Showing posts with label Melayu PR bodoh. Show all posts
Showing posts with label Melayu PR bodoh. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

FAQ - Wajarkah Anwar diberi kebenaran untuk minum teh dengan YDP Agong dan menghadiri sidang Parlimen

Latar belakang
  1. Desakan dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara petang Isnin 24 Feb.
  2. kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.
  3. Atas dasar itu, timbul desakan agar Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat kerana ditafsirkan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.

Apakah status Anwar? 
  • Penjenayah dan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun

Adakah Anwar telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen?
  • berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan:-
  1. Perkara 48, 1(e) – (Kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen apabila) - dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; 
  2. Perkara 48, 4(c) – jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
  3. Perkara 48, 5 – Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.


Wajarkah Anwar dibenarkan menghadiri sidang Parlimen?

Tidak wajar kerana:
  1. Statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.
  2. Perkara 48 hanya mengenai soal kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen, bukan (i) hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen, (ii) keistimewaan atau perlepasan dari mematuhi peraturan penjara
  3. Kesan petisyen bagi pengampunan di bawah Perkara 48 (1)(c) hanya untuk menyatakan bahawa Anwar masih kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh (i) kerusi Permatang Pauh tidak boleh diistiharkan kosong untuk SPR mengumumkan Pilihan Raya Kecil. (ii) dan masih berhak menerima elaun wakil rakyat
  4. Perkara 42 Perlembagaan - "YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN mengenai segala kesalahan yang dilakukan...", bermakna kuasa dan bidang kuasa YDP Agong "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan SABITAN KESALAHAN. Anwar tetap telah didapati bersalah atas kesalahan jenayah oleh Mahkamah Persekutuan.
  5. Anwar tidak menghantar petisyen pengampunan, sebaliknya petisyen tersebut adalah daripada ahli keluarganya
  6. Petisyen pengampunan yang dibuat BUKAN untuk MEMOHON PENGAMPUNAN atas kesalahan Anwar tetapi kerana lebih kepada PETISYEN RAYUAN kerana mendakwa Anwar adalah mangsa politik dan tidak diberi keadilan.


Apakah hak seorang banduan di bawah Undang-undang Penjara

  1. Seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:
  2. Jika dia perlu dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh Penjara;
  3. Menghadiri perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina kehadiran;
  4. Lain-lain keadaan yang dibenarkan di bawah undang-undang Penjara, tetapi tidak termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat dan apa lagi minum teh di luar penjara.


Sumber Rujukan

Friday, August 8, 2014

Serangan hendap terhadap Hadi, #LangkahKajang punca Dr Zuhdi serang Anwar?

Shah Alam – Setelah sekian lama menyepikan diri daripada membuat kenyataan balas berhubung kritikan yang dilemparkan kepada beliau ekoran penyebaran 'WhatsApp' AJK PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tampil membuat kenyataan secara terbuka dihadapan jemaah yang hadir pada majlis Solat Hajat di kediaman Menteri Besar malam tadi.

Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS itu segala kritikan mahupun serangan yang dilakukan beliau terhadap Ketua Umum PKR sebelum ini hanyalah kerana dua perkara iaitu ekoran serangan hendap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 'Langkah Kajang'.

"Saya kritik Ketua Umum PKR disebabkan dua perkara. Pertamanya, saya dimaklumkan oleh sahabat saya ada satu bentuk serangan hendap yang dilakukan keatas peribadi Presiden PAS dan juga Idris bahawa mereka inilah yang mempertahankan Tan Sri Khalid atas sebab kepentingan peribadi.

"Serangan itu dilakukan dengan serangan hendap menggunakan portal online.

"Keduanya, saya mengambil tindakan menentang Ketua Umum PKR disebabkan 'Langkah Kajang' yang mana 'Langkah Kajang' ini merupakan jalan pintas untuk menuju Putrajaya," ujarnya.

Mengulas lanjut Zuhdi berkata meskipun Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi semasa pilihanraya namun mereka masih belum mampu untuk ke Putrajaya dan menyifatkan ia belum sampai masanya lagi.

"Belum sampai masanya walaupun mereka mendakwa undi popular lebih tetapi belum sampai masanya. Lantaran itu kita bersabar. Rakyat Selangor memberi amanah kepada MB dan kumpulannya supaya selepas ini kita menyinsing lengan turun memberi khidmat kepada rakyat…bukan menjadikan Selangor ini jalan pintas untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam Putrajaya," tegasnya.

Katanya lagi, beliau percaya dan yakin serangan hendap yang cuba dilakukan terhadap Hadi datangnya daripada orang terdekat Anwar.

Sehubungan itu, Zuhdi berkata sebagai ahli PAS beliau tidak akan berdiam diri dengan tindakan tersebut.

Namun, malangnya tindakan Zuhdi bangkit mempertahankan Hadi disifatkan pula sebagai orang yang tidak amanah dan hanya bertujuan meruntuhkan Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapakah tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang membuat serangan hendap terhadap Tuan Presiden.

"Apabila kita menyerang semula kita dianggap sebagai orang yang tidak amanah dan bertujuan meruntuhkan PR. Kenapa tidak diambil tindakan kepada orang yang mengambil tindakan secara serangan hendap yang sehingga hari ini serengan tersebut masih berterusan melalui akhbar? soalnya.

Mengulas lanjut isu menteri besar Selangor Zuhdi menegaskan bahawa langkah mahu menggugurkan Menteri Besar bukanlah semudah yang disangka seperti menukar pakaian.

"Tindakan menurun atau menaikkan pemimpin bukan seperti tukar pakaian, nak turun orang ni, tak puas hati dengan orang ini atau nak naikkan orang kesukaan dia bila-bila masa seperti mana tukar pakaian.

"Ini bukan amalan yang baik hatta dalam negara demokrasi, biarkan negara demokrasi ini dipimpin oleh Perlembagaan. Lima tahun sekali, berikan ruang, " katanya.

Selain itu, Zuhdi sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong cadangan yang diperdebatkan dalam WhatsApp tersebut sebaliknya hanya mengemukakan beberapa senario sahaja.

Mesej WhatsApp yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan PAS sekiranya parti tersebut keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak Ahad lalu.

Berdasarkan pada cetakan skrin mesej WhatsApp terbabit seperti yang disebarkan melalui media sosial, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa PAS mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR.

www.suara.tv/?p=19675 

Tuesday, July 15, 2014

@KhalidSamad Jahil Undang-Undang Negeri dan Biadap! - Sultan Selangor


Nota: Dalam titah DYMM Tuanku Sultan Selangor disebut dengan jelas:- 

Khalid Samad yang BUKAN anak jati Selangor 

Khalid Samad PERLU belajar sejarah Negeri Selangor dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor

Khalid Samad JAHIL tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor

Khalid Samad BIADAP mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap kuasa DYMM Sultan sebagai Ketua Agama Islam




TITAH UCAPAN
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG
PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.  

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam 

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat. Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.  Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.  Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam.  Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.  Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi.  Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini.

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. 

Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.  Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.  

Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam.

Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.  MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.  Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka.

Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata’ala.

Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid. Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa  kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.

Sekian, 
Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Wednesday, July 2, 2014

@SepuraOthman alat terbaru DAP yang tak boleh cari makan dengan SAMM?




Alat politik? Political Toys? GRO Politik? Sepertimana Melayu dipergunakan oleh Parti Komunis Malaya suatu masa dulu, Melayu juga akan dipergunakan oleh DAP untuk menarik sokongan orang Melayu dan Islam. Dalam upgraded version ini, Dap memperalat wanita muda yang cantik (atau yang dimekap supaya nampak menarik) dan bertudung. Jelas elemen memperalatkan gender dengan menggunakan tarikan seksual merupakan modus operandi yang serupa dengan kempen dan poster calon Dap semasa PRK Teluk Intan, Dyana Sofia. Dalam poster-poster Dyana, jelas tarikan seksual merupakan branding utama kempen dan bukan khidmat, kelayakan, pengalaman atau ilmu pengetahuan calon.

Walaupun sudah ada Melayu Dap yang menyesal kerana menyertai Dap, pengalaman dan penyesalan Melayu-melayu mantan Dap ini tidak dipelajari dan difahami oleh political toys terbaru Dap ini.

Salah didikan? Salah keluarga? Salah sekolah? Apakah yang mengakibatkan seorang Melayu yang di atas kad pengenalannya tercatat status beragama Islam ini menganuti fahaman sosialisme dan gagal memahami matlamat politik sebenar yang ingin dicapai oleh Dap? Adakah disebabkan habuan material seperti pangkat, gaji, imbuhan-imbuhan lain yang menyebabkan mereka menganut faham sosialisme Dap?

#PemilihanPKR: 5 DIPECAT, 1 digantung hasil pengadilan berpilih Lembaga Dispilin PKR?



Pemilihan PKR penuh keganasan, penipuan dan rasuah - tindakan hanya diambil ke atas ikan bilis?


KENYATAAN MEDIA



Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 1hb Julai 2014 yang dipengerusikan DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.




Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:




1) Sdr NASHARUDDIN MD ISA (Cabang Ampang)

Beliau telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27hb Jun 2014. Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1, “Larangan Membawa Parti ke Mahkamah; Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara otomatik.”



Sdr NASHARUDDIN MD ISA dengan ini tergugur keanggotaannya dari Parti Keadilan Rakyat.




2) Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan menendang peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014. Anak beliau, Nitish A/L Nallasamy (bukan anggota parti) turut terlibat dalam tindakan tersebut.



Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




3) Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU (Cabang Kota Raja)

Beliau telah melakukan kekasaran terhadap seorang anggota parti di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan berlangsung di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.



Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




4) Sdr VIJAY KUMAR SAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr VIJAY KUMAR SAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




5) Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




6) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.



Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB dengan ini digantung keanggotaannya selama setahun, bermula serta-merta.




Dato' Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN



2hb Julai 2014

#PemilihanPKR - Bos kalah, Faekah persoal Anwar, Wan Azizah @Khalid_Ibrahim @Faekah_qkn5



Pemilihan penuh keganasan, penipuan dan rasuah. Khalid mangsa penipuan `blue eye boy' Anwar?

Faekah : Kalah Pemilihan, Khalid Didesak Letak Jawatan, Bagaimana Anwar & Wan Azizah ?

AIDCNews – 2/7/14 – Jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan alasan kalah sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor, bagimana pula dengan kedudukan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di cabang.
Presoalan itu dibangkitkan oleh Faekah Husin, Pegawai Penyelaras Khalid untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab desakan YB Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK PKR yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN yang mendesak Khalid letak jawatan MB selepas kalah di Cabang Kuala Selangor.
“Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?
“Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?,” soal Faekah.
Kenyataan penuh Faekah dipetik dari laman pro pembangkang, amenoworld.net seperti berikut :
Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN untuk YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.
Samada beliau sedar atau pun tidak, arahan yang diberikan oleh Ketua Umum tersebut dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta-tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.
Selain singgungan terus yang dibuat oleh Ketua Umum sebaik dakwaan bohong itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad pula telah membuat kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut dengan kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat bagi membuat keputusan bagi pihak parti itu.
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dan merosakkan imej KEADILAN di mata rakyat.
Sewajarnya beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota Biro Politik parti. Apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam Biro Politik sendiri, iaitu YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid.
Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?
Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?
Dalam hal ini saya kira YB Shamsul Iskandar perlu objektif. Sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu langsung mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.
Wajarnya YB Shamsul Iskandar bermuhasabah diri tentang prestasi beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor sebelum ini. Dengan laporan kerja yang tidak pernah diterima oleh pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti seorang Menteri Besar yang telah terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab!
FAEKAH HUSIN
PEGAWAI PENYELARAS DUN PELABUHAN KLANG




Saturday, June 28, 2014

#KeluargaPenipu - @AnwarIbrahim tipu pasal jalan, @DrWanAzizah tipu pasal Bazaar Ramadhan


Jenis WAKIL RAKYAT tak ada standard macam ni la.. Dapat pulak admin yang tak berapa cerdik macam ni... Kerja main taici taici la pulak. Ni la masalah pemimpin PKR, kerja malas jawatan nak. Sebelum ni suami dia, Anwar Ibrahim pun buat kesalahan yang sama. Terus tuduh jalan yang rosak dalam kawasan Permatang Pauh tu Jalan Persekutuan. Laki bini kaki kelentong, laki bini jarang tengok kawasan, laki bini gila jawatan. Tu kita belum cerita pasal anak dia juga. Sampai orang kat Lembah Pantai pun komplen dia jarang turun. Sibuk memanjang la kononnya, tapi sebenarnya buat apa pun kita tak tau... yang kita tahu, anak beranak ni memang huru hara, satu keluarga...


Ni kes Anwar kantoi taici dan menipu pasal Jalan Persekutuan di Permatang Pauh.



Tuesday, June 3, 2014

Jumlah Undi #PRKTelukIntan: SPR dedahkan penipuan dan sahkan kiraan penyokong PR salah


Nota: Beza kiraan macai dengan kiraan SPR. Dalam isu penjumlahan undi, macai PR seharusnya mencari petugas-petugas Dap yang mengesahkan penjumlahan undi PRK Teluk Intan. Sudah tentu pengesahan dibuat selepas kedua-dua pihak berpuas hati dengan jumlah undi diterima. Wakil BN dan Dap berada di pusat pengundian sejak awal pengundian bermula, ketika nama pengundi disebut secara kuat oleh pegawai SPR, semasa peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi, semasa undi dijumlahkan dan diketepikan jika didapati rosak; ketika diminta membuat pengesahan sebelum keputusan diumumkan dan ketika keputusan diumumkan. Kalau tak puas hati - soal siasat petugas-petugas Dap dan tanya mereka kenapa mereka mengesahkan jumlah undi yang diterima oleh kedua-dua calon.

Kiraan pembangkang bukan boleh dipercayai sangat. Dap terbukti gagal mengira dengan baik 2,000 undi dalam pemilihan CEC. PKR pula terbukti mengira undi di dalam bilik semasa pemilihan PKR. Pas - jentera Pas macam boikot je PRK Teluk Intan, Pas ada jentera ke di dalam pusat penjumlahan undi? Kalau jentera mengira undi pun tak de, bagaimana pulak la blogger Pas boleh menyibuk nak mempertikaikan penjumlahan undi yang disahkan oleh petugas-petugas Dap yang berada di pusat penjumlahan undi? Kot ya pun nak menipu, logik-logik la sikit ... :)

SPR nafi kertas undi PRK Teluk Intan lebih
pada 02-06-2014 06:06 Ditulis Oleh Shuhainiza Said

SHAH ALAM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menjelaskan spekulasi yang sengaja ditimbulkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) berhubung 'kertas undi lebih' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Sabtu lalu.

Beliau ketika dihubungi Antarapos berkata, tindakan penyokong pembangkang yang menyebarkan fakta palsu bersabit jumlah kertas undi berlebihan sehingga menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, adalah tidak bertanggungjawab.

Sehari selepas PRK Teluk Intan, pengguna laman sosial Facebook disajikan dengan beberapa fakta yang salah bersabit pilihan raya itu.

Pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan kenapa jumlah kertas undi dan jumlah pengudi yang keluar mengundi tidak sama.


Mereka berkata sepatutnya jumlah kiraan undi adalah 40,242 iaitu setelah dicampur pengundi awal (392 undi) dengan jumlah pengundi keluar mengundi (39,850 undi).

Namun apabila ditambah jumlah undi yang diperolehi DAP (19,919), jumlah undi yang diperolehi BN (20,157) dan undi rosak (505), ia nyata bercanggah, apabila mencatatkan angka 40,626 undi.

Mereka mempersoalkan mengapa terdapat lebihan 384 undi berbanding jumlah keseluruhan undi.

Kekeliruan bersabit perkiraan itu dipercayai berpunca daripada laporan akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah 39,850, walhal setelah ditonton semula rakaman pengumuman keputusan pengundian, pada Sabtu lalu mendapati,  pegawai pengurus pilihan raya langsung tidak menyebut mengenai angka tersebut.

Perkiraan rapuh itu mudah dipatahkan Aziz dengan berkata angka yang diperolehi pihak tidak bertanggungjawab itu tidak tepat.


Jelasnya, angka yang perlu diperhatikan rakyat Malaysia adalah jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan SPR sebanyak 40,668 keping bukannya jumlah pengundi keluar mengundi pada hari berkenaan.

"Sebagai mana yang dimasukkan dalam Borang 16, di bawah Peraturan 27 Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) -- Jumlah pemilih 60,349.

"Jumlah kertas undi yang dikeluarkan dalam pengundian 40,668. Mah Siew Keong (BN) dapat 20,157.. Dyana Sofea Mohd Daud dari DAP dapat 19, 919.. Jadi jumlah undian oleh pemilih 40,076... iaitu apabila dicampurkan kedua-duanya," jelasnya.

Tambah beliau, daripada jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan SPR, 543 undi daripada adalah undi rosak dan bukannya seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab itu iaitu sebanyak 505 undi.

Sebanyak 49 kertas undi dicatatkan tidak dimasukkan ke dalam peti undi (tidak dikembalikan kepada SPR setelah dikeluarkan), tegas Aziz.

Oleh itu kata Aziz, jumlah undi yang dimenangi oleh Mah (20, 157), dicampur dengan jumlah undi yang diperoleh Dyana (19, 919), jumlah undi ditolak atau rosak (543) dan bilangan kertas undi yang dikeluarkan tetapi tidak dimasukkan dalam peti undi (49); maka ia akan selari dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan iaitu 40,668 undi.

Jelasnya lagi, jumlah kertas undi yang dikeluarkan tidak sama dengan jumlah daftar pemilih adalah disebabkan peratusan yang keluar mengundi kecil iaitu 67.4 peratus. 

Mengulas lebih lanjut, Aziz turut melahirkan kekesalannya kerana penyokong parti pembangkang gemar mencari salah SPR sekiranya keputusan pengundian tidak memihak kepada mereka, sedangkan semua angka yang diperoleh SPR telah dipersetujui oleh wakil-wakil calon di setiap saluran.

Ujarnya lagi, sebelum pengumuman keputusan hendak dibuat, SPR gagal mendapatkan Dyana mahupun wakilnya untuk diterangkan mengenai perkiraan itu.

"Panggil calon DAP.. tak datang..wakil pun tak ada masa nak mengumumkan,"ujarnya.

Kata Aziz lagi, pihak yang mempunyai kekeliruan bersabit angka pengundian itu seharusnya mendapatkan penjelasan daripada SPR dan tidak membuat andaian membuta tuli.

"Kepada mereka yang suka menggunakan maklumat yang tidak lengkap, yang mereka sendiri tidak faham, elok bertanya kepada SPR. Jangan manipulasi yang bukan-bukan dan mengelirukan orang ramai,"katanya lagi.

Monday, June 2, 2014

#PRKTelukIntan - UMNO, sila pecat Yammy!!!



*Nota: Nak sokong anak, itu dia punya pasal. Tapi bila dah berkempen untuk Dap, itu sudah langgar displin parti dan mengkhianati parti. Khianat parti, khianat Perkasa, khianat perjuangan - jadi tak perlulah simpan pengkhianat.

** Pembetulan - Mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi BNYCT

Gabungan pejuang siber pro-UMNO/BN
mahu Yammy dipecat!


Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.



Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.



Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.



Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .



Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.




1. Rezqeen Hill

2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Pecah Palak Mikir
45. Kome Sokmo



Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga.



Sama-sama kita desak agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat.

Friday, May 30, 2014

#PRKTelukIntan: Check-list Black Ops DAP dibocorkan oleh sumber dalaman?




Dari gambar bikini, sampailah gambar anjing dan video lucah - Red Bean Army meneruskan permainan politik kotor mereka. Jangan terpedaya dengan permainan jahat sebegini. Dilaporkan senarai gerak kerja Black Ops Dap dibocorkan oleh pihak dalaman. Dap wajar membuat penjelasan mengenai hal ini. 

Kalau dah parti dan calon jenis menipu, jentera dan cybertroopers apa lagi.. jangan lupa Dyana kantoi menipu 4 kali dan penipuan-penipuan PR sebelum ini - 40 ribu pengundi Bangladesh, insiden Black Out di Ketari dan penipuan-penipuan lain di bawah ini.

Jika ini apa yang dibocorkan ini benar, maka Politik Baru Dyana, Red Bean Army dan Dap memang menjengkelkan...



Photo: Amanat Penting Buat Pengamal Media Maya BN  http://nblo.gs/X2lo1 Tolong Sebarkan Sebelum Terjebak




#PRKTelukIntan: #DyanaSofya tipu lagi, kantoi di Himpunan PERKASA. Anda mahu `Minister' atau `LIAR'?


Lebih baik pengundi Teluk Intan mendapat seorang Menteri daripada seorang PENIPU sebagai wakil rakyat mereka. Betul tak?


Mampus! Gambar-Gambar terbaru DYANA di Majlis PERKASA lama selepas Majlis Pendaftaran Ahli. DAP harus jelaskan!
http://aboudiabydoo.blogspot.com/2014/05/mampus-gambar-gambar-terbaru-dyana-di.html


1. Dyana dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 27 May 2014 menyatakan yang dia turut mendaftarkan ahli baru Perkasa di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008 kerana membantu emaknya.

2. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya dia pergi ke majlis Perkasa. Mana-mana pendengar yang munasabah akan membuat kesimpulan itu selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan emaknya kemudian juga memberikan gambaran yang sama.

3. Tapi lihat gambar-gambar di bawah yang diambil pada Tahun berikutnya, iaitu tahun 2009.



4. Gambar ini diambil pada 22 Mac 2009, iaitu pada hari Majlis Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara. Bukankah itu gadis yang sama? Siap baju nya pun sama. Jika tak percaya, lihat sumber gambarnya di Photopages ini. 





5. Gambar di atas ialah di Hari Majlis tersebut iaitu pada 22 Mac 2009. Itu pun sudah cukup bukti bahawa Dyana menipu lagi.

7. Tetapi apakah komitmen seseorang itu jika dia juga turut hadir RAPTAI atau dalam bahasa Inggerisnya "rehearsal! Bukankah boleh dipanggil Aktivis!

8. Lihat gambar-gambar in di hari Raptai pada 20 Mac 2009.




9. Imej di atas ialah tajuk artikel di http://pribumiperkasa.blogspot.com/2009/03/persediaan-perhimpunan-perkasa-berjalan.html pada 20 Mac 2009.

10 Jika scroll ke bawah sedikit dalam artikel yang sama, kita akan nampak imej ini.


11. Hmm, fokus kepada gadis baju hijau.

12. Jom besarkan gambar.


13. Eh, bukankah itu Dyana lagi?

14. Lagi satu.


15. Gadis yang sama, bukan di majlis seperti yang dijelaskan dalam Kenyataan Akhbar Dyana Sofya dan DAP pada 27 May 2014. Tidak, ini RAPTAI Majlis PERKASA lama selepas itu.

16. Ini Aturcara Majlis.


17. Adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP lain tahu tentang Majlis yang ini?

18. Kenapa Dyana hadir RAPTAI? Bukankah ini bermakna dia betul-betul aktif dalam Perkasa, dan bukan sekadar "ibunya minta datang untuk tolong daftarkan ahli".

19. Ini bukan Majlis daftar ahli!

20. Lihat Dyana. Dia memakai tag kuning. Ini kelihatan seperti tag rasmi penganjur. Maknanya dia aktif dalam Perkasa.

21. Adakah Dyana menipu lagi? Mengapa dia hanya mendiamkan saja perkara ini, dan hanya menjawab seolah-olah penyertaannya dengan Perkasa hanya setakat satu Majlis Pendaftaran Ahli itu saja?

22. Adakah Dyana sebenarnya Aktivis PERKASA?

23. Mohon sahabat-sahabat press yang sempat ber'press conference' dengan Dyana tolong tanyakan ini.

24. Anda boleh buat research sendiri di link yang saya berikan. Cepat sebelum macai Pakatan buat aduan pada blogspot untuk padamkan blogsopt perkasa itu.

[gambar-gambar ini kita kenal siapa jurukameranya. Malahan Minaq Jinggo mungkin ada di Teluk Intan! Jika ada jurukameranya, maka gambar ini malah boleh jadi bahan bukti di mahkamah. Jadi INI BUKAN GAMBAR PALSU ATAU FITNAH]

Sila jawab Dyana.

#Nota: - Jawabla Dyana.....

Sunday, May 25, 2014

#PRKTelukIntan: Penglibatan dalam PERKASA pembohongan ke3 #DyanaSofya? #JOMpilihMah #Dyana


Dyana mungkin tidak sedar ada rakaman tentang penglibatan ibunya dalam PERKASA sebelum ini. Atas sebab itu, Dyana mungkin rasa dia akan terlepas jika berbohong mengenainya. Malangnya blogger foto Minaq Jinggo mempunyai rakaman gambar-gambar penglibatan ibu Dyana sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja PERKASA. Ikuti apa ceritanya di laman web Minaq Jinggo


Apa kata Dyana di Teluk Intan?


Apa kisah sebenar daripada Minaq Jinggo di bawah?


Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI

Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :

Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008

PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.
Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;
Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad  Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan  Ahmad  Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari





Ikuti kisah Penipuan 1 dan Penipuan 2 Dyana di sini
#PRKTelukIntan : #DyanaSofya PENIPU!!! Baru jadi calon Dap dah pandai menipu?!!
http://tunfaisal.blogspot.com/2014/05/prktelukintan-dyanasofya-penipu-baru.html

Popular Posts