Showing posts with label modem. Show all posts
Showing posts with label modem. Show all posts

Sunday, July 06, 2008

Akses ke celcom broadband menggunakan modem Huawei E220 dalam ubuntu : Versi Berjaya

Tulisan saya terdahulu mengenai perkara ini sudah menjadi public interest yang kurang manis rasanya berlalu tanpa apa-apa perjelasan atau penyelesaian. Terima kasih atas pelbagai cadangan, andaian definisi dan teori yang menjuruskan kepada artikel kedua dari saya, memaklumkan saya telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang diperlukan?
  • Modem Huawei E220 (Vodafone)
  • Sim card celcom broadband (yang telah didaftarkan)
  • Sebuah komputer/laptop menggunakan ubuntu
  • Masa selama beberapa saat/minit


Cara-cara
1.Buka Terminal dan masukkan command;
sudo gedit /etc/wvdial.conf

(Masukkan password jika diminta)

2.Aplikasi gedit akan muncul dan masukkan text berikut;
huawei4.png


Save dan tutup.

3.Cucuk modem huawei E220 kepada komputer.

4.Restart!

5.Selesai login kedalam ubuntu kembali, buka terminal dan taipkan;
sudo wvdial

(masukkan password)
huawei3.png

Jika paparan seperti diatas muncul bermakna anda telah berjaya akses ke internet melalui celcom broadband.

Perlu hati-hati
1.Setiap kali anda alihkan modem dari komputer kemudian cucuk kembali, apabila anda cuba untuk connect anda akan mendapat error
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
Cara selesaikan : restart ubuntu anda dan ulang dari asal!
Penerangan : Saya dapati device (ttyUSB*) -- yang mana * adalah pembolehubah yang berubah-ubah setiap kali modem disambungan ke komputer yang sedang ON. Oleh kerana kita telah tetapkan modem huawei = ttyUSB0 sebagai default dalam wvdial.conf, perubahan padanya menyebabkan pengguna tidak dapat connect dan keluar error diatas.

2.Jika anda membuka firefox(selepas koneksi diatas berjaya) dan mendapati Firefox dalam Offline Mode, sila pergi ke File > Uncheck Work Offline. Ini membolehkan anda browse laman web menggunakan firefox.

3.Dalam artikel sebelum ini, sebab mengapa saya tidak dapat connect ialah kerana tiada code "Stupid Mode = 1" dalam wvdial.conf. Apabila saya masukkan code ini dan cuba untuk connect, semuanya berjalan lancar. Unsur GPRS dan 3G yang mempengaruhi code-code serasanya tidak ada. Hanya kesilapan teknikal.

Saya masih dalam proses eksperimen dalam perkara ini. Diharap ada pengguna yang mendapat manfaat dari artikel ini.

Friday, July 04, 2008

Celcom broadband + Huawei E220 modem + ubuntu hardy heron

Image012.jpg


Saya baru-baru ini membeli sebuah modem huawei E220 dan mendaftarkan diri sebagai pengguna celcom broadband. Segalanya tidak begitu lancar apabila abang pengedar (apa ek nak panggil) celcom broadband merangkap penjual hanset beserta modem itu tak tahu menahu apakah itu mac osx. Begini bentuk berbualan yang berlaku;

Aku : Bro, huawei e220 ni support apple computer tak?
Abang tu : Apple computer? Huh, ntah la. Bendaper tuh?
NOTE : Psikologi aku agak terganggu bila orang jawab soalan dengan soalan.
Aku : Yelah, yang ko guna skrg ni windows kan, huawei ni support mac osx x?? Maksud aku ada tak cd ke driver khasuntuk mac osx ke??
Abang tu : Xde cd la bro. Dia auto detect!
Aku : Ok, skrg ni aku bawak macbook sbijik. Apa kata kite test betapa autodetect nyer modem huawei nih.
Kebaboom. Sekali xbleh!! haha.

Kemudian saya balik kerumah bersama dengan huawei E220 (RM499) dan disuruh menunggu selama 24 jam untuk membolehkan saya menggunakan perkhidmatan celcom broadband. Adik saya pun pelik (saya pergi beli ngan adik saya), dah tak bleh support apasal saya beli gak kan? Tapi sebenarnya saya tak kisah sebab tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan kecualilah jika kita malas dan tak berilmu.

Cukup 24 jam, saya pun install driver huawei E220 untuk mac osx intel dalam mac osx dan try connect ke celcom broadband. Alhamdulillah, semuanya ok walaupun rumah saya diluar diameter yang menyokong 3G.

Kemudian, saya cuba cucuk kedalam ubuntu. Disini segalanya bermula, eksperimen dan kebarangkalian yang tak berkesudahan...

Ok, melalui pembacaan saya dapat tahu ada 2 cara untuk connect ke internet melalui huawei E220 ni. Pertama menggunakan command wvdial dan kedua gnome-ppp. Kedua-duanya saya cuba dan kedua-duanya gagal. Adakah kerana rumah saya diluar kawasan yang support 3G? Mungkin tetapi apa pula cerita dengan GPRS?

