Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Thursday, May 25, 2017

Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H

Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan yang perlu dirungkai andai mahu dititipkan di sini. Alhamdulillah ujian yang Allah berikan buat kami adalah petanda DIA masih sayangkan kami dan peringatan bahawa selagi kita masih diberi pinjam nyawa untuk bernafas pasti akan ada ujian diberikan untuk melihat sejauh mana kekuatan iman kita.

Terima kasih di atas segala ingatan semua sahabat yang tidak pernah terduga walau sekadar di alam maya tapi kasih kalian amat kami hargai. Semoga dipertemukan di syurga firdausi Allah kelak.

Bersempena bulan ramadhan al-mubaraq yang akan tiba aku dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas apa jua perlakuan dan keterlanjuran yang sengaja atau tidak sengaja sepanjang aku menitip kata di TITISAN NURANI dan ketika berkunjung untuk memberikan komen ke blog kepunyaan anda semua. Sekali lagi kemaafan dipohonkan.

~~Selamat menjalankan ibadah berpuasa. Semoga amalan kita diterima Allah hendaknya. Aamiin ya robbal'alamiin..~~

Wednesday, December 21, 2016

Antologi Puisi - Nasihat Nikah Kahwin

Terserlah erti sebuah ukhuwah
kiriman diberi sebagai hadiah
Paridah Ishak mengirimkan naskhah
kandungan dihayati sangat indah
Nasihat Nikah Kahwin - Merupakan antologi puisi yang sarat dengan panduan buat yang mahu berumahtangga. Tidak kurang sebagai renungan buat yg sudah mendirikan rumahtangga. Memberi ilmu buat yg masih tercari-cari semua ada dipaparkan di naskhah ini. 
Hasil nukilan - Selak terus ke muka 144-148 adalah hasil nukilan sahabat kita Puan Paridah Ishak yang amat kreatif dalam menghasilkan karyanya. 
Muka 145 - Syair mengalu-alukan pengantin
Muka 146 - Syair pengantin bersanding
Muka 147 - Syair makan beradab
Muka 148 - Syair terima kasih penghargaan
Bersyair sesekali  indah terasa
bagai berada di dalam istana
penangan Paridah Ishak teman blogger
klik di sini boleh mengenalinya

~~ Jazakallahukhairon buat Puan Paridah Ishak.~~


Thursday, December 8, 2016

Hablumminallah, hablumminannas

Setiap kali cuti sekolah inilah satu masalah yang pasti akan aku hadapi. Belum pun mama Zakie mereka ini selesai berwirid kaki-kaki mungel dengan muka selamba sibuk berebut mahu mengambil Al-Quran dan Iqra' masing-masing. Semua mahu jadi orang pertama duduk di depan mama. Cepat siap cepat boleh main, itulah yang mama sudah arif benar. Jadi kalaulah mama Zakie mereka ini belum pun masuk rokaat ke dua muka sudah tersembul depan bilik sudah pasti selesai mama solat mereka akan dipanggil. "Pergi wudhu' dan solat dulu." Oleh itu bila ruang bilik tidak cukup adalah seorang anak 'cerdik' ini solat di depan televisyen. 

Abang - Lihatlah  dia bersolat tidak mengadap qiblat. Mama tidak tahu sebab mama di dalam bilik. Gambar ini Kak Meen yang ambil. Dia solat mengikut arah carpet kecik tempat kegemaran Jojo kucing anak dara mama di sebelah itu. Mengadap ke utara. Siapalah yang tidak tergelak. Habis satu rumah termasuk semua anak-anak yang lain ketawa. 
Anak belum baligh beginilah. Bila ditanya apa dijawabnya, "Kalau rumah abang memang menghadap arah sanalah selalu ibu dengan papa sembahyang abang tengok." Jawapan mudah seorang anak berusia 6 tahun. Tapi jangan tidak tahu semua bacaan solat dia sudah baik dan mantap sebab anak ini belajar di tadika Pasti yang berteraskan didikan Islamik. Sebenarnya apa yang aku mahu terapkan jangan mengejar yang sunnah tetapi yang wajib terabai. Bersyukur juga ibu-bapa mereka tidak kisah apa pun aku susun untuk anak-anak mereka.

Titipan - Ini bukan mainan abang di atas tapi adalah titipan seorang teman blogger. Kalau boleh dia mahu kanda dia ini comey macam dia juga tapi si kanda dia ini tidak juga comey-comey. Jazakallahukhairon Adinda Hainom.
Berkat kasih sesama teman
ukhuwah terjalin indah sekali
solat menjadi tunjang keimanan
sedekah membuka pintu rezeki

~~ Semoga hubungan dengan Allah dan sesama ummah terus terpelihara.. Hablumminallah, Hablumminannas. ~~


Thursday, September 8, 2016

100 WISH list before I die ...

Mari kita lihat seorang gadis yang punyalah banyak wish list bersempena ulangtahun kelahirannya pada tahun 2016 ini. Sila lihat di sini. Selepas itu renung ke dalam diri apakah pula harapan diri kita sebelum Izrael datang menjemput. Sebenarnya sebaik selesai membaca entri ini aku jadi kabur sebab aku di tag. Apa wish list aku kalau sampai 100?

Bingung juga aku kalau mahu menyenaraikan 100 wish list sebab di usia tua ini rasanya beberapa kerat sajalah harapan aku sebelum mati. Dari 100 yang dimahukan aku rangkumkan sajalah menjadi lima sebagaimana Rasulullah bersabda "Ambillah peluang yang lima,sebelum datang yang lima" - Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi.

1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
2. Sihatmu sebelum sakitmu
3. Kayamu sebelum fakirmu
4. Lapangmu sebelum kesempitanmu
5. Hidupmu sebelum matimu.

Sebenarnya sekarang pun aku sudah tua. Cuma selagi Allah masih bagi peluang boleh beribadah dengan baik aku mahu berusaha semampu boleh sebelum datang masa lebih tua dari sekarang. Lumrahnya bila semakin dipanjat usia bimbang kesihatan menurun dan beribadah jadi kurang khusyuk. Mohon aku diberi kesihatan yang baik.

Berkaitan dengan kaya pula sebagai manusia biasa rasa tidak puas sudah pasti tidak dapat disingkirkan. Melihat mereka yang lebih susah aku dapat merasakan yang aku ini kaya sebab masih mampu memberi infak dan sedekah. Tetapi melihat yang lebih kaya sesungguhnya aku masih jauh tertinggal di belakang. Apa lagi melihat mereka yang kaya iman, kaya pekerti, kaya ilmu, kaya harta semua ini ingin aku gapai. Itulah sebolehnya biarlah sebelum sakratulmaut datang menjemput. Apa lagi bila memandangkan terasa terlalu pantasnya masa berlalu. Mengharap aku mampu melakukan yang terbaik sebelum disempitkan waktu. Semoga ada kelapangan waktu untuk aku terus menerjah setiap yang mahu dilakukan. Berharap tidak ada penyesalan di penghujung usia.

Pukal aku senaraikan semua wish list kerana jika dihuraikan semua itu sudah pasti lebih dari 100. Semoga aku diberi masa untuk melihat anak-anak berjaya dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing yang mampu memberi keseimbangan bahagia dunia dan akhirat. OK selesai! 

Sebagai memenuhi syarat cik adik manis yang mahu tag tiga sahabat maka dengan rendah hati aku tag tiga adik comel ini: - 


Tidak ketinggalan dijemput juga semua teman Titisan Nurani yang memberi komen dalam entri ini untuk sama-sama memeriahkan segmen ini. Silakan dengan segala hormatnya.

~~Apa-apa pun selamat ulangtahun kelahiran buat Huda. ~~


Friday, July 1, 2016

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Hasil carian imej untuk kad raya
Dari google
Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1437H ini aku sebagai empunya TITISAN NURANI dengan ini mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua yang pernah, sedang dan baru singgah di sini. Kepada yang pernah aku singgahi blognya juga kemaafan dipohon andai ada dari perkataan melalui komen yang diberikan tidak menepati apa yang dikehendaki atau mengguris rasa. Panjang umur andai ada izin Allah Titisan Nurani akan kembali selepas seminggu bercuti. 

