Kalau ada yang cuba nak putar kononnya isu membabitkan militan IS di negara ini satu pengalihan atau sengaja diadakan oleh kerajaan untuk menakutkan rakyat sila dengar apa yang diberitahu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ini.
Katanya ia adalah ancaman sebenar.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjejaki lapan butir bom tangan yang dipercayai masih berada di tangan militan IS di negara ini.
Menurutnya dua daripada 10 bom itu telah digunakan dalam serangan di sebuah pusat hiburan Movida di Puchong, pada Jun lepas.
"Kita nak pastikan rakyat tidak terjejas dan terganggu dengan perbuatan mereka .