Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Wednesday, August 08, 2012

Left 4 Dead 2 lebih laju di Linux berbanding Windows :Valve

Pada peringkat permulaan Valve versi pemula cuma pada 6 FPS(frame per saat) meningkat kepada 315 FPS, lebih laju pada versi windows iaitu 270.6 FPS tetapi setelah digodek2 OpenGL oleh pasukan valve, mereka berjaya meningkatkan kepada 303.4 FPS .

Pasukan pengodek Valve meningkatkan prestasi Left4Dead dengan:

  1. Modifikasi dengan kernel
  2. Modifikasi dengan OpenGL
  3. Optimumkan grafik driver


Berikut merupakan spek :


Hardware
  • Intel Core i7 3930k
  • NVIDIA GeForce GTX 680
  • 32 GB RAM
Software
  • Windows 7 Service Pack 1 64-bit
  • Left 4 Dead 2
  • Ubuntu 12.04 32-bit
     

    sumber: http://blogs.valvesoftware.com/linux/faster-zombies/






Saturday, June 02, 2012

Pay What You Want( Bayar berapa yang anda suka) untuk Humble-indie-bundle 5


Humble-indie-bundle 5 di masukkan ke dalam Ubuntu Software Centre


Berita baik untuk gamers Ubuntu di luar sana, Humble-indie-bundle 5 adalah merupakan koleksi games untuk pelbagai platform OS(windows, Linux dan Macintosh), bebas DRM dan dicipta oleh pembangun indie. Yang menariknya ialah disamping kita membeli game ini, kita membantu menyumbang kepada badan amal kebajikan Child's Play(memberi game percuma kepada kanak-kanak sakit) dan Electronic Frontier Foundation(mempertahankan hak dalam dunia digital) Dan yang paling best adalah kita boleh tentukan sendiri berapa yang kita nak bayar kepada developers, charity dan humble-indie-bundle organizers.

Game yang boleh didapati di dalam Humble-indie-bundle 5 adalah Limbo(ada preview kat bawah), Psychonauts, Sword and Sworcery dan banyak lagi.

Cuma satu kekurangan yang dirasakan oleh ShimG adalah Humble-indie-bundle 5 bukanlah dalam kategori open source game. Namun berita baiknya : ia akan membantu indie game developer, pengguna Ubuntu, Canonical dan beberapa badan amal kebajikan yang lain.

Developer game daripada Malaysia yang mahu tahu lebih lanjut tentang memasukkan game mereka kedalam Ubuntu Software Centre boleh melawat developers site canonical, follow UbuntuAppDev di Twitter dan like App Developer di Facebook page. Siapa kata guna open source tak boleh buat duit?

Sinopsis Limbo yang di kopi, pes dan diterjemah kepada bahasa melayu.
Limbo adalah berbentuk puzzle, moden klasik, pemain mengawal seorang budak yang melalui perjalanan dalam dunia yang ganas dan mendebarkan. Detail dalam grafik 2D dan puzzle yang digarap dengan baik telah mendapat komen yang bagus dan popular di kalangan pengkritik. Ia dibangunkan oleh studio indie Playdead.
Nikmati preview game ini...


Sumber :
  1. http://www.humblebundle.com/?utm_source=ubuntu
  2. http://blog.canonical.com/2012/05/31/humble-indie-bundle-5-comes-to-the-ubuntu-software-centre/
  3. http://www.linuxuser.co.uk/news/humble-indie-bundle-coming-to-ubuntu/
  4. http://www.thevarguy.com/2012/06/01/ubuntu-game-selection-expands-with-humble-indie-bundle/



Sunday, July 24, 2011

Ulasan Game 0 A.D & Cara Pemasangan Dalam Ubuntu

Wildfire Games, an international group of volunteer game developers, proudly announces the release of "0 A.D. Alpha 6 Fortuna", the sixth alpha version of 0 A.D., a free, open-source game of ancient warfare.
Game 0 A.D merupakan sebuah projek sukarela daripada Wildfire Games dan apabila saya mencuba sendiri fasa alfa keenam game ini, boleh saya katakan game ini sangat 'menjanjikan sesuatu' apabila versi penuhnya dilancarkan nanti.

Saya mencuba game ini dalam laptop berkemampuan 1 Gb RAM dan berkepantasan 2.2 GHz Core 2 Duo yang pada saya sangat ketinggalan jika hendak dibandingan dengan komputer high end pada masa kini.


Pemasangan dalam Ubuntu

Buka terminal dan taipkan kata arahan berikut;
sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad && sudo apt-get update
sudo apt-get install 0ad 0ad-data
Proses pemasangan memerlukan anda memuatturun fail bersaiz kurang daripada 200MB (yang pada saya sangat kecil) dan game ini boleh didapati dalam aplikasi Games.


Dengan keupayaan laptop saya yang minima, saya mendapati game ini boleh dimain dengan lancar tanpa apa-apa gangguan prestasi yang ketara. Walaubagaimanapun, saya juga ingin mendengar prestasi permainan game ini dalam laptop yang lebih rendah spesifikasinya.

Sebelum saya terlupa, game ini juga boleh dicuba dalam sistem operasi Windows & Mac OSX.


IPB Image
IPB ImageIPB Image

Selamat mencuba.

Saturday, December 18, 2010

Game Oil Rush untuk linux bakal dilepaskan Mac 2011


Sekiranya anda pernah membaca artikel saya di OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul? , pastinya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui bilakah agaknya game ini akan dikeluarkan. Namun ubuntugamers.com mendedahkan yang game ini bakal dilepaskan sekitar suku pertama tahun 2011 iaitu pada bulan Mac dan berita ini pastinya membuatkan penantian ubuntu 11.04 Natty Narwhal menjadi lebih manis.

Anda boleh melihat screenshot menarik berkenaan game Oil Rush di http://oilrush-game.com/screenshots/. Semoga bermanfaat.

Wednesday, December 15, 2010

Humble Indie Bundle Kembali!

Setelah mengutip lebih $1 juta USD untuk edisi #1, Humble Indie Bundle kini kembali dengan versi #2 dan sehingga artikel ini ditulis, jualan yang telah terhasil ialah $332,599.08 USD!

Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan perisian permainan - Games! (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian perisian permainan bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat perisian permainan yang nilainya USD 85 jika dibeli secara berasingan.

Versi #2 ini , antara perisian permainan yang ditawarkan ialah seperti dalam screenshot di bawah;


Ok, berapa harga untuk kesemua perisian permainan di atas? Anda yang tentukan. Nilainya mungkin dari setinggi $1000 USD atau serendah $1 USD. Menarik bukan?


Selamat membeli dan menyumbang kepada badan kebajikan yang disediakan :)

Thursday, September 02, 2010

OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul?


Dalam dunia permainan komputer (game), sistem operasi berasaskan linux masih dianaktirikan kewujudannya dan game-game yang hebat hanya dibangunkan untuk sistem operasi Windows dan Mac OSX. Hal yang sama berlaku dalam sokongan perisian standard seperti Adobe dan sebagainya yang mereka tidak membangunkan perisian berkenaan untuk linux. Namun apa pula pandangan anda selepas menonton video promo diatas?


Game OilRush dibangunkan untuk Windows, Linux dan juga Playstation 3. Amat menarik untuk mengetahui bahawa ianya menyokong platform linux yang biasanya diketepikan. Namun usah melompat kesukaan terlebih dahulu kerana ada satu lagi faktor pembolehubah yang menentukan samada game ini akan boleh anda main apabila ia diterbitkan nanti - driver kad grafik! Sekiranya anda menggunakan driver kad grafik open source (Mesa / Trillium 3D), kemungkinan anda tidak dapat memainkan game ini dalam ubuntu kesukaan anda. Anda perlukan driver proprietary yang high performance untuk kad grafik anda!
[via : unixmen]

Tuesday, July 27, 2010

Sauerbraten, Game dalam Repo Ubuntu

via : atareao

Semalam saya try game Sauerbraten (camne nak sebut?) yang sebenarnya terdapat dalam repo ubuntu (saiz +/- 300MB) dan boleh dipasang dengan kata arahan :
sudo apt-get install sauerbraten
Game ni agak ringan berbanding yang disangka dan grafiknya agak cun jugak untuk saiz 300MB. Game ni berkonsepkan first-person shooter dan ala-ala Alien Arena (kalau korang pernah main la). Game ni tak lah gempak cuma bagus untuk dimainkan ketika tension.

Selamat mencuba.

Thursday, July 22, 2010

Kubrick untuk peminat rubik!

pe barang 3x3. 6x6 baru mencabar =P

Kepada peminat puzzle rubik, kubrick mungkin satu game yang perlu anda dicuba. Ianya boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center dengan kata kungci "kubrick" dan menggunakan antaramuka qt. Satu-satunya kekurangan kubrick ialah ianya tidak berputar secara 3D menyebabkan agak sukar untuk menyelesaikannya. Sekiranya anda ingin aplikasi rubik yang boleh berputar secara 3D, sila cuba GNUbik (juga boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center).

Nota : saya tak pandai main rubik.tq

Wednesday, June 16, 2010

5 Game windows berfungsi out-of-the-box menggunakan Wine dalam Ubuntu

Baru-baru ini saya menjalankan sedikit kaji selidik untuk mengetahui halangan pengguna komputer dari menggunakan ubuntu (sila sertai kaji selidik ini jika anda belum). Keputusan semasa menunjukkan 17% daripada peserta kaji selidik mengatakan ubuntu tidak mempunyai game best-best dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Hari ini, saya ingin perkenalkan 10 game windows yang dipasang ke dalam ubuntu menggunakan wine dan game tadi boleh dimain tanpa masalah (flawlessly and out of the box) tanpa apa-apa kofigurasi tambahan.

1.Guild Wars All Versions
Guild Wars is an episodic series of multiplayer online role-playing games created by ArenaNet, a Seattle game development studio and a subsidiary of the South Korean game publisher NCsoft.


2.Command & Conquer 3: Tiberium Wars 1.x
Command & Conquer 3 is a real-time strategy video game.


3.Counter-Strike: Source Retail / Steam
Counter-Strike: Source is the latest release of Counter-Strike, the planet's most popular squad-based Tactical Action FPS, where players co-operate as part of a team to achieve objectives.


4.Warcraft III The Frozen Throne: 1.x
Warcraft III: Reign of Chaos is the fourth game installment of the Warcraft story (including the expansion to Warcraft II, Beyond the Dark Portal). The Orcs and Humans continue to fight each other at their own peril according to a mysterious prophet.


5.Runes of Magic Official release
Runes of Magic is a MMORPG like WoW or GW free2Play.


Cukup sekadar 5 dan senarai semua game yang berfungsi sepenuhnya menggunakan wine dalam ubuntu ialah 1293 game. Sila klik disini untuk melihat senarai tersebut.

Monday, May 24, 2010

Pasang game Pacman dalam Ubuntu


Saya kira ramai yang telah melihat dan bermain game Pacman di Google.com pada 22 Mei lalu sempena sambutan 30 tahun Pacman yang pertama kali dikeluarkan di Jepun pada 22 Mei 1980. Oleh kerana ia mendapatan sambutan hangat diseluruh dunia, google kini telah menyediakan satu halaman khas kepada mereka yang ingin bermain game Pacman di http://www.google.com/pacman/.

Bagi pengguna ubuntu pula, selain daripada bermain di google, anda kini boleh game pacman dalam aplikasi desktop. Untuk memasangnya, buka terminal dan taipkan
sudo apt-get install pacman
Buka game ini di Applications > Games > Pacman.


Tapi bila saya main, rupanya main kat google lagi best. Kenapa agaknya?

UPDATE : Seorang rakan telah berkongsi game ini dalam bentuk swf. Saya telah upload fail berkenaan ke dalam Ubuntu One saya dan boleh diakses melalui URL berikut;


Enjoy =)

Wednesday, May 12, 2010

Humble Indie Bundle Mengutip Lebih USD1 Juta!

Screenshot disebelah merupakan statistik semasa (real-time) jumlah kutipan dana yang berjaya dipungut oleh Humble Indie Bundle.

Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan 4 game (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian game bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat 5 game yang nilainya USD80 jika dibeli secara berasingan.

Dengan nilai pembelian anda tersebut, pembeli boleh memilih untuk menyalurkan duit samada untuk pembangun game, kebajikan atau kedua-duanya.

Namun terdapat satu fakta yang telah dibuktikan melalui statistik diatas bahawa pengguna linux adalah penyumbang yang berani meletakkan harga paling tinggi untuk 5 game tersebut. Ianya diikuti oleh pengguna Mac OSX dan akhir sekali ialah pengguna windows. Adakah statistik ini menunjukkan secara solid bahawa pengguna Linux lebih memahami kebaikan apabila sesuatu perisian itu di open source kan?

Owh sebelum saya lupa, saya secara peribadi turut menjadi salah seorang pembeli kepada 5 game di tawarkan dengan harga USD4 (hehe...saving dowh).


Nota : Jangan mintak link download dengan aku sebab semua game ni automatik akan jadi free bila ia jadi open source.

Thursday, November 20, 2008

Boring dimusim hujan? Jom main gbrainy!

Musim hujan datang lagi. Saya di terengganu sememangnya cukup biasa dengan suasana ini. Hujan tanpa henti, paras air di sungai, paya, parit meningkat. Kanak-kanak kegirangan kesana kemari bermain air bah. Kalaulah masih kanak-kanak rasanya ingin gak join sekaki dua. Apakan daya umur dah meningkat, janggut dah melebat. Tak tergamak la pulak.

Altenatif? Saya suka duduk depan laptop dan bermain gbrainy. Tak ada grafik 3d, sound effect yang hebat. Hanya text dan gambar penuh makna.



Ada 3 kategori kuiz iaitu logic, calculation dan memory. Jika anda pernah mengambil mana-mana IQ test sebelum ini, anda tentunya sudah biasa dengan bentuk soalan yang ditanya. Sememangnya menguji tahap pemahaman, cara berfikir, dan IQ anda.



Sambil makang ubi kayu rebuh cicoh nyor, jom tajamkan IQ masing-masing dimusim hujan ini. Ahaks!

Sunday, September 14, 2008

Menyelesaikan konflik antara game dan compiz

Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu untuk sekian lama, terdapat beberapa waktu yang anda perasan ketika ingin bermain game, maka muncul kesan grafik yang tidak enak dilihat mata seperti black screen, distorted, atau game tersebut crash atau lembab. Keadaan ini adalah disebabkan oleh konflik antara grafik game dan compiz fusion. Penyelesaian bagi masalah ini mungkin terdapat dalam versi X.org yang akan datang tetapi tidak buat masa ini. Jadi kita perlu memikirkan sesuatu penyelesaian yang sesuai untuknya.

Oleh kerana game tersebut berkonflik dengan compiz, jadi kita ingin disablekan compiz ketika bermain game tersebut.Yelah tengah main game takkan nak ada efek compiz jugak kan. Nanti tak pasal-pasal keluar efek berapi walaupun anda tak melepaskan tembakan (hehe).

Penyelesaiannya cukup mudah dan saya suka untuk menjadikan artikel saya ini sebagai pemberi ilham kepada pengguna untuk menyelesaikan atau melakukan perkara yang lain.

1. Buka text editor (Applications > Accessories > Test Editor)

2.Taipkan;
#!bin/bash
metacity --replace &
game_name
compiz --replace
-Arahan "metacity --replace &" akan disablekan compiz dan mengantikannya dengan metacity.
-"game_name" seperti juga dalam terminal, arahan ini akan membuka game yang ditujukan.
-Apabila game ditutup, compiz akan mengambilalih metacity.

Simbol "&" membenarkan perisian lain run secara berurutan. Namun jika anda tidak meletakkan simbol "&" ini, game tak akan dirun kecualilah metacity stop.

3.Save fail tersebut dalam bentuk .sh (contoh.sh) dan ubah permission kepada executable (right click > properties > permission). Saya cadangkan script2 sebegini disave dalam folder khas untuk script supaya home folder anda lebih tersusun.

4.Cuba run script tadi dengan double click atau melalui terminal
./contoh.sh
Ubuntu linux membenarkan anda menjadi kreatif. Anda boleh ubah command untuk melancarkan game bagi game tertentu dalam senarai menu kepada link script tadi (ubah game_name kepada nama game yang ingin digunakan). Lihat imej berikut;



Anda takkan tahu sesuatu perkara sehinggalah anda mencubanya. Selamat mencuba.

Tuesday, September 02, 2008

Billard-GL : Game billiard 3D untuk ubuntu

Sambil-sambil menunggu waktu berbuka puasa, apa kata anda bermain game billard-GL, game billiard 3D untuk ubuntu. Game ini bagus buat mereka yang merindukan game pool dalam ym untuk windows. Oleh kerana yahoo malas nak bangunkan ym untuk linux, maka yahoo user yang menggunakan ubuntu terpaksa berputih mata untuk menggunakan features yang ada dalam ym untuk windows. Ok.Lupakan pasal windows.



Install.

Sila klik link berikut untuk install game ini dalam ubuntu: Billard-GL

Terdapat beberapa kekungci penting yang berbaloi diketahui terlebih dahulu jika anda berminat dengan game ini. Antaranya;
Tab : menukar view dan menghayun kayu
Arrow key dan mouse : Kombinasi kedua-duanya memudahkan anda melihat bola di atas meja.

Tidak seperti pool dalam yahoo games, billard-GL tidak mempunyai kayu pemukul (bendape ek nak panggil kayu tuh??). Jadi, agak susah untuk aim bola dan agak susah bola itu masuk kedalam lubang.



Paparan 3D billard-GL agak cantik dan kemas. Namun saya mendapati masalah grafik mungkin disebabkan oleh compiz fusion yang menganggu ketika menutup game ini. Apapun, masalah itu tidak menggangu konsentrasi anda bermain game. ENjoy!

Tuesday, July 01, 2008

Pertajam pemikiran logik dengan sudoku

Sudoku merupakan singkatan kepada 数字は独身に限る (Suuji wa dokushin ni kagiru) atau yang bermaksud "the digits must remain single". Ia turut dikenali dengan sebagai Number Place yang merupakan sejenis puzzle yang berasaskan pemikiran logik.
sendfile1.png


Game sudoku boleh didapati dalam ubuntu dan terinstall secara default. Akhir-akhir ini saya mengambil kesempatan menguji tahap pemikiran logik diri sendiri dengan menyahut cabaran sudoku.

Secara umum, objektif game sudoku ialah untuk mengisi tempat kosong agar setiap colomn, row, dan petak 3x3 hanya akan terisi dengan satu jenis nombor antara 1~9 (rujuk gambar diatas yang dihighlightkan). Cara bermain game ini agak simple tetapi penyelesaian tidak semestinya simple lebih-lebih lagi apabila anda tiba disuatu tahap untuk menganalisis setiap kebarangkalian yang boleh berlaku.

Saya menguji adik dan kakak saya untuk menyahut cabaran sudoku. Tanpa berfikir panjang mereka hanya mengisi nombor-nombor yang mereka rasakan sesuai dalam petak-petak tertentu agar isian pertama menepati kehendak game. Namun apabila mereka cuba menganalisis baris atau petak seterusnya, terus berlaku percanggahan.

Strategi yang selalu saya gunakan untuk menyelesaikan satu-satu game sudoku ialah teknik elimination dan what-if. Teknik elimination biasanya digunakan pada peringkat permulaan dan teknik what-if digunakan diwaktu kritikal. Apapun, jika anda bermain game sudoku dalam ubuntu, tedapat fungsi hint dan fill yang bakal memudahkan kerja-kerja menganalisis.

Kesimpulan saya, sudoku sangat menarik dan mengujakan untuk dicuba jika anda meminati bidang penyiasatan. Cubalah sahut cabaran sudoku hari ini!

Sunday, June 01, 2008

Secret Maryo Chronicles



Anda rasa boring dengan Ubuntu? Teringin nak main games macam orang lain. Nah, tak perlu lagi rasa begitu, Ubuntu juga mampu untuk memberi anda sedikit hiburan. Mesti anda tahu dan amat kenal dengan Super Mario. Permainan yang pernah singgah di TV rumah kita ( aku rasa ). Masih ada lagi keinginan nak main games ni. anda patut cuba clone mario yang terdapat dalam Ubuntu. Secret Maryo Chronicles, satu permainan yang akan mengisi masa yang ada di tangan anda. Mudah untuk mendapatkan, hanya perlu mendownload installer .deb dan klik-klik.

Download di sini :
http://www.getdeb.net/release.php?id=2630

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Thursday, February 21, 2008

Playonlinux : Install game dalam linux menjadi mudah

playonlinux-updatewindows.png
Baru-baru ini saya menerima email daripada seorang pembaca melayubuntu mencadangkan saya mengulas dan mengkaji tentang perisian playonlinux.Sebelum saya menerima email tersebut, ikhlas saya katakan saya tidak tahu menahu apa itu playonlinux.Untuk menulisnya, telah menjadi amalan saya untuk pergi ke website berkenaan, membaca dan mencuba sendiri apa itu playonlinux supaya ulasan saya nantinya tidak menjadi ulasan yang "kosong".

Playonlinux
Ok, apa itu Playonlinux?Masih ingat tentang ulasan saya tentang crossover dan wine?Playonlinux bertindak seumpama crossover iaitu menjadi alat untuk memudahkan pengguna linux menginstall game windows dengan lebih mudah dan kualiti installasi yang lebih stabil.

Installasi
Untuk Ubuntu, dalam website playonlinux kita akan mendapati telah diletakkan link untuk download package .deb.Hanya perlu double click untuk install.

Apa yang Playonlinux lakukan?
Selepas install dan proses update sedikit sebanyak, pertama sekali ialah playonlinux akan memeriksa samada WINE yang anda gunakan sudah mempunyai microsoft font atau tidak.Jika belum, playonlinux akan install microsoft font untuk anda dengan satu klik.Untuk pengetahuan, apabila kita ingin install game windows menggunakan WINE didalam linux, kita memerlukan microsoft font dan ianya satu keperluan yang wajib!

Kemudian, anda akan dibawa ke paparan urutan installasi game.Hanya perlu ikut urutan paparan demi paparan dan anda akan faham yang selebihnya apabila sampai pada peringkat itu.

Game yang disupport?
playonlinux-gamelist.png

Dalam screenshot diatas, sesudah anda pilih jenis game yang ingin diinstall dan klik butang install, anda akan diminta memasukkan CD installer atau file installer didalam komputer anda.Sama seperti apa yang crossover lakukan.

Seperti yang dapat anda saksikan dalam list, itu adalah game yang disupport secara default.Untuk mengatahui lebih banyak tentang game lain, sila klik disini.

Oleh kerana saya merupakan antara manusia yang boleh hidup tanpa game komputer menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk install apa-apa game melalui perisian playonlinux ini.Mengapa?Kerana saya tidak mempunyai sebarang cd game atau file installer bagi game untuk dicuba.Saya harap akan ada orang lain yang mencuba dan berkongsi ceritanya disini.Anyone?

Harap ulasan ini bermanfaat!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner



Saturday, February 16, 2008

Game : Alien Arena

Jika ada sesuatu yang perlu diperbaiki dalam ubuntu, ianya sudah tentu berkenaan dengan kebolehannya untuk bermain game
Pernah saya menulis begitu dalam artikel lalu berkenaan AssaultCube.Sebenarnya saya pernah mencuba satu lagi game iaitu Alien Arena dan ianya dapat dimainkan dalam komputer saya tanpa apa-apa masalah.

Cara Install Alien Arena kedalam Ubuntu?

Tersangat senang sesenang anda install game solitaire.Ini kerana Alien Arena berada didalam package ubuntu dan pengguna ubuntu boleh menginstallnya menggunakan Add/Remove Applications.

8AC7486B-6F13-4EFC-99D2-308FE6BD21AE.jpg


Apa itu Alien Arena?

Alien Arena adalah sebuah game berkongsepkan First-person Shooter(ala-ala counter strike).Kita boleh memilih samada bermain multiplayer secara online ataupun single player dengan bots komputer.

Sebenarnya saya tidak pandai mengulas tentang game.Namun bagi mereka-mereka yang merasakan akan kehilangan dunia game mereka apabila mereka berpindah dari windows ke ubuntu, sebenarnya anda silap.Ini adalah entry kedua saya tentang game dan masih ada banyak lagi game yang akan saya perkenalkan kepada pembaca melayubuntu.

Sunday, February 10, 2008

AssaultCube untuk Ubuntu

E31B5203-0307-4373-8C9A-79D6C7622194.jpg
Jika disana ada sesuatu yang perlu diperbaiki didalam ubuntu, ianya ialah kebolehannya untuk menjadi platform untuk bermain game.AssaultCube merupakan game bercorak first person shooter multi platform yang dengan senangnya boleh diinstall kedalam ubuntu.Namun hakikatnya ialah, game ini menjadi tersangat lembab apabila dimainkan didalam kotak ubuntu saya.

Hampir-hampir tidak bergerak dalam komputer sony vaio 512MB RAM dan 3.6GHz frekuensi adalah sesuatu yang sangat-sangat menimbulkan tanda tanya.Mungkin ia tidak menyokong Radion X300 sebagai grafik kad dan mungkin juga ia hanya boleh dimainkan didalam perisian seperti windows dan mac osx kerana game ini ialah multi platform.

Saya tidak mahu membuat kesimpulan awal mengatakan semua kotak ubuntu tidak boleh memainkan game ini dengan baik kerana ia hanya berlaku kepada komputer saya.Bagi yang ingin mencuba, sila pergi ke link berikut untuk mendownload fail .deb nya.

| AsaultCube.deb |

Filenya lebih kurang bersaiz 17MB sahaja dan mempunyai 2 file yang perlu didownload.Install file yang besar terlebih dahulu kemudian diikuti dengan file yang kecil.

Jika ianya berjaya dimainkan dengan jayanya didalam ubuntu anda, sila maklumkan kepada saya dan saya akan update entry ini.Tolong ya!

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...