Allahumma solli 'ala Muhammad
Wa 'ala ali saiyidina Muhammad
Semoga hari dirai mendapat berkat
bahagia di dunia dan juga akhirat

~~Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.~~


Friday, June 17, 2016

Kad ucapan pengganti diri

Pening kepala mencari kunci 
letak di sana mencarinya di sini 
kad cantik di bulan suci 
kiriman adinda Yana Yani
Guruh berdentum alam semesta
begitulah antara kekuasaanNya
mohon dilindungi setiap masa
sungguh benar bagai dikata
gembira kita di Hari Raya
saudara di sana kesedihan sentiasa

Balasan buruk itulah neraka
semua mahu menuju syurga
selagi nyawa masih bersisa
cari bekalan untuk 'di sana'
selagi peluang masih terbuka
hulurkan apa semampu kita
biar sedikit istiqomah hendaknya
sama-sama menikmati hari bahagia


Tunangan itu belum halal
ikatan suci masih menanti
renungan bersama buat bekal
terima kasih Yana Yani

~~ Ramadhan kian meninggalkan kita dari sehari ke sehari. Lakukan yang terbaik sebelum ia berlalu pergi. ~~

Thursday, June 9, 2016

Poskad di bulan ramadhan

Ramadhan ini bulan yang berkat
umat Islam semua berpuasa
gembira di hati mendapat poskad
dari KakNoor yg bercuti di London sana
Setem - Sudah pastinya ini juga menggembirakan aku. Sekali dapat dua keping setem. Dapat menambah koleksi album setem yang ada.
Bertadaruslah semampu kita
misi 30 juzuk itulah harapan
gembira di hati tidak terkata
buat KakNoor jazakallahu-khairan

Titipan KakNoor - Blogger aka Chef dari Brunei ini siapa tidak kenal
Al-Quran dan ramadhan berganding rapat
tidak amalkan sendiri rugi
moga ukhuwah mendapat berkat
jauh di mata dekat di hati
Bath Abbey - Bunga dan bangunan yg yang cantik ini sudah cukup untuk membuat mata tidak berkelip memandangnya. 
Usah terpesona indahnya dunia
seiringkan agar tak pincang jadinya
mahu mengenali KakNoor di alam maya
klik saja di sini jumpalah blognya

~~ Sekali lagi terima kasih buat KakNoor diatas ingatan di bulan mulia ini.~~


Thursday, May 5, 2016

Jalinan ukhuwah di mana-mana

Bila cuti saja pasti ada majlis orang menikah. Bila cuti saja pasti ada makan-makan. Tidak kiralah makan percuma kerana majlis jemputan atau sendiri mencari lokasi untuk menikmati apa juga yang teringin untuk dimakan bersama keluarga. Ukhuwah terjalin dengan menghadiri undangan. Ada juga yang ukhuwah terjalin dengan menziarahi teman.

Nasi beryani - Ini nasi percuma kerana menghadiri majlis perkahwinan salah seorang client hubby.  Makan nasi beryani dengan sambal belacan+ulam, gulai nangka dan dalca tak ramai yang tahu tapi itulah yang aku makan. Sedap!
Shopping - Balik jemputan singgah di Aeon berdekatan dengan rumah pengantin untuk mencari luggage bag buat adik. Mudah sikit untuk mengisi segala barang pergi-balik asrama. Sebelum ini adik guna luggage adik sendiri yang dapat percuma dari agent umrah ketika menunaikan umrah dulu.
Kek! - Sewaktu pergi kami sudah dihimpit dengan kesesakan jalanraya. Lalu balik kami tidak menggunakan highway. Cari jalan alternatif untuk balik JB. Tiba-tiba terjumpa Sg. Sayong. Terus saja teringat teman blogger yang kini sudah serious dengan business restorannya. Kedudukan restoran di tepi jalan memudahkan utk singgah sebentar menemuinya.  Ayu - Citarasa Rinduan. Duduk saja terus dihidang dua kek ini.
Kenyang - Sebab baru balik jemputan kami tidak lapar tetapi Ayu memberi semangkuk mee bandung ini. Adik dan Kak Meen makan jugalah. Tidak terhabis pun walau papa turut membantu.
Ukhuwah - Jalinan persahabatan yang indah terasa sampai bila-bila. Puteri tunggal Ayu pun semakin manis dan bijak melayan pelanggan, mewarisi didikan ibunya. Balik juga kami membeli kek hasil airtangan Ayu yang adik suka.
Bila berjumpa Ayu aku mesti teringat blogger Gadis Bunga dan Kakcik Seroja. Entah mengapa minda aku boleh tersetting begitu. Mungkin itulah dikatakan ukhuwah.

