Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label TUN MAHATHIR. Show all posts
Showing posts with label TUN MAHATHIR. Show all posts

Friday, July 01, 2016

APA YANG TUN HASMAH FIKIRKAN SEBENARNYA???


Tun Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih kononnya PM sedang menghina Tun Dr M.

Setelah membaca apa yang diperkatakan Tun Siti , timbul persoalan dalam benak fikiran saya, tahukah Tun Siti apa yang dilakukan dan diperkatakan suaminya terhadap PM selama ini ? Atau beliau termasuk dalam golongan melayu mudah lupa ?

Tun Siti membangkitkan soal hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarga beliau dan keluarga PM. Tapi apa yang dilakukan oleh Tun M selama ini adakah ianya menunjukkan sifat seseorang yang mempunya hubungan silaturahim yang erat?

Tun M bukan saja menyerang Najib secara peribadi malah turut mengheret isteri dan anak-anak. Malah tanpa mempedulikan kedudukan beliau sebagai seorang negarawan, Tun M juga turut mengitar semula fitnah-fitnah pembangkang terhadap PM dan isteri. Antaranya kes pembunuhan warga Mongolia dan pembelian cincin. Sedangkan sebelum itu Tun M sendiri yang mengetahui itu semua fitnah.

Monday, June 27, 2016

MAHATHIR TAKUT DENGAN WAN AZIZAH???


Sepatutnya Mahathir sudah bersara dari politik. Sembang kononnya dia bercakap demi kepentingan negara, adalah sembang kosong kerana semua usaha yang dilakukannya hanya untuk kepentingan sekelompok manusia tertentu di negara ini. Mahathir bersuara kerana menjaga kepentingan mereka, bukan kerana kepentingan rakyat majoriti.

Untuk merealisasikan suaranya, Mahathir menggunakan saluran pembangkang. Sebab, sebagai orang yang berpengalaman, Mahathir juga tahu, pembangkang lebih diminati untuk acara bising-bising.

Kerana itulah, Mahathir dengan menggunakan gelaran Negarawannya, cuba berpaut kepada ketua-ketua dalam parti-parti pembangkang terutama sekali Lim Kit Siang.

Friday, October 16, 2015

TUN M JANGAN BUAT-BUAT LUPA LER...


Hari ini media sosial riuh dengan berita kenaikan kadar tol. Beberapa bloggers telah menulis artikel tentang perkara ini.
Tun Dr Mahathir juga dikaitkan. Anda baca artikel ini :

Melalui satu kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) pada 26 June 2015 ,

“Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.”-- SUMBER


Bekas Perdana Menteri sendiri mengakui beliau melakukan kesilapan apabila memberi kelulusan dalam konsesi yang akhirnya menyusahkan rakyat sehingga kini. -- SUMBER

Monday, October 12, 2015

TUN M DAN KU LI BERGABUNG LAWAN NAJIB???!!!


Tun Dr Mahathir Mohamad dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan.

Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Sidang media itu berlangsung di Putrajaya hari ini.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga hadir.

Thursday, September 03, 2015

TUN M AKAN DIDAKWA MAHKAMAH KERANA SEBAR FITNAH!!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan pernah digunakan terhadap penulis blog, Raja Petra Kamaruddin pada 2008 kerana menfitnah mengaitkan tiga nama dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mengikut Seksyen 500 ini, jika sabit kesalahan iaitu melakukan fitnah jenayah dengan niat jahat boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut Khalid, keterangan Dr Mahathir akan diambil tidak lama lagi susulan berikutan laporan yang dibuat seorang Ketua Pemuda UMNO.

“Nanti polis akan panggil.

Sunday, August 30, 2015

TUN MAHATHIR MAHU AMBIGA JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA???


IMBAS KEMBALI.....'Saya nak cadang Ambiga jadi Perdana Perdana Menteri...dengan itu kita boleh ada demonstrasi setiap hari di Dataran Merdeka'.Itu antara komen cukup sinis mengenai himpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

Ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas satu majlis,esoknya pada 29 April bekas Perdana Menteri itu menyindir sakan jumlah yang hadir  himpunan itu 1 juta orang...pecah cermin kereta segala macam.Katanya inilah jenis kerajaan yang kita mahu.

