Showing posts with label Nasyid Underground. Show all posts
Showing posts with label Nasyid Underground. Show all posts

Monday, April 25, 2011

GIG for Gaza - Cool dan Menghiburkan

Cool. Itu yg terlintas melihat anak-anak muda bernasyid membawa mesej kemanusiaan - pembebasan Gaza dan Palestin. Antara yang menarik perhatian saya adalah;

1. Khalayak

2. Penyampaian nasyid

3. Penyampai nasyid

Saya mula mengenali perjuangan membebaskan Al-Quds sejak darjah lima lagi, 29 tahun yang lalu. Saya juga pernah berada di pentas, menyampaikan puisi tentang Palestin dan terlibat sejak peringkat awal gerakan Aman Malaysia yang diilhamkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Jadi GIG for Gaza ini sebenarnya banyak menghimbau kenangan silam. Sepanjang tempoh ini, saya pernah melihat berbagai jenis dan ragam khalayak.

Bagaimanapun khalayak ini adalah berbeza. Ini bukan khalayak yang memakai baju ala-ala penyokong Pas dan ahli NGO Islam seperti ABIM dan PKPIM seperti yang saya bayangkan sebelum masuk ke dewan ini. Sebaliknya yang hadir pada malam ini adalah golongan anak-anak muda seperti kita, yang selesa mengenakan T-shirt round neck dan berseluar jeans. Seperkara lagi, agak mengejutkan, apabila saya bertanyakan latar belakang sejumlah belia yang terlibat, saya dapati ramai juga yang berada di peringkat pra-universiti dan di IPT serta mengambil kursus kejuruteraan!

Dari segi penyampaian nasyid, ini bukan nasyid seperti yang pertama saya dengar, iaitu ala-ala 'sepohon pokok daunnya rimbun, lebat buah serta bunganya', dan ini bukan nasyid kontemporari seperti yang kita dengar dari kumpulan Raihan, malah jauh dari nasyid konvensional tafsiran Pas yg mengharamkan penggunaan muzik dan alat muzik melainkan gendang. Anak muda ini bukan sahaja menggunakan alat muzik bertali, malah ada yang menyelitkan rap dalam lirik nasyid masing-masing. Hmm suatu yang berbeza.

Dari segi penyampai, GIG for Gaza turut menampilkan sebuah kumpulan wanita, sesuatu yang tentu saja dihukum sebagai haram oleh ramai golongan agama termasuk parti politik Pas.

Apapun terima kasih kepada Nasyid Underground yang menjayakan sesuatu yang berbeza dan memperkenalkan saya kepada khalayak yang menarik ini.

Terima kasih kepada artis-artis nasyid underground dan artis-artis nasyid ternama - Muadz, Shenji dan Hafiz; Hafiz Hamidon, Now See Heart, Saff One dan Brothers yang sudi turun ke Putrajaya untuk memberikan persembahan yang menghiburkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 24, 2011

GIG for GAZA 24 April 2011 - berhibur sambil menyumbang


Sempena Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin, Majlis Belia Kawasan Putrajaya dengan kerjasama Nasyid Underground & LL4G akan menganjurkan 'Gig For Gaza'. Antara barisan artis yang akan hadir adalah:

1. Nowseeheart
2. Brothers
3. Mirwana
4. Hafiz Hamidun
5. Saff One
6. Leia Zahra
7. Demascus
8. Divinite
9. By Heart Clan
10. KL Street Drummers
11. Charma
12. Frenz
13. Soul Awards
14. Figura
15. Shahid

dan ramai lagi..

Masuk Percuma!
*Lelaki & perempuan berumur 17 tahun ke atas sahaja.
*Arak, dadah dan pergaulan bebas tidak dibenarkan.
*Mestilah berpakaian sopan tidak seperti Lady Gaga.

Kita datang, kita berkawan, kita berhibur, kita peka isu Palestin, kita bantu, kita menyumbang, kita sampaikan.

Kalau anda prihatin, anda pasti datang!

Sebarang pertanyaan, sila call/sms: 012 313 4681 BonaiSee More

Popular Posts