YANG ARIF MOHD. NOOR DAN
PERISTIWA 13 JULAI LOW YAT
PAGI-PAGI semalam saya menerima panggilan daripada seorang sahabat saya. “Lama kita tak jumpa ya. Ada lima tahun?” katanya lembut dalam loghat pekat Negeri Sembilan.
Mendengarkan suaranya dan namanya di skrin telefon, saya menyampuk “apa khabar Yang Arif Datuk.” Dia menjawab “Alhamdullah masih ingat lagi kat saya.”
Saya kata lagi “akhir sekali kita jumpa tahun lepas.” Ternyata masa berlalu terlalu pantas.