Ads

December 30, 2010

Waroeng Penyet The Curve & Hard Rock Cafe KL






Acara makan-makan lagi. Jangan marah hahhh!!!
Ketika ini adalah Christmas Eve...aku free tak pi mana pun. Tetiba mendapat jemputan daripada Qis dan Burn untuk pi makan-makan dan jalan-jalan untuk meraikan rakan mereka dari Jepun...namanya Taichi..haiittttttt!!!!!!. Mamat Jepun ni boleh dikatakan setiap tahun datang ke Malaysia untuk jalan-jalan. Masih muda belia baru ajer 26 tahun dan sedang bekerja di Jepun. Taichi ni...suka berjalan-jalan merata dunia...samalah mcm aku. Tapi aku masih taraf merangkak...baru beberapa negara ajer.

Lily, Nurman and Nyla pun joint kami malam tu. Pikir punya pikir nak pi melepak dan makan-makan di mana. Akhirnya decided to take dinner at The Curve untuk makan ayam penyet. Sekarang ni dah melambak-lambak restoran ayam penyet. Kali ni aku makan kat Waroeng Ayam Penyet pulak...lain company tak sama yg dekat Wangsa Walk tu. Actually setiap restoran ayam penyet yang aku pergi sama ajer rasanya...cuma yg membezakan ialah sambal cili tu. Yang kat sini...perrghhhhhh pedas berapi. Si Taichi surrender tak boleh makan pedas nanti perutnya meragam memulas-mulas. Siang sebelum tu Qis bawak Taichi jalan-jalan kat area Bukit Bintang dan breakfast nasi lemak tanpa sambal...hahahaha. Kesian dia teringin nak makan nasi lemak tapi tak sanggup nak makan sambalnya. Hehehehe.



menu di Waroeng Ayam Penyet


yang tengah-tengah baju putih tu lah Taichi dari Jepun

semua pakai baju HRC tapi aku sorang jer yg tak pakai....ahkak dah kuar umah baru depa nak bgtau...ohhhhhh takpalah.


ayam penyet yg sedap dan lazat....sambal tu pedas berapi


lele penyet....pun sedap


ayam panggang..... sedap kot sebab aku tak rasa pun.... ni Lily punya..


sayur pecal yg sedap juga


meriahnya makanan di atas meja kami..huhuhu


ehhh...ehhh...Nyla pun ada...tadi dia duk diam dalam stroller.


Taichi kata ayam penyet ni merembess (aku agak ajer...hehehe)


licin gitu.....dan sedap



After dah kekenyangan kami pun beredar dari restoran tu dan pi jalan-jalan di sekitar luar The Curve...manusia punyalah ramai. Mostly chinese lah sebab esok dah nak raya kan. Yang muka Melayu ada juga dan boleh dibilang dgn jari. Happening tempat ni. Tapi aku mcm sesak nafas dgn manusia yg ramai ini. So, better we move out from this place cepat-cepat.

Malam tu Nurman nak kerja. So, lepas lepak-lepak kejap...kami pun berpisah dengan mereka. Tinggallah aku, qis, burn n taichi meneruskan perjalanan berjimba di malam dinihari itu. Ke mana kami lepas tu? Sila tengok lagi gambar-gambar di bawah ini.


geng baju HRC dan Nyla pun ada tp tak pakai pun baju HRC...mana aci mcm ni..hehehe.


utk menyedapkan hati aku...mereka gandingkan aku dgn Taichi...atas sebab kami berbaju putih....huaa..huaa..huaa...haiitttttt!!!!!


suasana happening di The Curve


FM pun banyak dijual disini.....tapi mahal ler.



Malam itu.... kami berempat dengan girangnya pergi ke tempat ini. Tujuannya ialah untuk membelikan baju t-shirt HRC untuk Taichi. Aku pun tumpang sekaki beli jugak. Cuma aku frust sebab tak bawak discount card HRC tu. Kalau tak bolehlah dapat discount 10%...huwaaaaa. Ramainya orang masa ni....kat luar meriah dengan Geng Big Bikers. Mak teruja tengok tau!!! Dalam hati mcm teringin nak ada motobike tapi apakan daya mak tak mampu dik nak beli motorbike yg mahal-mahal tu. Pompuan pun ramai dah jadi member Big Bikers ni. Mana tau...Insya Allah one fine day nanti. Hellooo ahkak oii...naik motor pun tak pandai...ada hati nak naik big motorbike...hahahaha...sian mak kan!!!!

Then...kami lepak dalam jap tengok live band from Indonesia. Entah apa nama group ni. Suara depa...perrghhhhhh kelas gitu. Punyalah ramai orang dalam tu. Kejap jer lebih kurang setengah jam kami layan live band. Then kami chowwww........


band from Indonesia live in HRC KL


baru first time bergambar depan HRC KL ni...sian kan!!!




Malam itu juga kami lepak jap kat Merdeka Square sebab Taichi nak amik gambar Bangunan Sultan Abdul Samad yang bercahaya berwarna-warni tu. Ingat tak aku pernah ambil gambar di sini. Kejap jer...then kami chow. Pastu kami meneruskan perjalanan lagi ke Bazaar Larut Malam Danau Kota pulak.....penat wei tak henti-henti berjalan. Dah lama aku tak ke sini....byk jugak barangan yg dijual dan dicampur dengan manusia yg terlalu ramai. Singgah mamak jap pekena teh tarik..huhuhuh. Akhirnya aku sampai rumah jam 3 pagi.....pecah rekod bebbbb!!!! hahahaha.

December 28, 2010

Tips for Budget Travelling


Nak share pasal melancong lagi. Aku ni kalau pi melancong memang trip yg budget-budget ajer. Tk kosa mak nak habiskan duit gitu-gitu ajer. Baik mak guna duit tu untuk shopping kat sana. Betul tak? Kalau korang tengok kebanyakan trip yang aku gi adalah free and easy tanpa menggunakan travel agent. Tak payahlah bayar mahal-mahal unless kalau negara tu memang ada masalah bahasa....aku terpaksa lah guna travel agent. Lagipun kalau trip mahal-mahal jawapnya aku memang lah tak mampu nak gi oversea every year.

Jom aku nak kongsi tips-tips sebelum pergi melancong budget ni.

1. Airline -Kena check nak naik what airline. Biasanya aku naik airline tambang murah ajer spt Air Airsia. Memang AA selalunya menjadi pilihanku. Jimat duit. Lantak pi lah apa orang nak kata or lantak pi lah kalau ada orang nak berlagak naik airline mahal. Itu semua tak penting bagi aku. Yg penting asalkan aku selamat sampai dan dapat jejak negara tu. Kalau takda tambang murah ni....jawabnya tak dapat jejak ler London aku ni. Keselesaan dalam flight tu perkara kedua. Kena sabar sikitlah duk berjam-jam. Kalau tak boleh nak sabar naiklah flight mahal...senang citer.

2. Hotel - Normally aku gi hotel murah ajer mengikut rate yg aku mampu. Lain ler aku gi honeymoon. Selalunya aku kuar pagi dan balik malam, so tak payahlah duk hotel mahal-mahal. Kalau kat oversea negara yg mahal aku stay kat hostel ajer walaupun ratenya dah setaraf mcm hotel kat Msia. Aku akan buat online booking terlebih dahulu. Ada yg aku terus bayar thru online atau booking ajer dan bayar di sana. Mudah dan jimat. Caranya kena tgk tiap satu online agent....yg beri rate murah aku akan terus grab.

3. Transport - Depands on what country aku pergi. Kalau kat Indon, aku dah booking siap2 mobil termasuk sopirnya. Suruh terus ambil di airport. Kalau negara tu ada tram or train...aku dah siap buat research kat internet pasal negara tu. Siap print train/tram route dari sini. Tambang pun kena ambil tau jugak. Kena ambil tahu where to go and which station to stop. From airport nak naik apa....taxi ke...bus ke..compare price. Kena tau nak gi kaunter mana. Aku terpaksa bersusah-susah sikitlah kalau nak jimatkan duit. I don't mind to do those things coz di samping itu aku dah ada knowledge pasal negara tu. Idok ler teman pergi membabi buta. Sampai sana tercengang ehh ni kat mana...ehh apa nama tempat ni.

4. Place of Interest - Ini yang paling penting sekali. Contoh: pergi London. Aku kena buat research sikit apa yang menarik di London. Mana tempat yang aku mesti pergi. Berapa jam aku kena spent ke tempat itu. Semua tu kena pikir. Selalunya aku search kat blog sesapa pengalaman dorang ke sana. Kalau blogger tu kata tempat tu mesti pergi dan best...so aku kena highlightkan. Or sometimes aku refer travel agent punya itinerary. Bila dah confirm where to go...aku akan buat itinerary sendiri from day 1 to final day. Inilah cara aku buat selama ni. Kena usaha sikitlah dari segi masa.... mengadap pc tiap malam cari info.

5. Shopping - Selalunya aku akan cari tempat shopping yg murah-murah dulu. Aku akan search kat internet tempat shopping yg menarik dan murah. Kalau melalui agent, mesti dorang hantar ke tempat shopping yg khas utk pelancong...mahal plak tu. Satu lagi yg penting where to find the cheapest souvenir shop...heheheh wajib tu.

6. Food - Ini pun wajib. Kalau gi negara omputih yg susah nak cari halal food...memang aku kena wat reseach dulu kat mana kedai tu. Siap print map sekali. Kalau gi negara Islam plak...aku kena tau apa makanan tempatan yg sedap kat sana. Aku wajib mencuba. Yelah bila lagi kan. Semua tu aku search kat internet or tanya kawan-kawan yg pernah jejak ke negara-negara tu.

Itu ajerlah tips-tips yang aku boleh share dengan pembaca semua. Ini cara aku dan selalunya mana-mana kawan yg nak joint trip aku....memang boleh masuk cara aku dan mereka pun selesa jugak. Tak taulah senyap-senyap dorang tak suka..hehehe. Kalau korang nak stay hotel mahal.....tak bolehlah ikut mak melancong sebab mak tak nak membazir tau...baik mak gunakan duit tu utk shopping,...kennnn!!! Satu lagi....selalunya trip aku memang banyak berjalan kaki....dari pagi sampai malam asik berjalan ajer. Larat tak larat korang nak ikut aku. Pakai kasut leper ajerlah....jgn berangan nak pakai high heel...lupakan sajer!!!

Nak share satu benda. Satu tabiat buruk aku tiap kali nak gi melancong...mesti beli baju baru sebelum gi. Sebab aku tak suka tgk gambar dengan baju yg sama. Ada tu baju baru sekali pakai tapi dah beli baju lain. Itu lah tabiat buruk aku yg membuatkan mak aku selalu membebel kat aku ni...hehehe. Pastu aku suka sgt mengambil gambar permandangan dan gambar sendiri. Siap ler sesapa yg nak ikut aku melancong...jadi mangsa utk jadi tukang snap aku..hahahaha.



Burn's Birthday @ Souled Out, Sri Hartamas




Sejak dua menjak ni busy sikitlah dan campur sekali dengan kemalasan nak upload gambar-gambar yg banyak ni. Tu pasal blog ni sepi nyepi sejak beberapa hari ni. So, malam ni gigihkan juga update mana yg sempat. Semuanya demi pembaca blog ku sekelian. I'll do everything for you...cewahhh!!!!

Ok kita sambung citer pasal entry ni yeak.
Baru-baru ni ada majlis birthday celebration utk Che Burn. Surprised birthday party bak kata omputih. Semuanya arranged by isterinya Qistina. So, kami kawan-kawan yg free malam tu sudikan diri utk majlis ini. Birthday boy tu tak tau pun kami akan hadir ke majlis ni. Sajer nak bagi dia terkezut. Memang dia terkezut pun.....sebab dah terkantoi nampak si Sepul kat parking..hahahaha. Aku pulak dalam keta dah nampak dorang sampai...si Burn plak mcm tercengang-cengang tgk plate number keta aku...aku siap tutup muka lagi...hahahah sib baik dia tak perasan.

Finally...aku dan Sepul wat kejutan masa kat dalam tu. Ehhh lupa nak citer. Kami celebrate kat Souled Out di Desa Sri Hartamas. First time aku jejak tempat ni. Wahhh...happening siut. Siap ada live band malam tu... i likeee!!!!. Makanan di sini pun sangat sedap with reasonable price. Oklah for me. Kalau nak bawak budak cuma bising sikit kalau ada live band. Will be back here soon.


posing dgn Nyla yg dah besar dan makin comel







masa posing ni...aku tak perasan papa Nyla ada kat belakang...gitulahhhhh!!!!


Uncle Song makan tak pandang kiri kanan....org lain belum makan tp dia punya dah habis. Tak aci tau!!!!...ehhh..ehhhh...tetiba ada peace kat belakang aku. Anak sapolah tu???


Song punya - Cantonese Fried Noodles RM14 ---- sgt sedap woooo!!!!


Nurman punya - Fried Beef Noodles RM14 ---- pun sedap woooo !!!!


Burn punya - Chicken Cordon 'BLURR' RM23 -----pun sedap woooo!!!!


Sepul punya - Roast Beef Baguette RM18 ----- cedap jugak!!!!


aku punya - Spaghetti Carbonara RM20 ----- Sedap sgt hingga menjilat jari!!!


Qis punya - Pan Seared Grouper Rm25 ----- boleh tahan sedap!!!


Lily punya - Tandoori Chicken Special RM22 ----- pun sedappp!!!!


sudah kenyang senang hati


sajer nak bergambar dgn birthday boy yg sudah semakin tuaaa....oppsss!!!!





Birthday celebration ini diraikan utk Burn yang sudah pun menjangkau usia 36 tahun...oppssss tersilap plak...26 tahun lerrr!!!. Kalau anda nak kelihatan awet muda mcm aku maka berkawan lah dengan rakan-rakan yg muda. Aura muda tu masuk ke tubuh kita. Hehehe...jgn percaya petua tadi...sajer jer nak sedapkan hati aku yg super senior berbanding usia mereka-mereka ini. Hehehe.
Lepas ni kita celebrate besday sapa plak yea. Ohhh...lama lagi...tunggu bulan 3 nanti utk celebrate besday Maksu and Sepul. Ingat tak dulu kami pernah celebrate besday mereka di PD tahun lepas. Kejap jer dah setahun. Masa berlalu begitu pantas.


amboih besday boy ni..... over plak hang malam tu yeakkk...hahaha. Dia teruja tgk gambor kat atas cup cake tu....oopppsss hanya utk tontonan 18 tahun ke atas.




jika anda di bawah 18 thn...dilarang melihat gambar ini..hehehe


gitulah dia aksi besday boy....siap jelir lidah lagi..huhuhuhu...so mengenyam!!!


posing khas utk pembaca blog ku...huhuhuhu


gambar paling kelakar di abad ini...hahahahahahahah


besday boy dpt complimentary photo frm Souled Out.....so comel gambar kami.


hadiah-hadiah dari kami....... Happy Besday Burn !!!!


kami berposing di luar kawasan Souled Out ..... seronok dan best banget!!!!! Thank to Qis belanja kami malam tu....kejutan juga utk kami.




December 23, 2010

Me @ Hard Rock Cafe

Lagi-lagi citer pasal travel. Tapi bukan pasal aku gi travel mana-mana. Cuma nak berkongsi dengan pembaca semua koleksi gambar-gambar lama aku singgah ke Hard Rock Cafe. Actually aku start menjadi pengumpul koleksi barangan HRC ni sejak aku melancong ke Bali buat kali kedua pada tahun 2008. Masa tu my bro sibuk nak beli t-shirt HRC...aku temankan ajer. Bila sampai aje kat HRC shop tu...sajer belek-belek. Tetiba....ehh why not aku beli sehelai t-shirt sajer buat kenangan. Then, next country yang aku beli t-shirt ialah Singapore dan diikuti dengan Jakarta dan negara lain yang seterusnya.

Jadi pengumpul koleksi short glass plak masa aku gi Paris. Masa tu nak beli t-shirt ajer utk diri sendiri dan belikan pesanan short glass utk Lily. Entah camana mamat yg jual tu bagi aku xtra satu lagi short glass just becoz aku argue kat dia pasal tak dapat discount melalui HRC discount card yg aku guna tu. Rupanya kat Europe hanya mengumpul point sahaja. Hanya di negara Asia dapat discount 10%. Punyalah aku fight gila-gila....end up mamat tu tak bagi pun discount...dia cuma bagi aku free for the 2nd short glass. Then, next country aku pun belilah short glass gak....hinggalah sekarang. Mana-mana negara yang aku tak beli dulu, just kirim ajer kat kawan-kawan yang nak gi. Itulah ceritanya....huhuhuhu.

Jangan tak tahu...tshirt and short glass HRC KL aku takda pun. Gitukannn. Insya Allah bila-bila free aku nak drop by for makang-makang kat sana and beli semua benda yg aku citer tu. Jom ada sesapa nak lepak dgn aku kat HRC KL...... roger-roger okay!!!

Jom tengok gambar-gambar lama aku di sekitar HRC seluruh dunia....perrrghhhh perasan minah ni. Just negara-negara yang pergi jejak ajer. Jommmsssss!!!!!




me @ HRC Beijing .... tak beli apa pun. Aku berposing di sini sebab nak tumpang gi toilet jer....boleh?


me @ HRC Bali. Buruknya bila berposing mcm ni. Maklumlah zaman tak glamer dulu. Posing entah apa2 lah...huhuhuhu.


me @ HRC Jakarta. Aku ni tiap kali gi Jakarta mesti nak singgah tempat ni. Tujuannya sajer nak berposing..huhuhu. Tengoklah pic aku tu zaman posing tak nampak gigi....hahahaha.


me @ HRC Singapore. Ni pun sama....tiap kali jalan-jalan kat Orchard Road mesti nak singgah tempat ni.


me @ HRC Bangkok. Tak habis-habis posing mcm ni kan...hahahahah tergelak plak aku. Serius betul muka aku masa ni. :)


me @ HRC Amsterdam. Cayalah gaya macho konon. Mak sejuk tau masa ni. Mekasih cik abang M tolong amikkan gambar. Windu lah masa kita kat sini.


me @ HRC Paris. Seronoknya berposing siap tunjukkan beg lagi. Huhuhu. Masa ni penat sangat sebab kaki sakit mcm nak tercabut berjalan tak henti dari pagi sampai malam.


me @ HRC London. Sejuk giler masa ni. Letih sebab sesat di kota London tak jumpa-jumpa tempat ni. Cik abang M siap pakai GPS nak cari tempat ni. Aku plak terbeli t-shirt yg besar....size mat salleh ler. Next time nak cari t-shirt yg lain plak.


me @ HRC Penang. Singgah kejap ajer utk membeli t-shirt. Next time plan nak stay sini plak. Huhuhu



me @ HRC Ho Chi Minh City. Sales Assistant yg entertain aku kat sini baik sangat. Dia siap tunjukkan aku mana-mana tempat yg aku tak reti nak gi.