Showing posts with label plugins. Show all posts
Showing posts with label plugins. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

Skip CAPTCHA di laman web muatturun

CAPTCHA semakin mendapat tempat dimana-mana laman web muatturun mahupun ketika meninggalkan komen pada blog. Bagi pemilik laman web atau blog , fungsi ini dapat membasmi SPAM dan aktiviti lain yang dilakukan oleh script (robot dan bukan manusia). Namun bagi pelawat pula, CAPTCHA sangat leceh, rimas, menyusahkan, dan kala-kala terdapat CAPTCHA yang seolah-olah mustahil untuk dibaca atau diselesaikan seperti berikut;


atau seperti berikut;

Susah bukan?

Skipscreen merupakan plugin pada browser yang menolong pengguna skip proses CAPTCHA pada laman web muatturun seperti

  • Rapidshare 
  • Megaupload
  • Mediafire
  • Uploaded.to
  • zShare
  • Sharebee
  • DepositFiles
  • Sendspace
  • Divshare
  • Linkbucks
  • Link-protector

Anda boleh muatturun plugin skipscreen pada link berikut;

Firefox - https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/11243/
Chrome - https://chrome.google.com/extensions/detail/dmnghdjkklbideconobdandikpbgpaoo

Jika anda tidak faham bagaimana ia berfungsi, saksikan video berikut;

Friday, October 31, 2008

Menambah enjin pencari melayubuntu ke search bar firefox

Khusus untuk anda yang mengalami kesukaran mencari artikel atau tutorial yang tepat dengan kehendak anda, kini anda boleh menambah enjin pencari melayubuntu ke pelayar web firefox. Meskipun cara ini boleh diaplikasikan untuk semua jenis blog dan laman web, namun disini saya memberikan contoh secara khusus untuk memudahkan pembaca blog saya mencapai artikel atau tutorial yang diingini didalam blog ini.

Cara-cara;

1.Pasang extention Add to Search Bar dan kemudian restart firefox.

2.Masuk blog melayubuntu dan right click dalam search box disebelah dan klik pada Add to Search Bar...



3.Pada search bar firefox, anda akan mendapati satu lokasi pencarian baru.



Pilih dan taipkan keyword anda untuk mula mencari artikel atau penyelesaian ubuntu anda. Seperti yang tulis sebelum ini, anda boleh aplikasikan langkah ini untuk laman web yang lain juga.

Kebaikan menambah fungsi ini ke search bar ialah, anda tidak perlu memasuki blog ini terlebih dahulu sebelum mencari artikel, tetapi hanya perlu mencari terlebih dahulu sebelum memasuki blog. Sekaligus ianya amat menjimatkan masa anda. Selamat mencuba.

Tuesday, October 14, 2008

Memasang Guifications plugin untuk Pidgin

Secara default, perisian Pidgin tidak didatangkan dengan fungsi notifikasi. Bagi sesetengah orang, ini menyebabkan mereka berasa kurang selesa kerana tidak dapat mengesan siapa yang baru online atau siapa yang baru logout dan sebagainya. Dengan adanya fungsi notifikasi, setiap aktiviti login, logout, penukaran status, typing message.. dan sebagainya boleh diketahui tanpa membuka tetingkap pidgin.



Saya secara tak sengaja menemui plugin Guifications dalam synaptic lantas memasang dan mencubanya. Anda boleh memasang plugin ini dengan klik pada : pidgin-guifications . Pada tetingkap pidgin, pergi ke tools > plugins dan enablekan Guifications plugin dan klik pada butang Configure Plugin pada bahagian bawah tetingkap.

Apa yang menyeronokkan ialah anda boleh mengubah tema tetingkap popup. Untuk download tema sila ke laman ini. Semoga bermanfaat

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...