Ini adalah kronologi kejadian sepanjang usaha menyelamat kapal tangki Orkim Harmony yang diketuai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Ia merupakan rentetan kejadian berdasarkan kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar tengah hari Jumaat.
Berikut kami siarkan sepenuhnya detik-detik akhir sebelum lanun tinggalkan kapal tangki yang genap seminggu hilang itu.
MT ORKIM HARMONY bebas dari tawanan perompak setelah lapan perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia.
Sebelum kejadian, kapal pengiring KD TERENGGANU telah diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari lima batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan.