Showing posts with label software. Show all posts
Showing posts with label software. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Memasang Elementary Music App BeatBox Dalam Ubuntu 11.04 : Ringan, Laju & Terbaik


Terlalu banyak music player diluar sana yang boleh dicuba dalam ubuntu. Antaranya Rthymbox, Banshee, Minitunes, Clementine, DeadBeef, Miro dan pelbagai lagi. Kita mungkin mempunyai terlalu banyak pilihan. Namun siapakah yang akan memberitahu kita music player yang mana yang terbaik?

Cuba sendiri!
sudo add-apt-repository ppa:elementaryart/elementarydesktop
sudo add-apt-repository ppa:sgringwe/beatbox
sudo apt-get update
sudo apt-get install beatbox
Apabila saya mencuba BeatBox, sebenarnya saya kagum dengan kepantasannya scan semua fail-fail music saya yang tidak kurang daripada 10GB.

Ianya mempunyai interface yang simple, ringan, dan menarik, segalanya yang boleh anda harapkan daripada pembangun Elementary. Sekiranya anda memerlukan music player yang sederhana dan tidak terlalu complicated, BeatBox adalah pilihan terbaik yang kita anda tanpa ragu.

Selamat mencuba.

Wednesday, July 06, 2011

Menggantikan apt-get dengan apt-fast untuk kepantasan


Pengetahuan spesifik tentang apt-get dan aplikasinya adalah esklusif kepada pengguna linux debian. Pengguna ubuntu biasanya menggunakan kata arahan apt-get untuk memuatturun paket-paket program daripada pelayan yang ditetapkan untuk proses samada pemasangan perisian (apt-get install), kemaskini (apt-get update) mahupun naiktaraf (apt-get upgrade).

Namun sekiranya proses apt-get tersebut tidak cukup pantas bagi sambungan internet anda, pengguna ubuntu sebenarnya mempunyai satu lagi altenatif yang berbaloi untuk dicuba iaitu apt-fast. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna haruslah melalui proses berikut;

1) Pasang pakej Axel
sudo apt-get install axel
2)Masukkan kata arahan berikut seterusnya
sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net
sudo apt-get update
sudo apt-get install apt-fast
Selesai pemasangan ini, barulah pengguna boleh menggunakan apt-fast untuk proses memuatturun paket-paket perisian daripada pelayan.

Sunday, June 26, 2011

Sync Dokumen Antara Google Doc & LibreOffice Menggunakan Addon OOO2GD


Sekiranya anda pengguna Google Doc dan pada masa yang sama inginkan keselesaan perisian pejabat LibreOffice, OOO2GD adalah addon yang membantu anda sync dokumen antara kedua-dua perisian online & offline tersebut.

Pemasangan addon ini ke dalam ubuntu boleh dilakukan berpandukan artikel rujukan saya di : http://www.webupd8.org/2011/06/libreoffice-google-docs-sync-addon.html

Selamat mencuba!

Monday, June 06, 2011

Menemui Webian Shell : Konsep Pengganti Desktop Oleh Mozilla Lab


Konsep browser sebagai pengganti desktop adalah sesuatu yang sedang diusahakan selama ini oleh gergasi internet iaitu Google melalui Chrome OS manakala kita juga tidak lupa kepada Jolicloud yang menawarkan konsep berasaskan awan. Kini pemain baru muncul dengan sesuatu yang dinamakan Webian Shell dan ianya adalah dari Mozilla Lab, unit R&D kepada pembangun pelayar web Firefox.

Namun begitu, seandainya  Chrome OS adalah sistem operasi kepada sesebuah komputer, webian shell setakat ini hanya merupakan sebuah perisian yang dipasang di atas sesuatu sistem operasi dan ianya tidak mempunyai fungsi untuk mengawal apa-apa pada level hardware seperti mengawal bunyi, network, batery dan sebagainya. Dengan kata lain, webian shell hanyalah sebuah pelayar web berskrin penuh.

