Showing posts with label ubuntu malaysia. Show all posts
Showing posts with label ubuntu malaysia. Show all posts

Thursday, October 30, 2008

Ubuntu@iPT : 78% Setuju untuk diteruskan

Saya membuka satu pungutan suara selepas program sulong di kolej shahputra pada 25 Ogos lalu dan selepas 65 hari pada hari ini, 230 orang responden telah mengambil bahagian. Keputusannya adalah seperti berikut;



Seperti yang dapat anda lihat pada rajah, 180 responden atau 78% bersetuju supaya program ubuntu@ipt itu diteruskan . Manakala responden yang tidak bersetuju pula hanya 8orang atau 3% dari keseluruhan. Ini dengan sesungguhnya mengambarkan hasrat hati yang solid dari penggunjung blog melayubuntu supaya program ubuntu@ipt diteruskan aktivitinya dimasa-masa akan datang.

Apa yang harus dilakukan selepas ini?

Saya memikirkan bahawa penetapan fokus merupakan antara perkara paling penting dalam menentukan halatuju destinasi sesuatu program. Oleh kerana itu saya secara peribadi ingin mencadangkan program ubuntu@ipt harus fokus kepada penggunaan ubuntu sebagai penyelesaian desktop kepada pelajar ipt. Penyelesaian desktop yang saya maksudkan ialah penggunaan ubuntu sebagai sistem operasi kepada komputer peribadi pelajar-pelajar ipt.

Selepas fokus, saya memikirkan tentang bagaimana untuk kita (komuniti ubuntu malaysia) dapat menganjurkan program ubuntu@ipt di ipt. Kita memerlukan peserta, memerlukan kewangan, memerlukan komitmen, memerlukan gerak kerja yang tersusun dan kesemuanya itu harus diselaraskan dan dipusatkan dibawah satu pengurusan yang disandarkan kepada komuniti ubuntu malaysia.

Sebenarnya, anda yang sekarang ini sedang belajar di ipt merupakan duta-duta kecil komuniti ubuntu malaysia dan anda adalah kunci kepada sesuatu program ubuntu@ipt ditempat pengajian anda. Saya mengandaikan anda ialah seorang pengguna ubuntu biasa dan ingin menganjurkan promosi ubuntu [mungkin dalam bentuk promosi biasa, bengkel, talk etc] ditempat anda belajar dengan menjemput otai-otai dari komuniti ubuntu malaysia. Apa yang harus anda lakukan? Disinilah peranan komuniti. Dengan modul yang telah ditetapkan dan disesuaikan dengan program, ahli komuniti yang berdekatan dengan ipt tadi boleh menyertai program tersebut dan menjayakannya hingga keakhir program. Dengan kata lain - ianya program yang dijana oleh ahli komuniti itu sendiri.

Perancangan setiap program dan urusan pengurusan ahli komuniti boleh dibincang bersama saya dan kemudiannya saya akan umumkan dalam blog ini. Dalam pengumuman tersebut saya mungkin akan meminta ahli komuniti yang tinggal berdekatan dengan lokasi program supaya turun membantu menjayakan program tersebut.

Namun ini adalah rancangan saya yang keseorangan. Oleh kerana ia dijana oleh komuniti, tidak ada maknanya semua ini jika komuniti itu sendiri tidak bersetuju dan tidak berkongsi idea. Oleh itu saya benar-benar inginkan respon dan idea dari pengguna ubuntu itu sendiri dan jika anda ingin bertanya siapakah yang layak digelar ahli komuniti ubuntu malaysia saya ingin menjawab dengan tegas - setiap pengguna ubuntu (samada dual boot, wubi clean-install), anda semua ialah ahli komuniti!

Langkah kedua selepas ini ialah merancang bagaimanakah untuk menguruskan ahli komuniti ubuntu malaysia. Mungkin otai-otai dalam ubuntu malaysia sudah mengumpulkan 80 nama lebih kurang tetapi saya tidak mengetahui bentuk pengurusan keahlian tersebut. Adakah hanya nama yang diambil atau disana benar-benar ada satu jenis pengurusan yang cekap berkenaan ahli ubuntu malaysia. Insyaallah saya akan bincangkan kesemuanya ini ketika bertemu dengan otai-otai ubuntu malaysia pada FOSS.MY nanti. Saya harap dapat bertemu anda disana.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...