Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Nasharudin Mat Isa.. Show all posts
Showing posts with label Nasharudin Mat Isa.. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

USTAZ NASHARUDIN DIPECAT???!!!



KUALA LUMPUR 16 Ogos - PAS Pusat akan menyerahkan kuasa Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memutuskan tindakan susulan terhadap bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berikutan tindakan Nasharuddin selagi ianya tidak dibincangkan bersama Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.

“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut. Malah parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan penjelasan” katanya.

Nasharuddin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat sebelum ini telah membuat kenyataan secara terbuka menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya rakan DAP dan PKR terus menentang Hukum Hudud.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa