Showing posts with label judi. Show all posts
Showing posts with label judi. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Nik Nazmi gagal jawab sama ada PR akan hapuskan judi dan premis maksiat atau terus halalkannya di Selangor


Segalanya bermula pada pagi 24hb Mei 2010 apabila Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, ADUN Seri Setia dan Exco Anak Muda Keliru (AMK) Nik Nazmi memanjangkan tweet musang berjanggut yang bertanya sama ada pelacuran juga akan di`halal'kan di negara ini. Akhirnya terbukti bahawa Exco AMK adalah anak muda yang keliru, penakut dan gagal memberi jawapan yang tegas mengenai pendirian kerajaan PR Selangor meneruskan pembukaan premis maksiat di negeri tersebut.

Berikut adalah pertanyaan saya mengenai isu ini yang gagal dijawab oleh Exco Anak Muda Keliru (AMK).

tunfaisal: sgor (Selangor) ada plan nak jdkan pelacuran halal ke? RT @niknazmi: RT @asamadsaid: Kini, judi tampaknya boleh "halal" berjangka. Apakah pelacuran

niknazmi: @tunfaisal tiada nak halalkan pelacuran tak spt BN halalkan judi sukan


Masih ingat kejadian ini? (klik)

tunfaisal: dasar, peruntukan undang2 dan pendidikan negara x pernah halalkan judi utk org Islam RT @niknazmi

tunfaisal: tp x da dasar, peruntukan undang2 dan pendidikan negara yg haramkan judi utk nonMuslim RT @niknazmi

niknazmi: @tunfaisal tiada pertambahan lesen judi / arak di Selangor. Yang ada pemberian lesen dari Kerajaan Pusat

tunfaisal: sgor boleh batalkan/x renew lesen premis judi & arak klu nak, kenapa x buat? RT @niknazmi

tunfaisal: Do u thk selangor shd hv judi n arak premises all over d state? (adakah anda fikir Selangor sewajarnya mempunyai premis judi dan (penjualan) arak di merata tempat di dalam negeri?) :) RT @niknazmi: @tunfaisal tiada pertambahan (cont) http://tl.gd/1evbuq

niknazmi: @tunfaisal we managed to get voluntary regulation of alcohol in Shah Alam, which did not and has not happened in any BN states

tunfaisal: Thts not the q la bro :) do u thk the judi, arak, spa, massage premises shd b all over d state? :) (Itu bukan soalannya saudara. Adakah anda fikir premis judi, (penjualan) arak, spa, urut sewajarnya ada di merata tempat di dalam negeri?) @niknazmi: (cont) http://tl.gd/1f0kks

Seperti Lim Kit Siang yang gagal menjawab soalan saya tentang bukti bila dan di mana, pertama, Ketua Polis Negara dan kedua, Ketua Polis Selangor mengatakan dengan jelas bahawa Aminulrasyid dan Azamuddin adalah penjenayah (klik), Nik Nazmi juga kecut dan takut hendak memberi sebarang jawapan.

Ini merupakan kegagalan kedua Nik Nazmi selepas kegagalan menjelaskan kekeliruan beliau tentang assabiah dan isu Malaysian first (klik).

Hipokrasi PAS memang telah diketahui dalam isu ini kerana mereka memang hanya alat yang menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor dan hamPas di Pulau Pinang. Malah diketahui bahawa PAS tidak berani sama sekali menghalang pertambahan premis-premis arak, judi dan maksiat di Selangor dan Pulau Pinang. Apa lagi untuk mendesak dan berdemonstrasi bagi memastikan lesen perniagaan premis-premis ini tidak diperbaharui dan dikeluarkan (klik).

Di Kelantan, Nik Aziz menghalalkan cukai hasil kegiatan ekonomi dari premis penjualan arak dan lesen anjing. Di Terengganu, semasa Pas memerintah, Hadi Awang memperkenalkan istilah `kharaj' untuk cukai bukan Islam.



Dalam mazhab Syiah, ada diperbincangkan tentang cukai hasil dari sumber maksiat dan bagaimana ia perlu dikendalikan. Saya tidak pasti bagaimanakah pendekatan yang digunakan oleh khalifah-khalifah Islam dalam hal seperti ini.

Mungkin ada yang ingin berkongsi pandangan.....

Friday, May 21, 2010

Perkasa - Tidak kepada semua jenis judi!


Hari ini, Ketua Wira Perkasa Malaysia, sdr Armand Azha telah mengeluarkan satu kenyataan yang berani dan lebih jujur berbanding PAS, Pakatan Pembangkang (PR) dan mana-mana pertubuhan bukan Islam yg lain.

Petikan laporan klik4Malaysia.com bertajuk - "Arman: Say no to all forms of gambling and not just on legalised sports betting" menyebut -

"In short, Perkasa is urging for the abolishment of any form of laws which makes gambling legal in Malaysia. The group expressed that the whole furore on gambling is insignificant if one is to solely look into the Government recent actions, which is to legalise sports betting.

In fact, the Youth Wing stressed that the Malaysian Government, particularly UMNO had never legalised gambling but it was the laws passed in Parliament which makes gambling possible and ‘halal' in the country. Whether their statement sounds contradictory or otherwise, that is another issue altogether hence there is no need to dwell on it. The crux is the Youth wing expressed that the existence of two laws makes gambling possible in the country. The acts in question are the Betting Act 1953 and the Pool Betting Act 1967."



Pertamanya, umumnya masyarakat kurang yakin dengan kejujuran pemimpin parti dan NGO tertentu menentang perjudian. Mungkin yang ditentang itu hanya perjudian yang diberi kelulusan kerana terdapat pendapat bahawa hasil judi haram ini telah menjadi sumber kepada aktiviti dan kegiatan mereka selama ini (PM perlu jamin tiada orang Islam teribat). Lebih-lebih lagi ada pemimpin-pemimpin tertentu yang pernah dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap. Oleh kerana kegiatan ini tidak diberi lesen, agak sukar untuk mengawalnya kerana kerajaan tidak mempunyai maklumat (melainkan melalui maklumat dan risikan) di mana ia beroperasi, siapa yang terlibat menganjurkannya, siapa yang berjudi dan berapa jumlah yang terlibat. Ini juga membolehkan jenayah lain yang berkaitan termasuk pinjaman melalui ceti haram/`along', peras ugut, 'money laundry' dan sebagainya berlaku. Jumlah yang tidak diketahui ini pula tidak dapat dicukai oleh kerajaan dan menyebabkan ia bebas disalurkan ke mana saja, termasuk untuk membiayai aktiviti maksiat yang lain serta kegiatan pemimpin dan NGO tertentu.

Kedua, ramai yang melihat bahawa Pas tidak jujur dalam penentangannya kerana mereka tidak mahu bersungguh-sungguh menentang segala bentuk kegiatan haram dan maksiat yang lain terutama yang dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR, terutama di Pulau Pinang dan Selangor. Sedangkan Pas boleh pada bila-bila masa membuat demonstrasi besar-besaran menuntut agar kilang arak, premis perjudian, premis menjual arak dan premis-premis maksiat yang lain ini ditutup, dihalang laluannya dan menuntut agar lesen perniagaan premis-premis ini yang berada di dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberikan dan tidak diperbaharui. Malangnya penentangan Pas hanya bersifat berpihak dan berat sebelah. Mereka tidak berani berbuat demikian di Pulau Pinang dan Selangor malah meng`halal'kan pula hasilnya.

Ketiga, masyarakat umum juga tidak berapa percaya masyarakat bukan Islam dan NGO tertentu benar-benar menentang perjudian. Lebih-lebih lagi, walaupun ia mungkin dilarang dalam agama mereka, pemberatannya mungkin tidak sama dengan larangannya dalam Islam. Ramai di kalangan bukan Islam yang beranggapan bukan suatu kesalahan bagi mereka menjadi `casual gambler'. Mereka juga mungkin tidak mempunyai masalah untuk membeli saham-saham syarikat perjudian bagi mendapat keuntungan. Silap-silap mereka sendiri antara yang paling pertama membeli saham syarikat tertentu yang dikatakan akan mendapat lesen perjudian ini, selain dari telah memiliki sejumlah saham dalam syarikat senaraian awam ini. Malah persepsi rakyat menunjukkan bahawa mereka percaya premis judi (termasuk premis maksiat lain), hampir kesemuanya (jika tidak kesemuanya) dimiliki oleh bukan Islam.



Keempat, Armand betul kerana dalam negara Islam Malaysia ini, dari segi dasar, peruntukan undang-undang dan pendidikan, umat Islam negara ini tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian. Bagaimanapun tidak ada dasar dan peruntukan undang-undang yang menghalang masyarakat bukan Islam dari terlibat dalam aktiviti perjudian yang diberi kebenaran. Jika ahli-ahli parlimen benar-benar serius, maka satu dasar dan akta baru perlu digubal bagi melarang semua rakyat Malaysia dari sebarang kegiatan perjudian dan semua lesen perjudian hendaklah ditarik balik. Hukuman yang berat juga perlu dikenakan kepada setiap yang terlibat dalam aktviti berbentuk perjudian termasuk melalui sms, secara on-line atau di sebarang tempat termasuk di padang golf.

Kelima, takrifan judi bagi umat Islam perlu diperhalusi kerana dari segi hukum syarak, `speculative trading' juga mempunyai unsur judi yang diharamkan.

Adakah masyarakat bukan Islam akan secara jujur menyokong agar dasar dan peruntukan undang-undang baru berkaitan judi ini dapat diluluskan dan semua rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam dilarang dari terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian? Jika ini dapat dilaksanakan, maka saya yakin precedent ini akan membolehkan setiap kegiatan yang dianggap haram atau maksiat dihapuskan sehingga ke akar umbi.

Popular Posts