Showing posts with label Qurban. Show all posts
Showing posts with label Qurban. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Aidil-adha berlalu pergi

Hari ini merupakan hari tasyrik yang ke tiga. Sayu hati setiap kali mendengar mahupun mengalunkan takbir raya. Hari ini masih ada peluang untuk kita bertakbir raya sehingga sebelum menjelang maghrib. Gunakan peluang yang masih bersisa ini dan sama-sama kita berdoa semoga kita dipertemukan lagi di tahun-tahun yang akan datang.

Sudah berlalu - Semoga menjadi tunggangan di sana kelak
Bermangkuk-mangkuk - Lihatlah semuanya menggunakan mangkuk besar dek tulang gear-box yang besar-besar belaka
Abang - Abang ipar dan Abang aku (abah Din) sengaja minta kami ambil gambar mereka berdua. Dua-dua abang ini sama usia. Sudah 60 tahun.
Nikmat - Masing-masing mencari lokasi selesa. Ambil sendiri di dalam periuk bawa mana saja ruang rumah yang ada. Anak remaja biasalah mencari depan tv sambil makan sambil menonton.
Bujang - Belum ada calon. Siapa mahu merisik bolehlah haha... duit sudah sedia cuma anak daranya belum ada.
Licin - Beginilah pengkahirannya dari setiap tulang.
Hujan - Biarpun hujan mencurah-curah lebatnya tetapi masing-masing tetap dengan misinya. Alhamdulillah semuanya tiba di rumah aku ketika sup sudah hampir sedia untuk di makan. Sebelum makan aku hidangkan dulu ketupat dengan ayam masak merah, gulai kari daging, sambal kacang dan lain-lain lauk pauk yang kakak-adik-abang bawa dari rumah mereka.
Sebenarnya boleh dikatakan setiap tahun apabila tiba hari raya Qurban aku tidak dapat balik kampung sebab hubby menjadi tukang sembelih. Oleh itu kakak-abang-adik- anak-buah semualah yang akan datang berkunjung ke rumah kami. Apa lagi ini kali pertama bapak tidak bersama kami. Kalau tidak pasti bapak pun sama menikmati sup hasil tangan aku. Sedih. Moga bapak tenang di sana. 

~~ Cuti bertambah indah apabila bertepatan dengan cuti sekolah. Kurang indah bila masuk pejabat banyak kerja menanti di depan mata.~~

Wednesday, September 30, 2015

Cuti Aidil Adha kami - 2

Tahun ini hanya tiga lembu dan dua kambing menjadi ibadah qurban kami.

Papa dan teman-temannya
Alhamdulillah korban pertama
Dua kambing sudah dikorbankan
Mereka melapah bersama-sama
Mama jadi tukang timbang sebab jari mama bengkak tidak boleh buat kerja lain
Potong-memotong
Adik jadi tukang bungkus apa yang mama timbang

~~Anak-anak negeri Johor masih bercuti sekolah lagi pada hari ini. Jerebu masih menguji kesabaran semua. Hari ini jugaa tarikh akhir untuk permohonan online buat anak-anak yang menduduki UPSR 2015 untuk ke sekolah-sekolah pilihan, tidak termasuk sekolah berasrama penuh.~~



Wednesday, September 23, 2015

Labbaikallahumma labbaik

Apabila tiba tanggal 8 Zulhijjah gemersik suara-suara jemaah mengalunkan talbiah - labbaikallah humma labbaik sepanjang menuju ke padang Arafah tidak dapat dilupakan kepada siapa juga yang pernah menunaikan ibadah haji. Jika berada di Mekah pada hari itu merupakan hari dimana kami semua akan bersama-sama bertalbiah ketika menuju ke Padang Arafah untuk berwukuf. Berwukuf merupakan rukun haji ke dua selepas niat haji dan ihram. Sebaik berniat ini secara langsung terpasang sudah 13 larangan yang perlu dituruti. Masa berwukuf adalah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah (hari ini) sehingga sebelum fajar 10 Zulhijjah. Boleh belajar kepada yang mahu pergi. 

