Sunday, September 04, 2016

Lagi Usir Penduduk, Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan.

Hasil carian imej untuk Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan Pulau Pinang, Usir Penduduk

Aktivis warisan dan penduduk tempatan melahirkan kebimbangan mereka berhubung tindakan sebuah firma hartanah Singapura yang membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town.
Daerah berkenaan adalah di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.
Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.
Hock Seong Choon, pemilik kedai kopi Wang Teng Kok merayu lebih banyak masa diberikan supaya beliau boleh mencari tapak alternatif untuk menjalankan perniagaannya.
"Sekurang-kurangnya berikan kita kira-kira enam bulan untuk merancang kehidupan kita, kita hanya diberikan sebulan atau lebih untuk kosongkan kedai," kata Wang, 65, ketika ditemui di Jalan Penang, di mana kedainya terletak.
"Saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kedai ini kerana lokasinya yang strategik bagi penduduk tempatan dan pelancong, kami juga terkenal kerana mempunyai antara gerai nasi ayam Hainan yang terbaik," katanya.
"Dengan pengusiran ini, saya jangkakan kerugian sebanyak RM5,000 sebulan untuk diri sendiri manakala sembilan pekerja di sini akan kehilangan pekerjaan mereka," katanya
Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.
Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura - World Class Land - telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.
Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang. 
Hasil carian imej untuk Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan Pulau Pinang, Usir Penduduk
"26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.
"Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang," kata Lay. (Malaysiakini)

Sept 2016, Bulan RUU 355 -PAS Isyhtihar


USUL persendirian YB Marang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi meminda Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) adalah satu detik penting di dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia. 

PAS mengharapkan agar pindaan ini akhirnya dapat diwartakan. Maka tumpuannya kini adalah menggalakkan pemahaman terhadap usul pindaan ini, dapat didebatkan secara wajar di Parlimen serta mengumpul sokongan khususnya dari kalangan ahli-ahli Parlimen untuk membolehkan pindaan ini diluluskan.

Maka PAS memutuskan mengisytiharkan bulan September 2016 sebagai Bulan RUU 355. Tujuan utamanya adalah untuk menggembeling kesatuan umat bagi seterusnya meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk menyokong usul pindaan ini.

Usaha memperkasa institusi mahkamah syariah adalah agenda yang melangkaui kepentingan politik partisan. Sekiranya 135 ahli parlimen Muslim di dalam Dewan Rakyat mengundi sebagai satu kaukus, maka usul pindaan ini dapat diluluskan dengan majoriti mudah. 

Ianya juga sebagai satu referendum bagi umat Islam di negara ini untuk menunjukkan kebersamaannya di dalam urusan yang khusus bersangkutan dengan ehwal Islam. Itulah pendirian PAS kira-kira.. (IH)

Filem Terbaik Nasional FFM28, ‘Munafik’ Arahan Syamsul Yusuf

shamsul
HALAMAN HIBURAN

MUNAFIK;  sebuah filem arahan Syamsul Yusuf telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Nasional di Festival Malaysia ke 28 (FFM28) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


Kemenangan itu menewaskan filem Mat Moto yang merupakan saingan terhebat dan membolehkan Munafik membawa pulang trofi FFM28. Munafik juga memenangi trofi Pengarah Filem Terbaik, Penyunting Terbaik dan Nabila Huda memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Pada Malam Perasmian yang diakan pada Khamis lalu, Munafik turut mendapat anugerah Penyata Bunyi Terbaik. Filem Tamil, Jagat juga meraih anugerah Filem Terbaik Malaysia menewaskan sembilan filem lain termasuk MunafikOla Bola dan The Kid From The Big Apple.

Shanjhey Kumar Perumal turut memenangi anugerah Pengarah Baharu Terbaik menerusi JagatMat Moto pula mendapat tiga anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Pekin Ibrahim, Cerita Asal Terbaik dan Felisha Crossley sebagai Pelakon Wanita Baharu Terbaik.

Berikut merupakan senarai pemenang malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-28:

ANUGERAH FILEM TERBAIK NASIONAL FFM28 – MUNAFIK
ANUGERAH FILEM TERBAIK MALAYSIA FFM28 – JAGAT
ANUGERAH LAKONLAYAR TERBAIK – NOTA
PENGARAH TERBAIK FFM28 -SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK
PENGARAH BAHARU TERBAIK – SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
PELAKON WANITA TERBAIK – NABILA HUDA / MUNAFIK
PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK – FALISHA CROSLEY / MAT MOTO
PELAKON LELAKI TERBAIK -PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK – ADAM SHAHZ / JUVANA 2

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK – FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK -HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK-TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE
CERITA ASAL TERBAIK- MAT MOTO
SINEMATOGRAFI TERBAIK – POLIS EVO
PENYUNTING TERBAIK – SYAMSUL YUSOF (MUNAFIK)
FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK – BOBOI BOY THE MOVIE
FILEM BOX OFFICE – POLIS EVO
ANUGERAH KHAS JURI – OLA BOLA, POLIS EVO & THE KID FROM THE BIG APPLE
KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN – TUAN HAJI DEDDY M BORHAN
Para pemenang menerima sebuah trofi yang terdapat kepingan emas 916.

Dadah, Jual Tubuh, Gaul Bebas.. Brunei Larang Filem ‘Pekak’

pekak_movie

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR — Tayangan filem Pekak tidak diluluskan di negara jiran Brunei atas alasan ia tidak mengandungi unsur pendidikan dan mempunyai pengaruh buruk.

Filem itu memberi pengaruh tidak baik kerana memaparkan babak menghisap dan menjual dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok, kata Brunei.

“Ia mengecewakan kerana ‘Pekak’ berpotensi dan diterima di negara lain tetapi tidak di negara jiran,” kata seorang pengurus besar Primeworks Distribution seperti dilapor Harian Metro.

Marini Ramlan berkata walaupun kecewa pihaknya tetap akur dengan keputusan Brunei. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei menyatakan alasan itu dalam suratnya, 23 Ogos.

“Kami terpanggil memberi kenyataan berikutan ada peminat dari negara itu bertanyakan mengapa filem ‘Pekak’ sepatutnya ditayangkan semalam [Khamis] tidak ada di pawagam,” jelas Marini lagi.

Tambahnya, pihaknya masih berusaha memastikan ‘Pekak’, mengisahkan nasib orang kelainan upaya (OKU) pekak, dapat ditayangkan di Brunei kerana ia boleh menjejaskan kutipan tiket.

Pada masa sama beliau berharap filem arahan Khairul Azri Mohd Noor, lebih dikenali Kroll Azry, dapat ditayangkan di Singapura. Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lightbulb Pictures dibintangi Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, dan Sharifah Sakinah.

Ia mengisahkan Uda (Zahiril), seorang pekak, yang terjerumus dalam dunia dadah dan masalah sosial bagi menampung kos pembedahan koklea agar dapat mendengar semula. Pada masa sama Uda jatuh cinta kepada Dara, remaja yang mendambakan kasih sayang ibu bapa, lakonan Sharifah Amani.

“Pekak” baru-baru ini menang dua anugerah Festival Filem Antarabangsa Motivasi di Rostov-on-Don, Russia. Kroll Azry memenangi anugerah skrip terbaik, manakala Zahiril memenangi pelakon lelaki terbaik. – MalayMail

Serang Pasar Malam 14 Terkorban, Abu Sayyafkah?

Hasil carian imej untuk Abu Sayyaf serang pasar malam KELIHATAN sebilangan mayat bergelimpangan akibat serangan bom di sebuah pasar malam di Davao, Filipina malam kelmarin. - REUTERS

DAVAO, Filipina – Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan militan Abu Sayyaf menjadi dalang dalam serangan bom ke atas sebuah pasar malam di sini yang mengorbankan sekurang-kurang­nya 14 orang.
Sejenis bahan letupan yang telah diubah suai dipercayai dilemparkan kepada pengunjung pasar malam berkenaan yang terletak di tengah-tengah bandar Davao serta berdekatan dengan beberapa hotel terkemuka.
Serangan itu berlaku kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan) kelmarin.
Pihak berkuasa berkata, militan Abu Sayyaf yang telah mengisytiharkan menyokong kumpulan Daesh dipercayai melancarkan serangan itu sebagai membalas dendam terhadap pasukan tentera yang me­lakukan serangan ke kubu mereka minggu lalu.
“Pejabat Presiden mengesahkan bahawa itu adalah satu tindak balas oleh Abu Sayyaf. Oleh itu, kita sedang menyiasat lanjut kaitan dengan tindakan kumpulan itu kepada tentera,” kata Datuk Bandar Davao, Sara Duterte.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Presi­den Manila, Rodrigo Duterte.
Duterte yang turut berada di bandar Davao ketika serangan berlaku pula berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beliau mengumumkan untuk mengerahkan anggota tentera tambahan ke kubu Abu Sayyaf.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, manakala 67 yang lain cedera dalam letupan itu. Seramai 16 orang yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal, kata seorang pengarah hospital tempatan.
Davao merupakan bandar terbesar di selatan Filipina dan terletak kira-kira 1,500 kilometer dari ibu kota Manila dengan kira-kira dua juta penduduk.
Ia yang merupakan sebahagian daripada Pulau Mindanao dengan sejarah pemberontakan kumpulan pemisah yang menyebabkan lebih 120,000 nyawa terkorban.
Hasil carian imej untuk Abu Sayyaf serang pasar malam Buru Abu Sayyaf Siang dan Malam Filipina Kerahkan Pasukan Elite Tambahan
Kumpulan Abu Sayyaf yang merupakan kumpulan lebih kecil sebelum ini lebih cenderung menculik warga asing untuk mendapatkan wang tebusan, manakala Duterte baru-baru ini mengerahkan beribu-ribu anggota tentera ke beberapa pulau kecil dan pulau terpencil di Jolo untuk ‘memusnahkan’ kumpulan berkenaan. – AFP

GRO Bangladesh Pula Dicekup. M'sia Jadi Tong Sampah Pembuangan Pelacur Asing?

GRO Bangladesh Dicekup Polis Dalam Ops Noda

TIGA buah pusat hiburan yang ‘dikuasai’ warga Bangladesh di sekitar Kuala Lumpur, telah diserbu oleh pihak polis dalam Ops Noda, awal pagi tadi.

Dalam tiga serbuan berbeza yang dilakukan bermula jam 1 pagi hingga 3 pagi itu, pihak polis telah menahan 25 individu.
Serbuan terhadap pusat hiburan yang menawarkan khidmat wanita rakyat Bangladesh sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ini dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, dalam serbuan pertama di Jalan Doraisamy, polis menahan 11 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pekerja pusat hiburan berkenaan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki bekerja sebagai pelayan, tiga wanita pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki dipercayai pelanggan, selain seorang lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga premis.
“Dalam serbuan di pusat hiburan kedua di Jalan Doraisamy, polis menahan 10 individu terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita warga Bangladesh terdiri daripada GRO, pekerja dan pelanggan serta seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis,” katanya.
Tambahnya lagi, dalam serbuan ketiga di Jalan Yap Ah Shak, pihaknya telah menahan wanita warga Nepal dan lelaki warga India yang juga penari pusat hiburan itu, selain seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.
Susulan itu, kesemua mereka ditahan kerana melanggar kesalahan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B dan Peraturan 11 (7) akta yang sama. 
Apakah Malaysia sudah jadi tong sampah tempat pembuangan pelacur-pelacur asing?

'Bapa Ayam' Pelacur Gadis Kolej 19 Tahun Ini Ada Kaitan Dengan Polis?


Gambar hiasan.

MELAKA: Gadis kolej seawal usia 19 tahun telah menawarkan perkhidmatan seks di hotel-hotel bajet di sini pada harga antara RM165 hingga RM300.

Dua adik-beradik yang dikatakan menjadi 'bapa ayam' mereka turut didakwa mempunyai kaitan dengan seorang anggota polis. Bagaimanapun, aktiviti pelacuran itu berjaya dihentikan apabila pasukan polis di Melaka melakukan penyamaran untuk mengesan perniagaan haram ini.

Menurut sumber, beberapa detektif telah bertindak sebagai pelanggan dengan cara berbual dengan bapa ayam terbabit melalui aplikasi WeChat. Hasil perbualan, mereka mendapati bahawa pelajar kolej tempatan, pelajar Thai dan Vietnam telah menawarkan khidmat seks melalui tempahan dalam talian.

Setiap sesi dikenakan bayaran antara RM250 RM300 bagi gadis tempatan, manakala warga asing dikenakan bayaran antara RM165 dan RM200. Tempat pertemuan adalah di hotel-hotel bajet yang terletak di sini.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din pada Jumaat berkata beliau telah meletakkan tumpuan khas dalam melakukan tindakan terhadap sindiket pelacuran dan pusat perjudian haram.

Dalam satu sidang akhbar di Balai Polis Banda Hilir di sini, Ramli mendedahkan bahawa polis berjaya menyelamatkan tiga pelajar kolej berusia antara 19 dan 21 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, pada 26 Ogos lalu. Beliau berkata dua adik-beradik bapa ayam, yang berumur 24 dan 26 tahun juga telah ditangkap dan kini ditahan reman.

"Kami telah merampas semua bukti, termasuk kondom, di sebuah hotel yang digunakan oleh bapa ayam terbabit.
"Berdasarkan siasatan awal, rangkaian pelacuran ini telah aktif di sini selama sebulan," katanya, Jumaat.

Ramli berkata dalam tindakan susulan jam 1 pagi pada Selasa, polis menahan dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun, juga kerana melacurkan tiga wanita warga asing berusia antara 25 dan 29 tahun. Sindiket kedua itu juga menggunakan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Ramli berkata, mangsa telah dihantar ke rumah perlindungan di Johor dan polis kini sedang memburu sindiket lain yang menjalankan kegiatan seperti ini. Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie) memuji tindakan polis melumpuhkan rangkaian pelacuran melibatkan pelajar kolej.

Chee Kin dalam satu temu bual di sini berkata, rangkaian itu telah wujud untuk beberapa ketika tetapi sukar untuk dikesan kerana mereka menggunakan aplikasi di telefon.

"Sebelum ini, kami menerima banyak panggilan daripada ibu bapa yang telah mendengar tentang sindiket melibatkan pelajar kolej.
"Tindakan tegas polis akan menghalang ahli-ahli sindiket lain daripada mengeksploitasi pelajar kolej," kata Chee Kin. (IH/mStar)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails