Sunday, November 30, 2014

Perjuangan Islam Akan Tetap Menemui Kemenangan -Presiden PAS


KUALA KANGSAR: ‎Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan semua pemimpin dan ahli parti wajib beristiqamah dalam memperkuatkan parti.

Berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 beliau berkata‎ dalam usia 63 tahun, setiap ahli perlu kesepakatan dalam membentuk parti.

"Walaupun ramai yang telah meninggalkan kita termasuk mereka yang berjawatan tetapi semakin ramai yang menyertai kita.
"Kita wajib beristiqamah dalam membawa parti kita yang telah berusia 63 tahun ini agar lebih teguh," ucap beliau.

Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, PAS ditubuhkan dengan tujuan membawa politik mengikut ajaran Islam.

"Kita memilih jalan damai untuk perjuangan sebab itu demokrasi menjadi keutamaan kita.
"Namun dalam masa kita menebarkan perjuangan yang betul, muncul kumpulan yang rakus menentang Islam.
"Jadi untuk mendirikan negara Islam dan menentang kerakusan tersebut kita perlu mempunyai asas yang teguh dan kuat," ujar beliau.

Mengulas tema sambutan 'Istiqamah Menggalas Perjuangan' beliau menasihatkan setiap ahli agar perlu bersabar kerana kemenangan belum diperolehi sepenuhnya. Katanya, walaupun belum mencapai kejayaan tetapi perjuangan Islam akan tetap menemui kemenangan.

Beliau turut melancarkan kad keahlian PAS yang baru dengan wajah baru yang mempunyai gambar ahli.‎ Sebelum itu, beliau tiba di tapak program kira-kira jam 9 pagi turut memeriksa‎ perbarisan Jabatan Amal Malaysia, Pemuda dan Briged Muslimat. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

Lihat sejarah PAS..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Taliban Berjaya Sasarkan Camp Bastion, Markas Utama Inggeris.

bastion taliban lasdipo
Camp Bastion, Markas Utama Pasukan Inggeris di Wilayah Selatan, Berjaya DisasarTaliban
 
Helmand: Taliban semakin meningkatkan serangan ke kerajaan Afghanistan. Camp Bastion, kompleks tentera besar di Provinsi Helmand menjadi sasaran seterusnya mujahidin Taliban. Ini adalah serangan untuk kali kedua setelah sebelumnya Taliban juga pernah berjaya membolosi kem tersebut dan membunuh jendral bertugas di sana.

Seragan ke Camp tentera yang dulunya dikendalikan oleh Inggeris dan AS diserahkan kepada pemerintahan boneka Afghanistan telah memasuki hari ketiga.

Sebuah operasi syahid berjaya di dalam pangkalan udara Shorab di wilayah Helmand, secara rasmi dikenali sebagai Camp Bastion/Leatherneck yang telah diserahkan oleh penjajah Inggeris dikalahkan mempunyai ramai tentera Amerika. Demikian tulis Shahamat pada Jumaat (28/11)

CampBastion  
Camp Bastion

Taliban awalnya melancarkan serangan terhadap Camp Bastion pada 27 November, dan pegawai Afghanistan mendakwa serangan itu dikalahkan dan jihadis tidak menembusi perimeter dasar. Tetapi serangan itu berterusan apabila Taliban menyerang Camp Bastion dari dua sudut, menurut Pajhwok Afghanistan News.

Seorang jeneral tentera Afghanistan yang memerintahkan rejimen di Helmand mengatakan, Taliban bersenjata berat, senjata serbu serta jaket bom masih menyerang pasukan Afghanistan dalam kem.

"Beberapa anggota Taliban berjaya masuk ke dalam, mengambil kedudukan, dan mula menyerang," kata General Ayatollah Khan.

Jurucakap Taliban Qari Yousaf Ahmadi mendakwa bahawa mujahidin menghancurkan beberapa pesawat terbang dan 200 kenderaan perisai dan membunuh 280 tentera Afghanistan dan tentera asing.

bastion7_2340809b

Taliban juga melancarkan dua serangan lain terhadap pasukan Afghanistan di Helmand dalam dua hari terakhir.

Pasukan Inggeris dan AS menyerahkan Camp Bastion kepada pasukan Afghanistan pada 26 Oktober lalu. Kem tersebut bersama Kem Leatherneck merupakan markas Marin AS di selatan. Markas tersebut merupakan markas utama dari operasi udara kepada Taliban di Helmand, Nimroz dan wilayah Farah.

Kem ini dibina oleh Tentera British pada tahun 2005, dan antara tahun 2005 dan Oktober 2014 itu adalah pusat logistik untuk operasi pasukan antarabangsa di Helmand.