Saya mengikuti cara yang dicadangkan oleh bro shakir (klik sini) tetapi tidak begitu menjadi apabila mendapati masalah berikut;

huawei1.png


Mungkinkah ianya disebabkan masalah tiada sokongan 3G?

Kemudian saya cuba gnome-ppp , satu alat untuk connect ke 3G broadband secara GUI. Apa yang saya dapati ialah;



dan seolah-olah saya perlu tunggu untuk selama-lamanya untuk ia connect.

Hmmm...ada cadangan??

Tuesday, May 27, 2008

Sambung ke internet menggunakan modem USB (PPPoATM)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung melayubuntu.

Ini adalah kali pertama untuk saya menulis blog, jadi kalau ada silap tolong tegur la ye..

Kali ni saya nak menunjukkan cara untuk 'connect' ke internet (streamyx) menggunakan modem yang berasaskan chip 'ueagle' yang kebiasaannya merupakan modem dsl berasaskan usb dan dikeluarkan oleh Analog Devices Inc. (ADI). Artikel ini juga menggunakan kaedah PPPoATM yang sedikit berlainan dengan cara yang telah ditunjukkan sebelum ini iaitu PPPoE.

Antara modem yang di'support' oleh artikel ini ialah Sagem Fast 800, Sagem Fast 840, Sagem Fast 908, Comtrend ct 350, Comtrend ct 361, US Robotics USR9000 Sureconnect, TELINDUS ND 220 ARESCOM, Elcon 111U, Aztech 206U, Dlink DSL-200i , ARESCOM NDS1060, ECI B-FOCuS 150A II, Aethra Starmodem, Huawei SmartAX MT810 ID, Teledat 300 usb, Zoom 5510B, ASUS AAM6000UG.

Mula sekali kita perlu mendownload driver untuk modem ini daripada laman web eagle-usb.org ataupun pergi ke link dibawah untuk mendownload driver tersebut.

http://eagle-usb.org/ueagle-atm/non-free/ueagle-data-1.1.tar.gz


kemudian simpan la kedalam apa jua medium supaya dapat dibawa masukkan kedalam ubuntu nanti.

Apabila sudah masuk ke dalam ubuntu, driver tadi boleh la disimpan kedalam folder home kita.


/home/username


kemudian jalankan terminal dan type arahan dibawah untuk meng'extract'nya dan memasukkan driver itu kedalam folder /lib/firmware/ueagle-atm.

tar -xvzf ueagle-data-1.1.tar.gz
sudo mkdir /lib/firmware/ueagle-atm
cd ueagle-data-1.1/
sudo cp -a * /lib/firmware/ueagle-atm

Selepas ini boleh la kita cabutkan modem tadi dan masukkan semula supaya kita dapat menggunakan driver tadi. Sekarang sepatutnya lampu ADSL sudah mula menyala dan menandakan semua berjalan dgn lancar. Jika tidak, anda boleh lah restart semula komputer anda untuk membuatkan ia berfungsi. Sekiranya tidak menyala jugak, anda mungkin tidak dapat menggunakan driver ini.

Sekarang saya akan menunjukkan cara untuk membuat sambungan ke internet.

Pada terminal tadi, sila type arahan ini :
sudo gedit /etc/ppp/peers/streamyx
Kita akan mengedit file ini dengan memasukkan configurasi seperti berikut:

user "usernameanda@streamyx"
plugin pppoatm.so 0.35
noipdefault
usepeerdns
defaultroute
persist
noauth

Kemudian savekan file tersebut dan menutupnya. Kali ini di terminal, type arahan berikut:

sudo gedit /etc/ppp/pap-secrets
Masukkan nama dan password anda pada baris terakhir file tersebut seperti berikut:
"username@streamyx" "*" "passwordanda" "*"
Anda tidak perlu bimbang mengenai password anda kerana hanya superuser ataupun root sahaja yang boleh melihat file ini. Savekan file ini dan kembali ke terminal. Kemudian sila ulangi langkah tadi pada file /etc/ppp/chap-secrets dgn menaip:
sudo gedit /etc/ppp/chap-secrets
masukkan username dan katalaluan anda seperti yang kita lakukan di file sebelum ini pada baris akhir file ini.

Sekarang kita sudah boleh sambung ke internet dengan menaip arahan dibawah:
pon streamyx

atau
pppd call streamyx
pada terminal atau menggunakan run (alt+F2). Terminal boleh ditutup setelah menaip arahan ini dan internet tidak akan diputuskan selagi anda tidak menaip arahan berikut untuk memutuskan sambungan internet:
poff

atau
poff streamyx

Sekian.

Credit to Ubuntu Community dan Developer Ueagle-usb.

Maklumat lanjut boleh didapati di

https://help.ubuntu.com/community/UsbAdslModem/ueagle-atm

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...