Semoga para jemaah yang kini mungkin di dalam perjalanan menuju ke Padang Arafah atau mungkin waktu ini sudah berada di Arafah berada dalam perlindungan Allah. Terlalu banyak ujian diberikan buat jemaah tahun ini. Selain insiden kren tumbang, ribut pasir, hujan, ada juga kes seperti siling masjidilharam yang bocor. Melihat limpahan air turun melalu lampu cendeliar sedih terasa di hati walaupun sekadar dari whatsapp. Aku terkenang dulu ketika kali pertama masuk masjidilharam melihat lampunya yang cantik sudah menggamit mahu mempotretkan. Tetapi waktu itu kamera tidak dibenarkan. Selepas tahun 2009 bila pergi lagi barulah tidak ada larangan. Oleh sebab itulah ketika pergi bersama anak-anak untuk umrah tahun 2013 semuanya terakam menjadi kenangan indah.

Umrah 2013 - Anak-anak semua belum pernah lagi menunaikan haji. Sudah diregisterkan dari baby tetapi belum ada peluang lagi. Ini kenangan adik di Bin Dawood suap papa makan baskin robbin

Rukun haji ada 6:-
  1. ihram (niat haji)
  2. wuquf di Arafah
  3. tawaf ifadhah
  4. sa'i
  5. bercukur
  6. tertib
Apabila tidak melaksanakan salah satu dari rukun haji tersebut, maka ibadah hajinya tidak sah.

Wajib haji ada 6:
  1. ihram haji dari miqat
  2. mabit di Muzdalifah
  3. mabit di Mina
  4. melontar jamrah
  5. menghindari perbuatan yang dilarang selama ihram
  6. thawaf wada' bagi yang meninggalkan Makkah
Apabila meninggalkan salah satu dari wajib haji, maka ibadah hajinya tetap sah tetapi wajib membayar dam. Khusus untuk ibadah tawaf wada', apabila seorang jamaah ada halangan seperti haid atau sakit, maka jika meninggalkannya tidaklah dikenakan dam. Cukup sekadar melambaikan tangan ke arah baitullah. Kena ambil tahu bab dam dengan lebih lanjut untuk lebih faham apakah dam yang patut dibayar bagi setiap kesalalahan yang dibuat.

Kak Reen di Hudaibiyah - Salah satu tempat miqat. Ini juga ketika umrah.bukan Haji. Salah satu larangan sebaik berniat umrah /haji adalah menutup muka. Jadi kalau lihat di sini Kak Reen berpurdah, sebaik berniat kena buka penutup muka.
Musolla rijal itu utk lelaki (Rijal bermakna lelaki). Kak Reen sekadar mengambil gambar di tangga bukan solat di situ ye:)

Kenangan umrah juga - Makan di tepi Laut Merah berkongsi semangkuk kecil adik dengan Kak Meen
Bersama kita mohon kepada Allah semoga semua jemaah yang berlindung di bawah khemah-khemah di Arafah berada di dalam peliharaan Allah sebelum mereka bergerak menuju ke Muzdaifah dan seterusnya ke Mina. Harapan semua tiada lagi ribut pasir dan sebagainya melanda. Selesai melontar jamrah pada 13 Zulhijjah mereka akan pulang ke Mekah (jika buat nafar thani sebab jika nafar awal akan balik ke Mekah pada 12 Zulhijjah). Selepas itulah kepada jemaah yang sudah ke Madinah sebelum ke Mekah pasti akan bersiap untuk berkemas pulang ke Malaysia. Kepada yang belum ke Madinah akan ke sana dulu dalam lebihkurang seminggu selepas itu baru akan bertolak pulang ke tanahair.

~~ Melalui TITISAN NURANI ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa hari ini, selamat menjalankan ibadah qurban dan Selamat Hari Raya Aidil-Adha buat semua muslimin dan muslimat. ~~


Tuesday, September 15, 2015

Sinonimnya lembu-kambing dan Zulhijjah

Pejam-celik-pejam-celik hari ini sudah 1 Zulhijjah 1436H. Rutin hubby setiap tahun sebelum Zulhijjah lagi dan sebaik tiba saja bulan Zulkaedah mulalah misi mencari lembu/kambing untuk dijadikan qurban. Tahun ini aku tidak menemankan hubby ke ladang lembu sebab ada teman masjidnya yang boleh dijadikan teman, ditambah pula aku sibuk dengan persekolahan adik.

Akauntan - Adik jadi akauntan papa tolong mengira dan memastikan jumlah duit-duit mereka yang mahu berkongsi membuat qurban pada tahun ini.  

Beribu-ribu - Setiap kali ada kariah yang menyerahkan duit akan dikira kembali. Tolong kirakan saja sebab berpuluh-puluh ribu pun semuanya amanah orang ramai yang akan diserahkan  kepada tuan ladang lembu. 

Lembu  - Pilh sajalah mengikut jumlah duit yang ada. Agak-agak kurang sikit biasa hubby akan tambahlah sedikit. Kerja-kerja kemasyarakatan tidak boleh rigid sangat. Kena lebih kurang moga-moga Allah terima jariah kita.

Comel-comel - Ada juga yang mahu membuat qurban kambing. Pilih yang sesuai dengan kewangan yang ada. Tuan kambing pun biasa akan memberi sedikit diskaun apabila kita membeli banyak.  Montel-montel pula kambingnya:)

Sedia - Masing-masing sudah pasrah dan redha untuk menanti tiba masanya untuk dikorbankan pada Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyrik tahun ini.  Semoga ibadah yang dirancang dipermudahkan olehNya.

~~"Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.” (Surah Al-Hajj 22:34)~~





Saturday, October 4, 2014

Persediaan Awal Aidil-Adha 1435H

Sudah dua Sabtu aku tidak hadir ke pejabat. Walaupun boss tidak kisah namun sendiri kena pikul andai ada masalah melanda. Memandangkan aku juga tidak balik kampung dan keluarga yang akan datang berkumpul di rumahku dapatlah aku menjengah sekejap ke pejabat hari ini. Sesekali kena juga buat kejutan kepada orang di bawah kita. Bukan tidak percaya tetapi kena ada sedikit berjaga-jaga. 

Satu ikat - Terlanjur tidak ada apa perlu dilakukan. Bawa seikat ke pejabat hari ini.
Alat - Gunting dan pisau sentiasa ada di bilik aku.
Permulaan - Selepas solat Dhuha sebentar tadi dapatlah ini. Sebelum balik jam 12:00 tengahari ini siaplah aku rasa.
~~ Selamat berpuasa, selamat beribadah qurban dan Selamat Hari Raya Aidil-Adha buat semua muslimin dan muslimat.~~

Monday, October 21, 2013

Lawak Hari Raya Qurban 1434H

Setiap kali tiba Hari Raya Qurban, Pak Haji yang satu ini pasti akan berpesan pada hubby untuk memberinya 'buah' tersebut. Tahun ini pula masing-masing yang membuat ibadah qurban boleh dikatakan setiap seekor lembu yang dikorbankan ada tuan yang membuat qurban minta 'buah' tersebut. Oleh itu tidak dapatlah hubby memenuhi permintaan Pak Haji. Lembu qurban kami pula entah kemana pergi buahnya boleh tidak dapat dijejaki. Mungkin ada yang berminat lalu menambilnya tetapi malu sehingga menjadi bahan lawak mengatakan "lembu betina agaknya sebab buahnya tak ada". Semua yang bekerja ketawa sebab manalah ada lembu betina dijadikan korban.

Hubby: Kesianlah abang dengan Pak Aji tahun ini tak dapat nak bagi.
Aku: Bukan tak nak bagi tapi dah tak ada, dia pun faham kan.
Hubby: A'ah... cuma kesian sebab orang tua mesti dia terkilan.
Adik: Dekat pasar banyak buahlah papa, papa belilah untuk atok tu.
Aku: Bukan buah sebarang buah ni dik
Adik: Kenapa atok tu nak buah itu papa?
Hubby: Buah ni ada kalau papa sembelih lembu aje dik (aku sudah tidak dapat menahan gelak)
Adik: Kalau macam tu adik pun nak jugalah papa. (berderai ketawa aku dengan hubby)

Tambah gelihati boleh pula adik ipar aku bertanya masakan istimewa Hari Raya Haji apa yang Pak Haji itu hendak buat dengan 'buah' tersebut. Aku dan hubby tidak ada jawapan sebab tidak pernah pun bertanya. Tetapi rezeki Pak Haji tersebut bila hubby menyembelih pada hari tasyrik pertama di tempat kerjanya dapat pula 'buah' dari kedua-dua ekor lembu yang dikorbankan. Gembira Pak Haji sebab tahun-tahun sebelum mendapat sepasang saja tetapi tahun ini walau lambat dia dapat dua pasang 'buah' idamannya.

~~ Aku siap mengoogle gara-gara mengapa ramai benar yang suka 'buah' tersebut. ~~

* Maaf andai entri ini mengundang rasa tidak senang.


Thursday, October 17, 2013

Allahuakbar Walillahilhamd - 10 Zulhijjah 1434H


Kami - Selepas solat sunat Aidil Adha. Kak Nurienne demamlah pulak penat tolong mama di dapur agaknya.
Puteri-puteri kami - Bersedia ke padang surau untuk melihat majlis ibdah qurban kami sekeluarga
Pasrah dan redha - Lembu yang sudah pasrah dan redha untuk diqurbankan bersama adik yang takut tapi mahu berposing dengannya.
Tumbang - Kerjasama kaum lelaki yang tidak boleh dipertikaikan. Sambil bertakbir sambil membuat kerja.
Leher dan lubang - Sudah bersedia untuk hubby melakukan penyembelihan.
Sembelih - Selesai doa dibaca dan disebut nama-nama serta doa penyembelihan dilakukan. Iringan takbir membuat airmata aku luruh tanpa sedar. Syahdu di pagi itu.
Alhamdulillah - Selesai sudah kelima-lima ekor lembu hubby sembelih.
Melapah - Kerjasama ahli kariah setempat. Tugasan telah hubby berikan kepada nama-nama yang telah tercatat. Masing-masing telah tahu tanggungjawab mereka.
Sebelum menjelang solat zuhor semua kerja-kerja selesai dilaksanakan. Menjadi tanggungjawab AJK yang dilantik untuk mengagihkan. Setiap jalan dari jalan Damai 1 sehingga Damai 9 di taman perumahan ada seorang wakil dilantik. Lebihan daging kami agih kepada taman perumahan sebelah taman.

~~ Semoga Allah menerima segala ibadah kami - Amin.~~

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Sewaktu kita sibuk membuat persiapan untuk merayakan Aidil-Adha esok, umat Islam yang sedang berwukuf di Padang Arafah kini sedang dilanda ujian banjir. Bersama kita mendoakan moga doa-doa para jemaah yang kini sedang menunaikan ibadah haji dimakbulkan Allah. Sesungguhnya hari ini merupakan salah satu hari terbaik untuk kita berdoa. Beruntung mereka yang menjadi tetamu Allah di Padang Arafah hari ini. 
Untuk melontar - Hubby dan sahabatnya di kawasan melontar jamrah
Esok pula ketika jemaah sibuk melontar jamrah Qubra kita di sini sibuk menyambut Aidil Aidha dan melakukan ibadah qurban. Sungguh kenangan menjalankan ibadah haji tidak pernah luput dari ingatan dan perasaan rindu membuak sentiasa walau belum lama umrah dilakukan tetapi ibadah haji itu terlalu indah.

~~ Selamat menyambut Aidil-Adha dan menjalankan ibadah qurban dari aku di TITISAN NURANI.~~

Tuesday, September 24, 2013

Hari Qurban kian menghampiri

Rutin setiap tahun bila hampir ke bulan Zulhijjah adalah menjadi tanggungjawab hubby untuk mencari lembu untuk di sembelih sewaktu Hari Raya Haji dan tiga hari tasyrik. Ahad lepas kami ke ladang lembu yang terletak di Kampung Parit Sikom, Pontian.
Comel - Lihat bapa kambing ini menjaga dua ekor anaknya. Kesian adik kata mama dia mungkin sudah kena sembelih itu yang papa kambing yang jaga anak-anaknya.
Kandang - Bersusun-susun lembu dan kambing di dalam kandang. Bau usah dicakap. Memang kami sudah tahu kalau ke ladang lembu kena membawa bekal baju untuk ditukar sebaik keluar dari kawasannya. Melekat di baju
Lembu 1 - Yang di hadapan ini salah satu yang telah ditempah.
Lembu 2 - Lembu yang hitam ada tanda putih di atas kepala juga telah dipilih.
Lembu 3 - Warna putih di tengah itu juga akan dikorbankan.
Hampas soya - Salah satu makanan lembu yang tuan punya ladang tunjukkan kepada adik.
Adik - Dalam kata bau busuk ladang tetap hendak berposing di panas terik.
Jika di izinkah Allah,  tiga ekor akan menjadi korban untuk Hari Raya Haji tahun ini. Bererti ketika umat Islam yang menunaikan ibadah Haji melontar jamrah, kami di sini akan sibuk melakukan ibadah Qurban.

