Tuesday, January 7, 2014
NGO Islam - Shamsudin dan MKPN gagal laksana tugas #KalimahAllah #BiblicalGod
Friday, August 23, 2013
Kronologi Kes #KalimahAllah - Ini semua salah Menteri Dalam Negeri?
Sebelum Semakan Kehakiman
- Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
- Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
- Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
- Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
- Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
- Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
- Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
- Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
- Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
- Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
- Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
- 22 Ogos 2013 - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Majlis Agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Tuduhan 2
baca (http://www.malaysiakini.com/ news/239020) - "Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang berhujah bagi pihak kerajaan dan KDN terhadap permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam (kanan) untuk membatalkan rayuan itu tersebut hari ini, berkata penyelesaian 10 perkara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditawarkan kepada masyarakat Kristian pada 2011, tidak meliputi penggunaan kalimah Allah."
"Katanya, perkara itu telah ditegaskan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika membantah permohonan itu, dengan menyatakan bahawa penyelesaian 10 perkara itu tidak meliputi isu Allah."
Kenyataan 3
baca juga, zul noordin, (http://zul4kulim.blogspot.com/2013/08/kalimah-allah.html) - "Ini adalah kerana hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh mengeluarkan larangan dan membatalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH menurut Akta Percetakan & Penerbitan. Memandangkan Menteri KDN sendiri telah menmbuat Surat Akuan Sumpah bahawa pelarangan tersebut masih kekal dan belum dibatalkan, maka isu pelarangan kalimah ALLAH itu masih kekal berkuatkuasa dan perlu dibicarakan sepenuhnya dalam rayuan nanti."
Thursday, August 22, 2013
Memahami Proseding #KalimahAllah - Aqidah Islam terselamat kerana Menteri Dalam Negeri?
KALIMAH ALLAH
Tuesday, August 9, 2011
Gejala #Murtad di Selangor - kisah sebenar dan bukti-buktinya..
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (PIMPINAN), Fakurruddin Eshak jika insiden ini berterusan ia akan menaikkan semangat orang Melayu dahulu seperti yang berlaku pada Natrah.“Kita tidak mahu perkara tersebut berulang,” katanya ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Kata-katanya disokong oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang juga jurucakap kumpulan 45 NGO Islam yang menyokong tindakan JAIS mempertahankan kedaulatan Islam di Selangor.
“Saya takut umpamanya jika tiada tindakan tegas banyak ‘Natrah’ yang akan berlaku…” yang menegaskan jika ada perkara yang mengugat Islam, “Kami akan kehadapan lagi,”
Tragedi Natrah merujuk peristiwa rusuhan yang mengorbankan 18 orang dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British pada 12 Disember 1950 selepas mahkamah memutuskan seorang gadis Islam diserahkan semula kepada keluarga kandungnya dan diberi hak menentukan agama anaknya.
Baik apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?
Kisanya mudah, JAIS dalam maklumat dalaman yang mengatakan ada aktiviti menyebarkan agama lain kepada penganut Islam, jadi sebagai penguatkuasa mereka menyiasat dan semuanya dibuat berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Iaitu menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988.
Jadi apa yang berlaku?
Majlis tersebut dinamakan Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran dalam bahasa mudahnya.
Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.
Menurut Dr Dzulkhaini Husain, penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.
“Tidak benar ada serbu, sebab tidak ada pintu yang dipecahkan, atau sebarang bentuk keganasan, sebaliknya hanya pemeriksaan, dan hadirin diperiksa Kad Pengenalan masing-masing, dan orang Islam diambil butiran lanjut,”katanya.
Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.
Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.
Agendadaily melihat sendiri tentatif dan kertas soalan yang dikatakan sebahagian bukti didakwa mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.
Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.
“Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?”
“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini.
Dalam kertas kuiz yang diperolehi Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.
Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?
"Apabila JAIS masuk ke dalam. Soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau.
Untuk artikel penuh baca di Agenda Daily -
Monday, August 8, 2011
Murtad - Akibat golongan berpendidikan agama banyak berpolitik?
Friday, April 1, 2011
Pelampau agama Kristian sebabkan rakyat rasa tidak selesa
Monday, March 14, 2011
Isu terjemahan Biblical God sebagai Allah timbul semula..
Mungkin video di atas boleh ditonton sebagai tujuan warming up dalam usaha kita memelihara aqidah umat Islam. Kepada umat Islam, TOLAK pemimpin yang menyokong usaha memurtadkan umat Islam secara halus. Pastikan mereka tidak lagi menjadi Ahli Parlimen atau ADUN anda kerana anda akan bersubahat dengan perkataan dan tindakannya. Na'uzubillah...
Juga sila baca tulisan YB Zulkifli Noordin bertajuk al-Kitab di sini.
Tuesday, January 19, 2010
Biblical God jadi Allah - Fahami apa yang diperjuangkan..
Bagi sejumlah pejuang Islam yang menyedari implikasi keputusan mahkamah ini, mereka berjuang bagi menegakkan kebenaran yang asas, iaitu penggunaan kalimah Allah ini tidak pernah wujud di Vatican dan dalam Bible versi bahasa Inggeris dan asal Vatican.
Malah hakikat ini diakui sendiri oleh pemimpin dan penganut agama Kristian sendiri. Sila baca "Allah is a Name, not a Word - Michael Sibinil", "Its a sin against Yehweh", "Christians must judge RIGHTEOUSLY", "Is Calling Christian God `Allah' wrong?" dan "It was wrong then and it is wrong now."
Rujukan sejarah turut dibuat bagi membuktikan tradisi ini tidak benar. Sila baca "The Problem of Meaning, Abdullah Paderi and Pangkor Treaty", "The Leijdecker's Original Sin: Allah in Malay Bibles" , "To the stupid ahbeng called anomie" dan "Pony Alak Petara: Unravelling the Linguistic Origin of Borneo's Allah".
Bagi menghuraikan kekusutan ini, seorang penganut Kristian bernama Tony Chew (klik sini) merasakan perlu untuk mencadangkan alternatif ini, "to avoid Christians to be seen as confrontational cult and at the same time not to compromise our belief, I would like to suggest Lord God to be translated as Tuhan Ketua, Tuhan Tuan, Tuhan Yang Mulia, Yang Agung, Tuhan Bapa, Tuhan Eli and Tuhan Elohim. Lord Jesus can be translated as either Tuhan Jesus or Tuan Jesus depending on what we believe in. Since the Catholics belief is in God oneness, so the most appropriate translation would be Tuan Jesus. Tuhan Jesus would be more suitable in the belief of plurality of God. Afterall, when God revealed His name to Moses, this was what He said, "What is his name?' what shall I say to them?" God said to Moses, "I AM WHO I AM." 3:13-15. God says who he is n by wht name he is to be called. Ths divine name is mysterious just as God is mystery: Isa 45:15; Judge 13:18."
Disebabkan itu saya bertanya, jika ada dua kumpulan umat Islam, satu daripadanya bermati-matian menentang terjemahan God dalam Bible kepada kalimah Allah dan yang lainnya bersungguh-sungguh MAHU dan MENDESAK agar perkataan God dalam Bible ditukar kepada Allah - kumpulan yang mana satu yang lebih betul dan benar perjuangannya dari sudut Islam?
Mungkin atas dasar itu Datuk Haron Din merasakan WAJIB untuk menyatakan pendiriannya yang berbeza dengan rakan-rakannya (klik sini).
Popular Posts
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
KETUA PENCEROBOH TERBUNUH, 20 MAYAT PENGGANAS DITEMUI http://keris7lok.blogspot.com/2013/03/ktua-penceroboh-terbunuh-20-penggana...
-
Malaysia's Restructuring Of Economy A Positive Move To Attract Investors, Says Forbes 13 SEPTEMBER 2011 , BY BERNAMA "The Malaysia...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...