Dari mana harus aku mulakan?
Lihatlah entri yang pernah aku catat minggu lepas di sini. Itulah hakikatnya yang terjadi pada diri aku sehingga akhirnya aku menghilang buat seketika atas sebab-sebab yang aku perkatakan dalam entri tersebut. Penyakit dunia yang membuat aku bagaikan terkapai lesu. Sungguh terlalu lemahnya iman yang bertakhta dalam diriku sehingga terkejar-kejar dek masa di dunia hingga kebingungan dan bagaikan mahu terkulai aku dibuatnya.
Lihatlah entri yang pernah aku catat minggu lepas di sini. Itulah hakikatnya yang terjadi pada diri aku sehingga akhirnya aku menghilang buat seketika atas sebab-sebab yang aku perkatakan dalam entri tersebut. Penyakit dunia yang membuat aku bagaikan terkapai lesu. Sungguh terlalu lemahnya iman yang bertakhta dalam diriku sehingga terkejar-kejar dek masa di dunia hingga kebingungan dan bagaikan mahu terkulai aku dibuatnya.
Pagi hari ketika menerima khabar berita anak-buah aku kemalangan sudah cukup membuat hati aku bagai direnggut pilu. Petang ketika kaki baru keluar kereta untuk menjenguk anak-buah yang sedang koma telefon bimbitku berbunyi mohon dijawab. Tertera nombor telefon MRSM adik sudah cukup membuat jantung aku berdegup kencang. Berita yang disampaikan walau semampu boleh pihak maktab cuba menyampaikan dengan cara paling lembut dan berhemah tetap membuat hatiku bagai dicincang-lumat. Longlai kaki ini melangkah ke lift hospital Sultan Ismail untuk menjenguk anak buah yang sedang koma, Airmata aku mengalir untuk siapa pun tidak dapat aku pastikan sama ada kerana anak buah yang sedang koma atau kerana berita tentang anak sendiri.
Kekuatan tenaga tua ini masih digagahkan dengan sedikit kekuatan yang DIA berikan lalu bertemu jugalah aku dengan kakak dan abang ipar serta beberapa sanak-saudara yang sedang berkumpul. Hati tidak keruan tapi langsung tidak aku khabarkan kepada semua yang berada di situ pada waktu itu, sebab semua sedang bersedih dan kalut. Airmata yang mengalir dari ke dua-dua mata aku mungkin terbahagi dua kerana melihat anak buah dan satu lagi kerana berita kurang baik tentang anak sendiri. Ziarah dan sembang tidak lama aku mohon izin untuk balik dengan alasan aku belum solat Asar. Salam-salam aku beredar laju walau hakikatnya langkah kaki tua ini sudah longlai. Terus saja aku menghubungi hubby. Sepakat terus hubby patah balik tidak jadi ke HSI untuk melihat anak buah aku sebaliknya terus balik rumah.
Walau ketika itu sudah hampir mahgrib kami tidak menanti lagi. Terus niatkan di dalam hati yang kami akan jamak takhir maghrib dan Isyak. Masa setengah jam menanti waktu maghrib bagaikan lama. Sekurang-kurangnya setengah jam awal akan lebih cepat untuk kami tiba di MRSM adik. Memilih kenderaan apa yang terbaik buat adik selesa juga sudah mengambil masa. Akhirnya sepakat menggunakan MPV supaya adik boleh berbaring selesa. Siap kami bawa beberapa biji bantal dan selimut. Pemanduan hubby agak laju dan kami tidak banyak bersuara melainkan berzikir sepanjang perjalanan tersebut.
Sudah agak panjang entri ini kita sambung esok....
~~ Pastinya ujian yang Allah berikan adalah ke atas dosa-dosa yang kami lakukan tanpa disedari. Baru dijentik sedikit seolah-olah aku sudah tidak mampu.~~