DULU bila Nurul Izzah buat kenyataan dalam sebuah gereja mahukan kebebasan beragama diperluaskan di kalangan orang Islam, banyak dikalangan macai semua tuduh kenyataan itu diputar belit walaupun jelas ada video yang tidak disunting bagi mengesahkan kenyataan itu memang dia cakap.
Semalam Ahli Parlimen Beruas DAP, Ngeh Koo Ham mengukuhkan lagi kenyataan Nurul Izzah bila membuat kenyataan di Parlimen meminta orang Islam menghormati hak saudara mereka yang nak murtad.a
Ngeh dilapor sebagai berkata “Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukkan 11 (1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama oleh orang perseorangan. Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin perlembagaan persekutuan“.
Kenyataan ini bukan kenyataan peribadi tapi mewakili parti DAP dan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR. Memang tak boleh lari lagi dah.
Buktinya, sehingga artikel ini ditulis, tidak seorang pun dari mana-mana pemimpin PAS yang berbunyi, waima ahli parlimen mereka yang ada dalam parlimen semasa Koo Ham mengucapkan perkara tersebut yang membantah kenyataan itu.
Suka tak suka, ini boleh disifatkan sebagai satu sokongan terbuka PAS terhadap hasrat DAP yang mahu hak murtad ini dibenarkan dikalangan orang Islam.
Koo Ham sendiri tahu apa yang dia sebut tu salah, sebab itu dia guna peluang dalam parlimen yang dilindungi dengan imuniti untuk menuturkan kenyataan paling kurang ajar yang boleh diucap oleh rakyat Malaysia.
Cuba kalau dia sebut tu diluar, confirm dah kena tahan bawah Akta Hasutan. Banyak cabaran agar Koo Ham ulang semula kenyataan itu diluar, dibuat tak peduli oleh ahli Parlimen yang pernah dituduh mendapat tanah beribu ekar di Kelantan dari Nik Aziz sebagai balasan melantik Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008 walaupun PAS hanya ada 6 kerusi DUN ketika itu.
Dalam masa yang sama, anugerah Datuk yang diberi kepada Koo Ham itu sudah sepatutnya boleh ditarik balik sebab dia terang dan jelas tidak menghormati perlembagaan persekutuan yang melarang agama bukan Islam dikembangkan di kalangan orang Islam.
Penulis harap isu ini dapat perhatian Sultan dan kerajaan Perak untuk tindakan seterusnya.
Sementara itu, banyak tindakan boleh dikenakan ke atas Koo ham seperti dihadapkan ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen untuk penentuan tindakan yang wajar dikenakan.
Ini dah melampau sangat ni.