Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

World Blood Donor Day - 2013

Mengikut hubby ke majlis anugerah dan makan malam di LC Sangkar Kristel. Majlis anjuran pihak Hospital Sultanah Aminah sebagai menghargai penganjur dan penderma darah yang aktif sepanjang tahun 2008-2013. Rata-rata yang pergi semuanya bos-bos, penderma darah dan kakitangan hospital. Syarikat hubby sering menganjurkan kempen derma darah itu yang dijemput sama. Aku dan adik menempel sama untuk menikmati upacara majlis malam itu. 

Zapin - Majlis dimulakan dengan persembahan anak-anak menari zapin. Adik walau malam itu sakit perut masih sempat menjeling sebab adik suka tarian-tarian seperti ini.
Hidangan - Sebahagian makanan terhidang. Aku malu untuk mengeluarkan kamera mengambil gambar setiap kali makanan keluar. Teman-teman meja kami ramai big-big bos.
Adik - Dalam pada sakit perut masih lagi boleh tersenyum menempel di sebelah papa. Adik tidak makan banyak malam itu sebab dia sakit perut sebaik balik dari sekolah agama.
Anugerah - Hubby menerima anugerah buat syarikat bukan untuk diri sebab hubby pun tidak layak untuk menderma darah. Jadi penganjur bolehlah. Tetapi aku tabik ada dua pakcik sudah berusia lebih 60 tahun telah menderma lebih 100 kali. Kedua mereka mendapat anugerah khas. Nampak keduanya amat sihat dan segak walau sudah bercucu.
Cenderahati - Setiap pengunjung diberi satu beg yang di dalamnya ada semua ini. Adik suka voucher McD sebab validity sehingga tahun depan. Boleh digunakan bila kakak-kakak balik
Sijil - Siap sudah berframe. Pasti akan digantung di pejabatnya.
Hadiah - Malam itu juga ada acara cabutan nombor bertuah. Nombor 098 memberi tuah kepada adik. Dapat tabung tajaan dari Public Bank.
~~ Motto "Give the Gift of Life" amat bersesuaian bila melihat slide yang dipertontonkan pada hadirin. Tersedar betapa setiap hari ramainya pesakit yang memerlukan darah.~~

Thursday, June 7, 2012

Beli yogurt sebentar

Perjalanan sewaktu bercuti yang tidak panjang mana itulah kami penuhi kehendak mereka. Ikut selera mata mereka mana hendak berhenti kami berhenti. Makan asam pedas, makan durian, makan burger, makan yogurt asal saja tidak membazir. 

Ini kisah selepas solat asar minda masing-masing sudah set kalau ada tutti fruitti mereka mahu berhenti.


Adik dulu - Dalam apa jua pemilihan mesti adik diberi peluang dulu.
Tunggu kakak - Mangkuk sudah berisi yogurt tapi belum ada fruits.
Pilih sendiri - Masing-masing jengah buah-buahan yg disediakan

Lagi dan lagi - Selagi belum puas bukan dia tidak tahu harga ikut timbangan

Semangkuk - Kak Mien punya
Adik punya - Mesh-mellow besar tapi ringan

Satu lagi - Kak Nurienne punya paling berat sebab mangkuk dia besar

Berat - Lihatlah mana tidaknya  terus isi lagi..lagi... dan lagi
Papa? -  Hihi... anak-anak  sudah siap menimbang papa teringin pula. Anak-anak yang sibuk memilih untuk papa.

Eh... belum puas hati lagi kalau Nurienne ni.

Empat mangkuk - Kiri papa punya, atas Yasmien, kanan adik dan bawah Nurienne. Mama makan kongsi dengan papa sebab papa makan sikit saja.

ANAK-ANAK GEMBIRA BERJALAN-JALAN DI ALAM REALITI. KAKAK JALAN-JALAN DI ALAM MAYA JUGA GEMBIRA SEBAB DAPAT INI:-

Award dari Puan Kartini - Bunga yang cantik dan tulisan bling-bling tanda kesyukuran 3 tahun blog berada di alam maya. Tahniah dari kakak dan terima kasih sudi memberi kakak bunga cantik ini.

~~ Perjalanan kalau berhenti-berhenti ada baiknya juga sebab tidak memerlukan dua pemandu. Cukup buat mama terus rehat duduk di sebelah hingga ada kalanya dibuai mimpi.~~


Friday, October 21, 2011

Lembu untuk Hari Raya Haji

Apabila tiba bulan Zulkaedah hubby akan mula sibuk menempah lembu untuk di jadikan qurban pada Hari Raya Haji dan hari-hari tasyrik. Minggu lepas hubby pergi dengan kawan dia ke ladang kepunyaan seorang Doktor bersara (bukan bersara tua tetapi meninggalkan kerjaya dan berkecimpung dalam dunia penternakan). Menurut kata hubby semakin besar ladang ternakannya.

Tanda... tahun ini hubby menempah 5 ekor untuk dikorbankan. Tapi seekor lagi untuk dikongsi 5 bahagiannya dengan kariah luar dari taman perumahan kami. Tempahan 2 ekor juga dibuat untuk CIQ Gelang Patah tempat hubby bertugas.

TD... huruf itu menandakan kepunyaan Taman Damai. Ini untuk taman perumahan kami. Untuk taman kami jumlah keseluruhan RM15K dan 2 ekor untuk CIQ masih belum dapat dipastikan kerana menanti kedatangan lembu baru. Minggu hadapan balik dari bercuti hubby akan pergi ke sana lagi.

Banyak.... hubby kata tahun ini doktor itu terpaksa mengimpot lembu dari Thailand kerana lembu di ladangnya tidak mencukupi. Bayangkan dalam kandang yang hubby jangkakan melebihi dari ratusan ekor (ribuan) masih tidak mencukupi (kerana belum cukup umur pun ada). Berapa banyak wang masuk dan modal diperlukan untuk perniagaan ini.




Dapat lagi award..... kali ini dari Liza Sebab ini kali kedua kakak menerimanya tidak perlulah kakak buat lagi sebagai N3. Terima kasih Liza.



~~ Terasa bangga juga bila melihat ada bangsa kita yang kuat pegangan agamanya menceburkan diri dalam bidang usahawan dan berjaya pula. Kami turut mendoakan moga perniagaan doktor itu bertambah maju.~~



Thursday, August 25, 2011

Hadiah di penghujung ramadhan

Melalui hari-hari seperti biasa. Pantas sungguh putaran masa, tanpa sedar Ramadhan menginjak hari yang ke 25. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi). Begitulah bagai baru semalam aku menerima statement dari bank tanpa sedar ianya telah sebulan berlalu bila semalam aku menerima statement lagi.

RHB Bank - Sangkaan aku RHB hantar credit card statement disertakan dengan Kad Hari Raya. Kelihatan bagaikan Kad Hari Raya.
Brochure - Bila aku buka ianya bukan Kad Hari Raya tetapi brochure mengajak kita berbuka puasa di tempat-tempat terpilih dengan promosi menggunakan credit card kita. Huhu... rasanya RHB menghantar pada salah orang sebab aku tidak berminat berbuka di luar.

Pengubat - Aku tidak kehampaan bila ada satu Kad Hari Raya yang benar-benar ditujukan buat aku. Dengan warnanya yang begitu lembut, ucapan ringkas tanda ingatan dan baunya yang harum menjadi pengubat perut yang berkeroncong lapar menjadi kenyang.
Sinar Raudah - Inilah pengirimnya. Pn. Amy Syaquena. Terima kasih Amy atas kad yang dikirmkan buat kakak dan merupakan satu-satunya kad yang aku terima buat masa ini. Rasanya tidak ada lagilah kad yang akan diterima selepas kad ini.
Hamper - Semalan juga aku menerima hamper yang dihantar oleh Sunshine ke rumah. Adik paling gembira bila mendapat hamper sebab isi di dalamnya banyak coklat. Aku suka pada set pinggan mangkuknya sahaja. Tahun ini aku juga tidak membeli hamper untuk diagih kepada asnaf yang berhak menerima zakat. Hubby memilih memberi mereka wang supaya mereka dapat menggunakan mana yang lebih perlu buat keluarga mereka.

Umidishes - Tidak ketinggalan aku menerima award di atas ini dari teman maya pada minggu lepas. Terima kasih Umi (sebenarnya kakak malu sebab kakak tidak versatile). Moga ukhuwah berpanjangan. Kepada teman maya yang sudi silalah ambil award ini untuk menikmati sama bersempena bulan mulia ini.



Friday, July 22, 2011

Award sebelum Ramadhan

Keindahan dan nikmat bila mempunyai ramai sahabat. Lebih unik bila ianya sahabat yang tidak pernah bersua muka. Apa lagi berbual-bicara jauh sekali. Tetapi apabila terjun ke dunia berblogging walau tanpa dipinta kita akan memperolehi sesuatu tanpa di duga. Hari ini aku menjengah blog Kerdipan Rohani kepunyaan Kak Ani dikurniakan award yang indah. Terima kasih Kak Ani.

Sebagai memenuhi kehendak asal pemberi award aku pun turut memperpanjangkan keindahan ini untuk dimiliki bersama-sama teman sesama blogger berikut: -



Kalau diikutkan niat dihati mahu saja diberikan kepada semua teman tapi yang dibenarkan 8 sahaja. Sebagai ingatan persahabatan sesama teman blogger. Kepada teman yang lain aku sesungguhnya serba-salah bila diberikan award dan perlu diberikan kepada yang lain.