Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts
Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Akhbar Cina - DAP, lu berani lu lawan UMNO di kawasan Melayu la! Tahniah @drchuaSL!

Nanyang Siangpau
Ruangan: Negeri Johor m/s C3
27 Sept 2011

Jika mahu mengajar UMNO, DAP dipersilakan masuk ke kawasan Melayu: Chua Sui Lek

26hb Kluang, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika DAP mahu mengajar UMNO, sepatutnya datang ke kawasan pengundi Melayu dan bersaing dengan UMNO, bukan dengan hanya orang Cina mengurus hal orang Cina sahaja, asyik mahu bersaing dengan MCA.

Chua berkata, di kawasan Cina DAP selalu menuding UMNO buat kerja lambat, berlagak dan rasuah, mengatakan DAP mahu ajar UMNO, Chua berharap DAP dapat masuk ke kawasan Melayu mengajar UMNO. Chua berkata lagi, DAP pernah terlepas cakap, selepas DAP memerintah, mereka berjanji mahu selaraskan peruntukan sekolah-sekolah rendah Cina, mahu bina lebih banyak lagi sekolah-sekolah menengah Cina swasta, tetapi selepas Pakatan Rakyat mentadbir 100 hari dalam buku warna Oren tiada tertulis langsung projek-projek tersebut. Chua juga sebagai ahli dalam Majlis Ekonomi Negara berkata demikian semasa makan malam melancarkan "dana perubatan 1 Malaysia".

Tidak dapat kekalkan kesejahteraan kaum; Tidak layak dapat sokongan dari rakyat

Chua berkata, parti yang tidak dapat kekalkan kesejahteraan kaum, tidak layak disokong oleh pengundi kaum Cina. Beliau berkata, sejak PRU 2008 ramai bergembira mahu melihat politik dwikuasa di negara ini, tetapi selepas PRU sehingga ke hari ini, apa yang semua lihat adalah persengketaan dan perbalahan dalam politik yang bermati matian. Banyak isu telah dipolitikan dan dijadikan isu perkauman, Pakatan Rakyat cuba timbulkan isu pahlawan Komunis, dan isu Teoh Beng Hock, menyebabkan kesejahteraan antara kaum tercemar.

Pakatan Rakyat cuba gunakan isu-isu itu, cuba mencipta bayangan bahawa kerajaan BN lemah dan tidak mampu mentadbir, cuba berniat untuk tukar kerajaan, sebaliknya adakah Pakatan Rakyat itu Perfect?

Chua berkata, Pakatan Rakyat sekali lagi gunakan polisi dan taktik untuk mendapat sokongan dari rakyat yang berjiwa bersih, memberi 100 ringgit kepada golongan warga-warga tua dan war-warkan secara besar-besaran dalam propaganda mereka, sehingga ia tersebar ke seluruh dunia. Tetapi di sini perlu diingatkan, pada tahun lepas sahaja kerajaan BN telah menyumbang untuk kebajikan di negeri Pulau Pinang sebanyak 58 juta ringgit, memberi subsidi harga minyak setiap liter sebanyak 80sen. Chua Soi Lek berharap ahli-ahi parti perlu usaha lebih gigih berkhidmat serta pada masa sama war-warkan secara besar-besaran apa yang telah kita buat (propaganda).

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 22, 2011

Chua Soi Lek - MCA akan hilang segala-galanya jika tewas PRU13

Sinchew Daily News, ms 38
20 Ogos 2011

Siapa Calon-Calon MCA?
Chua Soi Lek
Presiden MCA

Beberapa bulan yang lepas, boleh dikatakan setiap hari ada laporan tentang bakal calon bertanding dari MCA dalam akhbar. Ada sesetengahnya sebagai andaian dan teka teki, ada sesetengahnya hanya melalui dari maklumat-maklumat yang diperolehi, untuk menilai dan menentukan sesuatu, ada sesetengahnya bersuara lantang, seolah-olah seperti nama-nama pencalonan untuk pilihan raya sudah pun dikemukakan!

Siapakah calon dari MCA. Ini pasti satu perkara yang amat kompleks dan rumit yang perlu diselesaikan dan pasti keputusan itu tidak akan dapat memuaskan hati semua orang, terutama sekali MCA yang mendakwa mempunyai 1 juta keahlian ini. Organisasi di peringkat bawahan yang begitu besar dan kuat, ada kalanya perlu menghormati puak arus kepimpinan yang sedia ada sekarang. Sebab itu tidak semudah itu untuk memilih seseorang yang boleh menyenangkan hati semua pihak.

Walaupun waktu pilihan raya itu hanya PM seorang sahaja yang tahu, tetapi pilihan raya akan datang ada kaitannya dengan hidup matinya MCA. Sebab itu sejak awal lagi MCA telah mengerahkan ahli-ahlinya membuat persediaan awal dalam kerja-kerja untuk persiapan pilihan raya. Sudah tentu pemilihan calon untuk bertanding perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Setakat ini kita hanya baru mendapat keputusan 1 calon bertanding yang telah ditetapkan oleh dalaman MCA, iaitu calon kerusi DUN Bandar Terengganu Toh Chin Yaw. Beliau disahkan akan bertanding di kawasan yang sama. Siapa pula calon yang kedua? Perkara ini saya serahkan untuk Liow Tiong Lai yang mengumumkannya.

Untuk menjadi calon mewakili MCA, walaupun jawatan dalam parti itu diambil kira sebagai ukuran yang utama, tetapi kita jangan lupa kita kena lihat adakah ahli-ahli dalaman parti mendukung kita dan boleh terima kita. Tidak semestinya yang dari luar itu akan dapat sokongan. Calon yang mewakili MCA pada PRU akan datang, yang diutamakan ialah calon yang boleh menang. Jangan tidak bijak dan jangan tidak boleh menang. Dikhuatiri waktu bertanding nanti mereka hanya akan menjadi mangsa sasaran sahaja. Sebab itu jawatan dalam parti tidak boleh menjamin boleh menang bertanding. Pandangan parti itu penting tetapi yang lebih penting tidak boleh abaikan pandangan rakyat.

Jika calon MCA mahu menang dalam PRU, bukan hanya mengharapkan ahli-ahli MCA turun padang membuang undi, ia perlu juga bukan ahli yang turun membuang undi, dan mendapat sokongan dari ahli-ahli dari komponen BN serta pengundi-pengundi biasa. Kepada calon-calon yang dilantik oleh MCA, mereka bukan sahaja mewakili MCA, mereka juga mewakili keseluruhan BN. Semua perlu tahun PRU akan datang adalah PRU yang paling sengit akan berlaku, ia bukan kerana kalah atau menang seseorang calon, sebaliknya ia ada kaitannya dengan kemungkinan berlaku perubahan pola pertukaran kerajaan antara parti pemerintah dan parti pembangkang.

Tidak boleh dinafikan organisasi MCA begitu lengkap dan tersusun, tetapi oleh kerana organisasi ini saling terkunci, dengan bilangan ahli yang begitu ramai, ia boleh menyebabkan calon yang tidak terpilih akan angkat kaki tinggalkan tempat, contohnya jika mereka anggap mereka tidak berpeluang menjadi calon, mereka juga tidak sanggup untuk membantu atau melihat calon yang dipilih oleh parti menang bertanding.

Ahli-ahli MCA begitu faham dan jelas, jika pada PRU akan datang MCA tewas, MCA akan kehilangan segala-galanya kerana jika keputusan PRU lebih teruk daripada PRU 2008, MCA Pusat telah membuat keputusan tidak akan masuk ke dalam kabinet dan tidak memegang sebarang jawatan menteri dalam kabinet. Ini bermakna kepada orang yang tidak dapat dicalonkan pun sama juga nasib mereka. Tidak ada kebaikan bagi mereka. Kepada sesiapa yang mahu tinggalkan posisi juga tidak memihak kepada mereka, kerana akhirnya semua akan rugi.

Walaupun MCA mempunyai keahlian seramai 1 juta orang, sepatutnya ia adalah aset parti yang paling bernilai, jika semua menghulurkan 100 peratus semangat bersatu padu dan keluarkan 100 peratus kekuatan dan kesungguhan, tidak ada sebab pada PRU akan datang tidak boleh menang kembali dengan bergaya dan berprestij. Di peringkat Bahagian-bahagian telah pun dikemukakan nama-nama untuk pencalonan, tidak kira ahli tua, muda, lelaki ataupun wanita. Sesiapa sahaja yang bertanding itu tetap mewakili MCA. Semua itu perlu ada semangat persahabatan ukwah dan seharusnya mempunyai tujuan yang sama, iaitu bersatu hati berjuang habis-habisan untuk parti. Hanya orang-orang yang sama di dalam kapal selama 62 tahun yang bersejarah ini dapat kekalkan perjuangan politik MCA!

Sunday, June 6, 2010

Soi Lek: Sokongan undi kaum Cina berpunca dari UMNO?



"Soi Lek: Sokongan undi kaum Cina berpunca dari UMNO" - begitulah tajuk laporan akhbar Sin Chew Daily, 5 Jun 2010, muka surat 10 mengenai kenyataan Soi Lek semasa merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Kampar.

Kalau dulu Soi Lek menggambarkan seolah-olah pengundi dari kaum lain adalah kurang intelek (Chua Soi Lek - kaum lain kurang intelek berbanding kaum Cina?) kali ini dia masih tidak mahu menerima dan mengakui hakikat bahawa masalah dalaman MCA telah menyebabkan jentera parti itu gagal mendekati masyarakat Cina secara berkesan dan mengakibatkan mereka gagal menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan baik sehingga ada masyarakat Cina yang beranggapan kerajaan BN menganak tirikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sedangkan ada SKJC yang bertaraf Sekolah Kerajaan yang diberi bantuan penuh sama seperti mana-mana SJK Tamil (SJKT) dan SK yang berstatus kerajaan.

Selain masalah dalaman MCA yang berlanjutan begitu lama, ramai penganalisis politik juga berpendapat bahawa skandal PKFZ dan skandal seks Soi Lek turut menjadi punca utama kehilangan kepercayaan masyarakat Cina terhadap MCA.

Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini "MCA lemah dan gagal raih sokongan kaum Cina kerana masalah dalaman", akibat kegagalan mengartikulasikan dasar kerajaan BN yang adil dan saksama dalam pendidikan melibatkan sekolah vernakular, PR dengan begitu mudah boleh mewujudkan tanggapan bahawa semua SKJC dan SJKT ini dianak tirikan oleh kerajaan BN sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Bilakah Soi Lek mahu melihat ke dalam diri; melihat cermin, bukan meneropong ke seberang sungai untuk mencari alasan demi alasan? Cadangan kita kepada Soi Lek - tumpukan kepada perubahan dalam parti anda; pulihkan parti dan jana kekuatan parti terlebih dahulu. Jangan sibuk menyalahkan pihak lain!

Wednesday, May 19, 2010

Chua Soi Lek - kaum lain kurang intelek berbanding kaum Cina?



Kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek seperti yang disiarkan oleh Star Online pada 18 Mei 2010 "Chinese have deeper concern for intellectual issues". Petikan dari berita yang disiarkan adalah:

"Chinese voters now have a deeper concern for intellectual issues rather than just wanting rice-bowl problems to be addressed, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said. These intellectual issues included racial fairness, accessibility to education, scholarships, promotions, judiciary and crime, he told a press conference after a dialogue with automative parts manufacturing associations, at Wisma MCA here Tuesday."

Chua, adakah anda berpendapat bahawa kaum lain kurang memberi perhatian kepada isu-isu `intelektual' berbanding kaum Cina? Adakah maksud anda, orang dari kaum lain lebih `bodoh' atau mempunyai tahap intelektual yang lebih rendah?

Chua, orang lain pun mempunyai `concern' yang sama berat macam orang Cina juga sebab itu kita juga menyatakan keresahan kita dalam perbincangan meja bulat dan forum-forum berkaitan Model Baru Ekonomi, pendidikan, kehakiman, keadilan sosial, jenayah dan sebagainya. Jangan ingat kami `lebih bodoh'.

Perbezaaannya, parti-parti lain mengambil pelbagai inisiatif dan berusaha keras untuk memberi penerangan kepada ahli-ahlinya agar mereka terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Parti anda bula baru saja melalui proses pemulihan fasa awal dan kehilangan MCA dan Gerakan untuk memberi penerangan kepada kaum Cina sangat-sangat dirasai.

Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini "MCA lemah dan gagal raih sokongan kaum Cina kerana masalah dalaman" - "jika pemimpin PR seperti Hannah Yeoh dan pengikut twitternya tidak menyedari bahawa terdapat sejumlah SJKC dan SJKT yang mempunyai status Sekolah Kerajaan atau yang diberi bantuan penuh oleh kerajaan. Malah mereka juga tidak menyedari bahawa SJKC dan SJKT yang berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan sebenarnya mendapat pembiayaan belanja mengurus yang sama dengan Sekolah Kebangsaaan berstatus Sekolah Kerajaan.

Akibat kegagalan mengartikulasikan dasar kerajaan BN yang adil dan saksama dalam pendidikan melibatkan sekolah vernakular, PR dengan begitu mudah boleh mewujudkan tanggapan bahawa semua SKJC dan SJKT ini dianak tirikan oleh kerajaan BN. Sedangkan hakikatnya tidak begitu."

Chua - tumpukan kepada perubahan dalam parti anda; pulihkan parti dan jana kekuatan parti terlebih dahulu. Masukkan nilai-nilai intelektual yang betul ke dalam diri jentera parti anda dan bina semula jati diri MCA. Jangan pula nanti ada di kalangan pemimpin dan jentera MCA pun sama dengan Hanna Yeoh yang tidak menyedari bahawa SJKC dan SJKT yang berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan sebenarnya mendapat pembiayaan belanja mengurus yang sama dengan Sekolah Kebangsaaan berstatus Sekolah Kerajaan; walaupun Timbalan menteri Pelajaran adalah dari parti MCA!

Tuesday, May 4, 2010

MCA lemah dan gagal raih sokongan kaum Cina kerana masalah dalaman


Prestasi buruk MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini diakui oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. NST melaporkan Chua mengakui bahawa prestasi yang memalukan ini adalah akibat masalah dan konflik dalaman MCA (klik). Itu adalah hakikat sebenar yang perlu diinsafi dan dihayati oleh MCA. Ia bukan kerana MCA tidak cukup vokal dan bukan disebabkan oleh PERKASA.

Anehnya pemimpin tertentu MCA seperti Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok melompat apabila Bernama menggunakan tajuk
"Hishammuddin wants MCA to prove relevance of the party to Chinese community" apabila melaporkan kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditanya tentang tahap keyakinan UMNO dan BN terhadap MCA (klik).

Janganlah melompat kerana tajuk yang diberikan oleh Bernama itu tidaklah tepat. Hishammuddin tidak menyatakan sebegitu. Sebaliknya menyatakan bahawa UMNO masih yakin terhadap keupayaan MCA untuk meraih semula keyakinan masyarakat Cina. Bagaimanapun perubahan yang holistik diperlukan untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA.

Dengan menjadikan UMNO sebagai contoh, Hishammuddin menyatakan bahawa UMNO juga telah mengalami waktu yang sukar dan terpaksa melakukan perubahan bagi memastikan parti itu terus relevan dalam lanskap baru politik negara.

Kenapa perlu jadi defensif Ka Siong dan Seng Kok? Kenapa perlu menunding jari kepada pihak lain? Kenapa tidak akui, seperti yang pernah UMNO akui sebelum ini ketika ia mengalami krisis kepimpinan, bahawa MCA mengalami krisis dalaman parti yang paling teruk dan panjang serta terhakisnya keyakinan masyarakat Cina dalam kes PKFZ sehingga menyebabkan pemilihan parti dan sayap terpaksa diadakan semula.

Apabila tumpuan diberikan bagi menyelesaikan politiking dalam parti, bilakah tumpuan dapat diberikan untuk mengukuhkan jentera parti dan memberi khidmat kepada rakyat? Bilakah masa dapat diberikan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat Cina tentang penipuan pembangkang dan mengartikulasikan sejauh mana BN telah melaksanakan tanggung jawab secara adil bagi memakmurkan kaum Cina di dalam negara ini?

Secara jujur - pernahkah ketiga-tiga pemimpin MCA ini bertanya kepada diri sendiri - sejauh mana mereka telah melaksanakan program pengukuhan jentera parti selepas kempimpinan baru MCA dipilih?

Saya yakin keadaan MCA berbeza dengan keadaan UMNO dan MIC yang telah menyelesaikan krisis dalaman parti lebih awal dan sempat melaksanakan sejumlah program pengukuhan jentera parti sejak tahun lepas lagi. Malah telah ada hubungan kerja antara Unit Media Baru yang saya pengerusikan dengan unit yang sama fungsinya di dalam MIC sebelum PRK Hulu Selangor lagi.

Disebabkan itu semasa PRK Hulu Selangor, dapat dilihat secara ketara kekuatan jentera pilihan raya UMNO dan MIC berbanding MCA. Tanpa jumlah jentera yang mencukupi dan terlatih, tidak mungkin MCA mampu mendekati setiap pengundi Cina di Hulu Selangor seperti yang dilakukan oleh UMNO dan MIC. Pernahkah pemimpin MCA turun padang dan mengira sendiri jumlah jentera yang ada dan dinisbahkan dengan jumlah jentera UMNO, MIC dan pengundi Cina semasa di PRK Hulu Selangor? Jika ada, berapakah nisbahnya?

Satu lagi punca kelemahan MCA adalah kegagalan untuk mengartikulasikan aspirasi, dasar dan pelaksanaan kerajaan BN yang telah menguntungkan atau memberi manfaat kepada kaum Cina.

Misalnya saya terkejut bila dalam perbualan
twitter, pemimpin PR seperti Hannah Yeoh dan pengikut twitternya tidak menyedari bahawa terdapat sejumlah SJKC dan SJKT yang mempunyai status Sekolah Kerajaan atau yang diberi bantuan penuh oleh kerajaan. Malah mereka juga tidak menyedari bahawa SJKC dan SJKT yang berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan sebenarnya mendapat pembiayaan belanja mengurus yang sama dengan Sekolah Kebangsaaan berstatus Sekolah Kerajaan.

Akibat kegagalan mengartikulasikan dasar kerajaan BN yang adil dan saksama dalam pendidikan melibatkan sekolah vernakular, PR dengan begitu mudah boleh mewujudkan tanggapan bahawa semua SKJC dan SJKT ini dianak tirikan oleh kerajaan BN. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Oleh kerana sistem tugas di dalam BN memerlukan jentera parti komponen untuk mendekati dan memberi penerangan kepada pengundi mereka, tentulah
`kehilangan' parti MCA sewaktu ia mengalami krisis kepimpinan yang panjang menyebabkan wujud vakum dalam hubungan antara parti dan pengundi.

Seperkara lagi, MCA perlu insaf bahawa mereka tidak seharusnya berenang dan bersaing dalam
`lautan merah' bersama-sama DAP. Mereka seharusnya berenang dalam `lautan biru' bersama Perdana Menteri. Semasa kemerdekaan dan pembangunan Malaysia dulu, MCA tidak mungkin dapat memainkan peranan yang signifikan jika mereka berenang dalam `lautan merah' yang sama dengan PKM dan PAP. MCA tidak mungkin jadi signifikan dalam pembentukan negara Malaysia, jika lebih ramai pemimpinnya mirip Chin Peng dan Lee Kuan Yew berbanding Tun Tan Siew Sin!

Adakah saya yakin dengan MCA? Ya, saya yakin dengan MCA - tetapi mereka perlu membuat
soul searching, mengakui kelemahan diri dan mula melakukan transformasi dalam parti....

Popular Posts