Testimoni Pengguna Ubuntu

Berikut merupakan testimoni pengguna ubuntu dalam versi tidak diedit. Sila rujuk entry ini : http://melayubuntu.blogspot.com/2010/06/perhatian-pengguna-ubuntu-sila-tuliskan.html

1.
Kalau guna internet kat Ubuntu ni laju skit daripada guna kat windows. Lagi satu aku bebas melayari internet tanpa gangguan malware, "tupperware", "underwear", dan sewaktu dengannya...Kalau surf internet kat Windows risau jugak keselamatan PC. Yela, Windows ni kan umpama "tingkap" yang mudah dipecahkan "penyamun"... :D
2.
sebelum guna ubuntu mmg ada macam-macam pandangan negatif kerana mungkin ia agak janggal bagi pengguna kat malaysia khususnya. FAV yg sering ada kt kepala saya sebelum mengguna ubuntu adalah, apa yg perlu kita buat selepas install ? jangan risau kerana ada banyak tutorial yg dibuat khusus utk newbie cam saya 4 eg mcm kt blog ini dan banyak lagi yg boleh ditonton melalui youtube. so jangan risau bagi anda yang baru ingin mencuba kerana ada ramai rakan-rakan di luar sana yang sedia membantu anda.
3.
guna ubuntu adalah yang terbaik setakat ni bagi aku coz mesra pengguna..kalau diikutkan dari pengalaman,sebenarnya ubuntu banyak memberi kita sesuatu yang baru.dari segi penggunaan pun rasanya ubuntu lebih memberi kepuasan berbanding windows kecualilah kalau kita ni seorang yang malas untuk menggunakan cik google. aku x der la pandai sangat pakai ubuntu ,baru setahun jagung jugak, but aku puas hati pakai ubuntu coz sekarang ubuntu sudah menjadi salah satu linux yang mesra pengguna.so, harap kepada pengguna baru linux cam aku, x kira apa jer linux yang korang pakai.jangan takut-takut coz ketakutan korang leh wat korang x dapat rasai nikmat menggunakan sesuatu yang lebih canggih,bagi aku la..senang cakap linux ni leh kata os korang sendiri.kui3...aku pun masih mentah lagi dalam linux terutama ubuntu, tapi yang penting janagn malas mencari..kepada mereka yang nak blaja ubuntu boleh cari per jer kat melayubuntu ni coz bagi aku melayubuntu adalah blog terbaik tentang perkembangan n tutorial ubuntu.
4.
Saya mengikuti Ubuntu sejak dari awal penubuhan ubuntu itu sendiri. Cd ubuntu yang pertama saya telah dapatkan. Memang masa ubuntu diperkenalkan, memang tidak ramai mengetahuinya. Namun ubuntu sebenarnya adalah distro yang mempunyai komuniti yang besar. BIla komuniti besar, maka sokongan terhadap pengguna adalah dari pelbagai komuniti itu sendiri. Jika sesuatu komuniti gagal, komuniti lain mungkin akan membantu. Ubuntu ni sebenarnya mengingatkan saya kepada perpaduan. Mungkin 5 tahun akan datang, ubuntu ni seperti distribusi linux yang paling berjaya menimbulkan impak kepada dunia OS desktop. Maaf jika saya katakan server untuk Ubuntu masih lemah berbanding *BSD, redhat, Centos dan suse serta UNIX yang lain.
5.
Bila hati sudah suka semua indah saja. Itu yg dapat dikatakan. Ubuntu mmg baik, lebih baik dari tetingkap$ tu. laptop aku tak pakai ttingkap$ dah lama. 100% ubuntu. bahkan telah ada rakan sejemaah yang telah menggunakan 100% ubuntu pada laptopnya. blog melayubuntu banyak membantu. taihen arigatou. ayuh! beranilah berubah.
6.
Salam.. saya dah biasa menggunakan ubuntu hampir 1 tahun. dan skarang menggunakan dual boot. saya masih lagi newbie n masih cetek pengetahuan. just saya kecewa bila saya menggunakan 10.04 Lucid, Dell 1525 saya xleh online internet. then saya xtahu cmner nak set Win 7 sbg 1st choice dalam dual boot,. boleh bantu saya?

Berkenaan ngn pengalaman, ya. saya suka ubuntu cuz free(sudah tentu) dan interfacenya menarik. next, smuanya sudah tersedia. xperlu install driver, xperlu install office cuz semuanya dah tersedia :)
7.
salam

ubuntu tak ada lah susah sangat nak guna. melalui pengalaman penggunaan pelbagai distro linux, ubuntu antara paling mudah untuk digunakan. Support yang begitu luas. Kewujudan seperti ubuntuforums banyak membantu pengguna yang baru mahupun yang lama menyelesaikan masalah berkaitan ubuntu.

Bagi pengguna yang baru nak berjinak-jinak dengan linux, permulaan dengan ubuntu adalah yang terbaik.

Ubuntu tak susah pun nak digunakan, cuma jangan takut untuk explore sendiri. Jika terdapat masalah, cuba google dulu masalah yang dihadapi.

Penggunaan linux juga membuatkan kita lebih banyak berdikari, lebih banyak mencari ilmu. Bagi pencinta ilmu dan yang ingin berdikari boleh cuba linux. Ubuntu yang utamanya.

Bagi pengguna yang mengatakan Ubuntu tak best, Windows lagi best, itu lah ini lah. Itu pendapat anda. Pilihan ditangan anda. Jika anda katakan ubuntu tidak perfect, Windows juga tidak perfect. Tak ada yang perfect. Ubuntu banyak bugs, Windows juga tidak lepas daripada pelbagai bugs.

Ok. Pilihan ditangan anda. :). Masa untuk bertukar!
8.
walaupun baru guna, tak sampai 4 bulan. but its totally AWESOME!
no more blue screen, rarely hang, smooth movement and everything looks great!
SERIOUSLY.

but, hati perlu sabar meneroka. thats it.
9.
saya start guna ubuntu 9.04 untuk server, desktop dan UNR. sebelum tu saya pernah guna (setakat user je) sabayon dan opensuse Untuk desktop dan UNR saya dah guna 9.10 dan 10.04. anak saya yg berusia 3 tahun dah pun saya hadiahkan notebook lama dan diisi dengan edubuntu. Peningkatan dari segi kepenggunaannya mmg sgt banyak dan semakin memudahkan. tapi bila dah start add program, lama-kelamaan pc makin slow. sama gak penyakit dengan Tetingkap. saya dah guna janitor untuk clean system tapi sama gak. lain-lain tiada masalah sgt, tapi kena rajin la membaca dan search forum.
10.
hmm nak share tapi bkan ubuntu la... aku guna lubuntu dah masuk 3 hari... tapi dual boot ngan tetingkap la.. entah pasal apa aku asyik boot lubuntu ja... dah 3 hari x masuk tetingkap..
hahaha... ni baru pakai lubuntu kalu aku pakai ubuntu x tau la camna...
^_^
11.
dah seminggu rasanya pakai ubuntu 10.04. setakat ni mmg terbaik berbanding versi yg dulu. byk perubahan telah dibuat utk memudahkan pengguna. tutorial pun banyak dalam internet. kalau ada masalah mudah nak cari penyelesaian. cuma kena sabar sikit la.
12.
Saya belum upgred lagi ke 10.04...cuma pngalaman guna Ubuntu ni.. pasal grapic kad je..jenuh kena google n msuk forum nak cari info ttg ATI..tpi semua dh support bila masuk versi 9.04..tak tahu lah kot2 ada lagi user yg bmasalah ttg ATI...
13,
saya menggunakan ubuntu selama sebulan.. dalam sebulan ini byk yang saya pelajari berbanding windows.. cuba bayangkan saya menggunakan windows daripada darjah 2 sehingga sekarang..tetapi masih lagi tidak pernah mencuba command prompt. ubuntu mengajar saya menggunakan terminal untuk download and install apps. saya berasa seronok dan menganggap ia sesuatu benda yang baru untuk digunakan. ubuntu juga mengajar saya berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. saya mengakses pelbagai maklumat di internet semata-mata untuk mencari music player alternative untuk ubuntu.
jika linux tidak boleh bermain games, saya tidak kisah kerana saya sudah ada psp.. x sesuai sebenarnya bermain games dalam laptop..
14.
Best Ubuntu Nih WoW!!!!diperkenalkan juga oleh sorang teman cambest.....malu kat budak sekolah menengah tuh nyer pasal,lagih aku yang dah tua2 nih ntah apa2 ubuntu nih pun tak tahu+tak paham.....aku pun try lah pas budak tu cakap dia order cd free jer datang dari netherland...aku cakap gila mangkuk mana nak bagi cd free kat ngko pos jauh lagi tuh...dan dengan tak percayanya,aku try order sendiri,WALLAMAK...Sampai depan pintu rumah aku posmen ketuk pintu hulur cakap ada barang dari netherland....haduish...try akh pasang2,best lah memang takder masalah....cumanya perlu jugka lagih guna dual boot ngan windows.....sekarang aku sendiri dah bergelar separuh pakar dah guna ubuntu nih...dah pandai akh ajar2 orang install inside windows,guna live cd,dan totally install side by side ngan windows...cuma masih perlu banyak belajar macam contoh nak guna internet pakai broadband,mula2 install ubuntu tak dapat detect wireless,wired connection...ada sapa2 bleh bagi info2 untuk memula first install ubuntu stand alone tanpa windows nak dapatkan wired dan wireless detect cemana tak???bab tuh jer aku masih haru biru tak gheti2 lagih...zulmalc,tulong samer2 awok ganu nih weih......
15.
apa yang seronok mengenai ubuntu ni...saya langsung tak perlu risau dgn antivirus..yerla..mcm kat 'jendela'..kena install antivirus..tu pun nak kena ada yg original..klu tak ori pun..tpaksa masuk kat tenet surf pirate nyer software..pastu nak kena update..kena2 plak antivirus yg tak besh..senang2 jer virus/spyware masuk kat pc kita..;agi satu..klu nak install software kat 'jendela' tu..nak kena ada keygen la..trial la..nak copy n paste crack dier la..menyusahkan betul~ pastu..'jendela' sll la hang..sikit2 CRTL+ALT+DEL..pastu respond sll lembab..isk isk isk....kesimpulannya..ubuntu adalah terbaik kerna masa,tenaga,wang saya tidak terjejas..heeh!~
16.
mula minat ubuntu ni sejak hardy heron lagi..sbb tengok compiz fusion dalam surat khabar..
tapi masa tu belum bertukar ke ubuntu sebab tak dapat nak download

tapi tetap berusaha utk tukar ke ubuntu..dan saya minta cd daripada canonical..akhirnya saya bertukar ke ubuntu 9.10

tapi terdapat kekurangan iaitu sambungan modem broadband masa di 9.10..
sekarang, bila tukar pada lucid lynx..semuanya lengkap..saya guna ubuntu sepenuhnya..dan tengan mencuba distro2 yg lain juga macam OshiriX..

17.
Saya sudah mengikuti Ubuntu sejak versi 6.04. Sejak dari versi itu hingga kini (10.04), banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Sekarang sudah seminggu saya gunakannya secara dual-boot. Itupun sebab beberapa software penting yang hanya boleh digunakan di Windows. Kemajuan Ubuntu dari satu versi ke satu versi memang banyak dan cepat. Tapi masih tertinggal di belakang Windows dan MacOS. Cuma saya percaya, masa depan Ubuntu sangat cerah. Kalau anda guna sekarang, anda akan jadi pakar pada masa akan datang.

18.
Salam,

7 bulan yang lalu, aku membaca ruangan soal jawab di dalam Majalah PC tentang Ubuntu. Bermula dari situ aku berminat untuk mencuba. Aku belajar bertatih bersendirian tanpa bimbingan. Pelbagai kutukan dan kritikan dari pengguna Tingkap tatkala aku mula meperkenalkan Ubuntu pada mereka. Namun, aku tidak patah semangat... Berkat kesabaran dan kesungguhan,tanpa mengenal erti jemu, kini.... Lucid Lynx menjadi teman karibku..
Sudah ada 2 3 orang yang sudah mengikut jejak langkah... yang lain tu... tak mau susah-susah katanya... Susah ke?

19.
Sebenarnya dah lama saya intai nak guna ubuntu, tapi kerisauan yang bermain di benak fikiran saya ialah driver. Maklumlah, cd driver untuk laptop saya hanya untuk os Windows Xp saja, kalau masukkan ubuntu, macam mana nak jalan laptop ni. So sebab alasan tu saya batalkan sahaja hasrat untuk masukkan ubuntu, lebih-lebih lagi masa tu tengah gila dota. Sampai lah bulan Januari baru ni, kebetulan line internet tengah laju, so tangan gatal nak download ubuntu dan masa tu pun dah bersara dari dunia dota. Lepas dah siap download, burn dalam cd lepas tu try dalam windows (tak install). Memang mengejutkan, interface cantik, tak perlu driver. Tak fikir dua kali terus install. Sampai hari ni guna, terus dah tak pandang Windows. Dah tak perlu install word processor, pdf viewer, music player, semua dah ada.

20.
salam....

terima kasih kepada windows sbb buat ak bertukar ke ubuntu...hahaha....
bile pkai windows, biase la bdk2 universiti, xsah kalu pendrive xde virus nak2 bile tukar2 external nak amek muvie baru...so, hang, bluescreen, byk virus, sllu kene format, kdg2 laptop jadi bengong 2 dah biase dah...mcm lumrah hidup dah...sejak 2 sy cuba untuk cari alternative lain kepada windows...mac or linux???mac mahal, maintenance tggi, jadi ak pilih ubuntu...
mula2 skali sejak pkai ubuntu, mmg susah sesusah mula2 pkai windows dulu...
terminal, repo, coding2, mcm ne nk install software sume xtau...dah try buat research, cari kt google, blog dan mcm2 lagi tp lebih byk xdpt dari dpt...
bermula dengan cuba2 ubuntu pakai VMware, kemudian dual boot sampai la jadi default OS mengantikn windows dan sekarang mmbuang terus windows dari laptop nie...HAHAHA...
buat masa nie mmg xde mslh yg xdpt diselesai kan...terima kasih kepada otai2 melayubuntu yg bnyk mmbantu dan mmberi idea untuk mencantik kn lagi ubuntu ni...
kepada yg masih berjinak2 tu, byk kn lah bertanya dan mmbuat research..xrugi belaja ubuntu malah dpt byk kelebihan daripada windows...

try search dekat youtube, blog2 ubuntu untuk melihat-lihat interface ubuntu...mmg cantik! windows kalau nk buat boleh menangis sebab xckup RAM...HAHAHA

21.
Aku mula gunakan linux dalam setahun yg lepas. First, saje nak cuba2, install la OS Kubuntu (adik beradik Ubuntu jugak). Memang best, sebab lawa.. kemudian aku cuba beralih ke Ubuntu..masa guna Ubuntu, aku terkejut sebab boleh gunakan printer tanpa langsung install sebarang driver..jadi aku pun start bljr2 guna linux ni.. satu hari aku terbaca tentang LinuxMint (adik beradik ubuntu yg jauh sikit banding dgn Kubuntu)..sampai skrg aku guna LinuxMint tapi kdg2 rasa nak balik ke ubuntu sebab ada antara function Ubuntu yg tak ada kat LinuxMint.. Tp aku still guna LinuxMint sebab bile install, aku dah tak pyh install apa2 untuk dgr lagu & tgk movie..

22.
Assalamualaikum wrt. wbt.

Mula guna Ubuntu sejak tahun 2007. Tertarik untuk menggunakannya sebab tengok Desktop Effect yang awesome!
Sehingga lani masih guna Ubuntu sebagai OS kedua selepas Mac OS X, untuk uji dan kaji...Yang paling penting dah masukkan dalam silibus Kelab Komputer di sekolah untuk students dan teachers.
MalayUbuntu antara mentor dalam dunia Ubuntu...terima kasih.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...