Showing posts with label setup internet. Show all posts
Showing posts with label setup internet. Show all posts

Saturday, December 04, 2010

Pengetahuan asas tentang BROADBAND, WIMAX dan YES dalam Ubuntu

Internet telah berubah daripada 'aksesori tambahan' menjadi 'barang keperluan' kepada kehidupan moden kini dan saya suka kalau kerajaan menetapkan harga syiling bagi tarif untuk setiap Megabyte data yang dibekalkan kepada pengguna meskipun ianya bukan dalam kategori bahan mentah!

Err.. Ok, terus ke topik perbincangan.

Bagi pengguna ubuntu, sebelum anda subscribe kepada mana-mana ISP dalam bentuk apa sekalipun, anda pastinya dan saya menasihatkan anda memikirkan adakah produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perkhidmatan internet itu boleh digunakan dalam Ubuntu. Tidak semua produk ini dibangunkan dengan memikirkan bahawa terdapat pengguna yang menggunakan sistem operasi ubuntu yang berminat untuk melanggan produk mereka.

Lalu bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau tidak terdedah kepada maklumat sebegini biasanya mereka akan melanggan sesuatu produk itu terlebih dahulu kemudian memenuhkan topik di forum tentang bagaimanakah untuk menggunakan internet tersebut dalam ubuntu. Memikirkan kemungkinan ini, saya menulis topik ini untuk menolong pengguna ubuntu yang masih baru supaya dapat membekalkan mereka pengetahuan asas yang diperlukan sebelum memilih mana-mana produk perkhidmatan internet di pasaran.

Pembekal Produk Internet di Malaysia dan Ubuntu

Streamyx oleh TM

Menggunakan streamyx dalam ubuntu memang sangat mudah. Berdasarkan pengalaman saya, juruteknik TM yang datang memasang streamyx di rumah pelanggan akan menyiapkan semuanya dan pelanggan hanya perlu cucuk ayar LAN ke komputer dan internet terus boleh digunakan. Pelanggan juga dibekalkan dengan maklumat SSID dan kata laluan WEP sekiranya ingin menggunakan internet secara Wifi.

Unifi oleh TM

Saya tidak mempunyai pengalaman membuat ulasan. Tetapi saya rasa ianya sama seperti produk streamyx.

Broadband Maxis, Celcom dan Digi

Berdasarkan pengamatan saya, ketiga-tiga syarikat telco ini menawarkan produk yang hampir sama antara satu sama lain dari beberapa segi dan konsep. Apabila pelanggan berdaftar dengan salah satu dari syarikat di atas, pelanggan dibekalkan dengan kad sim dan modem yang hampir sama dari segi model dan bentuk. Mengikut pengalaman saya, modem yang dibekalkan samada oleh Maxis, Celcom mahupun Digi akan dikesan secara automatik sebaik sahaja ianya disambungkan ke komputer Ubuntu.

Pengguna hanya perlu klik pada ikon network manager dan proses seterusnya hanyalah mengikut arahan diatas skrin komputer.

P1 WIMAX

Wimax menawarkan 2 konsep iaitu modem wifi dan modem broadband mudah alih. Bagi pengguna ubuntu, modem wifi P1 Wimax juga menyamai konsep streamyx. Selepas pelanggan berdaftar dengan P1, pelanggan akan dibekalkan dengan satu modem wifi P1. 1 Jam selepas pendaftaran, pengguna boleh pasangkan modem tersebut, ON kan selepas beberapa ketika pengguna boleh sambungkan modem ke komputer samada menggunakan wayar LAN atau melalui Wifi. Maklumat SSID dan kata laluan WEP adalah tertulis pada modem wifi berkenaan.

YES 4G.

YES 4G adalah produk yang baru sahaja memasuki pasaran. Tidak ada SIM adalah kelemahan utama produk ini kerana ia menandakan semuanya terbina didalam device yang dibekalkan. Pengguna tidak ada pilihan lain kecuali membeli device yang dikeluarkan oleh syarikat YES. Adakah device tersebut mempunyai driver dalam linux masih lagi satu misteri.

Namun sekiranya YES mempunyai modem wifi yang bersifat seperti pesaingnya iaitu P1, kemungkinan untuk ianya boleh digunakan dalam ubuntu adalah besar.

Network Card, Wifi Card, Wifi USB Modem.. ETC

Sekiranya komputer anda memiliki network card, wifi card dan modem yang disokong oleh ubuntu, maka anda tidak mempunyai sebab untuk risau tentang kebolehan ubuntu untuk akses kepada internet.

Kernel linux kini biasanya menyokong kebanyakkan network card komputer. Ini bermakna pengguna boleh terus menggunakan internet (network) dengan hanya menyambungkan wayar LAN ke komputer.

Wifi Card, Wifi USB Modem juga biasanya disokong oleh kernel linux dalam ubuntu. Sekiranya driver bagi hardware berkenaan bukan dalam kategori sumber terbuka, pengguna boleh melayari laman web pengeluar hardware berkenaan untuk mendapatkan driver kemudian memasangnya ke dalam ubuntu. Namun harus diingat, setiap kali kernel dikemaskini, anda harus memasang kembali driver tadi untuk menggunakan hardware tersebut.

Semoga bermanfaat.

Sunday, July 06, 2008

Akses ke celcom broadband menggunakan modem Huawei E220 dalam ubuntu : Versi Berjaya

Tulisan saya terdahulu mengenai perkara ini sudah menjadi public interest yang kurang manis rasanya berlalu tanpa apa-apa perjelasan atau penyelesaian. Terima kasih atas pelbagai cadangan, andaian definisi dan teori yang menjuruskan kepada artikel kedua dari saya, memaklumkan saya telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang diperlukan?
  • Modem Huawei E220 (Vodafone)
  • Sim card celcom broadband (yang telah didaftarkan)
  • Sebuah komputer/laptop menggunakan ubuntu
  • Masa selama beberapa saat/minit


Cara-cara
1.Buka Terminal dan masukkan command;
sudo gedit /etc/wvdial.conf

(Masukkan password jika diminta)

2.Aplikasi gedit akan muncul dan masukkan text berikut;
huawei4.png


Save dan tutup.

3.Cucuk modem huawei E220 kepada komputer.

4.Restart!

5.Selesai login kedalam ubuntu kembali, buka terminal dan taipkan;
sudo wvdial

(masukkan password)
huawei3.png

Jika paparan seperti diatas muncul bermakna anda telah berjaya akses ke internet melalui celcom broadband.

Perlu hati-hati
1.Setiap kali anda alihkan modem dari komputer kemudian cucuk kembali, apabila anda cuba untuk connect anda akan mendapat error
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
Cara selesaikan : restart ubuntu anda dan ulang dari asal!
Penerangan : Saya dapati device (ttyUSB*) -- yang mana * adalah pembolehubah yang berubah-ubah setiap kali modem disambungan ke komputer yang sedang ON. Oleh kerana kita telah tetapkan modem huawei = ttyUSB0 sebagai default dalam wvdial.conf, perubahan padanya menyebabkan pengguna tidak dapat connect dan keluar error diatas.

2.Jika anda membuka firefox(selepas koneksi diatas berjaya) dan mendapati Firefox dalam Offline Mode, sila pergi ke File > Uncheck Work Offline. Ini membolehkan anda browse laman web menggunakan firefox.

3.Dalam artikel sebelum ini, sebab mengapa saya tidak dapat connect ialah kerana tiada code "Stupid Mode = 1" dalam wvdial.conf. Apabila saya masukkan code ini dan cuba untuk connect, semuanya berjalan lancar. Unsur GPRS dan 3G yang mempengaruhi code-code serasanya tidak ada. Hanya kesilapan teknikal.

Saya masih dalam proses eksperimen dalam perkara ini. Diharap ada pengguna yang mendapat manfaat dari artikel ini.

Sunday, May 18, 2008

Setup Streamyx pada Ubuntu (MyDungun.net)

Ok, saya ingin berikan 100% kredit untuk artikel ini kepada en_lanun yang menulisnya dalam forum di mydungun.net. Saya rasakan ianya bermakna untuk dipaparkan disini supaya dapat dijadikan panduan untuk pengguna ubuntu yang menggunakan khidmat streamyx untuk access kepada internet. Cara-caranya;

1.Pergi ke Application - Accessories - Terminal (buka terminal) dan masukkan command berikut;
sudo pppoeconf
dan tekan Enter. (Setiap kali masukkan command, tekan enter untuk menjalankannya - basic)

2.Proses pengesanan(scanning) bermula;



3.Terminal akan memaparkan notis berikut dan tekan Enter (untuk memilih yes/no - pilih yes!)



4.Continue with configuration? Pilih yes!



5.Popular Options - Yes!



6.Masukkan username anda (USERNAME@streamyx) - pilih ok (guna butang anak panah pada keyboard) - Enter!



7.Masukkan kata laluan (password) - pilih ok - Enter!



8.Kemudian anda dimaklumkan untuk menyimpan DNS Ip Adress. Pilih yes/no (pilih yes!) kemudian tekan Enter.



9.Seterusnya pilih yes - tekan Enter!



10.Proses konfigurasi telah berjaya - pilih yes kemudian tekan Enter untuk membuat sambungan internet secara automatik setiap kali komputer dipasang/dihidupkan. (Tidak perlu ulang step-step ini setiap kali anda buka komputer).



11.Pilih yes dan tekan Enter untuk membuat sambungan internet dengan segera.



12.Proses terakhir. Pilih OK kemudian tekan Enter.



13.Kemudian terminal akan memaparkan mesej berikut;
plugin rp-pppoe.so loaded.
Untuk melihat dengan lebih detail tentang maklumat penyambungan internet anda, taip kata arahan berikut;
plog


dan terminal akan memaparkan maklumat penyambungan internet anda.

15.Buka firefox dan Enjoy your streamyx (err...)


Artikel Asal - Klik SINI.

p/s : Saya menanti sumbangan artikel untuk setup internet secara wireless, dial-up dan sebagainya untuk dikongsi dengan pembaca blog ini. Saya akan bagi 100% kredit untuk anda!

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...