Webian Shell memaparkan blog melayubuntu

Sekiranya anda berminat untuk mencuba webian shell ini, ianya boleh dipasang ke dalam mana-mana sistem operasi termasuk Windows, Mac OSX dan juga Ubuntu Linux. Fail pemasangan boleh dimuatturun di : http://webian.org/shell/download/

Nikmati video berikut oleh pasukan Mozilla Lab berkenaan Webian Shell.



Semoga bermanfaat.

Friday, May 27, 2011

Tatacara memasang perisian Miro 4.0 dalam Ubuntu 11.04


Miro telah berkembang menjadi perisian multimedia sumber terbuka dan multi platform paling versatile pernah dibangunkan dan kini telah mencapai versi 4.0 yang membawakan ciri-ciri yang mengiurkan kepada pengguna.

PPA rasmi bagi Miro 4.0 telah disiapkan untuk ubuntu 11.04 dan pengguna Natty Narwhal boleh terus memasangnya melalui tatacara berikut.

Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut satu persatu
sudo add-apt-repository ppa:pcf/miro-releases
sudo apt-get update
sudo apt-get install miro
Selain daripada ciri-ciri serta fungsi sedia ada yang mengagumkan, Miro 4.0 membawakan fungsi sokongan untuk sync muzik terus ke dalam telefon pintar Android. Insyaallah di kesempatan yang lain saya akan mengulas berkenaan fungsi ini.

Sunday, April 17, 2011

Memasang Minitube 1.4.x & Minitunes 0.1.x Dalam Ubuntu

Flavio Tordini, pembangun di sebalik aplikasi Minitube dan Minitunes wajar diberi pujian atas kedua-dua aplikasi yang dihasilkannya untuk komuniti kerana kedua-dua aplikasi tersebut ternyata sangat berguna, menampilkan kelainan, dan sangat menarik untuk dicuba.

Minitube 1.4.x

Sebelum ini saya pernah mengulas berkenaan aplikasi minitube. Hari ini izinkan saya mengulas terlebih dalam mengenainya dan ciri serta fungsinya.

Memasang Minitube 1.4.x dalam ubuntu

Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut;
sudo apt-get apt-add-repository ppa:neversfelde/minitube
sudo apt-get update
sudo apt-get install minitube
antaramuka minitube yang kemas

senarai video dikategorikan kepada 3  - most relevant, most recent, most viewed

fungsi muatturun video

Antara ciri dan fungsi minitube ialah;
- pencarian berasaskan keyword dan juga channel
- fungsi muatturun dengan 1 klik
- ringan
- pilihan kualiti video 360p, 480p, 720p, 1080p
- minitube akan memainkan video secara automatik dalam senarai satu persatu

Minitunes 0.1.x
Minitunes merupakan satu lagi pemain muzik yang menampilkan ciri-ciri antaramuka yang bersih dan kemas.

Memasang Minitunes dalam ubuntu

Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut;
sudo apt-add-repository ppa:ferramroberto/minitunes
sudo apt-get update
sudo apt-get install minitunes
antaramuka minitunes



Antara fungsi dan ciri minitunes
- memapakan koleksi muzik mengikut gambar artis, kaver album dan folder
- fungsi info setiap artis
- memaparkan lirik pada info
- ringan dan kemas

Sokongan platform sistem operasi
Untuk pengetahuan pembaca, kedua-dua aplikasi turut boleh dipasang dalam sistem operasi lain termasuk Mac OSX dan juga Windows. Anda boleh terus ke website Tlavio Tordini untuk memuatturun installer bagi kedua-dua aplikasi.

Semoga bermanfaat!

Wednesday, March 02, 2011

Scrivener untuk Linux! Perisian berbayar kini mengintai pasaran pengguna linux?


Petang tadi saya terbaca artikel di OMGUbuntu! tentang satu aplikasi yang saya pernah guna ketika menggunakan Mac OSX satu ketika dahulu iaitu Scrivener! Scrivener ialah satu aplikasi 'word processing' khas untuk penulis yang selama ini secara tradisinya hanya dibangunkan untuk sistem operasi Mac OSX.

