Kisah minggu lalu.
Petang itu balik kerja limpahan hujan terlalulah lebat diiringi angin kencang lagi. Hubby tiba di rumah sudah terlalu lewat. Belum selesai mandi sudah kedengaran dari corong radio suara azan maghrib berkumandang. Kenalah solat di rumah.

Adik: Adik teringin jadi imam kat rumah.
Mama: Mana boleh papa ada.
Adik: Dekat sekolah tu ramai kakak-kakak tapi adik boleh jadi imam.
Mama: Adik tak tahu lagi ke? Apa syarat sah berimam dan bermakmum?
Adik: Hmmm... (sekolah agama sudah masuk darjah 4 mana boleh tidak tahu)
Papa: Eh... macam tak dengar azan dari suraulah.
Mama: A'ahlah.
Papa: Jangan-jangan elektrik trip. Em... papa kena ke surau jugalah.
Kerana bimbang surau tidak ada elektrik terpaksalah hubby terkocoh-kacah ke surau juga sebab pernah pembesar suara surau tidak berfungsi masa hujan lebat 2-3 hari lepas. Akhirnya mama jugalah imam pada adik. Sebenarnya adik tahu tapi mungkin keinginan menjadi imam seperti di sekolah mahu ditunjukkan di rumah itu yang dia bersuara. Biasa kalau membaca yaasin dan tahlil di rumah sesama kita, aku benarkan adik mengimamkan tetapi kalau solat memang belum dibenarkan lagi.
Adik - Inilah dia hamba Allah yang berangan-angan mahu menjadi imam mama. |
~~ Masa belum baligh sibuk mahu menjadi imam bila sudah layak tolak-tolak pada mamanya pula. Itulah anak-anak aku.~~