Dulu Taliban juga pernah menyerang Camp Bastion pada 14 September 2012. Mujahidin Taliban berjaya menembusi perimeter di pangkalan udara itu, memusnahkan enam USMC Harriers, merosakkan dua lain serta membunuh komander skuadron AS dan sarjannya.

Empat belas daripada 15 anggota pasukan serangan terkorban, sedangkan yang terakhir terluka dan ditangkap. (IH)

Pemain Video Perang, Siap Ke Syria Rasai Suasana Sebenar -Abu Afro




HALAMAN HIBURAN

SEORANG artis rap warga British yang kini menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) menggesa anak muda Islam yang sering bermain permainan video peperangan untuk ke Syria dan merasai suasana sebenar.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Abu Afro berkata," panggilan tugasan, tinggalkan Fifa (permainan bola sepak) dan menyertai peperangan."

Penyanyi itu dikesan menghantar hasutan menerusi Twitter dari Raqqa iaitu kawasan yang dikuasai IS. Dia selain itu turut berkata," kematian semakin hampir, tunjukkan anda tidak takut."

Dengan menggelar dirinya sebagai penyajak dan mengharungi masa silam sebagai pengedar dadah di British, Abu Afro kemudian memberitahu," tidak ramai nampak apa yang saya nampak, gunakan hidup anda sebaik mungkin."

Penyanyi berusia 20-an itu tiba di Syria awal tahun ini dan sering memuat naik gambar bersama senjata api. Lelaki itu yang dikenali sebagai Abu Afro berkata," panggilan tugasan, tinggalkan Fifa (permainan bola sepak) dan menyertai peperangan."
Penyanyi itu dikesan menghantar hasutan menerusi Twitter dari Raqqa iaitu kawasan yang dikuasai IS. Dia selain itu turut berkata," kematian semakin hampir, tunjukkan anda tidak takut."

Dengan menggelar dirinya sebagai penyajak dan mengharungi masa silam sebagai pengedar dadah di British, Abu Afro kemudian memberitahu," tidak ramai nampak apa yang saya nampak, gunakan hidup anda sebaik mungkin."

Penyanyi berusia 20-an itu tiba di Syria awal tahun ini dan sering memuat naik gambar bersama senjata api. (mStar)

Batu Api Dah Biasa Dalam Umno - Najib


KUALA LUMPUR: "Jadi batu api sikit-sikit tak apa, dah biasa dalam Umno," ujar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung parti itu di PWTC, petang tadi.

Beliau menyatakan demikian mengenai Akta Hasutan yang dikekalkan. Katanya, akta itu ditokok tambah dan akan dibawa ke persidangan Parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya mempunyai kuasa pendakwaan.

"Kita minta ketegasan daripada Peguam Negara, polis buat siasatan rapi, SKMM buat siasatan sewajar supaya kita bagi isyarat jelas, tiada siapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang negara kita," ujarnya.

Justeru, katanya tiada sesiapapun harus takut dengan akta itu jika tidak mengapi-apikan dan menghasut orang. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Aceh Setuju Batal Guna Bendera GAM

Aceh setuju batal guna bendera GAM 

Pegawai polis memerhati penyokong melayangkan bendera bulan sabit dan bintang semasa sebuah
perhimpunan yang diadakan di Banda Aceh, Indonesia pada tahun 2013. - EPA/Hotli Simanjuntak

Kerajaan di Aceh setuju membatalkan rancangannya untuk menggunakan bendera kumpulan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang kini sudah dibubarkan sebagai bendera rasminya selepas pemerintah pusat di Jakarta berikrar membenarkannya mengawal satu blok minyak dan gas, lapor The Jakarta Globe.

"Ada rundingan melalui Kementerian Penyelaras Ekonomi. Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan," kata Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Tedjo Edhy Purdijatno seperti dipetik oleh akhbar itu.

Akhbar itu juga memetik kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Galian, Sudirman Said berkata Jakarta telah setuju untuk memberi hak kepada Aceh untuk mengawal blok Pase.

Blok itu akan diselia oleh Perusahaan Daerah Pembangunan Aceh, sebuah syarikat milik pemerintah wilayah berkenaan.

Sudirman juga memberitahu draf dekri penyerahan hak pengurusan blok itu sedang digubal dan akan siap tidak lama lagi.

Jakarta sebelum ini mengkritik langkah Aceh menggunakan bendera GAM sebagai bendera rasmi wilayah itu dengan alasan ia mencabul perjanjian damai antara GAM dengan pemerintah pusat.

Gabenor Aceh, Zaini Abdullah yang juga bekas komander GAM bagaimanapun menegaskan perjanjian damai yang dirangka oleh Finland itu tidak menyebut tentang bendera Aceh.

Aceh mendakwa bendera bulan sabit dan bintang dengan latar belakang merah itu telah digunakan lama sebelum wujudnya gerakan pemisah. Ia dikatakan bendera rasmi kerajaan lama Aceh yang pernah berkuasa di Nusantara.

Jakarta bagaimanapun menegaskan bendera itu telah diharamkan sama seperti mana ia melarang penggunaan bendera Republik Maluku Selatan dan Pertubuhan Papua Merdeka.

Rundingan antara Aceh dengan kerajaan pusat di Jakarta dilakukan oleh Naib Presiden Jusuf Kalla sejak minggu lalu. Jusuf sebelum ini terlibat dalam rundingan damai pada 2005.(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Pelakon Seksi Ini Pula Hina Nabi.





HALAMAN HIBURAN 

Veena Malik, pelakon seksi Pakistan hina Nabi Muhammad SAW

Veena Malik, pelakon seksi dan suaminya, Asad Bashir Khan  telah dihukum oleh Mahkamah Pakistan kerana menghina keluarga Nabi Muhammad SAW dalam suatu acara televisyen.

Kes penghinaan ini berawal dari sebuah acara di Geo TV yang dibintangi oleh Veena dan Asad Bashir Khan. Di acara tersebut Veena mengumumkan sebuah 'pesta pernikahan pura-pura', acara yang berlatarbelakang lagu renungan dibawa oleh sekumpulan pemuzik sufi tentang pernikahan puteri Nabi Muhammad SAW. 

Mereka dihukum 26 tahun penjara dan denda wang oleh Mahkamah Pakistan. (IH)

Darah Arab Warga Negara Kelas 2 Di Isreal.



Miris warga negara kelas dua di Negeri Zionis
MENJADI warga berdarah Arab di Israel mungkin memang sebuah kesialan nyata. Bagaimana tidak, kelmarin pemerintah memutuskan, Negera Zionis itu merupakan tanah tumpah darah dan menjadi negara khusus Yahudi.

Keputusan ini bakal termaktub dalam satu rancangan undang-undang bakal disahkan dalam beberapa minggu ke depan. Hal ini mendapat sokongan penuh dari Perdana Menteri Benjamin Netanyahu namun di lain pihak, Presiden Reuven Rivlin tidak setuju.

"Ini diskriminasi paling parah sepanjang sejarah Israel," ujar Reuven Rivlin seperti dikutip stasiun tv Al Arabiya (27/11).

Menjadi satu-satunya negeri Yahudi yang banyak sekali dikorbankan termasuk demokrasi di parlimen Knesset. Bila memang peraturan ini sudah diakui bakal terjadi diskriminasi terstruktur, terutama pada kaum minoriti, bangsa Arab. Suara mereka boleh dilihat di  jejaring sosial facebook. Warga Arab-Israel ini mencap foto profil mereka lengkap dengan tulisan 'Warga negara kelas dua' dalam bahasa Ibrani.

Ini protes besar pertama mereka lantaran pemencilan terang-terangan oleh pemerintah Negeri Bintang Daud itu. Ide ini dilontarkan oleh seorang designer grafik bernama Sana Jamalia dari Kota Haifa. Dia mengaku merasa ditindas  dengan rang undang-undang baru itu.

"Jika ini sudah rasmi kami benar-benar akan terpinggir. Kami perlu lakukan sesuatu," ujar Jamalia pada surat khabar Haaretz.

Ide ini segera merebak seantero Israel, terutama mereka keturunan Arab. Berduyun-duyun mereka mencap wajah mereka dengan gambar grafik buatan Jamalia. Gerakan ini paling tidak, membuat Netanyahu terusik dan membuat pernyataan membela diri. Bagi Netanyahu undang-undang itu merupakan tujuan hukum yang akan menjamin masa depan warga Yahudi di tanah mereka dan memastikan bangsa itu mendapat haknya untuk tetap hidup di atas tanah itu.

Namun Presiden Rivlin yang sama-sama dari Partai Likud, salah satu sayap kanan, menyebutkan dirinya benar-benar tidak memahami kepentingan dalam undang-undang itu.

"Justru menempatkan karakter Yahudi di atas prinsip-prinsip deklarasi kemerdekaan membuat negara ini makin tidak demokratis. Dalam deklarasi itu jelas tertulis prinsip Judaisme dan demokrasi, keduanya sama penting," ujar Rivlin.

Pengesahan undang-undang ini bakal dilakukan pada 3 Desember. Warga Arab semakin kuat kempen agar peraturan ini dibatalkan. Meski demikian tak semua penduduk berdarah Arab ikut dalam kempen itu. Salah satunya Haneen Majadli yang sudah pasrah dengan nasib dia sebagai bahagian dari Israel.

"Sejak dulu hukum negara ini rasis pada saya," kata Majadli lesu.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails