Showing posts with label UMB. Show all posts
Showing posts with label UMB. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Isu UMB : Malaysian Insider tak beretika, mereka-reka cerita. Nak kena saman ke? @TM_Insider @NajibRazak



Memorabilia UMB - `The road less traveled' merakamkan suka duka perjalanan UMB dan sumbangannya sebagai jentera parti.

Psyche pemberita dan editor portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) memang mudah dibaca. Mereka akan cuba mengambil kesempatan ke atas sebarang isu melibatkan Barisan Nasional (BN) dan dalam keadaan tertentu, out of desperation, mereka akan melakukan manipulasi dan spin yang melampaui batas. 

Saya ucapkan terima kasih kerana TMI memberi perhatian terhadap tulisan saya. Memang itu yang saya harapkan. Tetapi, apakah TMI tidak boleh berpegang kepada etika kewartawanan apabila memetik butiran yang hendak saya sampaikan melalui artikel saya? Apakah memang menjadi amalan TMI untuk mereka-reka cerita dalam laporan mereka?

Penulis berita, Md Izwan mungkin seorang wartawan mentah yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang lemah, tetapi, tidak mungkin TMI tidak mempunyai editor yang boleh mengesahkan berita dan membetulkan kefahaman pemberita di bawah jagaannya? 



TMI cuai dan gagal mengesan fakta - ayat pertama pun dah salah 

Silalah bertanya kepada mana-mana pengarang yang hebat. Ayat pertama paling penting bagi mereka sebelum menulis berita. Mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk merangka ayat yang pertama sebelum mula menulis berita mereka. Malangnya, wartawan TMI ini masih mentah dan editor yang sepatutnya membimbingnya tidak teliti dan tidak menyemak hasil kerjanya.

Akibatnya, ayat pertama berita ini bukan sahaja salah dari segi fakta, tetapi turut menyeleweng dari segi maksud berbanding maksud artikel asal. Ini ayat pertama berita yang disiarkan oleh TMI -

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Apakah kesalahan fakta tersebut?

Pertama, rujuk artikel asal saya, TIDAK ADA di dalam mana-mana paragraf yang menyebut "UMB mendakwa dilayan seperti kelas kedua".

Kedua, TIDAK ADA dalam mana-mana paragraf, saya, Tun Faisal Ismail Aziz MENGATAKAN bahawa UMB dilayan seperti kelas kedua.

Ayat kedua menunjukkan kesalahan fakta yang lebih dahsyat lagi - 

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

Kesalahan fakta dalam ayat kedua adalah, pertama, TIDAK ADA sebarang kenyataan dalam artikel asal yang menyebut tentang blogger-blogger upahan dan merujuk sebarang kumpulan sebagai blogger upahan.

Kedua, TIDAK ADA juga kenyataan dalam artikel asal yang menyebut bahawa blogger-blogger upahan ini mementingkan wang.




Paragraf kelapan adalah rekaan semata-mata, 
mungkin akibat imaginasi liar wartawan TMI 


Dalam para kelapan, jelas TMI telah melanggar etika kewartawanan apabila menulis berita palsu. TMI melaporkan -    

Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya.

Jika dirujuk artikel asal, kesalahan pertama ayat ini ialah, TIDAK ADA sebarang perbandingan yang dibuat dengan sebarang pihak melainkan menyatakan fakta tentang pengalaman dan track record jentera siber UMB.

Saya telah membuka olahan tentang kedibiliti jentera UMB dengan ayat di bawah - 

"Bagi pihak yang hanya jadi alat untuk menyerang UMB, biar saya jelaskan serba sedikit track record blogger dan cybertrooper UMB"

dan menutup olahan dan artikel saya dengan ayat di bawah -

Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.

Kesalahan etika yang kedua adalah, TIDAK ADA sebarang kenyataan yang menyebut "bukan seperti blogger upahan yang disifatkan sebagai mereka yang seronok sendiri.."

Saya harap pembaca boleh menilai sendiri etika kewartawanan dan kualiti pelaporan TMI yang diagung-agungkan selama ini oleh pembaca pro-pembangkang yang buta fakta. 

Jika anda pembaca yang adil dan rasional, saya yakin anda akan menyimpulkan bahawa TMI telah melanggar etika kewartawanan, bukan sahaja kerana ia telah membuat pelaporan yang salah, tetapi melakukan fitnah dengan mereka-reka cerita yang tiada dalam artikel asal.

Perbuatan TMI ini wajar dikutuk kerana memalukan profesion kewartawanan dan mungkin elok TMI mengambil tindakan membetulkan artikel yang disiarkan seperti yang dibuat oleh Malaysiakini di bawah - 




Malaysiakini sebelum ini ada membuat laporan yang salah mengenai komen saya mengenai blogger dan etika blogger selepas program Budi Bicara Twitter Jaya. Saya telah membuat teguran terhadap Malaysiakini dalam posting saya di bawah -



Wartawan Malaysiakini telah menghubungi saya selepas teguran ini dibuat dan menyiarkan artikel yang telah diperbetulkan. Saya telah memberikan komen terhadap artikel yang diperbetulkan di sini - 



Cadangan rakan blogger 1Peluru untuk meyaman TMI boleh dipertimbangkan. Saya akan meminta nasihat penasihat undang-undang UMB, Tun Mohamad Ammar Aziz tentang kemungkinan  menyaman TMI atas kesalahan laporan di atas.



Tun Ammar menang saman fitnah ke atas Harakah baru-baru ini


Nasihat saya kepada wartawan dan editor TMI, bacalah artikel itu berulang kali dan fahamkan maksud dan konteksnya. Jika tidak faham, jangan malu untuk bertanya. 

Saya suka menjelaskan di sini :- 


Pertama, UMB TIDAK dilayan sebagai kelas kedua. Jika UMB hanya di kelas kedua, tidak mungkin UMB diposisikan sebagai salah sebuah jentera utama di kalangan sejumlah jentera yang membantu kemenangan BN dalam PRU 13.

Kedua, dalam artikel itu saya tidak ada sedikitpun menyatakan bahawa saya kecewa kerana dipersalahkan, sebaliknya saya dan jentera parti, sama ada menggunakan nama UMB atau nama lain, sanggup memikul tanggung jawab yang lebih besar untuk mengetuai keseluruhan operasi BN; dan jika itu berlaku, barulah adil jika saya dan UMB atau apa sekali pun nama jentera parti tersebut, memikul tanggung jawab penuh sekiranya BN tewas.

Ketiga, saya telah nyatakan dengan jelas bahawa operasi siber BN TIDAK GAGAL. Saya nyatakan di dalam artikel saya bahawa, "UMB hanya salah satu kumpulan daripada banyak kumpulan yang membantu operasi BN semasa PRU13. Bagi saya, penyelarasan gerak kerja PRU13 sebenarnya tidak gagal. Tahniah kepada yang terlibat. Ianya jauh lebih baik daripada sebelum ini dan tentunya hasrat kita agar gerak kerja ini terus diperkemaskan lagi bagi menghadapi cabaran PRU14 yang lebih sengit."

Berkualiti sangatkah laporan TMI? 

Beretika sangatkah wartawan, editor dan portal TMI?

Nilaikanlah sendiri..... hancus!

Saturday, June 15, 2013

Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah seorang khunsa?


Memorabilia UMB - merekodkan perjalanan UMB dari permulaan sehingga tahun 2012.


Seperti yang dijanjikan, ini adalah siri kedua penerangan untuk mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO.

Maafkan penggunaan tajuk di atas - saja je...

Siapa sebenarnya KETUA PEGARAH / KETUA PENGARAH OPERASI / COO operasi siber Barisan Nasional (BN) PRU13? 

Adakah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO? Adakah Menteri Penerangan atau Menteri Propaganda Datuk Seri Utama Rais Yatim? Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor? Datuk-Datuk Ahli Majlis Tertinggi? Setiausaha Akhbar Perdana Menteri? 

Atau adakah dia Presiden Bloghouse? Pengerusi UMB? Salah seorang dari lembaga jemaah pentadbir MyKMU? Pengerusi Nadi Rakyat? Pengerusi Kaukus Blogger-blogger bebas? atau siapa sebenarnya? 

Yang pastinya bukan Pengerusi UMB.

Jadi kenapa terdapat arahan serangan kononnya dari pegawai pejabat pemimpin tertinggi tertentu untuk mempertikaikan UMB sedangkan bukan UMB yang mengendalikan operasi ini secara tunggal dan sepenuhnya?



UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka. Misalnya, bila kumpulan blogger tertentu gagal di dalam sesuatu misi, untuk mengelakkan diri dari dipertanggung jawabkan, mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata KAMI BUKAN JENTERA PARTI, APA JENTERA PARTI BUAT? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti.

Trend yang sama juga berlaku selepas PRU13.

Bagi saya, kalau tidak ada pihak yang CUKUP BERANI untuk memikul tanggung jawab kegagalan sesuatu operasi dan jika semuanya hendak dipersalahkan ke atas UMB, TIDAK ADA MASALAH - beri kami penghak upayaan untuk mengetuai keseluruhan operasi. 

SENANG - kalau nak jentera parti buat, we are not short of talents to do it lah.

Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB - tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...

Ini tak gentleman.

Hari ini kita tak mahu bercerita tentang siapa yang mengetuai operasi siber PRU13. Cukuplah untuk menyatakan, UMB hanya salah satu kumpulan daripada banyak kumpulan yang membantu operasi BN semasa PRU13. Bagi saya, penyelarasan gerak kerja PRU13 sebenarnya tidak gagal. Tahniah kepada yang terlibat. Ianya jauh lebih baik daripada sebelum ini dan tentunya hasrat kita agar gerak kerja ini terus diperkemaskan lagi bagi menghadapi cabaran PRU14 yang lebih sengit.






Bagi pihak yang hanya jadi alat untuk menyerang UMB, biar saya jelaskan serba sedikit track record blogger dan cybertrooper UMB. Antara mereka adalah blogger seperti Dr Novandri, Pisau, Kedah ke KL, Medan Tempur Kedah, Media Permatang Pauh dan ramai lagi. Belum masanya untuk menyenaraikan siapa blogger dan cybertrooper UMB, termasuk yang terlibat di dalam operasi-operasi khas. 

Kebanyakan blogger dan cybertroopers UMB telah melalui pengalaman turun padang dan menjayakan operasi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri berikut - 

PRK Manek Urai 
PRK Permatang Pasir
PRK Bagan Pinang
PRK Hulu Selangor
PRK Batu Sapi
PRK Galas
PRK Tenang
PRK Merlimau
PRK Kerdau
Pilihanraya Negeri Sarawak



Mereka juga terlibat merangka modul latihan perang siber, mengendalikan dan membantu mengendalikan sejumlah 32 program latihan, termasuk yang dianjurkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan melatih hampir 2,000 orang jentera siber di dalam UMNO sejak tahun 2009. UMB juga pernah diminta untuk memberi taklimat dan pendedahan mengenai perang siber, khususnya pengalaman Malaysia, kepada sejumlah pemimpin parti-parti politik dari negara-negara tertentu.




Selain itu, mereka juga merupakan antara penggerak utama yang membantu kempen dan  operasi berikut, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka, Promosi Tweet Merdeka 55 dan 1M4U.




Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.


Saturday, December 10, 2011

Top 10 Ranking Blogger Pro-BN - tun faisal dot com di tangga 7


Alhamdulillah, semakin ramai blogger-blogger UMB berada dalam senarai Top 20 Blogger Pro-BN MyMassa. Mengamuk? Tidaklah. Semuanya berkat kerja keras mereka yang mengikut KPI yang ditetapkan.

Berbekalkan tips dari blogger-blogger UMB yang telah lama berada di ranking Top 10, sedikit teknik yang dipelajari dan dikongsikan di dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh UMB, alhamdulillah, bukan seorang, tetapi boleh dikatakan segerombolan blogger-blogger UMB sudah berada dalam senarai Top 20 Blogger Pro-BN. Asalkan tidak sombong dan sentiasa ingin belajar, insya-Allah mereka akan terus berjaya.

Malah blog tun faisal dot com juga sudah berada di tangga ke-7. Selepas difitnah, ditohmah dan diperlekeh oleh blogger tertentu, kedudukan blogger-blogger yang tidak senang dengan UMB dan diri saya (walaupun tidak pernah berjumpa dan bekerja di dalam Pilihan Raya Kecil bersama saya; hanya sekadar mendengar tentang diri saya daripada orang lain) telah dipintas. Begitu jugalah blog Double-Y yang pernah diperlekeh dan dihina oleh blogger tertentu kerana kedudukannya di ranking 30 tiga minggu lalu, tetapi hari ini, jangan marah, blog Double-Y sudah berada di tangga 11.

Posting yang terus top dan mendapat perhatian pembaca adalah:


Terima kasih kerana menyokong dan membaca blog yang tidak seberapa ini. Seperti yang selalu saya nyatakan, bukan mudah untuk menulis blog dalam keadaan yang sibuk dan memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada blogger-blogger UMB dan saya sendiri. Siapalah kami tanpa anda..... Sebagai seorang blogger part-time, saya amat bersyukur dengan kedudukan ini. Err siapa lagi blogger-blogger UMB? Biarlah yang tahu sahaja tahu....


Ranking MyMassa Top Blog Pro BN. UMB Mengamok?

Posted on
  • Jumaat, 9 Disember 2011
  • by
  • MymassaVoice
  • in

  • Ranking MyMassa yang top blogger pro BN yang disusun mengikut ranking Alexa (Malaysia). Nampaknya blogger BN semakin 'mengganas' dalam carta.


    TOP BLOG RANK
    PRO BARISAN NASIONALALEXA
    1papagomo.com287
    2novandri.blogspot.com502
    3gerakan-anti-pkr.blogspot.com526
    4parpukari.blogspot.com564
    5empayar-pemuda.blogspot.com639
    6mymassa.blogspot.com667
    7tunfaisal.blogspot.com669
    8aku-tak-peduli.blogspot.com742
    9theflyingkick.blogspot.com751
    10medan-info-kita.blogspot.com759
    11yuseriyusoff.blogspot.com765
    121peluru.blogspot.com778
    13brojinggo.blogspot.com801
    14azmykelanajaya.blogspot.com842
    15semuthitam80.blogspot.com847
    16keris7lok.blogspot.com849
    17panggungopera.blogspot.com875
    18kulaanniring.blogspot.com958
    19gelombang-rakyat.blogspot.com961
    20matkilaupenang.blogspot.com968
    21mediapermatangpauh.blogspot.com977
    22pisau.net995
    23kedahkekl.blogspot.com1005
    24sejarahmelayu.blogspot.com1011
    25theunspinners.blogspot.com1235
    26badutrakyat.blogspot.com1241
    27pengundisetiasungairapat.blogspot.com1324
    28penembak-tepat.blogspot.com1346
    29dukeofumno.blogspot.com1377
    30anwaraidc.com1414
    31celahgelegar.blogspot.com1552
    32darulehsantoday.blogspot.com1596
    33helangbuana.blogspot.com1614
    34semaremas.blogspot.com1671
    35jendelamy.blogspot.com1697
    36klboyzwangsa.blogspot.com1938
    37dtenggara.blogspot.com2048
    38khairulryezal.blogspot.com2228
    39rockybru.com.my2398
    40azlantaib.blogspot.com2472
    41dinturtle.blogspot.com2512
    42ruangbicarafaisal.blogspot.com2702
    43mediawangsamaju.blogspot.com2873
    44azlishukri.blogspot.com3009
    45taipingmali.blogspot.com3232
    46hhalem.blogspot.com3289
    47lydiausm72.blogspot.com3341
    48syedsoutsidethebox.blogspot.com3422
    49riziqin.blogspot.com3759
    50gerakantimur.blogspot.com3855
    51alamijiwaparadox.blogspot.com3995
    52militaryofmalaysia.net4004
    53sanggahtokjanggut.blogspot.com4064
    54gunungmatcincang.blogspot.com4488
    55kamabakar.blogspot.com4611
    56malaydelima.blogspot.com4746
    57selangordaily.com4861
    58bigdogdotcom.wordpress.com4970
    59mimview.blogspot.com5061
    60musramrakunman.blogspot.com5244
    61jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com5271
    62justread-whatever.blogspot.com5282
    63tersenarai.blogspot.com5548
    64paneh.blogspot.com5584
    65kerispusakabangsa.blogspot.com5770
    66headbomb.blogspot.com5973
    67sahabat-gunung.com6359
    68flowersofnation.my6508
    69tauke-ikan.blogspot.com6805
    70politikputramerdeka.blogspot.com6895
    71rajahmas.blogspot.com7042
    72anginperubahan.blogspot.com7411
    73suaralensa.blogspot.com7778
    74ibm-akusayangumno.blogspot.com8054
    75satdthinks.blogspot.com8122
    76siemens-melayumaju.blogspot.com8256
    77anotherbrickinwall.blogspot.com8498
    78helenang.wordpress.com8635
    79padijantan.blogspot.com8961
    80kerisputera.blogspot.com9191
    81komandoperangsiber.blogspot.com9219
    82reformasin.blogspot.com9312
    83braveheart-blogger.blogspot.com9748
    84mahaguru58.blogspot.com9841
    85bumiyang.blogspot.com9941
    86hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com9998
    87apanama2020.blogspot.com10498
    88minda-hijrah.blogspot.com10525
    89malaysiaheaven.blogspot.com10839
    90mistisfiles.blogspot.com11016
    91penaminang.blogspot.com11459
    92exception2008.blogspot.com11612
    93mesintaipburuk.blogspot.com12012
    94blogtamingsari.blogspot.com12325
    95stopthelies.my12520
    96dhanyaraam.blogspot13531
    97jeffrydamien09.blogspot.com13654
    98syburi-times.blogspot.com14071
    99ulatdankulat.blogspot.com14140
    100mukapetang.blogspot.com14309

    Popular Posts