Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Pantai timur yang menggamit kami

Perjalanan yang jauh tetapi sangat menyeronokkan. Dapat menjamu mata dengan bendera-bendera yang jarang kelihatan di JB. Indah terasa. Namun sayangnya semua sistem penerbangan dari Kuala Terengganu ke JB tidak ada. Setelah di selidik semua kena transit ke Subang/KLIA dan Singapore. Paling hampir kena ke Kota Bharu dahulu baru dapat direct ke Senai. Sedangkan perjalanan ke Kota Bharu menaiki bas mengambil masa 3-4 jam. Transit pula mengambil masa 1-3 jam untuk flight seterusnya. Aku bimbang dengan masa menanti transit di airport. Langkah pertama kami arahkah Kak Reen jika mahu balik guna bas express dulu walau memakan masa 8 jam. Kami ke Mekah dengan flight dari Senai pun 8 jam. Aduhai!

Nikmat Allah - Semuanya celup tepung. Ketam, udang, sotong celup tepung. Tomyam dan siakap steam saja yang tidak bercelup tepung. Sedap hingga menjilat jari:)
Nasi dagang & nasi kerabu - Satu lagi yang sangat sinonim. Anak buah masak untuk kami. Nasi dagang dibungkus daun pisang lengkap dengan gulai ikan aya.
Pelengkap nasi kerabu - Bersarapan dengan ini juga. Kalau biasa kami makan ringan untuk bersarapan tetapi di sana kami dijamu ini semua. Anak-anak yang tidak biasa bersarapan pagi dengan hidangan berat pun mampu makan bertambah-tambah.
Homestay - Ketika di Dungun kami tidak tidur di rumah anak buah tetapi menyewa di sini. Baru RM180/- walau ada 4 bilik, siap air-conditioner, kipas, tv, peti ais dan dapur untuk memasak (kami tidak memasak pun) dan mesin basuh. Ketika di Gong Badak kami tinggal juga di homestay RM200/- alangkah jimatnya tempat tinggal begini. Makanan di T'ganu murah dan banyak ada di merata tempat. Memang tidak akan kelaparan.
Pantai - Hamparan pantai di sana-sini. Datang kami kali ini memang tidak berniat untuk mandi-manda seperti sebelum-sebelum ini. Sekadar mahu santai-santai selepas keletihan berada di dalam kereta.

Mengutip - Khyusuk mengutip kulit karangan tapi biasanya adik hanya bermain di pantai tidak dibawa balik pun. "Ini bukan tanah haram boleh aje kalau adik nak bawa balik" Tapi biasa memang bermain di pantai saja.
Panas terik di sana itu yang dikhabarkan oleh Kak Reen. Demam dan batuk. Biasalah baru mahu menyesuaikan diri. Di biliknya tidak ada air-conditioner tetapi bolehlah sebab ada kipas. Hanya jika ke kampus kenalah berjalan sedikit. Buat masa ini masih dalam minggu suai-kenal lagi. Harapnya berjalan dengan baik. 

~~ Perjalanan di dunia dibantu dengan kenderaan, perjalanan menuju dunia yang satu lagi itu yang patut lebih dibimbangi. Moga kita tergolong sebagai umat yang mudah di semua perjalanan.~~

 

Thursday, August 22, 2013

Merehatkan badan di Danga Bay/Iskandar

Sejenak melarikan diri dari kesibukan di rumah sendiri yang tidak putus dikunjungi tetamu. Tidak larat untuk memasak lagi kami keluar mencari destinasi untuk merehatkan badan. 

Danga Bay - Niat asal mahu ke sini tetapi alangkah sesaknya malam itu. Masuk sebentar tetapi keluar semula tanpa merehatkan kereta. Keadaan sesak ditambah adanya fun-fair.

Seafood restaurant - Keluar dari Danga Bay kami ke Iskandar. Tujuan adalah untuk merehatkan badan. Badan sudah terlalu letih untuk memasak tanpa henti sebab tetamu yang datang tidak putus-putus.

Rehat - Anak-anak posing sana-sini, mama dan papa duduk di bangku dating di sini:) Menikmati tiupan angin malam Pantai Lido yang nyaman. Gelihati bila anak-anak mengusik  "ini tempat mama dating dgn papa dulu ye?" 18 tahun dulu lokasi ini tidak secantik  ini. Kami pun bukan seperti anak-anak muda sekarang. Dulu sudah menikah baru boleh dating.

Kapal layar - Banyak berlabuh kerana bercuti Hari Raya pastinya.
~ Sesekali merehatkan badan di luar rumah dengan anak-anak sementara cuti sekolah waktu itu.~