Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Histwi 0.6.7 kini menggunakan OAuth

Saya merupakan pengguna tegar Histwi, sehinggalah twitter memperkenalkan Oauth-Apocalypse yang menyebabkan kesemua aplikasi twitter pihak ketiga yang tidak menggunaka OAuth gagal berhubung dengan twitter. Pada ketika itu, histwi merupakan antara aplikasi yang gagal berhubung dengan twitter menjadikannya aplikasi terbiar yang tidak berguna.

Histwi merupakan aplikasi untuk;
  • Download and save all your Tweets to Database.
  • View and export all saved tweets to html or txt file.
  • Compare your Following to Followers.
  • Follow/Unfollow any your friends.
  • Tracking new followers and unfollowers.
  • Advanced Twitter Search.
  • Managing multiple Twitter accounts.
Dengan versi 0.6.7, histwi kembali boleh digunakan seperti biasa dan saya sangat mencadangkan aplikasi ini kepada pengguna tegar twitter yang ingin melihat rekod follow dan unfollow secara lebih jelas.

Fungsi yang sangat saya sukai : Melihat follower dan Unfollower

Memasang ke dalam ubuntu.

Buka terminal dan taipkan kata arahan berikut;

sudo add-apt-repository ppa:nikolay-blohin/histwi
sudo apt-get update
sudo apt-get install histwi

Atau dengan memuatturun pakej deb disini.

Friday, September 24, 2010

PPA untuk Hotot Twitter Client & Hotot untuk Windows 7!

Yup, sekali lagi, Hotot! Fakta menarik setelah sehari menggunakannya ialah saya semakin aktif bersiul di arena twitter. Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun twitter, sila register di laman web twitter dan uji hotot kerana ia cukup menyeronokkan.

Setelah direview oleh laman blog webupd8.org semalam, hotot terus menjadi perhatian terutamanya kepada pembangun perisian dan ada antara mereka yang mencadangkan supaya hotot dihostkan di launchpad. Walaupun cadangkan tersebut belum diimplementasikan secara rasmi, kelihatannya sudah ada pembangun perisian yang memasukkan pakej hotot kedalam PPA nya iaitu Jimmy Xu dan pengguna ubuntu lucid/maverick boleh memasang hotot menggunakan PPA tersebut dengan memasukkan command berikut.
sudo add-apt-repository ppa:jimmyxu/hotot
sudo apt-get update
sudo apt-get install hotot
Selain itu, setelah saya menerokai laman google code yang menjadi host kepada code hotot, saya mendapati terdapat pakej untuk pengguna windows 7 dan screenshot diatas ialah sample yang saya ambil dari google code. Sekiranya anda ingin mencuba hotot dalam windows 7, sila muatturun pakej hotot anda dari link berikut;

Saya mendapati pembangun hotot sangat aktif menerokai fungsi-fungsi baru dan saya berharap untuk melihat lebih banyak fungsi dapat diperkenalkan ke dalam hotot.

Thursday, September 23, 2010

Hotot Twitter Client : Aplikasi linux kini semakin "anggun" [Dikemaskini]


Hotot, merupakan satu lagi projek sumber terbuka yang dihostkan di google code dan berfungsi sebagai microblogging client seperti twitter dan mungkin akan menyokong laman lain kemudiannya. Namun hotot bukan aplikasi linux typical yang hanya berfungsi secara yang sepatutnya ia berfungsi. Hotot menggunakan pendekatan antaramuka yang elegant (anggun) dan saya boleh bayangkan bahawa ianya mirip kepada aplikasi yang biasanya kita temui hanya dalam Mac OSX.

Meskipun belum melepaskan apa-apa versi stabil buat masa sekarang, percubaan saya menggunakan hotot cukup membuatkan saya rasa kagum dan saya berharap agar banyak lagi aplikasi seanggun ini akan dibangunkan untuk platform linux pada masa hadapan.

Hotot masih lagi dalam versi pembangunan akan tetapi sudah mempunyai fungsi yang hebat dalam senarai extensions seperti GMap untuk memaparkan tweet yang mempunyai data geolokasi.


Selain extension GMap, terdapat juga extension yang berfungsi untuk memaparkan imej (yang dihostkan di laman seperti img.ly, twitpic.com, twitgoo.com, yfrog.com, dan moby.to) dan memuatnaik imej.

UPDATE : Video dan fail DEB (testing)


Download fail DEB (i386 shj) untuk pemasangan Hotot dalam ubuntu (testing version - saya build sendiri) :

Amd64 -- > http://www.2shared.com/file/grrVNs8P/hotot_10-1_amd64.html

Saya tidak boleh memberikan cara pemasangan buat waktu ini kerana belum ada ppa atau deb yang dikeluarkan oleh pihak pembangun. Oleh itu, sekiranya anda teruja dengan aplikasi ini, sila terus menunggu kemaskini seterusnya dari saya dengan mengikuti saya di twitter dan facebook.
[via :webupd8]

Tuesday, May 18, 2010

Guna Pino untuk mengikuti @melayubuntu di Twitter

Apabila gwibber tidak berfungsi seperti yang sepatutnya (ia gagal untuk refresh dan loading tweet baru dan saya tidak tahu kenapa), lalu saya mencari altenatif lain. Saya mencuba Choqok tetapi kemudiannya menyedari saya tidak suka interface KDE. Saya mencuba Turpial namun, lain pula kisahnya apabila ia berfikir, berfikir dan terus berfikir (hang la 2) apabila saya ingin update twitter.

Saya mungkin ingin mencuba aplikasi berasaskan Adobe Air namun saya menyedari ianya menggunakan terlalu banyak RAM dan ianya bukan sesuatu yang saya sukai.

Akhirnya saya mencuba Pino. Ia hanya menggunakan sekitar 7MB RAM dan paling penting ia berfungsi secara sepatutnya ia berfungsi dan ia cukup membahagiakan saya.

Sekiranya anda juga seperti saya yang mempunyai masalah dengan gwibber dan ingin mencuba Pino, sila ke sini untuk panduan pemasangannya.

Terlanjur bercakap mengenai twitter, saya ingin menjemput semua pembaca blog saya untuk mengikuti @melayubuntu di twitter.

Kenapa?

Saya selalunya berkongsi banyak link-link menarik berkaitan ubuntu linux di twitter dan kebanyakkan daripadanya saya tidak sempat untuk ulas dalam blog melayubuntu ini.

Selain itu saya juga ingin menjemput sesiapa sahaja yang mempunyai akaun facebook supaya dapat menyertai melayubuntu dan 654 orang lagi di page facebook melayubuntu. Disini anda akan dapat berbincang mengenai ubuntu dan masalah disekitar ubuntu dan juga pelbagai aktiviti lain. Bertemu di twitter dan facebook ok?

Thursday, March 25, 2010

Uruskan akaun twitter menggunakan Histwi dalam Ubuntu

Twitter merupakan satu fenomena baru. Di parlimen, kopitiam mahupun di kedai kopi, semua orang mula bercakap mengenai twitter. Selama ini apabila bercakap mengenai twitter, kita sering terserempak dengan aplikasi berkongsepkan twitter client yang membolehkan anda mengemaskini twitter anda melaluinya dan juga melihat kemaskini rakan-rakan anda.

Histwi bukanlah twitter client yang berfungsi seperti tweet deck, gwibber, dan sebagainya. Histwi ialah aplikasi untuk pengguna menguruskan akaun twitternya, follow rakan-rakan yang follow anda secara rahsia, unfollow rakan yang tidak pernah terdetik untuk follow anda dan sebagainya.



Antara ciri-ciri lain histwi ialah;
* Download and save all your Tweets to Database.
* View and export all saved tweets to html or txt file.
* Compare your Following to Followers.
* Follow/Unfollow any your friends.
* Tracking new followers and unfollowers.
* Advanced Twitter Search.
* Managing multiple Twitter accounts.

Sekiranya anda pengguna twitter tegar, histwi adalah aplikasi yang not bad untuk dicuba. Untuk memasang dalam ubuntu, sila ikuti tatacara berikut;

Dalam ubuntu karmic koala 9.10
sudo add-apt-repository ppa:nikolay-blohin/histwi
sudo apt-get update
sudo apt-get install histwi
Dalam versi ubuntu yang lain;

Buka terminal dan masukkan
gksudo gedit /etc/apt/sources.list
Copypaste kod berikut di akhir line dalam gedit.
deb http://ppa.launchpad.net/nikolay-blohin/histwi/ubuntu karmic main
Save dan Exit!
Copypaste kod berikut dalam terminal
sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 430711DE
sudo apt-get update
sudo apt-get install histwi
Enjoy!

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...