Showing posts with label audio. Show all posts
Showing posts with label audio. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Tip Pantas : Rekod internal audio dalam ubuntu

Merekod external audio bukan sesuatu yang sukar dalam ubuntu kerana kita mempunyai aplikasi seperti Sound Recorder yang terpasang secara default dalam ubuntu dan juga Audacity yang lebih banyak fungsi termasuk mengedit video. Bagaimana pula dengan internal audio? Contohnya, anda memainkan flash audio pada firefox dan anda tertarik pada audio tersebut. Bagaimana untuk merekod audio tersebut?

Langkah-langkah;

1.Pasang "pavucontrol" menggunakan ubuntu software center.
2.Buka Pulseaudio Volume Control (dalam menu aplikasi pada sound & video)
3.Buka Sound Recorder.
4.Klik pada tab Recording pada Pulseaudio Volume Control dan pastikan ia telah memilih Application.
5.Ketika ini, pada Sound Recorder, klik pada butang Record Sound. Serentak dengan itu, anda boleh melihat Pulseaudio Volume Control pada tab Recording tadi akan mengesan aplikasi yang sedang membuat aktiviti recording.
6.Pada Pulseaudio Volume Control tadi (dalam tab Recording) Klik pada Internal Audio Stereo dan tukarkannya pada Monitor of Internal Audio Analog Stereo.
7.Pada ketika ini, Sound Recorder sedang merekod internal audio komputer anda.


Tip ini juga berkesan jika anda menggunakan audacity yang saya rasa lebih praktikal kerana ia mampu membuat editasi terhadap audio yang anda rekod.

Selamat mencuba.

Sunday, June 06, 2010

Fungsi Last.fm di Ubuntu Guna Clementine

Last.fm merupakan satu platform sosial, membolehkan anda berkongsi dengan rakan – rakan akan lagu kegemaran anda. Kongsi maksudnya disini ialah kongsi anda suka lagu apa, berapa banyak anda dah dengar lagu sesuatu lagu, dan sebagainya. Ia turut akan mencadangkan lagu – lagu yang berkaitan. Sebagai contohnya, aku dengan lagu Metallica, so Last.fm akan cadangkan juga dengar lagu Megadeth. Kalau anda dengar lagu KRU, dicadangkan juga dengar lagu Indigo. Jika anda dah bosan dengar lagu yang ada dalam koleksi, anda boleh dengar pelbagai channel radio yang terdapat dalam Last.fm.

Okay, cukup introduction. Aplikasi audio yang paling saya suka di Ubuntu ialah Clementine. Pada mulanya saya suka guna Rhythm Box, pastu ke Banshe, then tukar ke Amarok (tak pakai sebab output error), then paling last Clementine. Sebab guna clementine adalah kerana integrasi antara Clementine dan Last.fm sangat memuaskan. Selain streaming lagu kegemaran di profile last.fm saya dengan mudah, ia juga ada satu button "Favorite" song. Tidak seperti di audio player yang lain.

Semua lagu yang anda dengar di Clementine akan muncul di profail last.fm anda...seperti screenshot di bawah.

xx


Berikut pula screenshot untuk clementine.



Perhatikan, No 1 adalah button untuk favorite track, manakala no 2 adalah lagu anda sedang di "stream" ke profile anda. Semua lagu ini akan muncul di profile anda seperti screenshot di atas.


So, marilah kita sertai Last.fm dan guna audio player clementine...hehe...BTW, last.fm ada juga di windows dan mac.


Profile last.fm saya
Download Clementine

Sekian.

damhamaza
Penulis sambilan di Melayubuntu.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...