Seperti yang dijangka, Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu penghantaran pulang wartawan Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari, yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Mohammad Najeeb terdahulu telah ditahan di KLIA oleh PDRM sejurus tiba di sini setelah melarikan diri dari Arab Saudi. Dia telah
Menurut laporan media Arab Saudi,
Mohammad Najeeb mengeluarkan penghinaan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad S.A.W dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.
Mohammad Najeeb turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad S.A.W yang disukai dan tidak disukainya.
Umum juga mengetahui bahawa hubungan akrab di antara kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Malaysia memang sudah lama terjalin. Jadi bila seorang penjenayah yang dikehendaki oleh Arab Saudi lari ke Malaysia, tentu tentu sahaja Putrajaya akan memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama dalam membantu Riyadh.
Apabila Pak Menteri yang berkenaan dalam hal ini menegaskan pendirian Putrajaya akan menghantar pulang
Mohammad Najeeb yang dikehendaki oleh Arab Saudi, aku hairan kenapa ada kelompok yang bangkit mempertahankan
Mohammad Najeeb tersebut dan mengecam tindakan kerajaan Malaysia.
Pertamanya, adalah kelompok ini tahu apa yang telah dilakukan oleh Mohammad Najeeb ini memang tidak boleh dimaafkan. Menghina Kekasih Allah dan Penghulu Umat Islam bukan sesuatu yang boleh dibuat topik perbualan atau bahan tulisan bagi melarisan tulisan di alam siber.
Penghinaan yang dilakukan oleh Mohammad Najeeb juga amat pedih untuk diterima bukan sahaja di Arab Saudi malahan di Malaysia, rakyatnya yang majoriti umat kepada Nabi Muhammad SAW tersinggung dan marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Mohammad Najeeb. Umat Islam di Malaysia, walaupun berbeza pendapat khususnya pada hal politik, akan turut satu suara jika melibatkan kehormatan junjungan Nabi Muhammad SAW ini diusik dan dipersendakan.
Adakah kelompok yang membela Mohammad Najeeb ini merasakan tidak salah untuk menghina Nabi Muhammad SAW???
Adakah kerajaan Malaysia kejam kerana bekerjasama dengaa Arab Saudi untuk membawa Mohammad Najeeb ke muka pengadilan???
Apakah "mileage" politik yang mereka dapat dari pembelaan terhadap Mohammad Najeeb???
Adakah dengan alasan hak asasi manusia, Mohammad Najeeb yang telah menghina Nabi Muhammad SAW perlu diberikan layanan yang baik???
Adakah kelompok manusia ini terima arahan dari sesiapa yang lebih tinggi dari mereka untuk membela manusia yang telah menghina Nabi Muhammad SAW ini???
Ternyata kelompok manusia ini bukannya dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW atau tepatnya kafir harbi. Mereka ini terdiri dari musuh-musuh Islam dan sentiasa menunggu dan mencari peluang bagi memastikan tugas mereka menghancurkan agama Allah ini berjaya.
Apapun hukuman yang bakal diterima oleh Mohammad Najeeb itu terserah kepada kerajaan Arab Saudi. Itu urusan mutlak mereka menjatuhkan apa sahaja hukuman ke atas rakyatnya jika didapati bersalah. Jika Mohammad Najeeb dihukum pancung sekalipun, itu adalah di atas peruntukan undang-undang Arab Saudi dan apa hak kelompok manusia ini mempersoalkan undang-undang Arab Saudi???
Tak usah nak pilitikan semua perkara. Kelompok manusia yang bela Mohammad Najeeb ini pun kita tahu semuanya pro yahudi. Jadi tak salah mereka bela manusia yang hina Kekasih Allah ini.
MEMANG KERAJAAN MALAYSIA KEJAM JIKA BENARKAN PENGHINA NABI MUHAMMAD SAW INI TERUS BERADA DI TANAH BERTUAH INI!!!
Aku juga secara peribadi harap Mohammad Najeeb dihukum mati oleh kerajaan Arab Saudi jika benar dia didapati bersalah!!!
JPX