Kalau nak dengar sepenuhnya komen itu boleh layari video agendadaily ini pada link berikut : https://www.youtube.com/watch?v=30p17vREUbQ#t=188

Terbaru...Jam 7.30 petang Sabtu ramai yang geleng kepala bila Dr Mahathir muncul di lokasi himpunan Bersih 4.0 dekat Dataran Merdeka.Katanya beliau datang 'untuk lihat suasana'.

Beliau berada di situ sekitar 10 minit.

Kemunculan beliau situ telah mendapat sambutan hangat kalangan peserta Bersih yang masih berhimpun.

Waktu itu jumlah peserta Bersih tidak seramai awal petang bila ia bermula pada jam 2.

Dr Mahathir terus ke situ dari Johor Bharu selepas menghadiri satu forum di Pasir Gudang. Sewaktu menjawab soalan pada sidang akhbar selepas majlis itu beliau ada sudah membayangkan kemungkinan ada hadir ke himpunan haram itu.

Kehadiran beliau ke himpunan itu walau atas apa alasan sekalipun mengejutkan ramai pihak mengenangkan pendirian tegas beliau sebelum ini yang cukup anti-Bersih dari dulu lagi.

Ini lebih-lebih lagi ramai yang melihat Bersih selama ini memang membawa agenda pembangkang untuk menghakis sokongan rakyat pada kerajaan.

Sementara itu himpunan Bersih 4.0 jelas nyata berbeza dengan tiga himpunan Bersih di masa lampau.

Sekalipun ia berlansgung dalam suasana aman,majoriti yang menyertainya kali ini adalah kaum Cina.

Ada yang anggar jumlah mereka sekitar 80 peratus dari keseluruhan yang menyertai himpuan haram itu.

Ikut ceritanya kurangnya orang Melayu menyertai himpunan kali ini kerana PAS tidak turut serta.

Muka-muka yang nampak di himpunan  itu adalah dari kalangan pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB),puak yang tewas habis dalam pemilihan PAS.

Himpunan rasminya bermula jam 2 petang dan dijadual berlangsung hingga Ahad malam.

Polis anggar kehadiran bersih 4.0 sekuitar 25,000.

Namun penganjur jenuh menjaja konon 200,000 orang hadir.

Portal dan blog pembangkang pula dok kompang konon 100,000 hadir.Ada yang kata 50,000.

Kalangan pemerhati bebas pula anggar pada waktu puncak paling ramai pun jumlahnya tidak lebih 30,000.--AD

Monday, June 29, 2015

TUN M JANGAN BUAT-BUAT LUPA APA YANG DIA PERNAH CAKAP....!!!!



Baru-baru ini, Tun M guna media barat untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Ceritnya >>>DI SINI<<<

Tun M sanggup guna media barat sebagai satu jalan mengritik kepimpinan Najib Razak dan sekaligus menampakan beliua seperti membuka pekung dadanya sendiri. Tidak kurang juga yang kata beliau seakan meludah ke langit.

Ini kerana semasa Tun M jadi PM, beliau seorang yang amat anti media barat. Beliau sering tegas dalam kenyataannya bila media barat melaporkan tentang kepimpanannya.
Media barat juga sering menggunakan perkataan yang keras kepada beliau.

Tapi kini, semuanya sudah terbalik. Media barat jadi saluran beliau untuk meluahkan apa yang beliau rasa tentang Negara yang dibinanya selama 22 tahun ini.


Berikut adalah beberapa bukti ucapan beliau tentang apa yang dimaksudkan dan harap-harap Tun M bukanlah dari kalangan Melayu yang mudah lupa.


TUN M ON MALAYSIAN JOURNALISTS WORKING FOR FOREIGN MEDIA

Ucapan Tun M di  Majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia on 12/12/1983


12. Inilah jenis laporan yang dibuat oleh pemberita dan akhbar terkemuka di Amerika. Sudah tentu apabila mereka melaporkan tentang negara kita, fitnah mereka tidak ada had sama sekali. Tidak ada yang terlalu buruk untuk dilapor tentang kita. Sebaliknya sebarang kebaikan tidak ada tempat dalam halaman akhbar mereka.

14. Sikap dan tanggungjawab akhbar tempatan tidak menyenangkan beberapa wartawan Malaysia who are in the pay of the foreign press. Orang-orang ini, terutama yang berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu bagi diri sendiri di masa berkhidmat dalam negara, tidak jemu dengan memutar-belitkan berita negara sendiri, supaya they are given a pat on the back by their foreign masters. We watch the antics of these pet poodles with utter contempt and derision.

Wednesday, May 20, 2015

MEMANG ADA PEMBOHONGAN PASAL SPEAKER DEWAN RAKYAT!!!


ISU ini sepatutnya mudah saja, Tun Mahathir kata Speaker SUDAH letak jawatan (siap sebut diganti dengan Timbalannya), Speaker pula tak berapa jam selepas itu kata, TAK letak jawatan dan buktinya beliau masih menjalankan tugas itu bila sidang Dewan Rakyat dibuka semalam.

Jelas disitu pembohongan memang wujud.  Speaker kata tidak ada siapa berbohong petang tadi kerana penulis percaya beliau mungkin belum lihat apa yang dicakapkan Tun Mahathir di Perak tempoh hari.

Soal dah hantar surat letak jawatan atau tidak (kemudiannya tidak diterima), itu cerita lain, soalnya sekarang Speaker SUDAH letak jawatan atau tidak seperti yang diumumkan Tun Mahathir?  Tidak, jadi apa yang nak pertahankan lagi?

Monday, May 18, 2015

KENAPA TUN M HANDAL MENIPU???


PARA penyokong Tun Mahathir cuba ‘menyucikan’ penipuan dalam soal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia nak melepaskan jawatan, dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak menipu sebaliknya Tan Sri Pandikar yang buat U-Turn.

Dari apa yang penulis difahamkan (Tan Sri Pandikar sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi), tidak ada U-Turn atau hasrat untuk meletak jawatan.  U-turn ini hanya berlaku bila perletakkan jawatan sudah berlaku dan diumumkan, kemudian ditarik balik, itu U-turn.

Masalahnya sekarang tidak ada apa yang berlaku, tahu-tahu Tun Mahathir sudah umum Speaker letak jawatan. Mungkin ada artikel dalam perlembagaan dimana Mantan Perdana Menteri boleh umum perletakan jawatan Speaker, penulis tidak tahu.

Wednesday, April 29, 2015

NAJIB TUN RAZAK AKAN TERUS BERTAHAN!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyebut sesiapa, namun ramai yang percaya kata-katanya itu jelas merujuk kepada kritikan bertalu-talu Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya kebelakangan ini.

Kata-katanya yang mencuri perhatian ramai itu diluahkan pada penghujung ucapan ketika membentangkan laporan program transformasi kerajaan di Angkasapuri Selasa malam.

Thursday, August 14, 2014

TUN M DEDAH KESAH SEBENAR UMNO TIPU PAS


1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Saturday, April 26, 2014

TUN M DEDAH KISAH SEBENAR MH370


[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]

KREDIT UNTUK FB SAYA SAYANG TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD

MH 370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut 'dilumpuhkan' (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah 'dilumpuhkan' (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

Friday, April 25, 2014

WAJIB BACA:BENARKAH TUN M HINA HUDUD?


Setiap kali timbul isu Hudud yang dibawa oleh Parti Islam se-Malaysia, setiap kali itu petikan-petikan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina hukum hudud dikeluarkan semula sehingga seolah-olah menjadi satu kebenaran. Adakah benar dakwaan tersebut atau sekali lagi ia sekadar manipulasi Pas?

Berikut ialah teks penuh ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) yang dikatakan kontroversi dan menghina Hudud. Beliau berucap dalam Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Akademi Islam Universiti Malaya, Cawangan Nilam Puri, Kelantan pada 3 Mac 1994.

Bismillahir Rahmanir Rahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

2. Setiap kali kita berucap atau membuat sesuatu kita mula dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

3. Sementara kita menyebut sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta`ala kita dapati ada orang yang tidak pula mengambilkira sama ada kita sendiri wajib mengamal dan menunjukkan sifat-sifat ini. Sebaliknya apabila menjalankan urusan-urusan Islam jika terdapat tafsiran al-Quran dan Sunnah yang tidak secocok dengan sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, mereka terima sahaja tanpa menyoal sama ada ianya adalah daripada ajaran al-Quran atau Sunnah atau kerana kesilapan dalam kefahaman dan tafsiran ajaran-ajaran ini.

4. Antara kita ada juga yang tidak cuba mengikut atau menghayati sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Antara kita ada yang bukan sahaja tidak penyayang dan pengasih, tetapi juga mudah bertindak dengan tidak adil kepada umat Islam yang lain dan umat manusia. Mereka ini tidak menganggap kebengisan atau ketidakadilan mereka sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. Dengan ini maka agama Islam tercemar dan orang Islam tidak dihormati.

5. Agama Islam disampaikan kepada umat manusia melalui bahasa Arab asli. Namun tiap seorang Arab tidak mungkin memahami ajaran Islam hanya kerana ia faham dan menggunakan bahasa Arab setiap hari.

Monday, January 13, 2014

TUN MAHATHIR AKAN JADI PERDANA MENTERI GANTI NAJIB!!!???


Bukan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diperlu dikuatkuasakan semula, tetapi Tun Dr. Mahahtir yang perlu diberi kuasa semula.

Beliau perlu dikembalikan dalam pemerintahan negara bukan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk membantunya menghadapi ancaman perkauman dan agama yang getir dan runcing yang membakar semula setelah lebih 50 tahun merdeka di samping tekanan ekonomi.

Jika ISA dikembalikan semula sekalipun tetapi tidak ada political will dan semangat yang keras, keberanian dan kebijaksanaan untuk melaksanakannya secara berkesan, maka tiadak ada gunanya. Apa yang penting diberikan tempat lebih dahulu kepada Dr. Mahathir dalam kerajaan.

Apabila orang yang benar-benar memahami kuasa seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk  Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuarakan sokongan bersama terhadap anjuran Dr. Mahathir supaya dipulihkan ISA, maka itu menunjukkan betapa  menyeluruh perasaan berat yang dirasakan rakyat yang tidak boleh dipandang ringan oleh Perdana Menteri.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Monday, August 26, 2013

PANAS:SURAT LAMA TUN M SUDAH TERSEBAR!!!


Pada hemat saya, para pemimpin UMNO dan BN wajar menghayati serta menginsafi surat ini agar tidak menjadi ‘Tunku Ke 2′ yang akan menerima surat seperti ini dari ‘Dr Mahather Ke 2′!

Surat Tun Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman Tentang CINA MESTI BACA !

Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Saturday, August 03, 2013

WAJIB BACA:BILA TUN M MULA TULIS PASAL CINA!!!


Terjemahan artikel Tun Dr Mahathir ‘The Chinese Dilemma’ di NST (26th July 2013) kepada Bahasa Melayu.

Konsep ‘Kongsi’: Setiap pihak perlu berkorban sesuatu supaya pihak lain boleh mendapat sesuatu.

Tindak balas kepada kemunculan parti politik Melayu, Umno dan kejayaan menolak ilham British Malayan Union, masyarakat Cina tahun 1940-an melihat keperluan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri untuk membawa pandangan mereka kepada kerajaan British.

Oleh itu MCA dilahirkan, dan diketuai oleh Sir Tan Cheng Lock. Walaupun ia bertujuan untuk melawan pengaruh Umno dan melindungi kepentingan masyarakat Cina, zaman mengubah strategi dan peranan MCA.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Monday, March 25, 2013

RANCANGAN BUNUH TUN M GAGAL!!!



Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).--Utusan

Saturday, February 02, 2013

GEMPAR:TUN MAHATHIR KENA TEMBAK!!!???




TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.--SUMBER

Friday, June 29, 2012

WAJIB TONTON:TUN M AKAN BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM???


RAPERA - Temubual bersama Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengupas dakwaan pemilikan 20 akaun bernilai RM3 bilion oleh bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga harapan beliau terhadap spekulasi Datuk Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Tun Dr Mahathir turut menjawab soalan sama ada beliau akan berdebat dengan Ketua Pembangkang dan membicarakan beberapa isu semasa lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa