Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Thursday, September 8, 2016

100 WISH list before I die ...

Mari kita lihat seorang gadis yang punyalah banyak wish list bersempena ulangtahun kelahirannya pada tahun 2016 ini. Sila lihat di sini. Selepas itu renung ke dalam diri apakah pula harapan diri kita sebelum Izrael datang menjemput. Sebenarnya sebaik selesai membaca entri ini aku jadi kabur sebab aku di tag. Apa wish list aku kalau sampai 100?

Bingung juga aku kalau mahu menyenaraikan 100 wish list sebab di usia tua ini rasanya beberapa kerat sajalah harapan aku sebelum mati. Dari 100 yang dimahukan aku rangkumkan sajalah menjadi lima sebagaimana Rasulullah bersabda "Ambillah peluang yang lima,sebelum datang yang lima" - Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi.

1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
2. Sihatmu sebelum sakitmu
3. Kayamu sebelum fakirmu
4. Lapangmu sebelum kesempitanmu
5. Hidupmu sebelum matimu.

Sebenarnya sekarang pun aku sudah tua. Cuma selagi Allah masih bagi peluang boleh beribadah dengan baik aku mahu berusaha semampu boleh sebelum datang masa lebih tua dari sekarang. Lumrahnya bila semakin dipanjat usia bimbang kesihatan menurun dan beribadah jadi kurang khusyuk. Mohon aku diberi kesihatan yang baik.

Berkaitan dengan kaya pula sebagai manusia biasa rasa tidak puas sudah pasti tidak dapat disingkirkan. Melihat mereka yang lebih susah aku dapat merasakan yang aku ini kaya sebab masih mampu memberi infak dan sedekah. Tetapi melihat yang lebih kaya sesungguhnya aku masih jauh tertinggal di belakang. Apa lagi melihat mereka yang kaya iman, kaya pekerti, kaya ilmu, kaya harta semua ini ingin aku gapai. Itulah sebolehnya biarlah sebelum sakratulmaut datang menjemput. Apa lagi bila memandangkan terasa terlalu pantasnya masa berlalu. Mengharap aku mampu melakukan yang terbaik sebelum disempitkan waktu. Semoga ada kelapangan waktu untuk aku terus menerjah setiap yang mahu dilakukan. Berharap tidak ada penyesalan di penghujung usia.

Pukal aku senaraikan semua wish list kerana jika dihuraikan semua itu sudah pasti lebih dari 100. Semoga aku diberi masa untuk melihat anak-anak berjaya dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing yang mampu memberi keseimbangan bahagia dunia dan akhirat. OK selesai! 

Sebagai memenuhi syarat cik adik manis yang mahu tag tiga sahabat maka dengan rendah hati aku tag tiga adik comel ini: - 


Tidak ketinggalan dijemput juga semua teman Titisan Nurani yang memberi komen dalam entri ini untuk sama-sama memeriahkan segmen ini. Silakan dengan segala hormatnya.

~~Apa-apa pun selamat ulangtahun kelahiran buat Huda. ~~


Monday, December 22, 2014

JOM JOIN SEGMEN AZIE - ambil iktibarnya

Syarat diberikan salin cerita diberikan bukan tajuk, lalu aku tukarkanlah tajuk menjadi seperti di atas. Cerita yang diberikan oleh AZIE adalah seperti berikut: -


Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...






Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.

Gambar yang Azie google - Kalau aku dapat ini semua kaya aku hihi....

IKTIBAR YANG INGIN DI ULAS DARI ADMIN TITISAN NURANI
Begitulah gambaran bagaimana manusia yang mempunyai sifat tamak-haloba, tidak percaya, menyesal bila masa sudah berlalu, tidak mudah bersyukur apa yang ada bahkan tidak kurang juga manusia sering lupa apa yang dalam sakit yang Allah berikan ada hikmah yang tidak kita ketahui ada manisnya. Bayangkan dalam kesakitan tapak kaki menginjak batu-batu sebaliknya ianya adalah rezeki mewah yang tidak ada tolok bandingnya.

Begitu pula sudah diberi peluang masih tidak mahu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Usia dan kegagahan yang ada langsung tidak dimanfaatkan. Mengapa tidak saja diambil sedikit sebagai menghargai nasihat yang diberi dari orang yang mengatakan ianya adalah batu berharga. Sekurang-kurangnya seandainya batu itu tidak berharga pun masih boleh digunakan sebagai menutup mana-mana lubang perjalanan yang mereka lalui. Tidak guna menyesal bila nasi sudah menjadi bubur.  Ironi dalam kehidupan kita pula percayalah pada Rukun Iman yang enam, amalkan rukun Islam yang lima moga tidak ada penyesalan di akhirnya kelak. Carilah bekalan untuk kehidupan hari ini dan di sana kelak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sedihnya kepada mereka yang sudah memperolehi banyak tetapi masih tidak berpuas hati. Sifat tamak-haloba manusia sampai bila pun tidak akan berakhir. Bersujud syukur tidak terlintas di minda sebaliknya masih menyesali kalau boleh mahu memiliki lebih lagi, lagi dan lagi. Begitulah banyak mana pun kekayaan yang kita ada, kepuasan memang tidak pernah ada. Bagaikan manusia yang sentiasa lapar dan dahaga. Bila makan terasa kenyang, selepas 5-6 jam kemudian pasti akan lapar dan dahaga semula. Mengapa yang berpuasa boleh bertahan? Itulah ajaibnya iman dalam benteng kehidupan. Bersama kita renungkan kisah tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

~~Marilah meriahkan segmen kawan kita Azie ini. 
Klik saja di sini sebab syarat diberi terlalulah mudah.~~ 


Tuesday, July 15, 2014

Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU

Bersempena memperingati dimana turunnya kitab suci Al-Quran yang menjadi garispanduan seluruh umat di dunia, Titisan Nurani mengambil kesempatan untuk sama-sama kita menjadikan Al-Quran sebagai pendamping dalam kehidupan. Negeri Johor tidak bercuti walau banyak negeri di Malaysia menjadikan hari ini sebagai cuti umum. 

Apabila NuzulQuran tiba bermakna Aidilfitri juga akan menjelma tidak lama lagi. Mengambil peluang itulah aku turut serta segmen anjuran Aizu.

Banner - Ini kena ada sebagai salah satu syarat

Ingin turut serta sila lihat di sini
Syarat diberikan mudah saja:-
  1. Follow blog AIZU..  (lama sudah menjadi teman Aizu)
  2. Mestilah ada blog.. (Titisan Nurani nama blog diberi)
  3. Buat n3 bertajuk "Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU"..berserta banner di atas itu.
  4. Ajak kawan2 join..  (Titisan Nurani dengan ini mengalu-alukan semua teman-sahabat-handai-rakan-taulan untuk turut serta segmen anjura Aizu ini)
  5. Selesai semua, tinggalkan LINK di bahagian komen di sini
  6. Ok, itulah saja syaratnya. 
  7. Tarikh tutup pada 17hb Julai/19 Ramadhan ini. 
Sebelum mendapat kad raya Aizu aku sudah mendapat kad pertama dari seorang blogger pakar memasak.

Nurhayati - Inilah kad pertama yang bertandang dan menjadi tatapan seisi keluarga. Terima kasih dari kami buat Yati dan keluarga.
~~ Bersempena hari baik, bulan baik ini bersama kita tingkatkan keimanan dengan Al-Quran, jalinkan ukhuwah dengan kad Hari Raya yang dikirimkan.~~

Friday, October 25, 2013

Bikin Dialog Gambar Minah Ni Kalau Nak Topup RM30

Mendapat undangan Shakira untuk turut serta segmen anjuran beliau. Tajuk di atas adalah pilihan tuan empunya penganjur segmen. Sila klik di sini untuk lebih lanjut.

Bersimpuh di pelamin sambil berangan
makan tidur bagaikan raja 
segmen dibuat memenuhi undangan 
sebagai penghibur hati sahaja
Boleh saja klik di sini untuk tahu syaratnya
Dialog dari Titisan Nurani: Kenapalah dah cantik siap-siap ni ada jerawat besar timbul tiba-tiba. Mak Andam manalah pulak pergi ni?

Tarikh tutup segmen pada hari ini jam 9:00 pagi. Mungkin aku ini peserta terakhir memandangkan beberapa minit lagi akan ke jam 9:00 pagi. Sebenarnya aku lupa sebab menjangkakan esok tarikh akhirnya. Biasa aku berGA atau bersegmen pada hari Sabtu yang lebih santai. Semalam aku mendapat notis dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengatakan pada hari ini tiada transaksi cukai/duti dari jam 4:00 petang sehingga jam 6:00 petang. Oleh itu sebaiknya hari ini kami rehatkan untuk mengekspot. Niat asal mahu berentri hal belanjawan 2014 tundalah dulu.

~~Tidak sempat turut bersegmen anjuran Shakira ini, boleh saja menjadi sahabat beliau dengn klik di sini.~~


Saturday, September 7, 2013

BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA

Nasib baik tarikh segmen ini dilanjutkan lagi.
sesiapa yang mahu turut serta kliklah di sini
'aku' di dalam N3 ini bukan merujuk diri sendiri
tetapi Kakcik Seroja penganjur segmen ini

Mouse - Seharian memujuk suami untuk memberikan aku kebenaran untuk mengikuti percutian bersama teman blogger. Sebaik encik suami memberikan kebenaran segera berita ini aku khabarkan kepada Puan Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan Iyra Si Reben Merah. Tidak ketinggalan sewaktu bercuti mouse ini turut menjadi peneman aku sepanjang percutian tersebut. Jauh di sudut hati mahu segala aktiviti dikhabarkan pada semua teman-teman blogger
Menara - Sebaik nampak menara ini aku lihat masing-masing mengacu kamera. Aku pun apa lagi turut mengambil gambar. Apa tidaknya semua yang menjadi pengapit kanan dan kiri sepanjang percutian adalah pakar mengambil gambar. Tanpa sedar aku pun bagaikan pakar juga pada hari itu. Senyum aku sendirian melihat hasil bedekan kamera ku.
Kubah - "Mak tangkap gambar kubah pulak mak" Itu jeritan dari anakanda Iyra. Melihat ketiga-tiga mereka iaitu Puan Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan Iyra mendongak-dongak mengacu camera aku pun turut serta. "Bravo!!" itu yang terkeluar dari anak-anak itu. Aku sengih lagi. Bangga juga bila melihat hasilnya tidak ada beza dengan apa yang ada di dalam kamera canggih mereka.
Menggapai - Menyusuri perjalanan bila tiba di satu lokasi arca seorang budak yang tidak dapat menggapai apa yang dihajati sayu terasa di hati. "Tak apa mak jangan sayu hati, biar saya yang tolong gapaikan" itu yang terkeluar dari mulut salah seorang insan peneman perjalanan waktu itu. Bagi memuaskan hati sekali lagi kamera aku acukan. Puas rasa di hati. Moga apa yang digapai ini mengubat hati yang sayu.
Letih - Perjalanan bersama anak-anak muda yang bertenaga membuatkan aku mohon pada mereka untuk berehat seketika. Aku biarkan mereka semua mengulek kamera. Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan tidak ketinggalan Iyra masing-masing  leka bermain dengan kamera. Aku biarkan mereka dengan dunianya. Dalam pada itu sempat juga aku membedek satu dari tingkah-laku dia. Seketika itulah minda cepat saja menerawang teringat adik 'mata sepet' yang di rumah. Begitulah bila sudah bergelar ibu bila rehat seketika pun rumah juga yang menerjah ke dalam minda.
Pulang - Walau sejauh mana pun perjalanan dan percutian akhirnya aku dan semuanya terbang balik menuju destinasi yang dirindui. En suami, anak-anak dan rumah yang ditinggalkan tetap tidak boleh aku lupakan. Betapa tinggi pun aku terbang pasti akan mendarat ke tanah juga tempat aku kini meneruskan sisa-sisa tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan. Mungkinkah akan aku jejaki destinasi itu lagi masih belum ada perancangan buat masa ini.

~~ Sesekali berlagak menjadi kakcik seronok juga:) Inilah penyertaan dari Titisan Nurani buat segmen anjuran Kakcik Seroja.~~


Saturday, May 11, 2013

Bloglist Jun-Sep Nazayiena Ayiena




Mendapat jemputan rakan sealiran
bloglist Jun-Sep tajuk diberi
marilah semua rakan taulan
meriahkan segment  My Lovely Family

 Bloglist Jun-Sep tajuk diberi
meriahkan segment My Lovely Family
tidak banyak syarat diberi
menjalin ukhuwah itu yang pasti

Kepada sahabat-handai-rakan-taulan yang ingin turut serta klik saja  blog Nazayiena Ayiena ini.

~~Sabtu dan Ahad amat selesa untuk aku join segmen dan GA anjuran teman blogger.~~  

Saturday, December 29, 2012

Segmen: Bloglist Mama KayBee 2013

Tidak mahu tertinggal. 
Kena segera sebelum tarikh berakhir pada 31-12-2012
Sekiranya mahu tahu lebih lanjut sila klik di sini.
Marilah bersama kita meriahkah segmen ini.

Saturday, December 15, 2012

Segmen Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah

Terlebih dahulu ingin aku memulakan hari ini dengan ucapan terima kasih atas segala titipan bacaan al-fatihah, doa,  ucapan takziah dan prihatin teman-teman melalui entri aku di sini Memandangkan hari ini hari terakhir segmen anjuran teman sesama blogger aku tidak mahu tertinggal sama.

2012 kian mengundur pergi 
2013 akan menjelma pula 
segmen bloglist datang lagi 
menjalin ukhuwah sesama blogger 

Segmen, Bloglist, Pokok Manggis Depan Rumah, pokok, pokok2u,
Banner - Gambar pokok manggis ini perlu ada. Kenalah cepat sebab hari ini hari terakhir
Kisah lama jadikan kenangan
tahun hadapan azam baru
mahu tahu syarat diberikan
klik di sini  pasti tahu

 ~~ Kena renungkan setiap kali makan buah manggis.  Walau kulit di luarnya kelihatan gelap tetapi isi di dalamnya putih bersih. .~~