Showing posts with label Save Selangor. Show all posts
Showing posts with label Save Selangor. Show all posts

Saturday, December 6, 2014

Selangor: Selepas mandat @NajibRazak, @NohOmar perlu pasukan baru





Datuk Seri Noh Omar needs to have his own team so that he can lead Selangor UMNO back to its glory days


My Honest Opinion on #Selangor #UMNO

This past few months there has been a lot of talk regarding Selangor UMNO. It all started when the Prime Minister, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak said that he was "disappointed" with the performance of Selangor UMNO in the past General Election and their performance post GE-13.

In fact, this blog had also written some unsavoury articles criticising both Selangor UMNO and Datuk Seri Noh Omar, who is the Selangor UMNO Chairman for their Inability to challenge and compete with the current state government of DAP-PKR-PAS. 

To be honest we were dissapointed with Selangor UMNO as we thought and knew that they can perform much better than what they have been doing.

Nevertheless, this are all water under the bridge as we have now been given a clearer picture of what is actually happening in Selangor, in particularly Selangor UMNO. 

In order for Selangor UMNO to perform to its maximum potential, division leaders have to give their full support to the state chairman, in this case Datuk Seri Noh Omar. A state chairman cannot function well if his subordinates are hell bend on sabotaging his plans and programs.

Kudos to Datuk Seri Noh Omar, even though he is facing various problems internally from the division leaders, he has not even once complained or sulk that all his plans for Selangor UMNO cannot be executed properly. This shows the true character of the man himself. Where even though faced with various obstacles he goes about doing his work without any complaints whatsoever. 

I personally think that for Selangor UMNO to function to its true potential, Datuk Seri Noh Omar have to have his own team. A team that shares his vision and mission to capture Selangor back from DAP-PKR-PAS in the next General Election. He cannot be working with a group of people who does not support him. It will never work.

In addition, the grassroot leaders in Selangor UMNO have to quickly close rank and be as one rather than having camps all around the state.  Its no point that everybody is fighting for their own political survival but in the end the ones that are losing is Selangor UMNO as a whole. 

Even now, UMNO leaders in the state assembly is being treated without dignity and respect by the current state government. Have we no shame on this? I really hope that  the state division leaders rally themselves and support the current state leadership under Datuk Seri Noh Omar rather than bickering with one another. 

If they can't support Datuk Seri Noh Omar, then it is just right that the state chairman appoints a new team of people to support him in preparation for the next General Election which is about 39 months away. For Selangor UMNO, its time to move on and the time is NOW.



Baca juga:-

Thursday, December 4, 2014

SOLIDARITI - Ubat untuk UMNO Selangor @NajibRazak @NohOmar




"Selangor - Dua nakhoda, satu kapal, antara punca 
BN kalah PRU13" - Zein Isma


SO-LI-DA-RI-TI adalah perkataan yang paling banyak disebut oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam ucapan dasar dan ucapan penggulungan beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014. Adakah UMNO Selangor cukup bersolidariti bagi menawan semula Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14?

Ketika membahas Usul Ucapan Dasar Presiden, wakil Badan Perhubungan Negeri Selangor, Datuk Zein Isma Ismail menyebut bahawa berdasarkan tinjauan umum antara faktor utama kekalahan BN di Selangor adalah kehilangan sokongan kaum bukan Melayu dan bukan Islampemilihan calon yang salah dan keadaan satu kapal, dua nakhoda dan perpecahan dalaman UMNO Selangor

Ramai pemerhati politik Selangor berpandangan, nakhoda kedua yang dimaksudkan oleh Zein Isma adalah Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed atau Zin Badak, Koordinator BN Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bersaing kedudukan dengan Datuk Seri Noh Omar yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor ketika itu. 

Bagaimanakah keadaan UMNO Selangor sekarang berbanding PRU13? Datuk Seri Najib telah mengangkat Noh sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Pada waktu yang sama, Datuk Seri Najib juga melantik Datuk Syukor Idrus sebagai Timbalan Pengerusi, Datuk Johan Abdul Aziz sebagai Setiausaha, Datuk Seri Fateh Iskandar sebagai Bendahari dan Datuk Zein Isma sebagai Ketua Penerangan.

Blog MIK mendakwa terdapat perpecahan dalam kepimpinan tertinggi UMNO Selangor, di mana wujud kem Noh yang disokong oleh Zein Isma dan kem Syukor yang disokong oleh Johan dan Fateh sehingga menyebabkan UMNO Selangor kelihatan lembab dan mengakibatkan kontroversi selepas Konvensyen UMNO Selangor 2014. 

Bagaimanapun Presiden UMNO baru-baru ini telah bersetuju mengekalkan Noh sebagai Pengerusi dan sudah tentu, keputusan ini boleh menyebabkan krisis perpecahan dan fenomena DUA NAKHODA sekali lagi jika tidak ditangani dengan betul. 

UMNO Selangor memerlukan suntikan semangat baru dan SOLIDARITI. UMNO Selangor juga memerlukan pasukan yang lebih mantap dibarisi gandingan di antara pemimpin berpengalaman dan pemimpin pelapis. Paling penting UMNO Selangor perlu dibarisi kepimpinan dan jentera yang rajin bekerja bagi menentang kerajaan PR Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali.

Sejauh mana negeri Selangor penting kepada UMNO? 

Pastinya Selangor merupakan negeri yang penting bagi PR. Mereka akan melakukan apa saja termasuk menjual agama dan bangsa, demi untuk mempertahankan kuasa di negeri ini. 

Selangor adalah negeri bertumpunya ramai pemastautin daripada 13 negeri lain di luar Selangor. Perantau mencari rezeki di Selangor dan mereka akan pulang mengundi di negeri asal mereka. Apa sahaja yang disebut, dilaksanakan, baik atau tidak, benar atau pun salah, oleh Kerajaan Pusat, UMNO Pusat dan UMNO/BN Selangor akan mengakibatkan pembentukan persepsi dan impak yang besar bukan sahaja ke atas pengundi yang mengundi di dalam negeri Selangor, malah akan dibawa pulang ke kampung dan negeri-negeri lain oleh pengundi yang bermastautin di Selangor.

Kerajaan Pusat dan UMNO Pusat mesti berhati-hati kerana setiap dasar dan tindakan mereka mempunyai impak ke atas pengundi di Lembah Klang. Pada waktu yang sama, Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri lain pula, tidak boleh meminggir dan membiarkan sahaja pengundi luar mereka tanpa sebarang bentuk engagement di negeri Selangor.

Sebagai parti pembangkang di negeri Selangor, tidak mungkin UMNO/BN Selangor mempunyai sumber dan masa yang mencukupi untuk mendekati dan membela kebajikan pengundi pemastautin ini, lebih-lebih lagi pengundi di dalam negeri Selangor sahaja sudah melebihi 2.05 juta orang.

UMNO/BN Selangor adalah pembangkang yang sedang berhadapan dengan seteru yang kuat, iaitu kerajaan PR kepada sebuah negeri yang mempunyai begitu banyak sumber.

Menyedari hakikat ini, jika Selangor amat penting kepada BN, bukan sahaja BN Pusat perlu memberi sebanyak mungkin bantuan, malah pemimpin-pemimpin UMNO di luar Selangor, baik yang berjawatan mahupun sudah bergelar mantan, perlu memberikan sebanyak mungkin sokongan dan meminimumkan risiko kekalahan BN di negeri Selangor.

Seperti kiasan Zein Isma di dalam ucapannya,

"Insafilah bahawa kita ini semua.bersaudara dan saling bertaut, adat bersaudara, saudara dipertahankan, cubit peha kanan, peha kiri terasa jua, ingatlah pesanan orang tua, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, kapal yang satu tidak boleh bernakhoda dua, tidak mengapa menjadi ayam mencatuk anak, tapi jangan sampai menjadi tikus membaiki labu, jangan memukul anak kerana ingin menyindir menantu, elakkan menepuk air di dulang, kerana akhirnya memercik ke muka sendiri, ingat2 bila bersorak, jangan diikut resam Pak Kaduk tiada gunanya menang bersorak, kalau.akhirnya tergadai kampung"


Mampukah UMNO Selangor bersolidariti di bawah kepimpinan satu nakhoda, iaitu Noh Omar dan membentuk pasukan yang lebih mantap, berdisiplin, berkemahiran dan yang paling penting, lebih banyak bekerja daripada bercakap?

Mampukah pemimpin, ahli dan penyokong UMNO menghentikan serangan ke atas kepimpinan UMNO Selangor dan menggantikannya dengan sokongan yang tidak berbelah bagi atas nama SOLIDARITI agar UMNO Selangor semakin kukuh dan kuat untuk menawan semula negeri Selangor dalam PRU14?


Monday, July 29, 2013

Pemilihan UMNO 2013 - UMNO perlu perubahan RADIKAL di bahagian? @NajibRazak


Saya tidak pernah pernah kisah untuk menjadi ahli UMNO sebelum tahun 2001 kerana bagi saya, tidak perlu jadi ahli UMNO jika hendak berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Saya sudah berjuang demi perjuangan ini sejak di Matrikulasi lagi. Bagaimanapun, saya merasa WAJIB untuk menjadi ahli UMNO apabila melihat gelagat dan daya kepimpinan Ketua-ketua Pemuda Bahagian UMNO di dalam satu Kursus Perdana pada tahun 2003. Saya merasa risau dan saya percaya saya perlu berada di dalam sistem, untuk memastikan saya mempunyai UNDI untuk menempatkan pemimpin yang saya percayai dapat memperjuangkan perjuangan yang saya yakini ini.

Hari ini, saya melihat semakin ramai ahli UMNO di peringkat akar umbi mempunyai kuasa undi ini. Jika dulu hanya perwakilan seramai 800 orang sahaja yang mempunyai hak mengundi bagi memilih kepimpinan Pemuda UMNO pusat, tetapi hari ini, ia ditentukan oleh hampir 80,000 orang ahli. Jika dulu hanya 2,800 orang perwakilan yang menentukan pemilihan Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ia akan ditentukan oleh 150,000 orang ahli UMNO.

Pengundian kali ini juga akan lebih menggambarkan kehendak akar umbi. Tidak seperti sebelum ini, undi akan ditentukan oleh perwakilan bahagian. Undi ini mungkin lebih menggambarkan pilihan peribadi perwakilan tersebut atau ia boleh berubah di saat akhir akibat pelbagai rayuan dan godaan sehingga mengenepikan kehendak ahli akar umbi.

Misalnya, walaupun semasa pencalonan dalam pemilihan yang lepas, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi undi paling tinggi semasa pencalonan di Bahagian Putrajaya, mengalahkan Datuk Seri Khir Toyo dan sdr Khairy Jamaluddin, namun dari segi undi perwakilan, Datuk Mukhriz tidak mendapat sebarang undi dari Putrajaya kerana Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan dua orang perwakilan (G2) memang diketahui tidak akan memberi undi kepada beliau. Akhirnya di PWTC, seperti dijangkakan, dua undi adalah untuk KJ dan dua lagi diberikan kepada Khir.

Dalam pemilihan kali ini, hasil pindaan perlembagaan UMNO, akar umbi mempunyai LEBIH KUASA undi untuk menentukan kepimpinan pusat dan bahagian. KUASA ini akan menentukan UMNO akan berubah atau tidak, menang atau akan terus kalah di Parlimen dan DUN di dalam PRU-14.

Walaupun transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak sedikit sebanyak telah mengubah UMNO, tetapi ia tidak mencapai kejayaan sepenuhnya kerana UMNO tidak mungkin dapat diubah secara top - bottom, sebaliknya UMNO hanya akan berubah jika Bahagian dan akar umbi berubah. 

Transformasi Datuk Seri Najib tidak mungkin berjaya sepenuhnya dengan kepimpinan bahagian yang usang, tidak diterima oleh rakyat, tidak prihatin dan bekerja untuk rakyat, mempunyai banyak isu yang tidak menyenangkan rakyat dan korup.

Akibatnya, UMNO Bahagian ditolak oleh rakyat, seterusnya kalah kerusi Parlimen dan DUN berkaitan.

Sebab itu saya tidak terkejut jika seorang blogger-blogger muda dari Selangor, iaitu Shah Alam rebels mencadangkan perubahan yang begitu drastik di peringkat bahagian di Selangor. Tulisan beliau secara berani mencadangkan agar sejumlah Ketua Bahagian UMNO di dalam Selangor untuk tidak lagi menawarkan diri dalam pemilihan akan datang. Baca tulisan beliau di bawah - 

PEMILIHAN UMNO 2013: SENARAI KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG WAJIB BERUNDUR!!!

Kepimpinan UMNO di Selangor mesti diubah. Itu sahaja harapan yang tinggal untuk memikat semula hati rakyat bagi memenangi semula negeri Selangor dalam PRU-14.

Justeru menjadi tanggungjawab perwakilan di UMNO bahagian supaya berfikir panjang dan beri peluang kepada muka-muka baru dalam pemilihan di peringkat bahagian akan datang.

Kepada perwakilan, formulanya mudah. Ketua-ketua UMNO bahagian yang parlimen-nya tewas pada PRU-13 wajar berundur dan janganlah menawarkan diri lagi dalam pemilihan kali ini.

Bagi ketua bahagian yang tewas semua kerusi di parlimen dan Dun pula, sewajarnya turut angkat kaki dan berundur. Mereka ini patut berasa malu dengan kegagalan mereka dan menyedari isyarat bahawa rakyat sudah muak dan menolak kepimpinan mereka. 

Penulis angkat topi kepada Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Bushro Mat Johor yang telah menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang sedang disandangnya.


Tabik spring Dato'! Banyak Ketua Bahagian takde telor, tak macam Dato'. 

Bushro sedar di atas kegagalannya menerajui bahagian. Maka UMNO Bahagian  Subang memerlukan muka baru yang boleh memberi kemenangan kepada parti, negeri dan parlimen.

Jadi jawatan itu janganlah pula diisi oleh mereka yang tidak berwibawa pula. Contoh seperti di Subang, jawatan ketua bahagian jangan pula diganti oleh Dato' Zein Isma yang tidak relevan lagi sebagai pemimpin di situ. Beliau juga tidak berupaya menarik minat pengundi di parlimen Subang. Semua mengakui hakikat itu.


Dato' Zein Isma bin Ismail bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang menawarkan diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Subang. "Wahai Dato' Zein, sudah tiba masanya kamu pun berundur" - ahli akar umbi.

Justeru bukanlah sesuatu yang luar biasa, jika pemimpin muda turut menjadi pertimbangan perwakilan. Peralihan kuasa di bahagian-bahagian di Selangor adalah perlu demi mengimbangi kelahiran pemimpin-pemimpin baru di dalam UMNO. Supaya tiada lagi isu ketandusan pemimpin di Selangor.

Perwakilan yang sayangkan parti dan mahukan parti menang pada PRU-14, mesti gunakan kuasa dan undi mereka untuk keluarkan pemimpin yang tidak lagi boleh bawa kemenangan kepada parti di DUN dan Parlimen.

Baca lagi untuk lihat senarai Ketua Bahagian yang dicadangkan untuk tidak menawarkan diri lagi dalam pemilihan akan datang di http://shahalamrebels.blogspot.com/2013/07/terkini-pemilihan-umno-2013-senarai.html

Baca juga

PEMILIHAN UMNO 2013: AHLI UMNO SELANGOR LANCAR KIBAR BENDERA UMNO SEPARUH TIANG!!?

mengenai gerakan ahli UMNO Selangor yang mahukan perubahan melalui tuntutan-tuntutan seperti di bawah -

1. Mendesak KUB yang telah berkhidmat lebih dua penggal supaya melepaskan jawatan dan tidak mempertahankannya.

2. KUB yang kalah pada pilihanraya yang lepas digesa berundur serta merta dan melupakan hasrat untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

3. Para perwakilan diminta supaya melaporkan segala kegiatan rasuah dan beli undi yang melibatkan calon-calon bertanding. Jika calon ditangkap, pengadu akan diberi ganjaran RM1000.

Apa kata anda sebagai ahli UMNO?

Ini masa untuk anda buktikan, adakah anda betul-betul mengundi kerana sayangkan UMNO atau kerana kepentingan peribadi? Adakah anda mahukan UMNO dan BN menang atau anda lebih pentingkan manfaat peribadi yang bakal anda terima daripada calon atau pemenang?

KUASA di tangan anda, atau adakah anda juga SAMA SAJA seperti sejumlah perwakilan sebelum ini yang tergoda dengan `rayuan' saat akhir di PWTC sehingga mengenepikan kehendak akar umbi?


Monday, December 26, 2011

Khalid perlu jawab misteri kehilangan duit ratusan juta #SaveSgor


Di Kelantan, balak habis pembangunan tak nampak; di Selangor, 
peruntukan pusat habis, rakyat dapat apa ya?

dipetik dari artikel asal portal Selangordaily.com
Khalid Ibrahim Patut Cakap, Dia Sebenarnya Yang Nak Sebat Duit Rakyat!
http://www.selangordaily.com/?p=3268


Khalid Ibrahim mempersoalkan tentang peruntukan RM2.71 bilion yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan prasarana di Selangor

Pada waktu yang sama Khalid Ibrahim langsung tidak menyatakan tentang KEHILANGAN RM100 juta PEMBERIAN KEMENTERIAN KEWANGAN untuk projek jus salad dan buah-buahan tropika yang akhirnya telah ditutup dan dimatikan oleh Khalid Ibrahim sendiri pada Februari 2010.

Bagaimana pula dengan prasarana di seluruh Selangor yang langsung tidak dititikberat dan diambil peduli oleh kerajaan Khalid Ibrahim? Ke mana hilangnya peruntukan lebih RM400 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalan raya di seluruh Selangor? Dan bagaimana pula dengan RM100 juta daripada akaun MARRIS yang dicuri oleh Khalid Ibrahim?

Pembohong besarlah Khalid Ibrahim kalau menyatakan segala perbelanjaan prasarana kerajaan negeri datangnya daripada Perbendaharaan Negeri semata-mata. Bagaimana dengan bantuan untuk PBT yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat yang berjumlah lebih RM200 juta setahun? Apa yang Khalid Ibrahim buat dengan perbelanjaan yang disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri itu?

Bukankah Khalid Ibrahim bertungkus lumus untuk menyebat duit itu untuk dirinya sendiri dan kroni-kroninya? Tidakkah duit sampah dan pembersihan PBT sekarang ini diusahakan agar disalurkan kepada kroni-kroni Khalid Ibrahim?

Begitu juga dengan peruntukan untuk pelancongan yang tidak digunakan oleh Khalid Ibrahim. Ke mana perginya duit-duit itu?

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menjelaskan bahawa kehilangan peruntukan-peruntukan yang disalurkan terus oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri, bersifat misteri. Dan sekarang, Khalid Ibrahim mempersoalkan tentang peruntukan RM2.71 bilion yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan prasarana di Selangor, memandangkan peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri sebelum ini hilang lenyap begitu sahaja, sepertimana peruntukan untuk jalanraya, tidak digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya digunakan untuk projek mempromosi Pakatan Rakyat.

Khalid Ibrahim tidak layak langsung untuk bercakap tentang peruntukan Kerajaan Pusat kepada rakyat Selangor. Kalau kerajaan negeri sendiri tidak mampu untuk mempertingkatkan dan membela kebajikan rakyat Selangor, mengapa pula hasrat Kerajaan Pusat ingin dihalang dan dijadikan alasan kononnya untuk mempromosi BN dan UMNO?

Tidakkah Kerajaan Negeri Selangor membuat setiap program untuk menunjukkan mereka lebih baik daripada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri terdahulu? TAWAS, Khairat Kematian, dan sebagainya yang bersifat retorik dan tidak pernah wujud itu, bukankah bertujuan untuk menunjukkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang berkebajikan dan prihatin?

Khalid Ibrahim fikir, dengan kegagapannya itu, semua orang akan mudah tertipu. Sepertimana dia menipu tentang perbelanjaan jalan raya yang tidak digunakan selama ini kecuali pada tiga bulan kebelakangan ini, Khalid Ibrahim sebenarnya mempunyai terlalu banyak penjelasan yang perlu diberikan kepada rakyat Selangor berbanding desakannya agar Kerajaan Pusat memberikan penjelasan tentang peruntukan yang tidak disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri.


Thursday, December 8, 2011

Kerajaan PR zalim, cukai pintu tak turun, tapi sewa naik 70 - 100%? #saveSgor #PenyamunRakyat



Mogok peniaga bukti kegagalan kerajaan PR

Dipetik dari blog Hak Malaysia

Kecoh bila 3 bangunan PKNS dijual pada 2 bulan lepas kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) dan sewa akan dinaikkan mengikut surat yang bertarikh 12 September.


Pada 6 Disember, Bernama pula mendedahkan tindakan anak syarikat kerajaan negeri itu yang menaikkan sewa setinggi 70 hingga 100 peratus dari kadar sewaan asal melalui notis singkat 2 hingga 7 hari.


Akibat tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan ini, Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri menfailkan injuksi bagi menghalang PKNS menaikkan harga sebab PKNS tidak mampu berunding dengan peniaga. Dikhabarkan kira-kira 100 peniaga berkumpul dan mengiringi YDP Persatuan mereka dan peguam ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.


Didakwa juga anak syarikat kerajaan negeri Selangor langsung tidak menjalankan sebarang kerja penyelenggara dan membaik pulih kemudahan di kompleks ini seperti yang tertera di dalam kontrak sebelum ini.

Hakikatnya:

  • Kerajaan PR tidak mempedulikan hak rakyat dan kebajikan peniaga di dalam negeri ini.
  • Janji untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dengan rencana ekonomi baru hanyalah penipuan semata-mata.
  • Penjualan aset kepada ARREIT itu menunjukkan bahawa kegagalan PKNS untuk membangunkan peniaga-peniaga kecil
  • Dengan gaji pegawai yang tinggi sehingga RM20,000 kenapakah PKNS masih tidak produktif dalam membantu rakyat dan membangunkan ekonomi rakyat marhein?

MB Janji Selesai 4 hari - Rakyat tersiksa rumah tak siap, rumah sementara dilanda banjir #saveSgor #PenipuRakyat



Imbas kembali - Kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 berkumpul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan masalah rumah mereka yang masih belum dibina pihak pemaju.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1, S.Sugumaran, pihaknya telah bertemu dengan Menteri Besar pada 16 Jun lalu semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam empat hari.

"Selepas lima bulan masa berlalu namun tiada sebarang tindakan konkrit telah diambil oleh mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah kami. Kita telah empat kali menghantar surat kepada Menteri Besar iaitu pada 13 Jun, 19 Ogos, 26 September dan terbaru 8 November namun masih tiada jawapan bagi surat-surat tersebut," ujarnya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya hairan mengapa Menteri Besar mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi dalam masa 30 hari boleh menarik balik arahan menghentikan kerja (stop work order) bagi pembinaan projek kondominium mewah.

Jelasnya lagi, mereka telah bertemu dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menyelesaikan masalah Rumah Panjang PJS 1 yang kini menjadi rumah sementara mereka sebelum dapat menghuni Blok E yang masih terbengkalai.

"Dalam lima bulan ini sudah tiga kali banjir berlaku di rumah kami akibat penutupan longkang besar oleh pihak pemaju dan air yang bertakung selepas banjir reda menimbulkan banyak masalah kesihatan kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau menambah, pihaknya telah bertemu dengan MBPJ bagi menyelesaikan masalah banjir namun sehingga kini masalah tersebut gagal ditangani dengan sempurna oleh mereka.

Sementara itu, kumpulan tersebut yang mahu menemui Menteri Besar menolak dari membincangkan masalah tersebut dengan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad yang hadir bertemu kumpulan tersebut di hadapan pintu pagar SUK.

Setelah didesak, Iskandar bersetuju hanya 12 orang dari kumpulan tersebut dibenarkan bertemu Menteri Besar selepas sessi Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti untuk makan tengahari kira-kira 2.00 petang.

Sugumaran yang ditemui selepas pertemuan tersebut memberitahu, Menteri Besar meminta tempoh seminggu lagi untuk perkara tersebut diselesaikan selepas mereka berbincang.

* Terima kasih Media UMNO dan UMNO-Online

Tuesday, December 6, 2011

Cukai Pintu Tak Turun, Sewa PKNS Naik, PR terus bebankan rakyat Selangor! #SaveSgor


[Nota: Negeri Selangor memang banyak masalah. Sudahlah rakyat di`racun' dengan air kotor. Janji yang dibuat pada tahun 2008 untuk turunkan cukai pintu tidak dilaksanakan. Terkini, kadar sewa premis pernagaan pula hendak dinaikkan. Inilah contoh kerajaan taghut yang membebankan dalam bidang-bidang di dalam kawalan mereka. Kalau dalam bidang-bidang yang boleh mereka kawal pun, mereka tidak mampu melaksanakannya, jangan kita harap kerajaan PR mampu memberikan subsidi, rebat dan mengurangkan harga barangan yang di dalam kawalan pihak luar seperti minyak dan gula. Kita sudah berkali-kali mencabar kerajaan PR Selangor untuk memberikan rebat ke atas pembelian petrol, diesel dan gula kepada semua rakyat Selangor. Sampai sekarang PR masih berdiam diri walaupun ligat mempromosikan buku Jinggay. Gunakan buku Jinggay sekarang, buktikan harga barangan boleh diturunkan di negeri-negeri PR!]

Satu Lagi Masalah Kerajaan Negeri Selangor
Posted on Selasa, 6 Disember 2011by MymassaVoice in

Peniaga Kompleks PKNS Fail Injunksi Halang PKNS Naikkan Kadar Sewa

SHAH ALAM: Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Selasa memfailkan injunksi bagi menghalang perbadanan itu menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan.

Yang Dipertua persatuan berkenaan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan tuntutan bagi pihak penyewa Kompleks PKNS di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners dan menamakan PKNS sebagai defendan.

Kira-kira 100 peniaga dan penyewa premis perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam hadir mengiringi Amran dan peguam Kamarudin Ahmad.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 9 Nov lepas, PKNS tanpasebarang perbincangan telah memberi notis dalam tempoh dua hingga tujuh hari kepada penyewa untuk menaikkan kadar sewa sebanyak 70 hingga 100 peratus.

Plaintif mendakwa PKNS tidak menjalankan sebarang kerja menambah baik kemudahan di kompleks itu sebagai prasyarat untuk mewajarkan kenaikkan kadar sewa premis perniagaan.

Berikutan tindakan defendan itu, plaintif mendakwa mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mepertimbangkan semula keputusan PKNS menaikkan sewa.

Persatuan itu mendakwa secara dasar penyewa serta peniaga bersetuju dengan kenaikan munasabah iaitu pada kadar lima ke 10 peratus setiap tiga tahun dan kenaikan itu hanya dikuatkuasakan setelah Kompleks PKNS dinaik taraf secara berperingkat.

Seterusnya, plaintif mendakwa pada September lepas, PKNS telah mengumumkanbahawa Kompleks PKNS akan dipindah milik kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) di mana sebagai balasannya defendan akan mendapat RM160 juta dan unit saham RM110 juta selain Kompleks PKNS akan disewa balik melalui suatu pajakan selama 12 tahun.

Bagaimanapun, plaintif difahamkan cadangan pindah milik itu dibatalkan.

Persatuan berkenaan mendakwa rayuan terhadap kadar kenaikan sehingga 100 peratus itu tidak mendapat jawapan yang memuaskan dan tindakan defendan amatmemprejudis peniaga kompleks PKNS kerana notis bantahan kadar sewa baru diberikan dalam tempoh yang singkat tanpa mengambil kira persediaan yang perlu dibuat oleh penyewa bagi membayar perbezaan cagaran sewa.

Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa kenaikan kadar sewa daripada 70 hingga 100 peratus oleh PKNS terhadap penyewa atau perniaga Kompleks PKNS Shah Alam melanggar amalan komersil penyewaan premis perniagaan serta tidak sah dan terbatal.

Persatuan itu seterusnya memohon deklarasi bahawa cadangan PKNS untuk memindahkan Kompleks PKNS kepada badan ABREIT melanggar tujuan PKNS ditubuhkan iaitu membangunkan peniaga-peniaga kecil.

Plaintif turut memohon injunksi menghalang PKNS daripada mengganggu atau menghalang peniaga atau penyewa di kompleks itu meneruskan perniagaan mereka atas kadar sewa yang sama, selain ganti rugi, kos dan lain-lain perintah serta relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA
*Macam mana tak naik sewa sampai susahkan peniaga, nak bayar gaji pegawai tinggi PKNS yang sampai RM juta-juta. Gaji pegawai khas pun hampir RM20,000.

Kerajaan PR Selangor cuba `bunuh' rakyat melalui air tercemar? #saveSgor


[Nota: Satu demi satu kemusnahan di lakukan oleh kerajaan PR Selangor. Dulu pasir sekarang air pula? Nampaknya Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri PR memang tidak pandai mentadbir. Sebaliknya hanya tahu berpolitik. Jika mereka pandai, tidaklah mereka memerlukan Punahsihat Khas Ekonomi RM1 untuk `memajukan' Selangor kononnya. Bila nak turunkan cukai pintu dan cukai tanah di Selangor? Dah nak pilihan raya baru dah ni... ]

Hadiah Dari Kerajaan Selangor.
Posted on Isnin, 5 Disember 2011 by MymassaVoice

Tiga Juta Pengguna Hadapi Gangguan Air Akibat Pencemaran Teruk Sungai Selangor

SHAH ALAM, 5 DIS : Kira- kira tiga juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi risiko gangguan bekalan air berikutan pencemaran ”luar biasa” Sungai Selangor yang menjejaskan bekalan kepada empat loji rawatan air utama di negeri itu.

”Kejadian pencemaran air mentah seumpama ini amat membimbangkan pihak SYABAS sekiranya tempoh masa pengurangan pengeluaran loji rawatan air ini berterusan melepasi jam 8.00 malam hari ini,” kata Syabas dalam satu kenyataan.

”Ianya akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih kurang 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira 3 juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, selain daripada pengguna komersial dan industri,” tambah kenyataan itu.

Menurut Syabas, pihaknya terpaksa mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah di Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam pada jam 4.00 petang tadi ekoran pengurangan pengeluaran air oleh empat buah loji rawatan air.

Loji berkenaan adalah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Langkah itu terpaksa diambil kerana kandungan kekeruhan (turbidity) luar biasa yang dikesan di muka sauk keempat-empat loji berkenaan mulai jam 10.30 pagi hari ini.

Syabas berkata empat loji rawatan air ini membekalkan air bersih 2,460 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 60 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berikutan pencemaran Sungei Selangor, jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji dikurangkan dari 2,460 JLH ke 1,000 JLH setelah kekeruhan luar biasa yang mencatatkan lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) berbanding 300 NTU pada waktu biasa.

”Sekiranya gangguan bekalan air dengan skala besar ini berterusan melebihi lapan jam, pihak SYABAS akan memaklumkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Selangor agar bersiap sedia untuk tindakan kecemasan, tambah Syabas.

”Pihak operator loji masih belum mendapat kepastian berhubung punca pencemaran Sungai Selangor dan pihak berkuasa termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih menjalankan siasatan berkenaan perkara ini,” tambah Syabas.

Syarikat itu telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 230 tangki statik untuk dihantar ke kawasan-kawasan yang kritikal mengikut keutamaan.

Walau bagaimanapun, bantuan bekalan air yang disediakan ini tidak mampu untuk menampung keperluan bagi semua pengguna yang terlibat.

Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut, kata Syabas.

http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1270&type=%27news%27

*Inilah yang berlaku jika AIR yng menjadi nadi kehidupan dipolitikkan. Akibat keegoaan Kerajaan PKR Selangor untuk membenarkan pembinaan logi Langat 2, krisis bekalan air yang pernah menghantui penduduk Lembah Kelang akan berulang. Fikir-fikirkan.

Friday, November 11, 2011

Selangorku hancur bila PR guna PKNS untuk kroni? #saveSgor



Gaji, bonus bos PKNS dipertikai
Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Azri Affendy Abdul Samat

2011/11/11

Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM

SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.

“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.

“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Pada masa ini, Pengurus Besar PKNS ialah Othman Omar.

Mohamad Satim berkata, sejak pentadbiran Selangor diambil alih pakatan pembangkang, tiada lagi projek rumah kos rendah dan mampu milik dibina untuk rakyat, sebaliknya PKNS membina perumahan mewah.

“Dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan dan di bawah pentadbiran Pengurus Besar baru, berapakah jumlah rumah mampu milik terutama rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang dibina oleh PKNS berbanding dengan pencapaian 2006, 2007 dan 2008.

“Yang jelas, projek Mega Datum Jelatek, Pusat Bandar Keramat menawarkan rumah paling rendah harganya ialah RM600,000 seunit, yang berada di luar kemampuan majoriti pemilik asal yang diberikan pampasan hanya RM250,000.

“Begitu juga projek Mega Sports City SS7, Kelana Jaya; Aquivilla Seksyen 7, Shah Alam; Western Digital, SSB Kelana Jaya; PJCC, SS 19 Subang Jaya dan banyak lagi projek mega PKNS,” katanya.

Beliau berkata, ketika BN memerintah negeri ini, pelbagai projek kos rendah dan sederhana dilaksanakan selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri sekarang tidak melaksanakan perkara itu.

Mohamad Satim turut mengimbas kembali kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 yang menyatakan kerajaan negeri tidak lagi membenarkan projek hartanah secara usaha sama dan penswastaan, selain mengarahkan PKNS menghentikan projek penswastaan serta merta.

Bagaimanapun, katanya walaupun arahan dikeluarkan, PKNS masih meneruskan projek penswastaan dan menjalankan usaha sama hartanah seperti projek Science Park 2, membabitkan kawasan seluas 8.8 hektar.

Tuesday, October 25, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Pas sanggup berhimpun untuk Ambiga, tidak untuk Islam? #balaciSosialis


[Nota: Nampaknya Pas memang sudah semakin terpesong. Bermula dengan tidak berani mengotakan janji untuk menutup kilang arak dan premis maksiat di dalam negeri Selangor, kebaculan Pas menjadi-jadi sehingga dapat dikeldaikan oleh Pakatan Sosialis, `syaitan' yang menjadi sahabat perjuangan Pas. Terkini Pas mempersoalkan Himpunan Sejuta Umat Islam. Suka kita ingatkan umat Islam Malaysia, pihak yang tidak suka dan benci akan perpaduan Islam ini hanya tiga - pertama, yahudi zionis, kedua musyrikin dan ketiga, munafiqin. Jadi fikir-fikirlah Pas ini dalam golongan mana.

Kedua - menyokong Pas tidak mungkin membawa kepada penegakan Islam sebab strategi Pas tidak membolehkan mereka menegakkan apa-apa hukum Islam termasuk hudud. Pas hanya bertanding di 60 daripada 222 kawasan Parlimen. Jika mereka bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud, bertandinglah sekurang-kurangnya untuk 2/3 majoriti atau paling tidak untuk simple majoriti. Jika inilah strategi Pas, maka tidak hairan lah mereka akan terus diperkudakan Pakatan Sosialis dan akan besubahat untuk menegakkan sebuah Negara Sosialis, bukan Negara Islam.]


Dipetik dari blog MyMassa

Kenapa PAS Selangor Bacul Sangat?


Sejak kepimpinan PAS Selangor bertukar tangan dari Datuk Dr. Hasan Ali kepada Dr. Rani, kehadiran PAS di Selangor makin tak dirasai.

Jika di bawah pimpinan Hasan Ali, PAS Selangor garang menegur kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang. Oleh kerana terlalu garang dan menimbulkan rasa tak disenang DAP yang memang anti Islam, Hasan Ali telah disejukbekukan. Oleh itu si bacul Dr Rani dilantik untuk mengurangkan keagresifan PAS Selangor.

Bila membaca akhbar Sinar hari ini, timbul persoalan dalam kotak minda MyMassa, adakah PAS ini parti Islam atau parti Kristian? Mengapa semasa perhimpunan BERSIH yang memperjuangkan demokrasi, PAS sanggup turun berhimpun tetapi dalam perhimpunan yang mempertahankan akidah, PAS pula yang persoalkan perhimpunan tersebut.

Kalau bacul sangat DAP pun, janganlah sampai nak persoalkan perhimpunan ini. Sudah tiba masanya PAS gugurkan perkataan Islam dalam nama parti mereka kalau akidah umat Islam pun mereka tak mampu nak pertahankan.

*Banyak sangat makan 'nasi kangkang' Teresa Kok, macam nilah jadinya. Sampai nak pertahankan akidah pun dah tak mampu nak buat. Apa lagi berjihad di jalan Allah.

Monday, October 17, 2011

Rahsia kenapa ADUN PR Selangor tidak dapat selesaikan masalah rakyat? #saveSgor




[Nota: Nampaknya kaedah Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Pembangkang (PR) untuk menyelesaikan masalah rakyat tidak efektif dan hanya bersifat menunjuk-nunjuk semata-mata. Patutlah banyak masalah di dalam Selangor tidak selesai dan rakyat meminta negeri ini diselamatkan oleh Barisan Nasional. Masihkah kita ingat masalah pemindahan kuil di Shah Alam? Selepas berulang kali menyampaikan aduan kepada Ahli Parlimen Shah Alam dan Menteri Besar tentang masalah mereka, akhirnya penduduk seksyen 23, berdemonstrasi untuk menyatakan kemarahan mereka. Apa kata wakil rakyat PR? Ini kerja UMNO!

Sebelum ini juga ada ADUN DAP di Pulau Pinang yang tidak mampu menyelesaikan masalah pengundinya di Pulau Pinang. Bukannya dia berusaha menyelesaikan masalah pengundinya, sebaliknya dia menyatakan ini kesalahan Kerajaan Pusat kerana tidak memberikan sebarang peruntukan dan bantuan. Nampaknya walaupun berkuasa, mentaliti dan sikap ADUN dan MP PR masih sama - mereka masih ingat mereka pembangkang.

Saya tidak fikir Hannah ingin menyelesaikan masalah penduduk dan kawasannya. Mungkin cerita dalam tweetnya juga kisah yang dibuat-buat sebab dia tidak menceritakan apa masalah dan siapa yang mengugutnya. Apa yang Hannah mahu lakukan ialah hanya untuk mengeluarkan tweet untuk menyalahkan BN semata-mata.

Kenapa? Mungkin untuk menutup kegagalannya menyelesaikan masalah rakyat. Kedua, mungkin sifat semula jadi pemimpin pembangkang - menipu dan terus menipu!]


Posted on October 15, 2011 oleh editor

Hannah Yeoh, Adun DAP untuk Subang Jaya mempunyai tabiat untuk tweet perkara yang bodoh dan mengarut. Tweet beliau mempamerkan sikap kurang matang dalam politik dan dia perlu banyak belajar sebelum cuba menjuarai isu-isu politik dengan menggunakan media sosial.

Semalam, Hannah telah tweet bahawa ada penduduk yang datang kepadanya memintanya membantu menyelesaikan masalah di kawasannya. Hannah tidak menjelaskan sama sekali apakah masalah yang dhadapi tetapi terus mengecam tentang sikap kakitangan majlis tempatan yang nampaknya memarahi penduduk tersebut.

Hannah juga telah tweet bahawa kakitangan pihak berkuasa tempatan ini juga telah mengancam penduduk ini dengan berkata 'kita tahu siapa yang tidak mengundi BN'. Hannah mengakhiri siri diarhea tweetnya dengan berkata 'BN adalah pembuli, mari kita mengundi mereka keluar'.

Hannah telah diundi pada tahun 2008. Sudah lebih daripada tiga tahun sejak dia memegang kuasa, namun dia masih mendakwa bahawa kakitangan majlis tempatan mengancamnya. Apakah dia mengatakan bahawa dia tiada kuasa lebih daripada ahli-ahli majlis tempatan sehingga membolehkan mereka mengancamnya? Apalah jenis kemahiran kepimpinan yang ADUN ini ada??
Juga, adakah tweet Hannah yang amatur ini membuktikan apa yang orang Selangor sedang katakan selama ini tentang Menteri Besar Khalid Ibrahim yang tidak berkesan dan tidak kecekapan?

Jika Hannah tidak mampu mentadbir pegawai majlis tempatan dengan baik, pastinya Khalid MB mempunyai mimpi yang ngeri bagi menguruskan seluruh negeri. Ini membawa kepada persoalan yang lebih penting: Bagaimana PR mampu menguruskan 1.2 juta penjawat awam di negara ini jika mereka berkuasa?
Di manakah kepimpinan dan kebolehan mengagihkan tugas? Adakah masalah rakyat akan selesai jika mereka berkuasa?
Mungkin kita terlebih risau. Mungkin masalah ini bukan dengan majlis tempatan atau penduduk atau Khalid MB. Mungkin masalah itu terletak semata-mata kerana ketololan Hannah yang mudah terpedaya.

We at StopTheLies would like to politely remind silly Hannah that banners are local council issues and instead of using Twitter to sound clever, she should have realised it was her responsibility as an ADUN to remove them!


Perhatikan, bila lewat malam tadi, dia mengambil keputusan untuk membuat satu lagi kenyataan politik menggunakan twitter. Dia membuat bising dengan bertanya bila MCA dan UMNO akan mengeluarkan sepanduk/banner mereka dari Persiaran Tujuan di Subang Jaya.

Kami di StopTheLies secara sopan ingin mengingatkan Hannah yang bodoh dan mengarut ini bahawa sepanduk adalah urusan majlis tempatan dan dari dia menggunakan twitter sekadar untuk menunjuk pandai, dia sepatutnya menyedari bahawa ia merupakan tanggungjawabnya sebagai ADUN untuk menurunkannya!

Saturday, October 15, 2011

Audit sahkan penyelewengan PR Selangor? #saveSgor


Laporan Audit Negara Dedahkan Penyelewengan Besar Di Selangor

Pakatan Rakyat kalau berkempen di mana-mana negeri, bahkan di dalam Selangor, sentiasa mendabik dada, kononnya merekalah yang paling bersih, paling tulus, paling adil dan paling saksama. Konon-kononnya merekalah yang lebih prihatin kepada rakyat dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat Selangor. Dan modal utama mereka sudah tentulah air percuma 20 meter padu yang sebenarnya tidak percuma pun, melainkan penambahan bayaran untuk cover balik untuk 20 meter padu itu. Itu belum lagi cerita tentang pelbagai program lagi yang sebenarnya hanya ada pada nama, tetapi tidak wujud langsung dalam perlaksanaan, termasuklah bantuan untuk pelajar-pelajar terbaik atau anak Selangor yang baru lahir.

Laporan Jabatan Audit Negara untuk Selangor bagi tahun 2011, menyerlahkan perangai sebenar Pakatan Rakyat yang sebenarnya lebih bersifat kepada penyamun dan perompak. Kita tidak perlulah ulas satu persatu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Khalid Ibrahim di Selangor, atau apa yang telah dilakukan oleh Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ronnie Liu, mahupun Yaakob Sapari. Setiap seorang daripada mereka, terlebih-lebih lagi Khalid Ibrahim telah melakuan penyelewengan yang bukan sedikit.

Sebagai contoh, Khalid Ibrahim dan Lee Kim Hong mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Lee Kim Hong dilihat mempunyai keistimewaan dalam pentadbiraan kerajaan negeri Selangor apabila Wessex Walter I Bhd Consortium, anak syarikat I-City Berhad miliknya menerima pelbagai projek dan yang tebraru projek pembersihan Sungai Klang Fasa 2 sepanjang 35 kilometer bernilai RM300 juta.

Projek tersebut sehingga kini masih lagi menjadi isu kontroversi berikutan kelembapan perkembangannya. Adalah difahamkan sebahagian daripada RM300 juta itu telah pun dibayar, namun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kelihatan sangat ‘malu-malu’ untuk menceritakan tentang perkembangan projek tersebut.

Penyelewengan PR Selangor: RM55 juta lesap? #saveSgor


Khalid Ibrahim: Ke mana ghaib peruntukan penyelenggaraan infastruktur RM55 juta?
JUMAAT, 14 OKTOBER 2011 09:34 ADMINISTRATOR

UMNO Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan penyelenggaraan infrastruktur sebanyak RM315 juta yang diberi Kerajaan Pusat pada 2009.

Setiausahanya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata ini kerana berdasarkan laporan diterima, sebanyak RM55 juta ‘hilang’ begitu saja kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerima RM183 dan RM76 juta, manakala sebanyak RM900,000 bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak mendapat kemudahan infrastruktur selesa.

“Jika dihitung semuanya, terdapat baki RM55 juta dan saya ingin bertanya, ke mana perginya duit peruntukan diberi Kerajaan Pusat. Jika ia dimasukkan dalam tabung wang amanah negeri, sila jelaskan tujuannya,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam..

Mohd Zin berkata, rakyat berhak tahu mengenainya kerana peruntukan itu bukan untuk disimpan atau digunakan bagi kepentingan pihak lain, sebaliknya untuk keselesaan rakyat.

"Banyak lagi jalan rosak perlu diperbaiki dan diselenggara, tetapi kenapa ia tidak digunakan sepenuhnya. Jika Kerajaan Pusat tidak bagi duit, kerajaan negeri cakap macam-macam tetapi bila dapat duit, jadi macam ini pula," katanya.

Sementara itu, katanya, beliau sudah mengarahkan UMNO Selangor membuat laporan polis terhadap Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, tindakan memburukkan institusi raja satu hasutan amat serius dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya oleh polis.

"Ia tidak harus dipertikai kerana jelas Sultan ada kuasa dalam hal ehwal agama dan Abdul Aziz sepatutnya tahu. Selain itu, tindakan kerajaan negeri mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak wajar.

"Badan pemantau yang ditubuhkan menyebabkan JAIS tidak ada kebebasan dalam membuat kerja dan jika hendak kaji semula SOP, kita boleh bentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.-13/10/2011

Tuesday, October 11, 2011

#Murtad Serbuan DUMC: YB Zul Noordin, blogger desak Khalid Samad dan Khalid Ibrahim minta maaf!


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin menerusi blognya mendesak kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melakukan sembilan perkara rentetan tindakan kerajaan negeri dan Menteri Besar yang bertindak melulu dengan menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, Ogos lalu.

Sembilan perkara tersebut adalah:

1. YAB Tan Sri Khalid dan seluruh Kerajaan Negeri Selangor wajib meminta maaf kepada Tuanku Sultan kerana keceluparan menyalahkan jabatan yang duduk dibawah naungan Tuanku walaupun belum menerima lapuran penuh.

2. YAB Tan Sri Khalid dan seluruh Kerajaan Negeri Selangor wajib meminta maaf kepada JAIS kerana bertindak terburu-buru menyalahkan JAIS walaupun belum menerima lapuran lengkap daripada JAIS;

3. Kerajaan Selangor wajib mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan dakyah DUMC ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang;

4. Kerajaan Selangor wajib mengambil tindakan menutup segera operasi DUMC kerana sudah terbukti sekarang DUMC adalah sebuah gereja yang beroperasi tanpa permit dasn kelulusan MBPJ;

5. Kerajaan Selangor juga wajib menyiasat pertumbuhan dan percambahan gereja-gereja yang beroperasi dirumah kedai, dengan persoalan mengapa dibenarkan sedemikian;

6. Kerajaan Selangor juga wajib membatalkan "perintah tutup mulut" yang dikeluarkan terhadap Exco daripada membincangkan isu DUMC ini;

7. Pakatan pembangkang, terutamanya kaum Anwarinas wajib memohon maaf kepada YB Datuk Hasan Ali dan JAIS kerana tuduhan dan fitnah melulu yang dibuat terhadap mereka;

8. Gereja dakyah DUMC wajib meminta maaf kepada Baginda Tuanku dan umat Islam atas cubaan mendakyah terhadap umat Islam.

9. Langkah segera untuk memartabat dan memperkasakan institusi Islam saperti MAIS, JAIS dan lain-lain perlu diambil segera, termasuk menambahbaik sistem pemantauan, penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan JAIS;

Beliau turut memperingatkan umat Islam tentang firman ALLAH swt didalam Surah Al-Baqarah: 120-

"Dan tidak sesekali Yahudi & Kristian akan meredhoi kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara hidup (termasuk agama) mereka. Katakanlah kepada mereka (kaum kafir itu), sesungguhnya cukuplah bagi kami petunjuk daripada ALLAH (Al Quran). Tetapi, jika kamu (umat Islam) masih mahu mengikut mereka (kaum kafir itu) setelah datang kepada kamu (petunjuk dan peringatan), maka perbuatlah sedemikian, namun kamu tidak akan mendapati bantuan dan pertolongan ALLAH bagi kamu".

"Sesungguhnya, ALLAH lah yang mengutus Rasulullah saw dengan petunjuk dan agama Islam yang benar, untuk dimenangkan atas agama lain, sekalipun tidak disukai oleh kaum kafir".

Rakan blogger Cucu Tok Selampit pula mahu Khalid Samad dan Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Tuanku Sultan dan seluruh Rakyat Islam di Selangor.

Khalid Ibrahim, sebelum ini cuba sedaya upaya untuk "menutup" pekung isu JAIS - DUMC dengan melakukan dosa-dosa berikut:

1. Menyuruh EXCO, pegawai dan jabatan Kerajaan Selangor menutup mulut mengenai isu ini. Bahasa mudah "gag order". Inilah "Freedom Of Information" gaya Kerajaan Pakatan Haram Selangor! Sekarang tak perlu lagi "gag order". Semua EXCO dan ADUN Pakatan Haram Selangor 'mengelenjar' macam tikus kepanasan!

2. Meminta semua pihak menunggu laporan lengkap JAIS sebelum beliau membuat kenyataan rasmi. Sekarang JAIS sudah mengeluarkan laporan rasmi. Baginda Tuanku Sultan Selangor sudah bertitah, apa pula komen YAB Khalid? Berilah komen YAB. Gagap- gagap pun kami terima!

3. Khalid Ibrahim cuba berdolak dalik mengenai status gereja "haram" DUMC selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan premis berkenaan hanya diluluskan sebagai pusat komuniti. Kenapa sampai sekarang gereja haram berkenaan tidak dirobohkan?

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, pula melakukan dosa berikut apabila:

1. menyalahkan JAIS dalam isu kononnya "serbuan" ke atas gereja haram DUMC dan meletakkan UMNO sebagai dalang di dalam tindakan JAIS tersebut.

2. beliau juga memfitnah UMNO apabila menyifatkan kes itu sebagai usaha UMNO untuk mengalihkan isu perhimpunan BERSIH.

3. tidak menghiraukan 'gag order' dari MBnya sendiri, mengadakan sidang akhbar, untuk menyerang MAIS terutama terhadap Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Munawi yang telah mengadakan pertemuan dengan NGO untuk membincangkan masalah umat Islam dalam isu Gereja DUMC.

baca artikel penuh di

Popular Posts