~~ Aku rindu untuk membaca entri ramai blogger lama yang dulu selalu singgah di sini.~~


Monday, April 25, 2016

Berkasih-sayang itu indah

Lenguh berjalan di tanah rata 
apa lagi di tanah tinggi 
sungguh benar bagai dikata 
ukhuwah tak boleh dijual beli

Sarat mengubat jiwa dan raga
nafas sesak bercampur lelah
mendapat kiriman teman blogger
terima kasih Baby-pose alhamdulillah

Adik - Setelah meneliti sampul terus dibuka

Koyak - Sebenarnya sudah tiba awal di rumah tetapi sebab dipesan  titipan buat adik lalu kami simpan. Jumaat aku sengaja mengambil cuti sebab mahu menjenguk adik  lalu dibawa sekali buatnya.
Keluarkan - Belum nampak isi adik pun sudah senyum
Taraaa! - Beg dari Medan, Indonesia yang cute, cantik, menarik bukan saja buat adik tetapi buat mama dan papa yang melihat sama pun suka. Adik gunakan untuknya menyimpan MP3  hadiah dari papa dulu bersempena  peperiksaan UPKK adik mendapat 8A.

Jika berkunjung jiran sebelah
tambah manis berkain batik
untuk bersantai bersama jiran
turquoise, purple, kuning dan merah
kombinasi warna yang cantik 
buat Baby-pose jazakallahu khairan 

Setelah puas membelek barulah hidangan makan kami buka. Menikmati makan di pergola yang disedikan oleh pihak sekolah. Makan adik pun bertambah selera. Sebelum kami berpisah petang itu sempat dititip untuk mengucapkan terima kasih kepada mama Faiq dan Fadya yang mengirimkan purse ini buatnya.

~~ Kepada yang mahu berukhuwah dengan Baby-pose silalah klik di sini. ~~


Friday, April 1, 2016

Projek sunnah Mekaray Ventures

Rumahku kini sudah tidak ada pembantu. Jika hari sekolah dan hari bekerja kosonglah rumah di waktu siang. Sekiranya ada titipan yang memerlukan pengesahan atau tandatangan pasti pengakhirannya kami kena mengambilnya di pejabat penghantaran terdekat. Begitulah dengan penghantaran product Mekaray Ventures (MV) yang dihantar oleh teman blogger Zul Fattah buat diriku ini. 

Sorry - Sebenarnya 30-03-2016 lagi barang sudah tiba di rumah tetapi dikembalikan ke pejabat GDEX berhampiran sebab rumah kami kosong. Nasib baik pejabatnya dekat saja dengan rumah kami
Mekaray Ventures - Triple-M inilah yang dikirimkan buat diriku. Terima kasih Zul Fattah bagi peluang untuk kakak menikmatinya.
Tersusun - Cantik tersusun di dalam kotak. seenak rasa yang telah kami nikmati.
Sachet - Bancuhlah dengan air panas untuk menikmatinya. Malam tadi sudah aku bancuh satu sachet dan pagi ini juga satu sachet. Kesegaran terasa bukan saja enak di tekak tetapi juga selesa di badan.
Zul baru berkecimpung dengan MV tetapi sudah boleh menarik nafas lega. Kepada yang mahu turut jejak langkahnya boleh klik di sini dan silalah bertanya padanya. 
Pemilihan Zul untuk berkecimpung dalam bidang ini ternyata langkah yang tepat. Sebelum meninggalkan kerjaya yang digenggam beliau ada menyatakan samada langkah dibuat betul atau sebaliknya. Aku yang pada mulanya cuak tidak menyangka penghujungnya ada sinar indah telah diraih olehnya. Tahniah Zul! Dari kejauhan ini kakak mendoakan moga product/projek sunnah terbaik ini mempu memberi kebaikan umat sejagat umumnya dan memberi kejayaan buat Zul. Terima kasih sekali lagi dari kami sekeluarga.

~~ Buat teman-teman yang ingin mencuba sila hubungi Zul di sini. Atau email zulfattah91@gmail.com ~~


Thursday, March 31, 2016

Terima kasih Jari Manis

Hitam-hitam sitampok manggis 
mendapat titipan si Jari Manis

Sampul surat -  Masuk bilik mata sudah terpaku
Titipan ditujukan buat diriku
Setem -  Koleksi setem bertambah jadinya
cantik setem Johor yg digunakannya
Fridge magnet - Special for Kak Zakie from Jari Manis
double happiness to receive this
Berkawan - Peti ais di dapur sesak kelihatannya
whiteboad di bilik persinggahan seketika
Pengirim - Inilah pengirim yang baik hati
semoga terus dimurahkan rezeki
Buat Jari Manis yang baik hati
terima kasih daun keladi
dari kami satu family
pemberian tetap akan diingati.

