Physiotherapy ibu-jari tangan kanan kini sudah menjadi rutin yang terpaksa aku hadapi setiap dua minggu sekali. Bertemu dengan insan yang sabar dan teliti dalam menjalankan tugas setiap kali bertemu dengan makcik yang satu ini. Bertemu mengikut temujanji yang sudah disusun-atur. Sekiranya aku atau dia yang tidak dapat memenuhi tarikh dan waktu ditetapkan, kami akan berhubung semula. Tetapi setelah dua bulan menjalani physiotherapy masih belum ada perkembangan yang positif.
![]() |
Senaman 1 - Boleh buat seperti gambar di atas selalu ketika berada di rumah mahupun pejabat. Tetapi jika di pejabat memanglah tidak ada masa panjang. |
![]() |
Senaman 2 - Ini juga satu cara yang boleh diikut. Ada juga membeli alat seperti plaster yang doktor anjurkan di phamacy tetapi aku kurang suka sebab setiap kali mahu berwudhuk menjadi masalah pula. |
Sudah agak lama juga ibu jari tangan aku ini tidak boleh buat 'good' seperti jari tangan kiri. Sebelum ini bila aku buat 'good' jari boleh melentik ke belakang tapi kini tegak saja. Menggenggam boleh. Ada ketikanya berdenyut sakit dibahagian palm. Itulah sebabnya aku berjumpa doktor dan akhirnya terpaksalah menjalani physiotherapy sejak bulan lepas. Temujanji seterusnya pada 22-01-2017.
~~ Sedikit nikmat Allah sudah ditarik balik pada diriku sebagai peringatan.~~