Namun tradisi itu tidak lagi dipertahankan apabila pembangun Scrivener mula membangunkan dan telah mengeluarkan versi beta pertama bagi aplikasi ini untuk dicuba secara percuma oleh pengguna sistem operasi berasaskan Linux dan Windows!

Sekiranya anda ingin mencuba aplikasi ini dalam ubuntu, ikut panduan berikut;

1) Muat turun Scrivener versi Linux di sini : http://literatureandlatte.com/scrivenerforwindows/
2) Extract fail bernama 'LiteratureAndLatte' ke dalam Home folder
3) Buka terminal dan taipkan;
sudo mv LiteratureAndLatte /usr/local/
4) Untuk melancarkan aplikasi ini, buka file manager dan pergi ke file system - usr - local - LiteratureAndLatte - bin , kemudian double klik pada fail Scrivener

Saya tidak mahu berbicara panjang mengenai aplikasi Scrivener ini kerana anda pastinya akan memahami dengan lebih mendalam berkenaan fungsi aplikasi ini ketika mencubanya sendiri.

Apa yang pasti, di saat penguasaan pasaran (market share) penggunaan linux semakin melebar, kita dapat memerhatikan semakin banyak perisian berbayar atau percuma yang dibangunkan untuk linux.

Sebagai pengguna ubuntu sepenuhnya, saya melihat perkembangan ini dengan amat positif dan berharap pengguna yang lain juga mendapat tempias kebaikan dari perkembangan ini.

Wednesday, December 22, 2010

Idea pasukan Elementary - Wingpanel


Sekiranya anda pembaca tegar OMGUbuntu, pasti anda terbaca sesuatu berkenaan Wingpanel, altenatif gnome-panel yang menjanjikan penggunaan ruang vertikal yang lebih minimalis.

Idea seperti wingpanel ini selain dapat keluar dari konsep Mac OSX, ianya juga dapat menggantikan gnome-panel yang selama ini sentiasa mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan.

Sekiranya anda masih kabur tentang wingpanel, sila saksikan video di bawah;

 

Pembangunan Wingpanel masih lagi dalam giat dijalankan dan kod Wingpanel masih lagi tidak begitu stabil dan serasi dengan sistem ubuntu yang sedia ada. Apabila munculnya Wingpanel yang stabil, saya akan tulis mengenai cara pemasangannya.

Wednesday, November 24, 2010

Convert AudioVideo melalui program FFMPEG


GUI untuk ffmpeg

Sinthgunt 2.0.3 adalah merupakan converter digital bagi audio dan video kepada 100 format lain. Lebih kurang sama dengan winFF.



Ciri-ciri:

  1. Graphic User Interface(GUI)
  2. 100 pre-configured conversion setting
  3. 100% Sumber terbuka tidak perlu bayar-bayar apa. Free as in lunch not beer.....eheheh


Cara-cara install:

  1. Pastikan sudah ada perisian ffmpeg dalam Ubuntu anda.
  2. Jika belum install guna pakcik sudo
  3. sudo apt-get install ffmpeg subversion
  4. Selepas itu, dapatkan fail deb di http://code.google.com/p/sinthgunt/downloads/list
  5. Klik 2 kali fail tersebut
  6. Siap!!! untuk convert kepada mana-mana jenis fail yang anda suka.


Sunday, September 26, 2010

Mencantumkan dokumen PDF dan imej dengan mudah menggunakan Couturier

Diinspirasikan oleh iCombiner untuk Mac OSX, Couturier adalah satu aplikasi untuk linux yang berfungsi untuk mencantumkan dokumen PDF dan Imej ke dalam satu dokumen yang boleh dilindungi oleh kata laluan yang ditetapkan oleh penciptanya.

Cara penggunaannya semudah ABC, drag & drop fail PDF dan imej ke dalam Couturier, tentukan susunan dokumen tersebut dengan drag & drop, masukkan kata laluan (sekiranya anda ingin melindungi dokumen anda), kemudian klik butang Combine.

Memasang dalam Ubuntu

Pergi ke laman Couturier dan muatturun fail .deb dan double click padanya untuk meneruskan proses pemasangan. Kemudian, menunya boleh didapati dalam Applications - Office - Couturier.

Video cara penggunaan.


Selamat mencuba.

Wednesday, September 22, 2010

Bricscad™ V10 untuk Linux Dilepaskan : Altenatif AutoCAD untuk Linux

image dari : webupd8.org

Syarikat Bricsys adalah pembangun pertama yang mengambil inisiatif membangunkan perisian CAD berasaskan .dwg, Bricscad untuk sistem operasi linux seperti ubuntu, fedora dan opensuse. Meskipun perisian ini bukanlah perisian percuma mahupun open source, namun untuk sebuah platform yang sekian lama menantikan altenatif kepada perisian berbayar seperti AutoCAD merupakan satu berita yang cukup mengembirakan.

Dari segi harga pula, berbanding dengan AutoCAD yang harga permulaanya sahaja mencecah USD4000++, Bricscad hanya mengenakan harga 275 USD (promotion untuk versi Linux) yang mana ianya harga yang cukup rendah dan berbaloi untuk dicuba.

Sekiranya anda masih ragu-ragu , Bricscad boleh dicuba selama 30 hari tempoh percubaan dengan hanya perlu memuatturun fail DEB, RPM atau TAR.GZ (untuk versi linux yang setara).

Thursday, September 16, 2010

Pasang Firefox 4.0 Beta 7 dalam Ubuntu Lucid/Maverick


Wow. Saya merupakan pengguna Google Chrome dan saya ada sebab mengapa saya guna pelayar web Google Chrome. Namun pada hari ini saya ingin mengucapkan, Chrome, maaf..aku terpaksa berlaku curang kali ini!
Maaf ku tak bisa, memilih dirimu..
Kerna ku terhanyut..mencintai dia..
Segalanya kerana saya telah mencuba Firefox 4.0 Beta 7. Yup, ianya masih beta namun mengagumkan!

Memasang dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Masukkan kata arahan berikut ke terminal
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install firefox-4.0
Selesai proses pemasangan, ianya boleh dilancar melalui menu Applications - Internet - Minefield 4.0 Web Browser.

Saya telah menulis tentang ciri baru yang telahpun diperkenalkan dalam versi beta ini dan apa yang lebih mengagumkan ialah kepantasan, penggunaan memori yang minimal (lebih baik dari chrome), dan keupayaan untuk menjalankan fungsi sesuatu laman web tanpa masalah (saya mempunyai pengalaman yang kurang baik bersama chrome).

Saya cadangkan anda mencuba Firefox 4.0 terbaru ini walaupun ianya masih beta dan respon apa perubahan yang anda rasa. Pastinya ia sesuatu yang sangat berbaloi untuk dicuba :)

Tuesday, September 14, 2010

Memasang Scribus (Perisian Desktop Publishing) 1.5.0.svn dalam ubuntu lucid/maverick


Scribus merupakan perisian Desktop Publishing seperti Adobe Indesign, Microsoft Publisher atau juga Page Maker dan dibezakan dengan methadologi pembangunananya iaitu sumber terbuka dan bukannya bersifat pemilikan (proprietary). Dalam dunia ubuntu, scribus digunakan secara meluas dan antara yang paling terkenal ialah penghasilan Majalah Full Circle yang telah mencapai edisi ke-40 bulan lepas. Baru-baru ini Mark Shuttleworth menulis didalam blognya tentang pakej scribus dalam ppa ubuntu yang mana versi stabilnya tidak up-to-date dengan versi stabil dan versi pembangunan semasa sedangkan Canonical sendiri bergantung kepada aplikasi Scribus untuk menghasilkan flyer, brochure dan seumpamanya.

Inisiatif Mark Shuttleworth tersebut telah mewujudkan satu PPA yang mengandungi pakej Scribus versi paling terkini dan stabil yang boleh digunakan oleh semua pengguna ubuntu. Untuk memasangnya, sila masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal;
sudo apt-add-repository ppa:scribus/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install scribus-trunk
Selepas pemasangan selesai, anda boleh menggunakan Scribus dengan melancarkannya melalui menu Graphics.

Secara peribadi, saya merasakan Scribus dari PPA ini sememangnya stabil dan belum menemui apa-apa pepijat dalam penghasilan dokumen percubaan seperti dalam screenshot diatas. Sekiranya anda mencari pengganti Adobe Indesign atau Microsoft Publisher dalam ubuntu, Scribus adalah jawapannya. Gandingan bersama dengan Inkscape dan semuanya mungkin memenuhi cita rasa dokumen yang anda hasilkan. Selamat mencuba.

Saturday, August 28, 2010

10 Aplikasi kegemaran saya dalam ubuntu

Kehidupan saya dibahagikan kepada 2 - kehidupan digital & kehidupan analog. Rasanya ramai pembaca kat sini yang turut mengamalkan 2 corak kehidupan sebegini. Kehidupan analog saya mungkin tidak begitu menarik. Aplikasi wajib ialah pakaian, telefon bimbit, wallet, kungci-kungci dan seumpamanya. Boring bukan? Sebaliknya, kehidupan digital saya agak menarik untuk dikongsi bersama dan saya harap pembaca yang lain juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam ruangan komen :)

10 aplikasi kegemaran dalam ubuntu
  1. Google Chrome : Saya sudah lama meninggalkan firefox untuk menggunakan Google Chrome. Namun saya masih menunggu munculnya Firefox 4 yang saya rasa mungkin menyebabkan saya kembali menggunakan firefox.
  2. Gwibber : Yup, anda mungkin sukakannya, atau mungkin bertukar ke aplikasi lain seperti Pino, Yoono, dan sebagainya. Namun saya masih menggunakan gwibber yang pada saya berfungsi seperti yang saya inginkan. (Masih menunggu fungsi-fungsi tambahan untuk berfungsi seperti yang sepatutnya).
  3. Docky : Docky merupakan app launcher yang elegant dan cukup versatile. Ianya simple, kemas, tersusun dan dilengkapi dengan docklet yang senang untuk diurus dan menyokong penuh gaya kehidupan digital saya.
  4. Terminal : Sebagai pengguna ubuntu, saya mengakui yang saya tidak boleh hidup bebas secara digital tanpa menggunakan terminal. Saya biasanya menggunakan terminal untuk apt-get update, apt-add-repository, apt-get install, wget -c, killall, apt-get remove, apt-get autoremove, apt-get clean, cd, mv, cp, aptitude show, dan sebagainya. (masukkan kata arahan "history" untuk mengetahui kata arahan yang selalu anda gunakan dalam terminal).
  5.  Rhythmbox : Owh, kadangkala saya menggunakan Banshee tapi akhir-akhir ni saya kerap menggunakan rhythmbox untuk mendengar lagu.
  6. Inkscape : Eh, macam mana inkscape jatuh nombor 6? Sebenarnya akhir-akhir ni agak jarang berkarya. Namun inkscape masih aplikasi wajib yang mesti ada dalam mesin ubuntu saya. Ianya aplikasi vektor grafik yang sangat hebat!
  7. OpenOffice.org : Sebenarnya saya agak jarang menaip dalam OpenOffice.org ni. Mungkin sebab tak ada apa nak taip pun. Saya update blog secara terus menggunakan blog editor yang lebih mudah nak urus html. Apapun OpenOffice.org masih aplikasi wajib. Ia boleh membuka fail Microsoft Office (doc, docx) dan boleh simpan hasil kerja juga ke dalam format yang boleh dibaca oleh Microsoft Office. Tak mahal pun, free jer app ni.
  8. Thunderbird : Saya tidak menggunakan Evolution untuk menguruskan email saya kerana saya peminat thunderbird. Saya sangat kagum dengan evolusi thunderbird berbanding evolution itu sendiri dalam bab setup akaun email. Thunderbird hanya minta alamat email dan password kemudian yang lain akan dikesan secara automatik (server pop, imap bla bla saper nak hafal?)
  9. Shutter : Aplikasi mengambil screenshot yang mempunyai pelbagai fungsi. Saya agak tidak suka satu perkara iaitu ia akan loading screenshot2 yang terdahulu setiap kali dilancar. Fungsi yang lain sangat memudahkan dan canggih!
  10. Empathy : Menduduki no. 10 kerana akhir-akhir ni saya jarang berchatting. Sorry yer kalau tak reply korang tegur. Dok depan komputer macam biskut akhir-akhir ni. Banyak benda nak buat.hehe..
Tanpa 10 aplikasi ini, kehidupan digital saya tidak mungkin lengkap. Lagi satu perkara, ELEKTRIKINTERNET adalah "roh" dalam dunia digital saya. Manakala dunia analog saya biarlah kekal rahsia. Anda pula  bagaimana?

Thursday, August 19, 2010

Memasang Inkscape 0.48 ke dalam ubuntu lucid lynx


Kelihatannya aplikasi reka grafik illustrator kegemaran saya telah menerbitkan versi terbarunya iaitu versi 0.48 (walaupun saya menggunakannya sejak alpha lagi). Inkscape 0.48 menawarkan beberapa perubahan terutama sekali dari segi interface (rujuk screenshot) dan beberapa lagi ciri yang dihighlightkan oleh pembangun inkscape iaitu;
  • multipath editing
  • improved text tool: subscript, superscript, numerical input for text kerning, tracking and more
  • new Airbrush tool
  • LaTeX export with PDF/PS/EPS
  • JessyInk extension to create presentations
  • numerous bugfixes
Apapun versi 0.48 ini sekiranya anda perasan kitarannya agak pendek berbanding versi yang terdahulu dan ini adalah kerana pihak pembangun inkscape ingin memperkenalkan teknologi baru yang dibangunkan dengan kerjasama projek Google Summer of Code (GSoC).

Memasang ke dalam ubuntu lucid lynx
sudo add-apt-repository ppa:ferramroberto/linuxfreedomlucid
sudo apt-get update && sudo apt-get install inkscape
Sekiranya anda sudah mempunyai inkscape terpasang sebelum ini, sila kemaskini inkscape!

Inkscape dan Saya

Untuk pengetahuan anda yang berminat, saya menggunakan inkscape dalam banyak perkara. Percaya atau tidak, kesemua Tshirt Ubuntu yang saya jual kepada komuniti adalah di design menggunakan inkscape. Logo melayubuntu juga menggunakan inkscape. Selepas membuat sesuatu design, anda boleh save hasil kerja anda kepada SVG dan fail SVG boleh dibuka oleh Adobe Illustrator didalam Windows.

Anda juga boleh export bitmap hasil kerja anda kepada fail PNG untuk tujuan preview mahupun kegunaan lain. Fail SVG tadi juga boleh di export ke aplikasi GIMP untuk di edit dan sebagainya.

Kesimpulannya, saya memang cadangkan aplikasi inkscape ini untuk dipasang dalam komputer anda kerana ia sangat berguna kepada pengguna komputer. Selamat mencuba :)

Wednesday, August 18, 2010

Memasang Docky + Stacks melalui bzr


Saya cukup tidak sabar untuk mencuba fungsi stacks pada docky. Untuk makluman, fungsi stacks akan dicantumkan ke dalam docky dalam versi 2.1 tetapi kita tidak tahu bilakah ianya akan dikeluarkan, dan versi pembangunan docky sekalipun masih belum memasukkan fungsi ini.

Apa itu stacks? Sekiranya anda biasa mengikuti perkembangan dunia sistem operasi terutamanya Mac OSX, stacks merupakan satu fungsi dinamik pada dock yang mula diperkenalkan untuk versi Mac OSX Leopard memudahkan penggunakan komputer mencapai fail-fail di dalam folder tanpa perlu membuka file browser seperti finder (dalam mac osx) atau nautilus (dalam ubuntu) sekaligus ia menjimatkan banyak masa berserta cara penggunaannya yang interaktif memberikan pengalaman penggunaan yang cukup mengujakan.

Memasang docky + stacks dalam ubuntu lucid lynx.