~~ Buat semua teman yang ingin mengenali 
silalah singgah  klik di sini. ~~

Tuesday, March 15, 2016

25 things that make me happy

Banner - Mesti kena ada banner ini sebagai syarat penyertaan.
What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

Senarai 25 yang yang membuat aku gembira:-

1. Bertunang dan bernikah dengan en papa pada anak-anakku
2. Pengesahan dari doktor aku hamil (dari anak pertama hingga ke tiga sama saja)
3. Saat melihat anak-anak lahir ke dunia (sakit tapi gembira tidak terkata)
4. Bila melihat anak mula bercakap dan belajar mengikut bersolat
5. Anak sudah pandai membaca Iqrak seterusnya boleh membaca Al-Quran
6. Surat Tabung Haji (2008) sahkan dapat menunaikan Haji setelah sekian lama menanti
7. Dapat tawaran bekerja selepas habis belajar (keluar sedikit dari kepompong kemiskinan)
8. Dapat membuat anak-anak didik khatam membaca Al-Quran 
9. Dapat gaji hujung bulan,  bonus tahunan dan kenaikan gaji 
10. Dapat hadiah/cenderahati/ole-oleh tidak kira daripada siapa pun
11. Membeli rumah yang pertama. Walaupun kecil tetapi sangat bermakna.
12. Boss menghargai apa yang dipersembahkan
13. Mendapat kelulusan dari apa juga permohonan yang dibuat ke pihak tertentu
14. Menggembirakan seseorang hasil pemberian kami (contoh: masa Hari Raya - puas rasa)
15. Melihat anak-anak berjaya cemerlang dalam pembelajaran / pertandingan
16. Hubby memberikan sesuatu tanpa disangka-sangka
17. Mencuba resepi baru dan hasilnya dinikmati seisi keluarga
18. Melihat bapak sembuh dari penyakit/sakit/demam (sujud syukur lagi)
19. Melihat gambar-gambar lama ketika masih berkumpul adik-beradik
20. Balik kampung
21. Tanaman yang membuahkah hasil (buah/bunga/pucuk/daun dan sebagainya)
Nenas Philippine - Pokok nenas ini aku tanam guna jambulnya bukan sulor tepi buah. Sudah dua tahun baru berhasil. Gembira sudah pasti sebab tanamnya di tepi sebelah longkang tempat aku bekerja saja. Tidak sangka Allah memberi rezeki jua akhirnya. Aku sedang menanti mana tahu akan keluar sulor tepi buah boleh tanam lagi.

22. Melihat hasil mengemas rumah/pejabat menepati seperti yang dikehendaki
23. Membaca blog kawan-kawan yang ada budak-budak atau baby comel
24. Memandu kereta di laluan yang sangat-sangat tenang tanpa gangguan traffik
25. Bertemu sanak-saudara

Huh! selesai juga akhirnya aku tunaikan apa yang dikehendaki hasil kena tag Huda Cik Manisah Lesing:) Namun syarat terakhir untuk 5 orang perlu di tag berikut adalah nama-nama pilihanku ini:-


Aku tinggalkan kata-kata berikut sebagai renungan bersama:-

~~ Apa pun juga yang kita miliki tidak akan kekal abadi. ~~





Tuesday, March 1, 2016

5 things I hate most

Syarat - banner ini kena ada
Syarat di berikan:-
Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.
Bermula di sini lalu Nieyl di sini 
ini bukan benci membenci
hanya sekadar satu entri
apa yang tidak disukai

1. Ketika berada di dalam perjalanan
sakit perut mahu ke tandas awam
aduhai bercintanya tidak tertahan
bencilah dan buat aku geram

2. Sedang bergembira dengan keluarga
telefon pejabat memanggil tak sudah
masalah kena diselesaikan segera
menjelaskan dari jauh bukan mudah

3. Menjahit baju setiap ketika
seronok tidak sabar mahu ditayang
tapi ada yang tidak suka
sedang seronok menjahit habis benang

4. Jiran tetangga jiran juga
kenalah hormat tradisi mereka
tapi bila mercun berdentum sentiasa
tahajjud pun khusyuknya tiada

5. Mahu membela binatang tidak salah
dudukkan ia di dalam dan kunci
najis belaan banyak bersepah
kalau begini mestilah benci

 Sebagai memenuhi kehendak entri
tag lima teman dikehendaki
harap senarai dibawah ini sudi

~~ Memeriahkan segmen teman sesekali apalah salahnya.~~


Monday, February 22, 2016

Indahnya sebuah persahabatan

Apalah yang lebih menggembirakan kepada penulis tua seperti empunya Titisan Nurani ini selain mendapat penghargaan teman-teman blogger yang sudi bertandang ke sini selalu. Ada kalanya rasa terharu apabila sedikit saja dibuat tapi diberi penghargaan sebegini hebat. Terima kasih Dorset Pink.

Kurus kerimping bukan cantik
gempallah sikit lagi baik
Dorset Pink memberi sepasang batik
dititip juga sepasang chopstik

Gunting - Petang Jumaat mendapatnya dan pada hari Sabtu terus saja aku gunting. Sedia untuk dijahit.


Kurung Johor - Ahad di rumah bersendirian lalu aku siapkan jahitan. Ini sebelum dijahit tulang belutnya
Membazir makan jangan sekali
ingatlah mereka yang kelaparan
mengenali Dorset Pink tidak rugi
memberi komen selalu pun ada ganjaran

Kain - Cantik hasil contengan tangan sipembuat dengan design pucuk rebung. Pembelinya DP pun pandai memilih. Harap-harap boleh bersabar menanti Hari Raya tahun ini untuk digayakan. Kalau tidak sabar melihat di dalam almari mahu-mahu pergi majlis kahwin aku rasmikan dulu:)
Sempurna - Siap sudah tulang belut dan butang sekali. Tunggu masa saja untuk dirasmikan bila-bila masa.

Nota titipan - Bersama-sama juga ada chopstick dan dititipkan nota comel. Dorset Pink memang suka memgumpul accessories begini. Chopstick ini DP beli di Jepun. Kepada yang mahu membaca kisah percutiannya ke Jepun silalah ke blog beliau.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dorset Pink. Kepada teman-teman Titisan Nurani dipersilakan menjalin ukhuwah dengan DP. Semoga jalinan persahabatan mendapat redha Allah selalu dan beroleh keberkatan yang berpanjangan.

~~ Setiap kali menerima hadiah/cenderahati begini pasti doa ku titip buatnya semoga rahmat Allah terus melimpah ruah buat yang memberi. Tabarokallah.~~


Monday, January 18, 2016

Tiga Lalat Calendar Giveaway

Nama blog diberi Tiga Lalat 
blog bukan hakmilik kekal itu mottonya
dengan GA ini aku terpikat
fuuh!! du'a dapatlah kalendar jowonya:)

Banner wajib - Lihatlah gambar hasil kepakaran seorang 'pemotong rumput' dengan kamera serba canggih.
Peluang untuk turutserta calendar giveaway dianjurkan oleh seorang 'pemotong rumput' yang pakar dalam fotografi, teringin juga aku melihat kalendar bergambar hasil tembakan yang berjaya menembusi beberapa majalah. Sinonim dengan nama yang digunakan wak, manalah tahu ada paparan kalendar istimewa kalendar jawa - pon, keliwon, wage, legi dan paeng. Wak kena ambil cabaran dari Titisan Nurani ini boleh? Sediakan kalendar jawa. Seingat aku ada satu syarikat di Batu Pahat membuat cetakan kalendar Jawa. 

Buat teman-teman yang mahu turutserta silalah terjah blog istimewa penghasilan seorang 'pemotong rumput' yang pakar bermain kamera canggih. Kalau anak patung pun boleh memukau mata dek panahan kameranya, apatah lagi kalendar yang bakal beliau berikan. Ikuti segala syarat yang ditetapkan jangan lupa. Tarikh tutup pada 18 Januari, 2016 (hari ini) dan masa tutup mengikut jam beliau, jam 12:00 tengahmalam ini. Jangan tertipu wak  itu bukan pemotong rumput!

terjebak dek kerana telefon hwawei


Thursday, January 14, 2016

Bingkisan terindah dari seorang sahabat

Semalam. Menapak memasuki bilik sebaik balik dari kerja seperti biasa kunci dan cermin-mata di letak di atas tempat biasa. Di sebelah kiri kelihatan bersusun beberapa pucuk surat sudah menanti. Satu persatu aku membelek tetapi tumpuan lebih kepada sampul yang luarbiasa. Rasanya berpuluh tahun sudah aku tidak menerima kiriman surat dan ini menjadikan tangan segera saja memilih sampul surat yang satu itu dan aku koyakan perlahan-lahan. Kiriman teman blogger yang seringkali berkunjung ke blog ini juga aku jejaki selalu. Puan Saniah Ibrahim menitipkan setem buat diriku ini.

