Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label BAJET 2016. Show all posts
Showing posts with label BAJET 2016. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

ALHI PARLIMEN PEMBANGANG DISERANG PENYAKIT MISTERI



Tindakan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang menayangkan plakad "Di mana RM2.6 billion?" sebaik Perdana Menteri selesai membentangkan Bajet 2016 menunjukkan mereka sudah kehabisan modal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian pada sidang media di parlimen, Jumaat.

"Tahun lepas mereka membentangkan bajet dengan cara mengangkat buku jingga. Jelas bahawa mereka tidak dapat memberikan rasionalisasi dari segi revenue berbanding dengan expenditure.

"Ertinya mereka tidak dapat memberikan input yang baik di manakah pendapatan negara bagi perbelanjaan yang dikemukakan.

"Pada tahun ini oleh kerana mungkin telah kekurangan modal, mereka tidak lagi menyentuh mengenai bajet," katanya.

Menurut Zahid lagi, di dalam laporan media sosial pembangkang telah meminta supaya GST dikurangkan dan itu menunjukkan mereka mengiktiraf GST sebagai satu sistem pencukaian baik untuk gantikan SST.

"Ertinya mereka menerima hakikat bahawa GST harus diterima oleh rakyat. Oleh yang demikian mereka mempunyai bajet yang tidak berpijak pada bumi yang nyata.

"Walaupun mereka mendakwa serta mendabik dada mempunyai ramai pakar ekonomi yang menasihati dalam pindaan bajet Pakatan yang hanya tinggal harapan," katanya.

Zahid turut diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa pertuntukan yang banyak kepada Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2015 bertujuan untuk memenangi PRN Sarawak.

Biasanya apabila melontarkan soalan kepada seorang pemimpin, selain pasang telinga kita hendaklah juga memerhatikan riak wajah dan bahasa badan.

Ada orang cakap lepas dan ada yang cakap berkias dan ada juga yang menyindir di sebalik senyuman dan jenaka.

Begitulah yang dapat dilihat daripada wajah Zahid apabila dia menjawab soalan berkenaan dalam nada seperti memperli.

"Very positive comment from them, indeed," jawab Zahid sambil tersenyum sinis.

Bagaimanapun media pro-pembangkang telah memberi gambaran Zahid bersetuju dengan dakwaan pembangkang itu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa