Agak menarik mendengar perkhabaran dari Dewan Undangan Negeri Melaka apabila seorang ADUN pembangkang, Mohamad Khalid Kassim, mengejutkan ramai pihak apabila menyokong perlantikan Datuk Othman Mohamad sebagai Speaker Dewan tersebut semalam.
Mohamad Khalid yang merupakan ADUN dari parti PAS bagi DUN Bukit Baru, selamba mengangkat tangan tanda menyokong perlantikan Othman meskipun enam ADUN DAP hanya mengambil sikap berkecuali tanpa tidak bersetuju dengan perlantikan itu.
Namun, dilaporkan bahawa ketika pengundian bagi Timbalan Speaker DUN itu dijalankan, ADUN-ADUN DAP telah menuding jari ke arah Mohamad Khalid, seolah-olah memberi amaran pada ADUN PAS itu untuk mengikut pendirian mereka yang berkecuali.