Bersambung lagi. Adoi lotih nak menghabiskan entry ini. Selepas selesai membeli juice dan kek lapis...kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Pajak Ikan. Ada sesetengah orang panggil Pasar Ikan....oklah tu mana-mana pun ok. Aku tanya Pak Rizal...dia kata orang sana panggil Pajak Ikan. Mesti korang tertanya apa tu? Pajak Ikan ialah tempat membeli-belah terkenal di Medan. Tempat ni bukan mall tau atau bukan kedai jual ikan hehehe. Biasanya orang datang membeli-belah di sini untuk membeli kain, telekung, baju kebaya, kain pelekat dan sebagainya. Ala serupa mcm Pasar Baru Bandung tetapi di sini tak lah semeriah di Bandung. Bangunannya pun mcm rumah kedai ajer.
Masa kami sampai ni pada hari Ahad..makanya banyak kedai yang tutup. But ada a few kedai yang dibuka. Masa ni aduhai panasnyaaaa....aku tidak begitu selesa. Yelah dah 2 malam duk tempat sejuk...tetiba bila panas tak selesa plak kan. Mengada betul minah ni. Macam lah duk KL tu ada salji..ngeh3.
Aku ke sini memang plan nak beli telekung. Yelah dah 3 tahun tak gi Jakarta/Bandung....so tetiba rasa nak membeli telekung baru kan. Biasalah trend sekarang ni telekung sulam berwarna....aku tak minat lah. Aku tetap suka telekung yang warna putih dan juga sulam putih berseri. Jom tengok gelagat kami membeli belah di sini.
banyak betul fesyen jubah mcm ni kat sini...fesyen cantik but material kain ada kureng skit....
kami singgah di kedai telekung ini.....pilih punya pilih.....tetiba aku mcm tak puashati. Susah sangat nak bagi harga yang aku nak...pastu telekung tu takda kain sekali. Mahal!!!!
ada macam-macam fesyen telekung di sini...
pastu aku gi kedai lain plak...mencari telekung lagi. Pekerja ni duk melayan aku kuarkan satu demi satu telekung. Aikkk...aku ternampak tokeh kedai yg mula2 tu datang ke sini. Oooo tokeh yang sama...pompuan. Alamak.....mesti lebih kurang jugak. Harganya? Still mahal dan tidak berbaloi. Pastu aku kata taknak...terus angkat kaki. Tokeh pompuan tu menjerit "Mbak...dari tadi kain nya terus diselungkar satu demi satu...tapi ngak dibelinya" Aku buat2 tak dengar...terus cabut. Sudahlahhh....mahal mcm tu sapa nak beli. Patutlah kedai dia lengang jerkk.
beginilah style kedai-kedai di Pajak Ikan ni
baju batik, kain ela, kain lace semuanya ada. Harganya? aku tak tau sebab tak beli pun...
t-shirt pun banyak di jual di kaki lima di sini. Aku tak beli pun sebab kualitinya lebih kurang mcm kat Berastagi dan Lake Toba....kain agak keras.
jeng jeng jeng. Aku terus jalan dan jalan lagi. Pastu terjumpa plak kedai telekung ini. Akhirnya aku beli 2 pasang di sini. Harganya murah sikit daripada kedai yang tadi. Pastu telekungnya beserta dengan kain sekali. Oklah tu....tu yg aku cari. Komen aku....kalau beli telekung di Jakarta/Bandung lebih murah dan lagi cantik. Kalau di Sumatera ni....beli kat Bukit Tinggi lagi cantik rasanya sebab di situ memang terkenal dengan sulaman.
sila pilih tudung yang menjadi idaman hati sahaja ok. Jangan plak pilih muka yea.....Kenapa tetiba patung yang paling depan tu kepalanya lagi besar....kwang kwang kwang (ayat feveret orang tu)
terjumpa lagi satu kedai telekung. Baik betul mbak yang meniaga ni. Kain telekung dia pun murah lagi. Aku suka kalau berurusan dengan orang mcm ni...sejuk skit hati nak membeli. Aku beli sehelai lagi di sini.
jom beli FM Medan. Beli 2 bijik di sini. Tak cantik sangat tapi beli lah jugak daripada tidak.
Beg kami dah sendat dan penuh.Pastu aku dan azim beli beg corak batik tu.
Ok everything done. Jom kita pi makan...pewut dah lapaq naa. Mereka bertiga ni duduk di belakang. Sila tengok space utk beg di belakang sekali.....dah nak hampir sampai bumbung.
Aku duk depan dengan Pak Rizal......mak datin sangat!!!! (bak kata ajim)
Ketika ini jam menunjukkan ke pukul 1.30 tengahari. Tadi Pak Rizal bagi kami shopping kat Pajak Ikan selama 3 jam sahaja. Cukuplah tu....lama-lama sangat pun bukannya best sangat kat sana. Banyak kedai tutup dan tidak meriah sangat. Satu lagi...orang-orang yg meniaga di sana agak kerek sikit. So, mood aku nak membeli lagi.....terus hilang. Syukur....selamat skit duit aku huhuhu.
Then, kami gi lunch di Restoran Garuda makanan minang. Restoran ini memang ada banyak cawangan boleh dikatakan di setiap daerah di Indonesia ni. Dulu pernah makan di Jakarta. Yang kat Medan ni...oklah sedap pada tekak aku. Tekak orang lain aku tak tau lah. Aku suka ikan gurame goreng yang dihidangkan tu tapi lagi sedap jika ikan tu digoreng panas. Masa kami makan tu...ikan tu dah sejuk. Lupa dah berapa total kami makan masa tu.
suasana di dalam restoran ini...cantik. Ada tempat yg beraircond dan tiada.
jemput makan semua...aku dah lapaq masa ni.
meriah betul lauk-lauk makanan nasi padang ni. Pilih jer yg mana berkenan. Ayam goreng penyet tu sedap....aku suka.
alhamdulillah dah kenyang. Kami ingat di sini ada Wifi....sebab nak check nama Factory Outlet yang ada kat Medan ni. Sekali tu....memang tiada Wifi di sini. Uhukk..uhuukk
singgah solat dahulu di Masjid Raya Al-Mashun....adalah masjid terbesar di Medan. Dari luar nampak besar tapi bila masuk kecik ajer dalamnya.
senibina masjid ini so nice...
kesibukan kotaraya Medan. Medan merupakan bandar terbesar di Sumatera dan juga bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Pertama kali aku sampai di sini...terkejut dengan kepesatan bandar ini. Banyak mall yg besar-besar di sini dan juga hotel yang berbintang-bintang. Rupanya ramai jugak org Malaysia yang menjalin perniagaan korporat di sini. Pak Rizal kata orang kaya di sini kebanyakannya orang Cina Indonesia. Tengok rumah depa...wahhhhh lumayan.
hanya orang kaya yang mampu buat ucapan tahniah perkahwinan guna board berwarna-warni di atas
selalunya orang yang melancong di sini mesti pergi ke Istana Maimon seperti gambar di atas. Tapi kami tak singgah pun...sebab tidak cukup masa. Lalu ajer. Lokasinya berhampiran juga dengan Masjid Raya tadi.
Then, kami mintak Pak Rizal singgah ke Sun Plaza sekali lagi. Tujuannya sebab nak merasa Es Teller di restoran ini. Hari tu masa kami sampai hari pertama tu....restoran ini belum dibuka lagi. So, bila ada masa lebih ni...kami nak singgah kejap. Masa nak masuk ke parking Sun Plaza ni...punyalah traffic jammed. Ohh yeeaa....hari ini ialah hari Ahad....ramai yg bawa keluarga bershopping di sini. We only have one hour here before we back to airport.
beginilah rupa Es Teller. Dalam ni ada hirisan isi kelapa, nangka dan avocado. Pastu letak santan dan ais yang telah dikisar. Hmmm.....dah pernah rasa dulu masa kat Surabaya. Pernah rasa yang lagi sedap meletup2 masa bercuti ke Bukit Tinggi. Kenapa kat sini tak jumpa yg sedap mcm tu...huhuhu.
Harga semangkuk es teller ini ialah Rp13,000 (RM4.50)
ingat tak kami ada singgah di sini masa hari pertama sampai di Medan. Masa tu takda orang langsung sebab baru bukak. Nahhh sekrang cuba lihat....masa ni ialah hari Ahad dan orang sangat ramai. Nak bayar pun kena beratur panjang...adoiii. Tapi aku tak beli pun masa ni. Azim sempai capai seluar jeans katanya.
masa on the way nak ke airport kami nampak kat tepi jalan tu ada jual kuah untuk buat pecal. Ada jugak yang jual lontong daun pisang. Aku beli kuah pecal tu ajer.
Kami dah sampai airport. Alhamdulillah segalanya on time dan kami tidak terburu2 nak sampai ke airport. Kata Pak Rizal tak lama lagi airport ini akan dipindahkan ke tempat lain dan lebih besar daripada yang ini. Sebabnya atas faktor lokasi airport ini di tengah-tengah bandar dan tidak sesuai berdekatan dengan tempat kediaman dan bandar. Yang baru nanti agak jauh sedikit...lebih kurang 40 minit dari bandar Medan ini.
Sekian percutian aku di Medan-Lake Toba-Berastagi. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Tiada apa2 yang tidak menyenangkan berlaku sepanjang percutian ini. Syukur sangat. Bagi aku percutian 3 hari 2 malam di sini sangat-sangat mencukupi. Tak payah lama sangat dan tak perlu nak stay di Medan jugak...sebabnya takda apa sangat yang menarik di bandar Medan ini. Day trip yang mcm kami buat ni pun just nice and sangat tersusun masa nya. Yang menjadikan percutian ini menarik ialah Lake Toba yg sangat cantik dan kedinginan Berastagi. Enough for it.
Next entry ni aku ceritakan apa barang yang sempat capai di sini hehehe. Actually aku tak banyak mana pun bershopping di sini. Banyak spent utk food ajer. Duit rupiah yang aku bawak tu...masih berlebih lagi. Bagi sesiapa yang nak bercuti di sini...make sure stay kat Lake Toba dan Berastagi. Aku pelik orang yg stay di Medan bermalam2...pastu gi Lake Toba dan Berastagi just balik hari. Sebab tulah korang akan rasa tak best. Stay lama2 kat bandar Medan ni bosan ...baik tengok scenery yg cantik2 kat Lake Toba tu.
Satu lagi sesapa yang tanya aku pasal phone number Pak Rizal...tolongggggglah lihat pada entry pertama aku tu...semua ada aku nyatakan di sana tu. Tak payahlah korang tanya aku banyak kali...aku letih lah nak reply pertanyaan yg aku dah pun mention pada entry ini. Sila baca entry Medan ini sampai habis sebelum tanya aku apa2 soalan. Kalau soalan yg dah ada jawapan pada entry ini...aku takkan layan. Kalau soalan yg lain...Insya Allah aku akan bantu korang. Ok...sekian sahaja.
p/s - adoiiii badanku sakit sangat...penangan white water rafting di KKB.