~~ Harga lembu mencanak naik berbanding tahun lepas ekoran kenaikan harga makanan dan susah mendapat kelulusan AP dari satu negara orang putih.~~

Monday, July 22, 2013

Akhirnya dia akan dikorbankan

Sepasang - Sudah dicadang hari raya ini akan kami korbankan. Mak Nor dan Abah Dol sudah tidak sanggup membela angsa, turkey dan itik  lagi. Kalau tidak disembelih bila lagi semua dapat berkumpul kalau bukan waktu Hari Raya. Turkey pun akan dikorbankan juga. Mak Nor mahu membela ayam saja katanya. Lebih mudah, bersih dan tidak bising.

Reban baru - Ada 7 ekor penghuni baru yang membuat aku menjerit-jerit kegelian. Memang cantik tapi aku takut untuk mendekati reban ini.

Salah satu darinya - Inilah yang dibela oleh Abah Dol sekarang. Tapi aku pula tidak tahu kenapa mesti geli. Rasanya kalau mahu disembelih sanggup atau tidak aku makan. Macam kucing aku lihat - jinak dan comel.
Spesis lain - Gebu putih arnab ini. Aku jenis geli akibatnya gambar semuanya kurang cantik. Bila dia melenting-lenting ketika kami cuma mendekati rebannya aku pun melenting sama, geli.
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-a'raaf:179)

~~ Matinya ternakan tiada dakwa-dakwi seperti kita yang melalui alam kubur yang pasti menggerunkan. Selamat beramal di hari ke 13 Ramadhan.~~




Tuesday, October 30, 2012

Menjelang malam hari pertama tasyrik

Pengumuman telah dibuat pada semua yang ada baik di dapur hingga ke luar rumah. Tidak mahu ada yang tertinggal masih di bilik air bila tiba azan dilaungkan. Maghrib selepas berjemaah akan dimulakan dengan takbir, yaasin, tahlil dan doa selamat. Kemudian sambung dengan berjemaah Isyak dan takbir lagi. Selesai semua itu barulah kami menjamu dengan menu yang menagih banyak peluh merintik keluar. Nasi impit, beehoon dan roti gardenia juga disediakan. Pedas cili kicap Mak Zah usah dipertikai. Meletup-menyengat apabila disuai-padankan dengan sup tulang malam itu.  Bergelas-gelas air tanpa sedar masuk ke perut kami. 

Menyusun strategy yang paling selesa

Roti gardenia padanan sup pilihan dia

Bapak paling gembira bila dikelilingi anak-cucu-cicit.

Pilih saja mahu mangkuk besar tulang besar, mangkuk kecil tulang kecil.

Makan dulu selepas ini kamu semua kena cuci pinggan-mangkuk.

Lihatlah Mama Leha tunjuk mangkuk yang sudah licin.

Si comel tidak hirau pun sup gear-box atau tulang, sebakul jajan pilihan dia.

Amboi Nurul besar betul mulut, takut Mama Zakie melihatnya.

Pink jadi pilihan mereka malam itu.

 Alhamduilllah segala perancangan berjalan lancar. Penat usah dikata tapi kami seronok. Mama-mama dan papa-papa berehat anak-cucu ambil giliran membersih apa yang patut di dapur.  Aku selaku tuan rumah tidak hirau lagi akibat keletihan terus masuk bilik untuk tidur.

~~Semalam hari tasyrik berakhir bererti selesai juga ibadah haji untuk tahun ini. Moga para jemaah diberikan ibadah haji yang mabrur.~~