Hari ini akaun Facebook (FB) V Mugilan khabarnya telah disabotaj dan dicerobohi oleh pihak tertentu. Akaun ini kemudiannya digunakan untuk menyebarkan ucapan terima kasih kepada UMNO kerana menyokong GAS di FB wall ramai rakan-rakan FB Mugilan.
Mugilan Veeraputhran Jangan Takut UMNO sentiasa bersama kita dan mereka berjanji akan bersama kita sehingga kita mencapai matlamat GAS. Saya amat terhutang budi kepada UMNO yang bersama saya sekian Lama.HIDUP UMNO!! HIDUP BN!! HIDUP GAS!!SATU MALAYSIA.
Terima kasih kepada semua.
Beberapa rakan Mugilan telah tampil untuk menjelaskan bahawa akaun FB ini telah diceroboh dan kemungkinan besar nampaknya seperti telah diambil alih.
Siva Kumar FB mugilan telah diceroboh oleh pihak ketiga. saya akan tutup akaun ini dalam beberapa jam lagi. sila abaikan sebarang maklumat di sebarkan selapas pelancaran GAS. Harap maaf kerana sebarang kesulitan- v mugilan
Thillai Rajan hi all Please ignore all messages from this FB account as this ID has been hacked and the message is from someone else who wants to see the failure of GAS. UMNO has nothing to do with this .... its all sabotaj from the other party
Subramaniam Murugan Mr. Mugilan's FB Account hass been hacked.. Pls ignore all the wall post messeges after GAS Launching.. Tq..
Subramaniam Murugan Account Facebook saya telah diceroboh oleh pihak ketiga. Saya akan menutup akaun ini dalam beberapa jam lagi. Sila abaikan sebarang maklumat (wall post) selepas pelancaran GAS. Minta Maaf kerana kesulitan.. V.Mugilan
Tidak kiralah. sama ada ini kerja penyokong Samy Vellu ataupun agen pembangkang, ianya harus dihentikan segera. Pihak Cyber Security perlu mempunyai kepakaran untuk mengesan pihak yang melakukan perkara seperti ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Perbincangan dengan pemilik FB juga perlu dibuat bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan pengguna FB yang lain.