Cara pemasangan yang akan saya tunjukkan ini adalah agak berbeza dengan apa yang selalu saya tunjukkan sebelum ini. Sekiranya anda blurr, sila tanyakan dalam ruangan komen;

1.Pasang apa yang diperlukan terlebih dahulu. Copypaste command berikut ke dalam terminal;
sudo add-apt-repository ppa:docky-core/ppa
sudo apt-get update 
sudo apt-get install automake bzr mono-gmcs libmono-cairo2.0-cil gtk-sharp2 libndesk-dbus-glib1.0-cil libndesk-dbus1.0-cil libgnome-vfs2.0-cil libgtk2.0-dev libtool intltool gnome-sharp2 ca-certificates gnome-desktop-sharp2 libgconf2-dev monodevelop-nunit libnotify0.4-cil gtk-sharp2-gapi libmono-getoptions2.0-cil
sudo apt-get install bzr libgio2.0-cil-dev
sudo apt-get build-dep docky
2.Kemudian masukkan command berikut pula;
bzr branch lp:~psybers/docky/stacks
cd stacks
./autogen.sh
./configure --prefix=/usr
make && sudo make install
3.Siap! (Sekiranya ketika compile tidak ada error yang keluar)

4.Lancarkan docky dan buka Docky Settings. Pergi ke tab Docklets dan aktifkan docklets Bookmarks. Cun. Folder utama akan muncul pada docky dan klik pada mana-mana folder tersebut. Anda mendapati sesuatu seperti dalam screenshot diatas. Anda juga boleh drag mana-mana folder ke docky dan ianya akan menjadi stack!

Uninstall
Untuk membuang docky + stacks, buka terminal dan taipkan;
cd stacks
sudo make uninstall
Saya nasihatkan anda tidak delete folder stacks selepas pemasangan untuk tujuan uninstall.
Selamat mencuba.
[via : omgubuntu dengan sedikit pengubahsuaian]

Tuesday, August 17, 2010

Tip Pantas : Rekod internal audio dalam ubuntu

Merekod external audio bukan sesuatu yang sukar dalam ubuntu kerana kita mempunyai aplikasi seperti Sound Recorder yang terpasang secara default dalam ubuntu dan juga Audacity yang lebih banyak fungsi termasuk mengedit video. Bagaimana pula dengan internal audio? Contohnya, anda memainkan flash audio pada firefox dan anda tertarik pada audio tersebut. Bagaimana untuk merekod audio tersebut?

Langkah-langkah;

1.Pasang "pavucontrol" menggunakan ubuntu software center.
2.Buka Pulseaudio Volume Control (dalam menu aplikasi pada sound & video)
3.Buka Sound Recorder.
4.Klik pada tab Recording pada Pulseaudio Volume Control dan pastikan ia telah memilih Application.
5.Ketika ini, pada Sound Recorder, klik pada butang Record Sound. Serentak dengan itu, anda boleh melihat Pulseaudio Volume Control pada tab Recording tadi akan mengesan aplikasi yang sedang membuat aktiviti recording.
6.Pada Pulseaudio Volume Control tadi (dalam tab Recording) Klik pada Internal Audio Stereo dan tukarkannya pada Monitor of Internal Audio Analog Stereo.
7.Pada ketika ini, Sound Recorder sedang merekod internal audio komputer anda.


Tip ini juga berkesan jika anda menggunakan audacity yang saya rasa lebih praktikal kerana ia mampu membuat editasi terhadap audio yang anda rekod.

Selamat mencuba.

Friday, August 13, 2010

Gwibber 2.31.5 membawakan sokongan Google Buzz [Screenshot]


Namun setelah mencubanya, Gwibber masih gagal mengemaskini akaun Google Buzz milik saya tidak seperti yang diwar-warkan dan ini adalah sifat turun temurun gwibber yang agak kurang memberansangkan. Sepatutnya gwibber sebagai aplikasi penting dalam ubuntu wajar bukan sahaja setakat menyokong Google Buzz malah menyokong fungsi upload ke twipic dan seumpamanya namun semua itu kelihatan masih jauh dari menjadi kenyataan. Sekiranya ia menjadi kenyataan pun, adakah ia bakal berfungsi seperti yang diwar-warkan?

Dengan reputasi sebegitu rupa, dibawah merupakan mockup kepada gwibber dimasa akan datang.

Sekiranya anda masih berminat mencuba gwibber 2.31.5 sila muatturun di sini [link]

Wednesday, August 11, 2010

Bersama ubuntu dalam menghayati Ramadhan Kareem


[Artikel tahun lepas yang dikemaskini]
Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer.

Zekr.

Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya.

Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr.


Pakej ttf-me-quran : Klik disini.

Minbar.



Perisian memperingati waktu sembahyang untuk linux ini sangat sesuai untuk pengguna ubuntu yang muslim. Ikhlas saya katakan, jika rumah anda berada dalam lingkungan 0.5~1km dari masjid, anda mungkin tidak begitu memerlukan perisian ini kecualilah jika rumah anda dapat menyerap bunyi dari luar. Namun jika rumah anda jauh dari masjid dan anda pun seorang geek yang agak berjaya, sila pasang perisian ini dan pastikan ia run setiap kali ubuntu dihidupkan. Geek pun geek jugak, solat jangan lupa beb!

Install minbar bagi pengguna ubuntu : Klik minbar.

UPDATE
Saya dapati, minbar gagal menetapkan waktu solat yang tepat jika anda memilih lokasi secara automatik. Untuk itu, sila tetapkan lokasi anda ikut latitude dan longitude secara manual dengan merujuk kepada website islamicfinder. Kemudian anda perlukan fail azan secara berasingan dalam bentuk .ogg. Sila respon jika perlukan bantuan.

Ubuntu Muslim Edition Kini Sabily






Jika anda mahukan full transformation ubuntu kepada sesuatu antaramuka yang 100% islamik, kemudian anda sepatutnya mempertimbangkan untuk memasang ubuntu sabily. Jangan bimbang, ubuntume ini dibangunkan berasaskan ubuntu dengan menambah beberapa perisian dan artwork islamik kedalam desktop. Ianya lansung tidak memberi kesan kepada setting ubuntu asal anda.

UPDATE2

Perisian mempelajari tajwid : Sila rujuk entry lepas untuk mendownload perisian mempelajari tajwid khas untuk anda dibulan ramadhan ini.

Apa lagi perisian islamik yang ada erk?

Tuesday, August 03, 2010

Memasang Ubuntu Control Center 0.5 dalam Lucid Lynx

Ubuntu Control Center merupakan satu utility pengurusan sistem ubuntu yang diinspirasikan oleh Mandriva Control Center. Sebenarnya agak sukar untuk saya huraikan dalam bentuk tatabahasa apakah yang berbeza antaraUbuntu Control Center, Ubuntu Tweak mahupun Ailurus. Masing masing manawarkan sistem pengurusan sistem ubuntu yang intuitif, mudah menggunakan interface yang senang untuk difahami.

Pemasangan dalam Ubuntu
Muatturun fail DEB dari laman muatturun Ubuntu Control Center. Saya nasihatkan anda memuatturun dan memasang pakej dependencies iaitu Font-Manager dan Jstest-GTK terlebih dahulu (dari page yang sama dengan diatas). Kemudian barulah dipasang Ubuntu Control Center.

Antara yang menarik
Saya tertarik dengan fungsi Retrieve PPA GPG Keys. Fungsi ini mampu mengaplikasikan PPA GPG Key kepada yang sepatutnya sekiranya anda menambah PPA ke dalam ubuntu secara manual (edit sources.list)

Saya juga tertarik dengan satu butang upgrade ke latest development release. Oleh kerana ubuntu melepaskan versi baru setiap 6 bulan sekali, sesetengah orang mungkin lupa kata arahan "sudo apt-get dist-upgrade".

Fungsi lain saya rasa tidak banyak berbeza dengan Ubuntu Tweak dan Ailurus. Selamat mencuba.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...