Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label ANWAR IBRAHIM FREEMANSON. Show all posts
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM FREEMANSON. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

VIDEO ANWAR KENA CUIT DENGAN MAT SALEH!!!


SIAPA YANG PERASAN BENDA NI???

ANWAR SUKA TUDUH UMNO/BN AMAL KRONI, TAPI DALAM MASA YANG SAMA  TAK KAN ANWAR TAK PERASAN BENDA NI DIAMALKAN DALAM PR??

ANWAR IBRAHIM, KAK JIJAH, NURUL IZZAH DAN DENGAR KATA NURUL NUHA PUN NAK DISERAPKAN DALAM PKR.

LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG DAN ISTERINYA BETTY CHEW.

KARPAL SINGH, GOBIND SINGH

PERASAN TAK?? 
SEMUA ANAK BERANAK JER...

TAPI YANG HERAN, BENDA DAH TENTU DEPAN MATA..

ANWAR MASIH NAK NAFI..

MEMANG KAKI PENIPU SIANG MALAM PADI PETANG SUBUH SENJA..

BAIK NASIB MAT SALEH TU CUIT SIKIT JER...

JPX

Wednesday, February 22, 2012

PANAS:PERSAMAAN LOGO JATI DAN PERGERAKAN FREEMANSON DI MALAYSIA!!!


Aku rasa belom sampai tempoh 24 jam JATI dilancarkan, dah macam-macam tomahan yang diterima. Musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjahanamkan perjuangan yang dibawa oleh JATI kerana mungkin mereka rasa terancam dengan kewujudan JATI.

JATI bakal menjadi platform umat Islam dan Melayu bagi membentuk jatidiri ke arah kemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Pengasasnya, Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan EXCO Agama Selangor kerana tegas dalam melaksanakan hukum Allah di Selangor. Musuh Islam yang tidak senang dengan tindakan Datuk Hasan, segera mengarah kuli-kuli mereka memecatkan Hasan supaya agenda jahat kafir harbi dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Terbaru, sekali lagi musuh Islam menggunakan kuli mereka di alam maya untuk merosakan imej JATI yang baru dilancarkan semalam. Facebooker dan blogger upahan musuh Islam segera menyerang dengan mengatakan logo JATI sama dengan logo syaitan.


Aku pun terfikr sejenak. Kenapa begitu hebat tentangan yang perlu dihadapi oleh JATI? Kenapa musuh Islam ini bersungguh siang malam untuk menjatuhkan imej JATI. Apa yang mereka takutkan dengan JATI???

Aku juga perasan kebanyakan facebooker dan blogger yang menghentam JATI ini adalah orang Islam dan terdiri dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Sudah tentu sesuatu yang bertentangan dengan hukum Islam jika seorang Islam cuba menjatuhkan dan merosakan perjuangan Islam. 

Bagaimana seseorang yang mengaku Islam mampu bertindak dan berkelakuan sedemikian kepada saudara Islamnya yang lain???

Adakah mereka ini golongan yang berpura-pura sebagai Islam di alam siber dengan tujuan untuk menyesatkan umat Islam???


Adakah golongan ini yang dikatakan sebagai semut hitam di atas batu yang hitam dan bakal membawa kerosakan kepada akidah dan seluruh umat Islam???

Dan jika mereka mempersoalkan logo JATI, apakah selama ini mereka tidak sedar yang logo PKR yang dicipta oleh kumpulan Anwar Ibrahim juga menyerupai The All Seeing Eye (Illmuniti/Freemanson)??

Adakah kumpulan ini takut untuk mempersoalkan logo PKR kerana takut dengan logo dan pengaruh logo tersebut??? 

Adakah golongan ini tidak perasan atau buat-buat ttidak perasan tentang persamaan logo PKR dan logo Freemanson???

Kalau kita waras untuk mentafsir tentu sahaja kita boleh memilih antara yang benar dan palsu. Perjuangan Islam tentu sahaja akan mendapat tentang orang kafir dan percayalah yang benar itu pasti menang!!!

JPX

Thursday, February 16, 2012

KISAH TANDA MERAH, SEMBAH API DAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN!!!








JADI APA KOMEN ANDA???
INI SALAH SIAPA???
UMNO PUNYA SALAH KE DAHI ANWAR KENA TONYOH???
UMNO PUNYA SALAH KE ANWAR SEMBAH API???
UMNO PUNYA SALAH KE ANWAR LANGGAR FATWA???

SATU LAGI...
MANA DEWAN ULAMA' PAS???
MANA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUNYA KOMEN???
MANA NAIB PRESIDEN PAS PUNYA KOMEN????
TAKKAN SENYAP AJA???
BILA KENA PADA NAJIB TUN RAZAK...
KOMEN PANJANG BERJELA..
TAK KAN BILA KENA PADA TUAN DIA...
SENYAP AJA...
COME ON LER BROTHER...
JANGAN BERAT SEBELAH LER...
INI ISU AGAMA YER...
BUKAN ISU BUDAYA!!!


MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT MEMELIHARA AGAMA ISLAM DAN MENJAMIN ANAK CUCU KITA TIDAK TERPESONG AKIDAHNYA MELALUI HASUTAN RAKAN PAKATAN YANG KAFIR???

JIKA PEMIMPIN PAKATAN YANG ISLAM PUN SUDAH TERPESONG AKIDAHYA, ADAKAH KITA MASIH MAHU SETIA BERSAMA MEREKA???

JPX



“Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam” - Fatwa Majlis Kebangsaan

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

Wednesday, January 25, 2012

ANWAR IBRAHIM FREEMANSON ADALAH TANDA-TANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR???


Dari Hudzaifah bin Usaid al-Ghifari, beliau menceritakan bahawa Nabi pernah berkata;

“Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian melihat 10 tanda. Beliau menyebutkan ; Asap, Dajal, haiwan melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari iaitu gerhana timur, gerhana di barat dan gerhana di jazirah Arab dan akhir dari semua itu adalah api yang keluar dari Yaman yang menghalau manusia ke Padang Mahsyar.” (Hadis Muslim)

Ramalan ramai saintis Barat menyatakan bahawa kiamat dijangka akan berlaku pada tahun 2012. Kononnya sistem cakrawala dan bintang-bintang akan hilang keseimbangannya lalu menyebabkan matahari semakin panas, tahi bintang pula semakin menghampiri bumi dan sebagainya. Bahkan ilmuan Barat juga turut mempercayai ramalan kalendar kuno bangsa Mayan (200 SM – 900 SM) dan teori ahli nujum Perancis berbangsa Yahudi Micheal Nostradamus (1503-1566M) yang menyatakan dunia akan kiamat pada tahun 2012. Maka pelbagai teori, filem dan dokumentari dibuat untuk membenarkan ramalan tersebut.  Namun benarkah ramalan, tilikan dan nujum ini?  

Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui bilakah terjadinya hari kiamat kelak! Namun sebagai umat Islam kita wajib meneruskan ibadah dan jihad demi menegakkan kesucian Islam serta maruah bangsa dari dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.

Pelbagai tarikh kiamat diberi. Ada mengandaikan 20.12.2012, 21hb atau sepanjang bulan Disember 2012 nanti. Namun persoalannya, adakah ramalan ini tepat atau sengaja digembar-gemburkan kerana ada pihak yang ingin mewujudkan senario kelam kabut di mana ada segolongan manusia akan mengambil pelbagai kesempatan di atas kesusahan orang lain. Dalam masa yang sama, ada pihak yang mungkin akan mengaku atau ditabalkan sebagai Imam Mahdi, Isa Al-Masih, Nabi, Khalifah ataupun pemimpin anugerah tuhan yang ditunggu-tunggu untuk menyelamat manusia. 

Yang pasti akan muncul golongan yang akan melupakan hal-hal ummahnya kerana lebih mementingkan ibadat dan akhirat, mengatakan orang lain sesat manakala para pemimpin mereka pula senang sekali menawarkan syurga kepada para pengikutnya. Lalu kesempatan itu juga akan digunakan oleh puak opportunis mengikis hak orang lain! Sekarang ini pun kita sudah melihat pelbagai bencana alam, kebejatan sosial, kemelut politik dan krisis ekonomi berlaku serentak dan telah menghuru-harakan dunia termasuk Malaysia. 

Menjelang akhir zaman, sememangnya ramai yang menantikan kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Dalam kefahaman Islam, Imam Mahdi akan muncul sebagai panglima mujahidin yang akan memerangi angkatan Yakjuj dan Makjuj. Manakala Nabi Isa a.s akan diturunkan Allah dari langit untuk membunuh Dajjal. 


Jumhur ulama mempercayai kemunculan Dajjal dan sentiasa berpesan agar umat Islam terus memerangi kejahatan Dajjal dan angkatannya. Namun hanya golongan berfahaman khawarij, jahmiyah dan muktazilah sahaja yang tidak mempercayainya, sebaliknya sibuk memerangi umat Islam lain demi mengembangkan pengaruh mereka. 

Apakah ciri-ciri Al Mahdi itu? Antaranya beliau merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w dari nasab Saidina Hassan bin Ali,  memiliki akhlak yang soleh, mengajak manusia melakukan makruf dan melarang yang mungkar serta akan muncul dari pertemuan tiga buah laut di kawasan matahari terbit di timur dan dapat menyatukan ummah di timur dan barat dunia. Namun adakah syarat-syarat tersebut telah kita ditemui? 


Apa yang pasti ternyata syarat-syarat tersebut tidak menepati langsung kriteria kepada seorang perasuah, kuat menipu, suka maki hamun tetapi hebat mendapat sokongan kerajaan di timur dan barat dunia melalui amalan seks bebasnya serta fahaman pluralismenya yang membawa kepada gejala murtad. Kebiasaannya kegiatan Al Mahdi palsu ini amat dipelihara oleh kaum kuffar Dajjal melalui dana-dana haram bertujuan menghancurkan kekuatan umat Islam di sesebuah negara!   

Dalam sejarah aliran sesat di dunia, telah ramai yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Di India misalnya, Mirza Ghulam Ahmad pengasas ajaran Qadiani Ahmadiyah mengaku dan diakui sebagai Al Mahdi oleh pengikutnya yang taksub.  


Di Malaysia, semasa hidup mahupun telah mati pemimpin Al Arqam, Ashari Muhammad dipuja anak bini serta pengikutnya sebagai pemuda Bani Tamim yang menjadi Imam Mahdi dan dipercayai akan dilahirkan semula. Bahkan di Indonesia, pengasas ajaran sesat Komuniti Eden; Lia Aminuddin turut mengakui dirinya sebagai Malaikat Jibrail dan Bunda Maria manakala anaknya Ahmad Mukti ditabal sebagai Imam Mahdi dan Nabi Isa. 

Bahkan dalam politik moden sekalipun, ramai pemimpin Islam pernah disamakan dengan Imam Mahdi kerana keberanian mereka menentang kezaliman Yahudi dan Barat seperti Yasser Arafat, Saddam Hussien dan Muammar Ghaddaffi. 


Namun akhirnya mereka ini mati akibat kezaliman Yahudi dan sekutu-sekutunya. Negara-negara Islam yang lain seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Syria tidak lagi boleh diharap menjadi pemimpin ummah kerana menghadapi krisis politik dan kewangan yang meruncing memungkinkan mereka tunduk semula kepada kuasa-kuasa Barat yang membantu rakyatnya menggulingkan kerajaan sebelum ini seperti mana berlaku di Iraq dan Afghanistan. Manakala negara-negara Arab kaya yang lain lebih cenderung kepada Barat. 

Kini tumpuan musuh-musuh Islam dihala pula kepada Iran sebagai sebuah kuasa Islam di rantau Asia. Dalam masa yang sama umat Islam didoktrinkan bahawa Iran mengamal ajaran syiah terbesar dunia. Namun, pemimpin Iran Mahmoud Ahmadinejad berjaya mendapat sokongan rakyatnya untuk menentang Barat dan Yahudi melalui doktrin bahawa tentera dan rakyat Iran disiapkan untuk menjadi pasukan mujahidin Imam Mahdi menentang angkatan Yakjuj, Makjuj dan Dajjal serta membebaskan Palestine. 


Keadaan ini telah menyebabkan pendirian umat Islam terhadap negara tersebut berbelah bahagi namun ramai yang tidak mahu mencari kesepakatan mengukuhkan perpaduan ummah. Sedangkan kaum kuffar yang begitu takut dan benci dengan kebangkitan Iran akan menggunakan peluang ini untuk memecah belahkan lagi umat Islam.

Musuh-musuh Islam amat suka sekiranya umat Islam berseteru sesama sendiri dan sentiasa disibukkan dengan isu remeh-temeh. Mereka suka melihat umat Islam sibuk terlibat dengan kekacauan sedangkan mereka kononnya berkecuali, tetapi sebaliknya berusaha menghakis hak-hak ummah sedikit demi sedikit dari semua sudut dengan pelbagai cara. 


Mereka gembira melihat golongan terpelajar Islam tercicir kerana menghabiskan masa melalak di jalanan dan hebat berdebat tentang kebebasan tetapi amat marah jika anak-anak mereka tidak diberikan peluang itu dan ini.  Sampai masa di tahun 2020 jika tidak kiamat pun tahun 2012 dan tahun-tahun selepasnya, ditakuti semuanya akan dikuasai oleh mereka. 


Kita pula hanya mampu meratap melihat nasib bangsa terhina kerana teras-teras ummah telah dimusnahkan oleh mereka yang rakus kuasa dan tidak amanah. Ketika itu adakah kita akan dan boleh diselamatkan oleh Sang Penyelamat? Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui nasib kita.     


JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa