Kepada yang mengikuti rancangan radio IKIM pasti tahu yang lagu/nasyid di bawah ini telah dinobatkan sebagai nasyid terbaik untuk Anugerah Nasyid tahun 2014 yang telah berlangsung pada pertengahan Januari, 2015 lalu. Menjuarai carta lagu di radio IKIM selama 12 minggu berturut-turut, lagu Daqmie ini sangat mengagumkan. Menghayati liriknya pun sudah dapat kita rasakan keindahan susunannya. Apa lagi lontaran suara penyanyinya membuat kita yang mendengar pun bagaikan mahu mengalirkan airmata. Cubalah menghayatinya.
Sedu sedan itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya manjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentoh hati mengocak perasaan
Benarkah.aku cinta benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur airmata ku mengenangkan mu
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diriku ini
Untuk menghargai perjuanganmu ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu ya Rasulallah
Biarkan aku sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran rasul ketika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.
Nasyid di atas sebenarnya diambil dari kisah berikut:-
Masjid Nabawi adalah masjid yang dibina secara gotong royong golongan Ansar dah Muhajirin . Mengikut sejarah yang tercatat, tapak Masjid Nabawi merupakan perhentian pertama unta putih baginda Rasulullah ketika golongan muhajirin tiba di Madinah. Terharu kerana rombongan baginda disambut baik oleh golongan ansar. Masing-masing berebut mahu rasulullah singgah kerumahnya. Oleh kerana baginda tidak mahu menghampakan semua pihak, baginda menyerahkan unta putih baginda membuat keputusan . Unta baginda berhenti di suatu tempat dan disitulah baginda akhirnya mendirikan sebuah masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Nabawi.
Baginda telah membina mimbar yang diperbuat daripada batang tamar . Dalam masjid inilah perjumpaan serta perbincangan juga majlis ilmu diadakan . Namun setelah lama mimbar masjid digunakan, ia menjadi reput . Baginda rasulullah dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru . Mimbar yang lama disimpan di tempat lain. Pada suatu hari ketika rasulullah sedang berkhutbah, terdengar suara tangisan. Setelah diteliti rupa-rupanya suara itu datangnya dari sebatang tamar. Batang tamar itu bersedih kerana khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi oleh rasulullah . Tetapi rasulullah memujuk, walaupun khidmatnya tidak diperlukan lagi kerana keuzurannya, namun ia akan tetap akan bersama baginda di syurga kelak. Sebaik mendengar janji rasulullah itu barulah terhenti tangisan batang tamar yang uzur tersebut.
Kisah inilah yang tercatat menjadi nasyid yang sangat mendayu-dayu dan kita pula bagaikan mahu mengalirkan airmata seperti batang tamar yang dimaksudkan.
~~ Mampukah kita menjadi seperti batang tamar itu?~~