Bingkisan terindah - Inilah setem keluaran tahun 1984 yang dikirimkan oleh sahabat blogger kita.  Mahu melompat bintang sudah tua jadi tadah tangan sambil mulut terus berkata "Alhamdulilah.. barokallah moga Allah murahkan rezeki Puan Saniah dan keluarga". Masuk dapur untuk memasak pun mulut masih mampu tersenyum sehingga Mak Zah (dia baru datang semalam) pun tertanya-tanya. Bukan Fridge magnet patutlah ringan. Bila aku kata setem tahulah Mak Zah tahu betapa ada bunga-bunga indah di dalam hati ini.
Album - Belum masuk lagi di dalam album ini. Bila ada masa semua itu juga akan turut duduk di dalam album kesayanganku ini.

Susun - Jika setem dari negeri dan gambar yang sama akan aku susun begini. Mana tahu akan ada yang teringin untuk memiliki boleh dikongsikan sama

Susunan cara lain - Jika setiap satu tidak sama akan aku susun begini tidak bertindih antara satu sama lain agar mudah dipandang dan dibelek-belek untuk kepuasan diri sendiri.

Republik of China - Ini juga baru aku perolehi dari supplier syarikat di Hebei, China. Sewaktu courier document dia titipkan sekali setem-setem ini. 

Kumpul - Semua setem yang belum masuk di dalam album akan singgah sementara di sini. Aku agak sibuk seminggu-dua ini. Belum ada kelapangan untuk menyusun-atur lagi.

Buat Puan Saniah terima kasih tidak terhingga dengan kiriman setem-setem yang pastinya sudah menambah koleksi yang aku ada. Cantik dan tambah teruja disebabkan setem-setem tersebut  tidak mungkin boleh dibeli lagi di mana-mana pejabat pos.

~~ Tidak rugi berukhuwah melalui blog.  Walau sekadar di alam maya indahnya terasa di hati.~~


Tuesday, January 12, 2016

Ini sebuah penghargaan - Meratah Seni

Terpempan seketika sebaik mata merenung kedatangan email di kotak inbox. Merenung nama yang tertera cepat saja kotak minda aku teringat kepada kakak blogger yang tidak asing lagi buat diriku. Bertemu belum sekali tetapi rasa kasih terasa erat di hati. Mendapat titipan hasil karyanya sudah pasti membuahkan kemanisan yang panjang.

Meratah Seni - Inilah antologi cerpen hasil karyanya. Sudah hampir seminggu aku mendapat titipan tetapi kerana kekangan masa baru semalam ianya habis dibaca. 
Paridah Ishak - Insan seni yang cekal dan kuat dengan iltizam tanpa mengenal erti putus asa. Gambar pertama dan kedua ini sebenarnya menjadi kulit kepada antologi ini. Sengaja aku bahagi dua untuk kelihatan lebih jelas.
Biodata Penulis - Ingin melihat lebih jelas sila klik dua kali. Sebagai insan yang diuji hebat oleh Allah pasti kita merasa kagum dengan beliau kerana walau ujian melanda diri sifat putus asa tidak pernah lekang dalam diri beliau. Tahniah dari kami.
Kandungan - Terdapat 10 cerpen yang sangat memuaskan hati kepada siapa juga yang membacanya.  Paparan menjurus kepada kehidupan insan sejagat yang tidak siapa boleh menafikannya.
Paparan - Aku paparkan keindahan antologi bukan saja pada penceritaan bahkan pada ilustrasi penggambaran pada antologi cerpen ini. Sinonim dengan penulisnya yang meminati bunga orkid ianya juga menjadi hidangan mata di antologi ini.
Sekalung tahniah dari kami sekeluarga buat Puan Paridah Ishak dengan penghasilan antologi cerpen ini. Buat kami sekeluarga yang pasti ramai sudah maklum membaca buku begini bagaikan satu terapi minda. Oleh itu walaupun sudah didownload di dalam komputer masih tidak puas andai tidak di cetak. Setelah di cetak jadilah ia sebagai koleksi kami.

~~ Kepada semua teman yang ingin berukhuwah atau mendampinginya sila klik di sini.~~