Kali ini, penulis akan memperkenalkan satu aplikasi mudah dan pantas sesuai untuk pembangun-pembangun laman web menambah fungsi laman mereka. Penulis pasti yakin, anda semua tentu pernah lihat contoh-contoh laman web yang berorientasikan katalog jualan atau bahasa mudahnya kedai online.
Dalam komuniti sumber terbuka, terdapat pelbagai aplikasi yang anda boleh dapati secara percuma, antaranya adalah, Zen-cart, Oscommerce dan banyak lagi. Hanya perlu goggle katakunci di atas dan pelbagai pilihan akan muncul.Entri kali ini, penulis akan lebih tertumpu kepada Quick.Cart, salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh OpenSolution. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Serba ringkas mengenai Quick.Cart
- Dibangunkan oleh 4 orang pengaturcara (berasal dari Poland rasanya).
- Menggunakan flat file. Tidak memerlukan pangkalan data RDBMS.
- WYSIWYG
- Menyokong SEO
- different templates for each page
- meta keywords, description for each page
- Mudah untuk berpindah kemana-mana sahaja tanpa perlu proses yang merumitkan
Ianya tidak sama dengan pangkalan data lain seperti Oracle, SQL ataupun MySQL yang bercirikan RDBMS. Matlamat pembangun aplikasi ini adalah bagi menyediakan skrip yang benar-beanr ringkas, padat, pantas dan mudah digunakan tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan data.
Yang paling menarik adalah, tema atau antaramukanya boleh diubah mengikut kesesuaian dan bagi yang mahir dalam php, anda boleh terus mengubah skrip yang ada tanpa sebarang kekangan dari pembangunnya. Apa yang mereka perlukan sebagai imbuhan, hanyalah sediakan pautan semula ke laman utama mereka.
Terdapat 3 versi yang dikeluarkan iaitu Quick.Cart, Quick.Cart.Pro dan Quick.Cart.Ext. Hanya Quick.Cart sahaja percuma manakala yang selebihnya ada harga yang perlu dibayar. Bagi penulis, versi percuma sudah cukup untuk mana-mana pengguna membuat kedai online mereka . Versi berbayar lebih tertumpu kepada pengguna yang benar-benar serius dan ingin memiliki kedai online yang bertaraf profesional. Sila rujuk di sini untuk melihat perbezaan antara ketiga-tiga versi.
Cara pemasangan amat mudah. Hanya perlu muat turun versi Quick.Cart terbaru di laman web mereka (versi terkini Quick.Cart v3.1.zip). Jika anda ingin mencuba di web hosting sendiri, pastikan klien ftp anda di set kepada 'binary' apabila anda muat naik (upload) nanti.
Setelah diekstrak fail di atas, anda hendaklah menukar 'file permission' bagi fail-fail berikut kepada '777' :
files/pastikan folder dan juga isi kandungan di atas ditukar kepada '777'. Jika tidak, anda pasti menghadapi sedikit masalah untuk membuat penambahan rekod nanti.
db/
config/
lang/
Siap. Kedai online anda telah siap dibina dan boleh terus digunakan. Langkah seterusnya, buka pelayar web kegemaran anda dan halakan ke folder Qucik.Cart yang anda baru upload tadi. Sebagai contoh, katakan folder tadi anda namakan 'kedai' dan berada sebagai subdirektori kepada direktori utama anda. Jadi url anda akan jadi begini
http://www.lamanwebanda.com/kedai/dan jika ingin membuat penukaran ataupun penambahan maklumat, sila ke paparan admin dengan menaip url ini
http://www.lamanwebanda.com/kedai/admin/Nama pengguna dan kata laluan secara adalah 'admin' dan anda dinasihatkan untuk menukar kataluannya segera.
Baiklah. Jika anda ada mengikuti entri penulis sebelum ini (jalankan laman web anda sendiri menggunakan XAMPP dalam Ubuntu), anda boleh mencuba kaedah di atas dan lihat sendiri hasilnya. Setelah berpuashati dengan penukaran yang dibuat, anda boleh muat naik terus folder quick.cart tadi ke web hosting anda. Ianya akan kelihatan sama seperti mana yang telah anda buat di dalam server anda sendiri tadi (tanpa perlu membuat backup atau sebagainya).
Nota.
1. Pastikan web hosting anda menpunyai keupayaan berikut:
- PHP >= 4.3.3
- gd2 extension in php (php.ini)
- register_globals turned OFF - recommended
- configured email server, example: sendmail, qmail
2. Jika rajin, boleh melawat laman web penulis yang menggunakan Quick.Cart seperti dibawah:
- Peralatan sekuriti
- Pusat jualan bag laptop dan pelbagai
3. Skrip ini dilesenkan dibawah Creative Commons Attribution 2.5 license. Anda boleh membuat sebarang penukaran dan pastikan pautan semula ke laman web OpenSolution.org tidak dibuang. Hanya versi berbayar membolehkan anda tidak memasang pautan tersebut.
Selamat mencuba.