Showing posts with label Tengku Adnan. Show all posts
Showing posts with label Tengku Adnan. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

#SyokSendiri Tarik Saman: Usaha #BadutUMNO peralat @TengkuAdnanREAL GAGAL! @NajibRazak



Usaha badut-badut UMNO memperalatkan Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menyelamatkan tengkuk mereka dari diserang oleh ahli dan penyokong UMNO adalah taktik lapuk yang sudah boleh dibaca. Mungkin mereka fikir, oleh kerana ramai yang menghormati Datuk Seri Tengku Adnan, serangan terhadap kebodohan dan kelalaian mereka akan dihentikan.

Saya menghormati Datuk Seri Tengku Adnan kerana selain dari beliau merupakan Ketua UMNO bahagian dan Ahli Parlimen saya, beliau juga merupakan pemimpin UMNO yang tegas, berani dan banyak membantu ramai pemimpin dan ahli UMNO. Bagaimanapun menyeret Datuk Seri Tengku Adnan dalam hal ini bukan sahaja tidak bijak malah menyerlahkan lagi KETIDAK CERDIKAN badut-badut di ibupejabat UMNO.

Kenapa?

1. Yang MEMOHON penyelesaian di luar mahkamah adalah TIAN CHUA, EDITOR DAN PENGARANG ARTIKEL - jelas membuktikan mereka yang keberatan untuk meneruskan kes ini bukan UMNO. Tak kisahlah apa kerisauan 3 DEFENDAN ini. Sama ada mereka takut kalah, tak mahu pembohongan mereka terus menerus diingati oleh rakyat Malaysia selagi kes ini di dalam pembicaraan atau apa sekali pun, TAWARAN ini pastinya dibuat kerana mereka bimbangkan sesuatu.

2. Yang BERSETUJU dengan penyelesaian di luar mahkamah adalah UMNO, yang diwakili Peguam UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO - bermaksud, mereka mempunyai KUASA untuk menentukan apa saja syarat terhadap 3 DEFENDAN ini sebelum bersetuju dengan TAWARAN yang diberikan oleh mereka.

THE BEST DEAL yang ORANG BERKUASA ini boleh dapatkan untuk UMNO HANYALAH:-

1. rasa kesal Tian Chua - bukan permohonan maaf secara bertulis yang disiarkan oleh semua akhbar dan media utama, termasuk di MUKA HADAPAN akhbar-akhbar pembangkang dengan KENYATAAN MEDIA yang dipersetujui atau didrafkan oleh UMNO

2. penarikan artikel oleh Keadilan Daily - tanpa permohonan maaf yang disiarkan oleh semua akhbar dan media utama, termasuk di MUKA HADAPAN akhbar-akhbar pembangkang dengan KENYATAAN MEDIA yang dipersetujui atau didrafkan oleh UMNO

Itu saja ke THE BEST DEAL dan keadilan yang mereka boleh dapatkan untuk UMNO? Saya yakin, jika Datuk Seri Tengku Adnan ada bersama, keputusan mungkin berbeza.

Dalam kes Mustafa Ali, THE BEST DEAL yang mereka boleh dapatkan untuk UMNO adalah untuk Mustafa Ali menyalahkan BLOGGER UMNO?

SEBAB itu saya nyatakan sebelum ini - MUNGKIN HANYA BLOGGER DAN PORTAL BERBAYAR UMNO sahaja yang akan mempertahankan tindakan (badut-badut UMNO) ini dan menyatakan ia sebagai tindakan yang betul dan UMNO telah MENANG PERANG PERSEPSI disebabkan tindakan ini.


JOM layan artikel Double Y di bawah -


Tarik Saman Fitnah @tianchua - Tiga Kebodohan Peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun!



Tarik saman sebab Tian Chua kesal...?

Perbuatan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun menarik semula saman fitnah ke atas Tian Chua dan Keldaian Daily bukan sahaja peristiwa memalukan tetapi turut menyebabkan UMNO diperlekehkan oleh pembangkang.

Rata-rata ahli UMNO kesal dan kecewa dengan keputusan tersebut, mungkin penjelasan Hafarizam Harun sebelum ini gagal meredakan kekecewaan ahli UMNO sehingga memaksa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan turut mengeluarkan kenyataan media semalam :



Sikap pemurah Hafarizam yang mewakili UMNO sekaligus membuka ruang kepada Tian Chua memalukan UMNO melalui laman Twitter miliknya  :


Bagi saya keputusan menarik semula saman sama sekali tidak boleh diterima malah kenyataan yang dikeluarkan juga agak dangkal!

Kenapa saya mengatakan kenyataan yang dikeluarkan kelihatan dangkal?

Pertama - kerana Hafarizam terlalu bodoh sehingga gagal memahami bahawa Tian Chua dituduh di bawah Akta Hasutan disebabkan ribuan laporan polis yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan UMNO.

Kedua - Hafarizam terlalu bodoh serta malas melaksanakan tanggungjawab sebagai peguam apabila hanya akur dengan permintaan Tian Chua atas alasan dia telah menyatakan kekesalan dan berjanji menarik semula artikel fitnah yang disiarkan di laman Keldaian Daily.


Ketiga - Hafarizam terlalu bodoh kerana hanya bersetuju dengan permintaan Tian Chua tetapi tidak membuat gesaan supaya Tian Chua dan editor Keldaian Daily menyiarkan satu permohonan maaf secara terbuka di potal milik pembangkang kerana memfitnah UMNO sehingga menjejaskan maruah parti.

Benda mudah macam ini pun Hafarizam Harun yang bertaraf peguam tak boleh fikir?

Alahai...

Ariosss...!


Saturday, September 10, 2011

Tengku Adnan - Pas tidak tahu beza PKM yang zalim tahun 1950 dengan Kerajaan China, kuasa besar dunia #marxsabu


Pas tidak tahu bezakan keadaan
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

"Terima kasih Harakah... terima kasih Pas." Ungkapan kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang penuh tanda-tanya kepada penulis di Presint 15, Putrajaya semalam sebelum kami solat Jumaat di masjid berdekatan.

Paparan terbaharu lidah rasmi Pas keluaran 9-11 September 2011 itu menguat-uarkan bahawa UMNO 'berasmara' dengan Parti Komunis China (CPC) selain mendakwa kononnya UMNO berbohong kepada rakyat bencikan komunis.

Akhbar Pas yang dikenali lidah 'hentam keromo' dengan sering mengabaikan fakta sebenar itu memaklumkan berkaitan UMNO memeterai hubungan dengan negara kuasa besar ekonomi dunia, China melalui CPC di Beijing 5 Ogos lalu.

Tiada raut wajah kurang senang daripada Tengku Adnan dengan paparan Harakah itu. Sebaliknya beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih tidak terhingga.

"Ia satu publisiti dan pengiktirafan yang diberikan oleh parti pembangkang itu kepada UMNO. Kita tak minta apa-apa tapi mereka sendiri berikan populariti kepada UMNO yang ternyata dikagumi oleh CPC sehinggakan kuasa besar di persada antarabangsa ini mahu melakukan kerjasama dan mempelajari bagaimana perjalanan dan struktur organisasi UMNO," kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Paparan berita yang dikeluarkan oleh Harakah adalah antara bukti bagaimana Pas mahu memesongkan isu yang ada sekarang dengan memanipulasikan fakta sebenar.

"Inilah masalahnya Pas, tak tahu nak membezakan antara dua keadaan, suasana dan kedudukan yang berbeza. Bayangkanlah betapa dangkalnya mereka yang tak tahu membuat perbandingan antara komunis yang bertindak kejam dengan membunuh dan mendatangkan kekacauan sebelum kemerdekaan negara dengan sebuah kuasa besar dunia hari ini.

"Apa yang menjadi isu sekarang ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengagungkan komunis pada tahun 1950-an dulu dan menganggap bahawa pemimpin mereka iaitu Mat Indera sebagai hero sedangkan mereka ini menyerang balai polis dan sanggup membunuh," kata Tengku Adnan.

China yang terletak di Asia Timur merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1.3 bilion orang. Ia menyamai satu perlima manusia di bumi dengan diperintah oleh CPC di bawah sistem satu parti dan berbidang kuasa di 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi, empat perbandaran tadbiran langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai, dan Chongqing) dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi tinggi.

UMNO dan CPC pada 5 Ogos lalu itu sebenarnya telah mempertingkatkan hubungan melalui memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti yang berlangsung di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC, Beijing.

Antara kandungan dalam memorandum persefahaman itu ialah mencapai kata sepakat konsensus bagi membangunkan pertukaran komprehensif dan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Ini termasuk saling bersedia untuk terus mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing dengan tujuan untuk bekerjasama bagi menjuruskan perkongsian strategik Sino-Malaysian.

Dalam aspek ini, MoU tersebut terhasil ekoran pengamatan mereka yang amat kagum dengan pembangunan dan kesejahteraan negara dengan pelbagai bangsa sebagaimana negara China yang mempunyai etnik-etnik berbeza.

China ingin mempelajari bagaimana UMNO/BN menangani masalah berkaitan kaum tanpa mewujudkan pertumpahan darah.

Dalam pertemuan dengan CPC yang diwakili oleh Menteri Jabatan Antarabangsa dan Jawatankuasa Pusat, Mr. Wang Jiarui itu, Tengku Adnan menerangkan berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) di samping dasar-dasar yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan gagasan 1Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Tengku Adnan menarik perhatian bahawa sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang yang akan memanipulasi dan memburuk-burukkan UMNO biarpun dalam masa yang sama mereka juga sebenarnya turut mendapat nikmat dan kesejahteraan atas apa yang berlaku termasuklah dalam hubungan akrab antara Malaysia dan negara-negara lain.

"Tahukah Pas siapa CPC dan bagaimana hubungan antara Malaysia dan negara China itu? Bukankah dalam artikel yang mereka ulas ada menerangkan bahawa melalui persefahaman ini juga akan dapat membantu dari segi meningkatkan persefahaman ekonomi kedua-dua negara kerana China merupakan kuasa ekonomi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa?

"Barangkali pemimpin Pas dan pembangkang tidak sedar bahawa China adalah antara pelabur yang merancakkan pembangunan negara kita selain memberikan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat dan dalam masa yang sama para pengusaha di Malaysia dapat mempelajari dan melakukan hubungan perdagangan dengan China. Itu yang perlu Pas pelajari," katanya.

Kata beliau: "Masalah dalaman anggota Pas semakin kritikal kerana bukan saja tidak memahami konsep jalinan perdagangan dan hubungan persefahaman yang dijalankan malahan mereka juga terlalu jumud sehinggakan menyamakan Parti Komunis Malaya (PKM) 50 tahun lalu dengan CPC adalah sama biarpun zaman sudah berubah.

"Nampaknya Pas dan pembangkang bukan saja perlu belajar kembali sejarah tetapi mereka juga perlu masuk sekolah semula supaya tahu selok-belok perdagangan, pembangunan dan ekonomi negara. Jika begini keadaannya, jangankan mahu menguasai Putrajaya, jadi pemimpin pun tak layak."

Justeru, yang semua pihak termasuk Pas perlu faham ialah kedudukan Malaysia dan kuasa-kuasa ekonomi dunia selain memahami rangkaian perdagangan dan pentingnya jalinan akrab antara parti-parti politik. Dan bukannya bersikap rigid mengagungkan kekacauan dan pertelingkahan sebagaimana yang mereka mahu contohi seperti di Mesir, Libya dan Syria.

Berpandu kepada semua inilah, Tengku Adnan selaku Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengingatkan Mat Sabu supaya menghentikan segera ungkapannya yang berkaitan dengan sejarah negara jika tidak tahu tentang fakta sebenar dan buta mengenainya.

"Kalau dah jadi buta sejarah, dah tak tahu apa yang nak dibuat untuk dapatkan kuasa maka inilah jadinya. Dulu mereka pergunakan agama dan sekarang ini putarbelitkan sejarah. Sebelum ini mereka sebut mahu negara Islam tapi kemudian hendakkan negara kebajikan dan sekarang mereka mendewa-dewakan pula bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara ini."

"Ini semua akan merosakkan, menghancurkan perpaduan dan menidakkan sejarah yang sebenarnya telah tertinta dalam negara," katanya.

Kesal dengan perlakuan pemimpin Pas itu, Tengku Adnan menegaskan bahawa sejarah tidak boleh diubah dan hakikatnya komunis ketika itu hendak mengambil kuasa daripada pihak British dan juga orang Melayu. Malahan rakyat patut berbangga ada pihak-pihak yang mengutamakan keselamatan negara kita.

"Nauzubillahi minzalik, kalau komunis memerintah negara kita barangkali kita bukan Islam malah tak taulah Parti Islam itu wujud atau tak.

"Mat Sabu pun lupa sejarah bagaimana Pas ditubuhkan iaitu apabila Tuan Haji Ahmad Fuad yang merupakan Pengerusi Biro Agama UMNO atau Pekembar bila kalah bertanding dengan Tunku Abdul Rahman; maka kecewa dan keluar dari UMNO. Beliau pergi ke Gunung Semanggol tubuhkan Hizbul Muslimin yang hari ini adalah Pas. Ini sejarah.

"Ini hakikat bahawa Pas juga adalah parti yang ditubuhkan atas rasa kekecewaan seperti juga Parti Keadilan yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim kerana kecewa tak dapat kuasa," katanya.

Apa yang berlaku adalah sejarah yang mesti difahami dan janganlah cuba diputarbelitkan sehingga anak cucu-cicit dan generasi kemudian terpengaruh lantaran keadaan dan zaman yang berbeza.

Popular Posts