AKU SANGAT SETUJU...
MEMANG PERLU SANGAT TENTERA MASUK CAMPUR...
KESELAMATAN RAKYAT YANG RAMAI SEMAKIN TERANCAM DENGAN KEGANASAN YANG PUAK PEMBANGGANG INI BAWA...
MEREKA BUKAN SAHAJA BERI ANCAMAN KEPADA RAKYAT...
MALAHAN MEREKA NI BERI BAHAYA KEPADA POLIS YANG BERTUGAS...
TENTERA KENA BANTU POLIS KAWAL PENGGANAS NI...
MEREKA NI SANGAT GANAS DAN AKAN TERUS MENGGANAS SEKALI ANWAR TAK JADI PERDANA MENTERI...
APAPUN MARILAH KITA BERDOA AGAR ALLAH LINDUNG NEGERA KITA DARI KEGANASAN YANG DIBAWA OLEH GOLONGAN PENGGANAS INI...
TENTERA KALAU MAHU GUNA SUKARELAWAN...
AKU SEDIA UNTUK TAWARKAN DIRI!!!
JPX
IPOH: Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.
"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di sini, Khamis.
Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu.
Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Mengenai penahanan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi Internet, beliau berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet.
Pada masa yang sama beliau meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai indvidu yang terbbait kegiatan itu.
Sabtu lepas polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet.
Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan. - BERNAMA