Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label KETUA MELAKA. Show all posts
Showing posts with label KETUA MELAKA. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

APA HUBUNGAN MELAKA DENGAN CHINA SEBENARNYA???


PADA pertengahan bulan Mac lalu, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron telah mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Guangdong, China.

Sepanjang lawatan kerja tersebut bermula 15 hingga 18 Mac, beberapa perjanjian persefahaman dan kata sepakat dalam bidang perdagang­an, ekonomi, pelancongan dan budaya telah dicapai sekali gus membuka kepada kerjasama baharu untuk dimanfaatkan oleh Melaka dan wilayah yang terkaya di negara itu.

Antara intipati kerjasama yang terjalin itu adalah kesediaan Guangdong untuk membantu membina pelabuh­an antarabangsa di Melaka, mewujudkan penerbangan terus dari pusat pentadbiran wilayah itu iaitu Guangzhou ke Melaka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam dan mewujudkan sebuah pusat rawatan kanser di negeri itu.

Sepanjang empat hari lawatan kerja itu, tiga fokus kerjasama tersebut menjadi topik perbincang­an antara Idris dan pemimpin di wilayah Guangdong iaitu Gabenor­nya, Zhu Xiaodan.

Menurut Idris, pembina­an pelabuh­­an antarabangsa di muara Sungai Melaka bakal meningkatkan ekonomi dan mengembalikan pe­ra­nan negeri itu yang sememangnya sudah terukir nama sebagai laluan perairan penting pada satu ketika dahulu.

Mengikut sejarah Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu, pada abad ke-15 sudah mula terjalin hubungan dengan dunia luar dan menjadi lokasi persinggahan pedagang dari China, British, Belanda, Arab dan Portugal.

IDRIS Haron (berdiri belakang empat dari kiri) menyaksikan perjanjian

“Kesediaan China untuk meletak­kan kerjasama bagi menjayakan semua hasrat itu adalah satu bonus kepada Melaka,” kata Idris baru-baru ini ketika mengulas mengenai hasil lawatan kerja beliau ke negara itu.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan melantik kumpulan pemikir bagi membincangkan secara terperinci bentuk kerjasama yang diperlukan.

Malah apa yang menggembirakan adalah China melahirkan komitmen yang serius untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan segala perancangan Melaka. Dengan ada­nya penerbangan terus dari Guangdong ke Melaka, sudah pasti dapat meningkatkan kehadiran pelancong dari kedua-dua negeri.

Dalam lawatan itu juga delegasi Melaka berkesempatan bertemu de­ngan Presiden Fuda Cancer Hospital di Guangzhou, Profesor Xu Kecheng.

Menurut Idris, pertemuan itu sangat bermakna dalam usaha Me­laka untuk mendirikan sebuah Pusat Rawatan Kanser di negara itu bagi memberikan rawatan khas kepada pesakit berkenaan.

Pusat Kanser itu bakal dibina berkonsepkan teknologi hijau selaras dengan usaha Melaka mempromosikan Negeri Bandar Teknologi Hijau, kata Ketua Menteri.

Melaka masih menerima jumlah kehadiran pelancong yang besar iaitu sebanyak 15.4 juta orang pada 2014 meskipun pelbagai peristiwa hitam melibatkan nahas udara melanda negara pada tahun tersebut. Angka itu menunjukkan peningkat­an sebanyak 5.03 peratus berban­ding tahun sebelumnya dengan 26 peratus pelancong dari luar negara.

Bagi penulis, walaupun hubung­an antara Malaysia dan China agak dingin berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang sudah setahun belum ditemukan, kerjasama membabitkan kedua-dua negara seperti ini perlu diteruskan bagi menggalakkan aktiviti ekonomi yang sudah semestinya membawa kesan positif kepada kedua-dua pihak.

Ternyata, Kerajaan China khususnya Guangdong bersikap profesional dengan menerima dan menyambut baik kedatangan dele­gasi dari Melaka dan yang terpenting, sanggup membantu dan itulah sebenarnya yang harus berlaku walaupun tragedi MH370 belum terhakis daripada ingatan.

Lawatan wakil Melaka ke China disifatkan sebagai berjaya dan seharusnya dimanfaatkan untuk memberi wajah baharu terhadap kerjasama yang sudah dan bakal terjalin agar mencipta situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.--UM

Wednesday, June 06, 2012

GEMPAR: PEJABAT KETUA MENTERI DISERANG OLEH PARTI POLITIK ITU!!!


Aku dengar cerita dari kawan aku, Wizurai Kota                         >>>DI SINI<<< ada ramai orang sedang berkumpul di hadapan Seri Negeri, Pejabat Ketua Menteri Melaka untuk satu demo aman.

Bila aku dapat berita ini, aku terus angkat telefon dan call kawan-kawan yang berhampiran dengan Seri Negeri untuk dapatkan maklumat lanjut.

Sorang dari kawan aku ni pun bagitau memang ramai manusia sedang berkumpul di sana untuk serbu pejabat Ketua Menteri sebab ada isu tanah yang kononnya tak selesai.

Kawan aku cakap cerita ni cerita lama, dah selesai pun cuma tingga dua, tiga orang jer yang tak puas hati jadi mereka cuba cabar keputusan kerajaan negeri di mahkamah.

Dan bila ada isu macam ni, sudah tentu ada parti politik yang cuba ambil kesempatan dan jadi hero kepada "mangsa" ni. Parti politik tersebut yang punya pelbagai isu dan masalah dikhabarkan menjadi dalang perhimpunan yang diadakan pagi ini.

Bila aku dengar cerita kawan aku ni, aku terus senyum sinis. Parti politik yang nak tolong "mangsa" ni pun banyak masalah yang tak selesai, ada hati nak selesaikan masalah orang.

Kat Melaka ni, apa kuasa parti politik tu?? Mereka satu kerusi pun takde dalam DUN. Macamana  nak tolong rakyat sedangkan suara mereka langsung tak dipilih oleh rakyat???

Kalau nak mintak tolong, mintalah pada yang boleh bantu selesaikan masalah kita. Jangan mintak tolong pada yang banyak masalah, takut nanti masalah kita tak selesai tambah masalah lain pulak...

Kepada parti politik yang nak jadi hero tu, lain kali kalau nak berhimpun kumpul ler ramai lagi. Pagi ni dah cukup ramai, tapi kalau dapat lagi ramai kan lagi steady kan...??? Baru ler rakyat yakin dengan kehebatan parti politik anda....!!!!


JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa