menjemurkan badan....ada yg sedang ulit di massage oleh warga Bali....ada yg sedang menikmati permandangan pantai yg berwarna kebiru-biruan ini dan ada juga yg sedang bermandi-manda di pantai. Tidak lupa juga ada yg sedang surfing di sini.


ramai sungguh pelancong di Pantai Kuta

habislah cair make-up ahkak.

En Bos sedang perhatikan sapa tu yea.......

gigih mengambil gambar walaupun di bawah matahari yg sangat terik.

terima kasih suamiku....belikan air kelapa. Sedang leka minum tetiba aku ternampak sesuatu.......alamakkkk!!!

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Cadburry Guling lah uolsssss......loya tekak hoi!!! Sebelah tu kedai satay muslim plak tu. 



Pelancong mat salleh sedang di urut oleh orang Bali ni.....

nak sewa papan surfing pun boleh. Jomlah kita balik. Tak tahan panas sangat kat sini.

singgah di gerai Nasi Pecel Bu Tinuk untuk beli kuah pecal nak bawak balik KL. Tapi dah habis lah uolsss. Rupanya kena order sehari awal terlebih dahulu. Gerai ni lokasinya di kawasan Kuta jugak. Pak Yadi hantarkan kami di sini.

Mengancam tengok makanan di sini...tapi ketika ini kami masih kenyang lagi. Ambik bau ajer hehehe

Banyak masa lagi. Pak Yadi bawa kami ke Lippo Mall yang dah setahun di buka. Okay jom kita ronda2 kat tempat sejuk. 

Sebenarnya niat dihati nak cari kedai ini. Jom kita tengok apa yg menarik. Ada discount 70% tapi tinggal size besar dan kecil sahaja. Size M memang sold out. After discount dapat harga RM90 sahaja uolsss. Harga sebenar ialah RM300. My bro kirim dan plastik pada tangan En Bos tu dia punya. Kempunan En Bos nak memiliki tshirt Polo Ralph Lauren. Takpa.....ada rezeki kita beli kat Jakarta plak yea.

Perut kami dah berbunyi meminta makanan. Pak Yadi rekemen kami makan di sini. Apa istimewanya makanan di sini yea??? Jom kita tengok

Tu tengok menu di atas. Abaikan model tudung putih tu yea.

Kami order ayam presto bakar dan ayam presto goreng sambal. Istimewanya makanan di sini ialah tulang ayam boleh dikunyah hingga lumat dan terus ditelan. Mula2 aku tak percaya. Tapi bila aku try kunyah....betullah. Macam makan keropok plak hehehe. Tapi isi ayam dah hilang aroma dan juicenya. Sebabnya....ayam tu dimasukkan ke dalam pressure cooker. 

Tengok tu......licin selicinnya.

Singgah nak beli Murtabak Terang Bulan...tapi sedih belum dibuka. Ingatkan nak bawak balik KL.

Ada masa lagi. Jom kita singgah Krishna lagi. Aku nak borong kacang disco lagi. Tak menyesal beli...sebab kacang ni sangat sedap uolssss.

dah pun sampai di airport. 

Kami ambil bagasi 25 kg dan alhamdulillah ngam2 ajer berat beg kami. Rupa-rupanya tak ada butik Polo dalam airport baru ni. Kalau airport lama dulu memang ada. Memang takda rezeki En Bos membeli baju Polo di sini. Uwakkkkkkk.

I'm having fun at Bali. Percutian yang best dan kenangan manis kami suami isteri. Alhamdulillah rezeki kami berdua sampai ke sini. Tak sabar nak terbang lagi ke destinasi lain pulak. InsyaAllah pertengahan Jan 2015 ini.

Sekian sahaja journal percutian kami di Bali. Rasa tak puas bercuti di sini. Ada rezeki kami nak datang lagi. Tak kisah lah walaupun yg ke 100 kali pun kami nak datang lagi. Bali is the best.

p/s - menghitung hari.....

December 29, 2014

Day 3 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Tanah Lot & HRC Bali


Salam semua.
Makin penghujung cerita makin malas aku nak update blog. Entahlah tak tau kenapa. Padahal tak pergi mana-mana pun. Cuma mood malas melanda diri. Nak upload pic pun malas. Semuanya malas. Sorry kalau entry kali ni agak ringkas jer.

Sambung lagi.
Masih lagi di hari ke 3.
Kali ni kami nak pergi Tanah Lot pulak. Orang kata kalau pergi Bali tapi tak singgah ke Tanah Lot maka tak lengkaplah perjalanan anda ke Bali. Termasuk ni dah 4 kali jugak aku ke sini hehehe....mesti jugak nak singgah. Entah apa yg menarik aku pun tak tau. Sebab aku suka laut kot...tu pasal aku ke Tanah Lot lagi.

Sebaik kami sampai di Tanah Lot, Pak Yadi bgtau dah sampai. Ehhh....aku pandang kiri dan kanan. 
"Pak....betul ke ini Tanah Lot?" aku bertanya.
"Ya betul....jalan sedikit sudah nampak lautnya. Ibu ngak perlu jalan jauh seperti dulu. Ini jalan pintas ke laut" Pak Yadi menjawab.
Oooooooo....gitukah.
Memang betul.....keluar jer kereta dah boleh nampak laut. Tapi ni kat belah mana yea??? Aku masih blur lagi masa ni. En Bos biasalah....ikut ajer. Aku maju ke depan lagi dan terus ke depan sehingga lah aku ternampak pura Tanah Lot itu di sebelah kiri selepas kami melintasi pintu gerbang kecil di jalan pintas ini. Ok dah sampai. Betullah Pak Yadi cakap...jalan ni lebih dekat dan tidak perlu melalui jalan yg jauh. Tapi kan aku masih tidak puas hati. Aku lebih suka melalui jalan lama. Meriah dan happening. Kalau jalan pintas ni....terus nampak laut.....tak adventure langsung. 




 ini dia pura di Tanah Lot...tempat suci katanya

 ada bench kat sini.

 outfit of the day...colourful uolss.

kenangan kami berdua di Tanah Lot

 aku sebenarnya nak pergi ke gerai-gerai jualan yg banyak tu. So kena ikut jalan lama. Kalau uols ikut jalan pintas ni memang tak jumpa gerai jualan. So terpaksalah kami bergerak ke bawah lagi.  Sebenarnya aku nak singgah ke satu kedai ni. Ada sales katanya.

 Sebaik kami sampai ke sini.....walaupun ada sales tapi masih mahal. Then kat sebelah nya ada satu lagi kedai Polo Raplh Lauren baru bukak....tapi takda aircond kedai tu. En Bos pada mulanya dia dah berkenan dgn satu baju ni...mmg murah dan cantik designnya. Tetiba dia boleh plak kata....kita suvey tempat lain plak. Kita tengok esok dia beli ke tak.

 masa ni dah nak senja. Jomlah kita balik. Ohh lupa...masa kami kat kedai Polo tu tetiba hujan turun dengan lebatnya.

 Kami bagitau kat Pak Yadi...nak singgah ke Discovery Mall. Kat dalam tu ada Sogo tau. Kami window shopping jer. Tetiba ternampak kedai ni...77 Es Teller. Jom kita pekena es teller. En Bos kata dia nak rasa sebab dulu kat Medan masa gi dengan kawan2 tak sempat nak merasa.

 Beli satu tapi kongsi berdua. Hmmmm sungguh heaven rasa es teller ni. Ikutkan hati kami nak tambah lagi satu....tapi cukuplah tu. Sebab jap lagi kami nak gi dinner plak.


Masa ni dah jam 8.00 malam. Ayoh kita balik ke hotel lah. Sampai hotel mandi manda dan solat semua....sempat lagi tu tengok tv hehehe. Lebih kurang jam 10.00 baru kami keluar balik...perut pun dah berkeroncong. Dah bincang dengan En Bos kami nak makan pizza ajer malam ni. Setiap kali datang Bali memang wajib aku makan Pizza Hut di sini. Sebabnya......byk choice dan sangat sedap banding Malaysia punya. Entah...ini tekak aku yg cakap.

Alahai malasnya nak jalan kaki gi sana. Apa kata kita sewa motor okay tak. Kalau dari Hotel Ozz ni kami ikut short cut jalan belakang dan lalui depan Hotel Oasis dan terus tembus jalan Bakungsari. Kat tepi jalan tu banyak boleh sewa motor atau speda. Kalau sehari ratenya Rp70,000. Tapi kami nak sewa setengah hari ajer....boleh dapat Rp40,000. Esok tengahari kami boleh pulangkan motor. 


 Tadaaaaa.......laki bini merempit di bandar Kuta. Seram gak jalan kat sini sebab banyak sgt kereta dan motor. So, kena hati2 kay. 

 kami stop di Kuta Square jap sebab nak gi Matahari. Jalan-jalan cari barang.

 Next pit stop ialah ke Pizza Hut yg terletak di depan Kuta Beach. My feveret place kalau dtg Bali. Tengoklah apa yg aku order.....Es pokat in the house.

 Makanan kami berdua malam tu....lazat tak terkata. Kenyang sungguh. Tak habis bawak balik. Masa ni pulak hujan turun selebat-lebatnya. Alamak topi kledar ada gantung kat motor. Nasib lah mesti basah kuyup.

 Lepas malam kami lalu depan Hard Rock Hotel Bali. Mampu ambil gambar ajer di depan tu. Ada rezeki kami...nak stay di sini one day nanti.

 Tadaaaaaa.....tujuan utama nak singgah di sini. Nak mencari koleksi dan menambahkan koleksi HRC

 Cari punya cari....design ini yang aku pilih. Dah ada satu dulu...tapi dah terlalu lama dan baju tu pun dah buruk. Kena gantikan baju baru plak. 

Akhirnya....beli tshirt seorang satu. Meriah betul staff HRC Bali ni...Then lepas tu plan nak lepak jap kat cafe.....oooohh no aku dah tak larat sebenarnya. Ikutkan nak cari katil jer ni. Penat dan mengantuk.


Balik ke hotel kami terpaksa ikut jalan lain sebab jalanraya di Kuta ni kebanyakkannya one way. Akhirnya tersesat jugak....walaupun tangan memegang map Kuta. Lepas dah tanya orang......alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel. Seram gak jalan2 waktu malam di sini...sebab banyak kedai dah tutup. 

Ok dah habis cerita di hari ke tiga. Esok ada lagi sehari kami di Bali. Tunggu next entry plak yea.

p/s - sedih dengan nasib mangsa banjir. Pray for them.

December 22, 2014

Day 3 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Bedugul


Salam semua.
Lebih kurang seminggu lebih jer lagi kita akan berganjak ke tahun 2015. Sekejap ajer masa berlalu. Pejam celik pejam celik umur kita bertambah lagi setakuk. Apakah azam baru anda semua? Adakah azam yg lama telah tertunai? Ok nanti kita citer lebih lanjut pasal azam selepas habis citer trip ini yea. Ontah biler lah nak habis ni.

Sambung pada hari ke 3.
Pagi ini kami bgtau pada Pak Yadi yang kami nak gerak lambat sikit berbanding semalam. Plan pagi tu kami nak bersantai2 dalam bilik sambil berswimming di pool. Lepas subuh...kami terus ke cafe amik light breakfast jer...just makan buah and minum fresh drinks. Nak swimming mana boleh perut kenyang uolss....boleh termuntah nanti. Best giler kami pagi tu sebab takda seorang manusia pun yang ada di pool kecuali kami berdua. Kat cafe pun takda orang. Pool ini umpama ana yang punya. Aku perasan pelancong mat salleh di hotel ini suka berendam dlm pool waktu malam sambil minum beer. Kalau awal pagi macam ni....mereka masih di alam mimpi hehehe. Apalagi segala kuak lentang dan aksi renang kami pulun pagi tu hehehe. 


 tadaaaa....takda seorang manusia pun di sini...awal 6.30 pagi dah terang benderang di sini.

air dalam pool ni memang bersih sangat dan kami sangat enjoy

 yang belah kanan tu ialah cafe...kami breakfast setiap pagi di sini. This hotel sangat mendamaikan dan tidak crowded with tourist seperti hotel-hotel lain. Location wise juga sangat strategic. Sangat dekat dengan Kuta Square, Kuta Beach dan Kuta Traditional Market. Highly recommended.

 Inilah brekfast kami sebelum swimming. Lepas dah bersiap dan mandi manda barulah kami ambil proper breakfast di dalam cafe. 

 tiap kali kami stay mana-mana hotel, swimming adalah aktiviti wajib kami laki bini. Yang penting hotel mesti ada swimming pool hehehe. 

 dah macam aqua acrobatics hehehe....


Selepas kami bersiap semua dan ambil brekfast di cafe....kelihatan Pak yadi dah siap menunggu kami di parking. Sepatutnya Pak Isme yang akan entertain kami hari ini tetapi atas sebab kesibukan beliau di kantor...maka Pak Yadi yang akan bawa mobil untuk kami jalan-jalan. Destinasi pertama kami pada hari ketiga ini ialah akan ke Bedugul. Tau tak...dah empat kali gi Bali dan empat kali juga aku gi Bedugul. Entahlah aku memang suka gi sana. Tak pernah jemu. Salah satu sebabnya ialah tempat tu terletak di kawasan tanah tinggi dan cuacanya dingin. Disini juga terdapat ramai penduduk Muslim. Yang meniaga di sini juga ramai orang Muslim. Why not kita bantu mereka dengan membeli barangan di sini. Harga-harga yg ditawarkan pun murah juga. 

Selain daripada tu, di sini banyak jual buah-buahan segar dari kebun. Tanah di sini sangat subur sama seperti Tanah Tinggi Cameron Highland. Cuaca sejuk dan nyaman. Yang aku perasan...setiap kali gi sini mesti hujan turun. Agaknya tempat ini memang kawasan lembap. Aku bgtau Pak Yadi yang aku nak gi kawasan penanaman buah strawberry di Bedegul ni. Sebelum ni memang aku tak pernah gi pun. Takat beli strawbery di pasar ajer.



 sebaik kami sampai di tempat strawbery ini.....

 rupa-rupanya hari kami pergi tu ditutup dan tidak open kepada tourist.Agaknya buah strawberry tidak menjadi dan tidak musim yang sesuai. So, kami sempat merakan gambar ini diluar pintu masuk kebun ajer. Uwakkkkkkkkkk...frust giler aku.

 hanya mampu bergambar di luar kawasan penanaman bunga ini...

 cantik sangat tempat ini.....bersih dan sangat terjaga. Banyak penanaman pokok2 bunga dan tanaman hijau.

 tak kisahkan....asalkan dapat dating berduaan di sini. Rasa nak stay lama jer...sebab cantik permandangannya

 Then, Pak Yadi bawa kami ke Tasik Beratan di mana terdapat Pura Ulun Danu.

 kawasan ini juga tempat suci masyarakat Bali...so memang ramai penduduknya datang dengan berpakaian traditional mereka. Apalagi....aku pun selamba nak bergambar dengan mereka...huhuh.



 Dah sampai di Puru Ulun Danu yang terletak di Tasik Beratan. Masa kami sampai di sini memang cuaca sangat cantik...terang-benderang. Tak panas sangat....dingin jer.



monopod yang membantu kami...

 terjumpa orang Malaysia yang berasal dari Sarawak...so minta dia ambilkan gambar kami.

Perut masih kenyang dan tak nak makan lunch dulu. So, aku bgtau Pak Yadi suruh hantar kami ke Pasar Buah Bedugul. Tujuannya aku nak beli rempah ratus di sini. 

 Tadaaaaa.....ini yang aku cari. Leka memilih rempah di sini sehinggakan aku tak perasan di manakah gerangan En Bos ni. Tetiba dia hilang....entah ke mana menghilang. Takpalah....baik aku layan rempah ni dulu.

Rupa-rupanya dia tak kemana.....terselit di celah-celah kedai ini. Aku perhatikan dari jauh...apa lah yang dia beli tu. Kat tempat mangkuk2 dan senduk2 yang diperbuat dari kayu-kayan dia berada. Aikkkkk.....En Bos cari apa kat sana. Pandai pulak tu pilih-memilih. Aku perhatikan ajer. Tetiba......


>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


Dia sedang memegang sesuatu. Aku masa tu terpikir dan dalam keadaan pelik pun yea. Dia nak buat apa dengan benda tu? Oooooo....nak bagi isterinya tumbuk sambal guna benda tu kot. Tapikan kat rumah kan dah ada lesung batu.....tapi nak buat apa plak dengan lesung kayu tu?? Makin pelik....ahhhhh.....malas nak pikir dah. 

Dengan lenggang-lengguk dia datang ke arah aku sambil pegang lesung kayu tu. Dia tetiba tanya aku.
"Biey....ok tak lesung kayu ini kalau i nak guna untuk tumbuk pil ubat patient"
"What?????" Aku blur jap.
"Nak tumbuk pil ubat pakai lesung ni???? Hahahahaha" Aku gelak sakan masa ni.
"Laaaa...ingatkan beli lesung nak bagi i untuk tumbuk sambal...hahahahaha"
Dalam hati aku berkata " Memang kreatif kepala otak laki aku ni..kekekeke"

Nak tau tak berapa harga lesung kayu tu? Murah giler....hanya Rp15,000 (RM4) sahaja. Bukan itu ajer, aku juga memborong senduk kayu untuk memasak. Sempat belikan untuk ibu mertua jugak. Aku memang suka menumis menggunakan senduk kayu....ringan dan mudah.

Untuk pengetahuan...En Bos memerlukan lesung kayu itu untuk keperluan di tempat kerja. Kalau sesapa bekerja di hospital mesti faham...hehehe.


 En Bos beli lesung kayu tu di kedai ni. Baik peniaga ni...senang dan mudah berurusniaga tawar menawar dengan dia....tak banyak songeh. Minta kurang....terus dia bagi.

 Then, kami sempat membeli buah strwaberry di sini. Buahnya agak kecil tapi manis uolsss.



 Masa ni dah waktu tengahari dan tiba masanya untuk lunch. Aku minta Pak Yadi bawa kami makan di sini. Pernah makan dulu di sini dan memang sedap sangat. 

Masa kami sampai memang ramai orang dan penuh meja dengan pelancong. 

 Kami order makan nasi dengan ayam bakar taliwang iaitu makanan tradisional orang Lombok. Ayam nya kecil ajer....kalau ambil seekor boleh dimakan untuk seorang sahaja. Sambal belacannya pedas berapi uolssss. Sangat sedap.....


Tadaaaaaaaaaa.......licin selicinnya hehehe.


Masa kami tengah makan ni hujan turun selebat-lebatnya. Tunggu hujan reda barulah kami beredar dari sini. Next destinasi ialah kami nak ke Tanah Lot. Sebaik sampai di sana....aku macam pelik dan agak blur. Betul ke Pak Yadi bawa kami ke Tanah Lot ni???? Kenapa lain.....salah tempat ke????? Nak tahu jawapannya....tunggu next entry.

p/s -  banyak kenangan manis di tahun 2014