Mengapa idea ini timbul.
1.Saya ingin membina satu tapak yang sesuai yang bakal menjadi pusat kepada rujukan ubuntu dalam bahasa melayu. Selama ini rujukan yang ada terpisah dan pengguna baru terkial-kial mencari maklumat seperti apa itu terminal, apa itu nautilus, apa itu pidgin dan sebagainya. Sistem blog yang memaparkan entri terkini pada page paling hadapan dan konsep ini tidak begitu sesuai untuk pusat rujukan seperti yang saya maksudkan. Pengguna ubuntu yang baru masih lagi terkial-kial mencari maklumat atau mungkin penyelesaian yang diingini dalam proses pembiasaan diri dalam ubuntu.
2.Saya fikir pengguna ubuntu memerlukan satu rujukan yang praktikal, boleh dibaca tanpa perlu membuka komputer dengan penerangan yang ringkas, huraian yang padat disertakan dengan gambar dan screenshot secara detail.
3.Terdapat command-command tertentu yang sangat berguna tetapi sangat sukar untuk diingati lebih-lebih lagi kepada mereka yang fobia. Keperluan untuk mewujudkan satu asas rujukan yang boleh dicapai ketika waktu diperlukan adalah sesuatu yang pasti.
4.Setiap kali saya fresh install ubuntu, setiap kali itulah saya mencari kembali (walaupun saya sendiri yang menulisnya dalam blog ini) beberapa maklumat tertentu supaya ubuntu saya itu lebih mudah digunakan. Ini berlaku kerana maklumat tersebut agak detail dan spesifik dan mustahil untuk diingati.
Konsep Buku Praktikal Ubuntu
1.Ianya berkongsepkan buku manual yang menyediakan maklumat yang praktikal tentang ubuntu untuk kegunaan komputer peribadi (bukan untuk server).
2.Saya bercadang menggunakan layout landscape secara mendatar dalam kuantiti muka surat = 100~200pg.
3.Kurangkan text, banyakkan penerangan bergambar dan screenshot. Text hanya berfungsi untuk menerangkan definisi, huraian asas, dan penerangan gambar. Kertas yang digunakan untuk buku ini semuanya berwarna dan menggunakan kertas yang berkualiti.
4.Maklumat disusun mengikut garis masa (timeline) mengikut aturan berikut;
Pengenalan ubuntu---Cara install---Cara setup internet & install driver---Apa perlu dilakukan selepas install---Penerangan sistem ubuntu---Tips&Tricks---Masalah biasa dan penyelesaian---Index,Rujukan,Penutup.
5.Buku yang dipasarkan akan disertakan dengan sekeping CD ubuntu (Intel,AMD/32,64bit)
Tujuan entri ini
Seperti yang nyatakan sebelum ini (ubuntu bukan agenda peribadi tetapi komuniti), saya masih memerlukan bantuan daripada pembaca supaya plan yang dirancang bukan sekadar ala-kadar, tetapi setelah dibuat kajian yang detail dan spesifik. Apa yang saya ingin pembaca respon;
1.Jika sesuatu seperti ini terhasil dan anda terserempak dengannya dipasaran (kedai buku etc), adakah anda akan membelinya. (saya yakin harganya lebih murah dari sekeping CD album mawi dan jauh lebih murah dari ebook cara dapat duit dari internet).
2.Adakah saya perlu mencari publisher (tak publish sendiri) dan bagaimana untuk proceed ke proses tersebut?
3.Terdapatkah dikalangan pembaca yang ingin menjadi partner? Saya memerlukan beberapa orang yang berpengetahuan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk projek ini.
4.Adakah konsep yang saya cadangkan diatas mempunyai kecacatan, tidak elok, atau ada cadangan yang lagi segar dan menarik?
5.Untuk tujuan printing, apakah bentuk file yang standard?
UPDATE : PDF - settled.
Komen
Dalam imaginasi saya buat ketika ini, saya sudah dapat membayangkan bentuk dan konsep buku yang bakal terhasil. Saya perlukan buku tersebut untuk rujukan peribadi. Saya banyak membaca ebook tentang ubuntu dan kebanyakkannya menerangkan perkara yang tidak perlu atau terlalu detail dan susah untuk difahami. Saya inginkan sesuatu yang mudah faham, praktikal, bergambar, kertas yang berkualiti (supaya tahan lama) dan boleh dicapai ketika diperlukan. Saya harap pembaca blog ini dapat beri respon samada melalui email, komen, YM dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!