Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

JDT Coffee




~~ Aku ada alahan jika minum kopi jadi tidak tahulah keistimewaan kopi ini.~~

Monday, May 16, 2016

JDT tetap di hati kami

Aku tidak tahu sejauh mana dekatnya hati jiwa rakyat Johor dengan penghuni istana Johor. Tetapi rata-rata bila kami berbicara tentang Sultan dan kerabat di raja kami terasa betapa kasih dan dekatnya baginda dengan hati-hati kami. Biarlah rakyat negeri lain mempertikaikan tetapi kami tetap sanjung tinggi kepimpinan baginda sultan kami tanpa berbelah bagi. Biarpun terperangkap di kesesakan jalanraya kerana Kembara Mahkota Johor yang bermula pada hari Sabtu 14-05-2016 lalu, tetapi kami masih mampu tersenyum gembira hingga sanggup keluar dari kereta masing-masing melambai tangan tanda kasih kami kepada baginda.

Sebelum - Jalan kelihatan amat lengang. Satu-satu banner di tiang-tiang lampu mengalu-alukan kehadiran baginda dengan kumpulan kembaranya ke pelusuk kampung bermula di Mersing ini.
Sesak - Jalan raya dari bandar Mersing menuju ke JB sudah berhenti. Kami bersedia menanti laluan rombongan Kembara Mahkota Johor. Sebenarnya aku terperangkap di sini sebab baru selesai mencuci baju kotor adik di kedai dobi. Peluang diberi untuk melihat secara live.
Gelagat -  Macam-macam gelagat untuk merakam detik indah ketika itu. Lihatlah ibu ini keluar dari kereta untuk sama-sama melihat dengan lebih jelas. Di hadapan pula sekelompok bapa muda hingga memanjat kereta kerana mahu merakam menggunakan video.
Berlegar - Di ruang udara pula helikopter berlegar di ruang angkasa daerah Mersing pada petang tersebut.
Perhimpunan - Baginda TMJ berhenti di sini seketika sebelum meneruskan perjalanan baginda.
Malam - Biar sibuk bagaimana pun petang itu ketiaka dalam perjalan balik JB kami berselisih jalan dengan TMJ kerana baginda perlu memecut dari Mersing ke stadium Shah Alam untuk perlawanan akhir piala FA.  Lihatlah kegembiran pasukan JDT. Aku yang keletihan pun menonton tv menemankan hubby hingga akhir program. Tahniah JDT!
Sultan kami - Hensem sultan kami ini bukan saja dari rupanya tapi juga hatinya. Bukan kerana pengisytiharan cuti diatas kemenangan yang diberikan tetapi kerana peribadi baginda.  Sebagai bukti aku bekerja hari ini dan tidak ada kami mengambil cuti ganti kerana hari Ahad memang hari cuti hujung minggu buat aku.
Seri Mersing cerita Melayu
Merah-biru warna bendera ku
Anak jati Johor tetap bersama mu
Jatuh bangun kami bersama mu

Bila tidak mandi banyaklah daki
Bersihkan diri di depan anjung
Biar orang mencaci-memaki
Negeri Johor tetap ku sanjung.


~~ Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. ~~


Monday, November 16, 2015

Bas percuma di Bandaraya JB

Sebelum subuh lagi aku sudah bersilat di dapur bagi menyiapkan juadah yang mahu dibekalkan buat Kak Reen balik. Terasa cepat benar cutinya berlalu. Bagaikan banyak lagi yang ingin dinikmati belum tertunai. Permintaan untuk membawa bekal sambal sotong, daging goreng kunyit dan pajeri nenas bersama nasi putih aku siapkan sebagai bekal. Semua ini boleh bertahan sehingga malam. Aku sudah ajar kalau agak mahu panas sikit rendam saja bekas bekal dalam air panas. Biliknya ada water heater.
Larkin sentral - Tiba di sini hampir 9:30 pagi. Ikut tiket yang dibeli bas seharusnyua sudah ada tetapi sewaktu kami tiba bas tiada lagi. Keadaan agak sesak pada Sabtu lepas berkemungkinan ramai yang bercuti kerana Deepavali. 

Bas percuma - Kerajaan negeri Johor ada menyediakan bas percuma untuk sekitar bandaraya JB. Aku yang menjadi warganegeri Johor pun belum pernah lagi menikmatinya. Melihat keadaan di dalamnya sangat selesa. Pemandunya ayu - perempuan. Bagaikan pemandu pelancong aku lihat:)

Johor Darultakzim - Ada logo negeri. Kepada sesiapa yang ingin melihat keindahan bandaraya JB bolehlah datang ke JB terus menuju ke Larkin Sentral. Anda boleh menaiki bas ini dengan percuma dan menjelajah seluruh bandar. Menarik. tapi entah bila aku akan naik belum ada perancangan sebab biasa guna kenderaan sendiri.

SP Bumi - Inilah bas yang dinantikan. Yang ini kena bayarlah seperti biasa. Tidak tahu berapa harga tiket sebab papa yang belikan mungkin lebihkurang RM50/- . Bertolak lebih kurang jam 10:00 pagi dan tiba di Kuala T'erengganu hampir menjelang maghrib. 
Penting juga ajar anak-anak belajar menaiki bas. Buat anak-anakku mereka belajar ketika pihak sekolah ada menganjurkan rombongan ke sesuatu tempat. Sekurang-kurangnya mereka tahu bagaimana keadaan di dalam bas. Buat Kak Reen bas kini menjadi salah satu penghubungnya untuk pergi dan balik. Balik JB tempohari dia menaikai Air Asia terus ke Senai Airport senang papa sudah menanti tetapi balik sana lebih mudah menaiki bas sebab kalau dari Kuala Terengganu ada bas universitinya yang menanti di setesen bas dan tidak ada di airport.

~~ Kemalangan bas yang merempuh trailer melalui berita malam tadi merenggut perasaan diriku kerana bas dinaiki rombongan pelajar itu dikatakan menuju ke Unisza. ~~



Sunday, November 2, 2014

Mat Yo musnahkan impian adik

Balik dari Singapore semalam tanpa mengenal letih adik tetap mahu menonton perlawanan bola sepak antara JDT dengan Pahang malam tadi. Adik pergi dengan Atok dan Mak Zah dari Jumaat lagi. Mama, papa dan Kak Meen tidak pergi sebab pagi Sabtu mama bekerja dan petangnya kami berbelanja di Aeon. Rata-rata pengunjung yang berbelanja ramai yang berbaju JDT. Masing-masing bersemangat menyokong dari jauh. Nampak meriah sungguh dengan warna-warni JDT.

Penyokong - Curi-curi gambar ketika berbaris menunggu Kak Meen membeli famous Amos mama captured gmbar keluarga kecil ini. Bapa, ibu dan anak semuanya bert-shirt JDT. Nampak cantik dimata kami sebab si baby comel sangat:)
Kaca televisyen - Adik kata kenapa adik rasa banyak yang baju kuning dari merah walaupun dikatkan mereka bermain sepuluh orang berbanding JDT 11 orang.

Akhirnya betullah tekaan adik, bila sepakan penalti Mat Yo menghampakan adik. Hari ini adik kenalah bersekolah. Papa kena bekerja. Mama saja tidak kira JDT menang atau kalah. tetap bercuti hari ini. Kami sedih huhu... .

~~ Walaupun hampa tetapi kami tetap menyokong JDT pasukan negeri kami. Pada kami pasukan JDT sudah membuat yang terbaik~~