Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label USTAZ KAZIM ELIAS. Show all posts
Showing posts with label USTAZ KAZIM ELIAS. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

KENAPA USTAZ KAZIM CAKAP HUDUD TAK BOLEH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA????


Hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya rakyat Malaysia bersatu menerima hukum tersebut. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.

Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza..org Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina plak mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.

Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam. Pasangan yg bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama.

Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan diapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam ? Hanya pencuri beraga Islam dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.

Cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman.

Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? 

Mahukah Dap, Pkr malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima cadangan pindaan ini ? Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? 

Dan jangan ingat semua penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.

Jom tengok apa kata Ustaz Kazim Elias mengenai perkara ini.



Wednesday, December 04, 2013

STATUS TERKINI USTAZ KAZIM ELIAS DENGAN UMNO


SUNGAI PETANI 4 Dis. – Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria, di sini, malam tadi.

Ustaz Kazim berkata, beliau akan mengumumkan secara rasmi melalui sidang akhbar hari ini.

Pada Jumaat lalu, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya Ustaz Kazim dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Selepas pengumuman terbabit dibuat, Ustaz Kazim menerima pelbagai tohmahan dan fitnah termasuk daripada pemimpin dan ahli parti Pas.

Lantaran itu, kelmarin, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas. – UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa